Salam.
PPPSM diamanahkan untuk menjaga lalulintas semasa majlis forum perdana pada 26 June 10.
Pihak PPPSM memerlukan angota sukarelawan seramai 20 orang untuk menjaga lalulintas semasa majlis tersebut.
Diharap dapat penyertaan dari penduduk.
Sila hubungi En Khairuddin 0192462139.
Terima kasih
Terkini
Sukarelawan Diperlukan
Majlis Sambutan Hari Ibu, Pangsapuri Seri Mawar
Bersempena sambutan hari ibu yang di sambut seluruh dunia yang jatuh pada 9 Mei 2010, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar dengan kerjasama JMB Seri Mawar akan mengadakan suatu majlis bermula dengan senaman poco-poco. Kemudian majlis gotong-royong membersihkan pangsapuri akan dijalankan dan diakhiri dengan jamuan ringan.
Tajuk: Majlis Sambutan Hari Ibu, Pangsapuri Seri Mawar
Tarikh: 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa: 7.00 pagi
Diharap semua warga Mawar dapat turut sama dalam majlis ini.
Siaran Pertama: Majlis Pelancaran Bulan Mesra Kejiranan
Laporan Jamuan Raya 2009
Sedikit kelainan pada majlis ini di mana hidangan yang disediakan tidak mempunyai unsur-unsur hari raya. Tetapi lebih kepada makanan panggang. Pihak PPPSM telah menyediakan pelbagai jenis juadah mentah yang telah diperap dengan rempah khas seperti ikan (pelbagai ikan), ubi, jagung dan ayam. Penduduk bersama-sama memanggang juadah mentah tersebut untuk dimakan begitu sahaja atau dengan nasi lemak yang disediakan.
En. Ramli (lengkap dengan pakaian kebangsaan) sebagai Pengerusi PPPSM dengan besar hati telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penduduk yang hadir sebagai kemuncak majlis tersebut. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Diharap majlis ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.
-Kyreel-
Jamuan Hari Raya 17 Oktober 2009
Disamping itu, tenaga warga Seri Mawar juga diperlukan pada masa-masa berikut:
- 16 Okt, 6 petang: Kaum bapa untuk menaikkan khemah di Dataran Seri Mawar
- 17 Okt, 8 pagi: Semua untuk menyediakan perapan (makan tengahari disediakan)
- 17 Okt, 7 malam: Semua untuk persiapan terakhir dan mula membakar.
- 17 Okt, 8.30 malam: Majlis bermula dan ada cabutan bertuah.

DIBATALKAN - Majlis Solat Hajat (untuk UPSR) dan Berbuka Puasa
Persatuan Penduduk Induk - Bertaring Juga!
Salam semua,
Dibawah ini adalah usaha2 yang telah dijalankan oleh pihak Persatuan Penaja Induk untuk permasalahan masyarakat kita.
Dialog dengan YB Ronnie Liew ini adalah rentetan setelah;
1) Walk about dengan Ahli Majlis kita En Mazwan
2) Walkabout pada 12 Jun 2009, MPKj diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Elias, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Encik Abdul Halim bin Samah, Jabatan Kejuruteraan, Encik Mazwan bin Johar Ahli Majlis Zon 24 dan Encik Farid bin Hamidon, Pembantu Tadbir MPP Zon 24
Isu yang diketengahkan adalah seperti berikut :
Kepada YB Tuan Ronnie Liew
Exco Kerajaan Negeri Selangor
21 Jun 2009
YB.,
Bandar ini dikategorikan oleh MPKj sebagai kawasan membangun. Kadar cukai pintu yang dikenakan lebih tinggi dari kawasan Bangi lama.
Diharap pihak MPKj dapat memberi perhatian kepada perkara berikut:
1. Perkhidmatan kutip sampah.
a. Rumah tong sampah sangat kotor – longgokan sampah berselerak di atas jalan dengan bau yang sangat busuk. Kontraktor tidak bersihkan sampah yang terdapat diluar tong sampah.
b. Sampah jatuh dari lori tong sampah berselerak di atas jalan raya kerana lori sampah yang tidak ikut piawaian.
2. Perkidmatan kebersihan
a. Longkang belakang deretan kedai terutama restoran atau kedai makan kotor dan bau busuk
b. Lorong belakang blok kedai penuh dengan halangan seperti timbunan pasir, bahan binaan, tong dsbnya.
c. Sampah, kayu dan ranting mati, daun pokok, batu, pasir dsbnya di atas kawasan rumput, kaki lima, kerb jalan, pembahagi jalan dan persimpangan jalan.
d. Iklan haram di atas pokok, tiang dan dinding kedai, tiang lampu, perhentian bas, pondok TNB dsbnya.
i. Syor persatuan penduduk diberi kawasan naikkan papan iklan untuk disewa secara tersusun kepada pengiklan-pengiklan ini.
3. Keselamatan lalulintas
a. Simpang tiga ke skim Putra Terrace mengelirukan perlu ditanda ikut piawaian dengan segera (MPKj tidak mahu buat kerana pemaju belum serah).
b. Simpang empat di sekolah rendah perlu lampu isyarat dengan segera (MPKj tidak mahu buat kerana pemaju belum serah).
4. Keselamatan murid-murid ke sekolah
a. Sekolah rendah perlu ada bonggol, zebra crossing dan ruang pejalan kaki
b. Sekolah menegah perlu ada bonggol, zebra crossing dan ruang pejalan kaki
c. Sekolah agama perlu ada zebra crossing dan ruang pejalan kaki.
5. Penguatkuasaan MPKj
a. Pastikan semua pengusaha kedai makan menggunakan grease trap di belakang kedai mereka.
b. Pastikan semua bengkel kereta dan motorsikal tidak mengotorkan kaki lima dan jalan raya dengan sisa minyak.
c. Penjaja haram ditempatkan di kawasan khas.
i. Syor MPKj bangunkan kawasan penjaja dan persatuan penduduk dibenar mentadbir sewaan lot kepada penjaja-penjaja ini.
d. Anjing liar perlu ditangkap berkeliaran makan dan menabur sampah ketika mencari makanan.
e. Kereta dan motorsikal tersadai perlu dialihkan dari kawasan kedai dan perumahan.
f. Aktiviti pengusaha kedai air-condition dan bengkel kereta di atas jalan bahagian belakang Jalan Seri Putra 1 perlu dihentikan segera.
6. Jalan masuk Bandar Seri Putra dari pekan Bangi
a. Perlu dinaik taraf kerana ia merupakan jalan utama orang ramai dari pekan Bangi hendak ke Lebuh Raya KL- Seremban.
7. Jalan masuk Bandar Seri Putra dari pekan Semenyih
a. Perlu dinaik taraf dan jambatannya dibesarkan kerana ia juga merupakan jalan utama orang ramai dari pekan Semenyih hendak ke Lebuh Raya KL –Seremban.
Adalah diharapkan sangat-sangat perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
AHMAD YUSOF
Pengerusi
Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra
Carboot 5 Julai - TANGGUH!
Maaf, atas sebab-sebab teknikal jualan Carboot pada Ahad ini 5 Julai akan ditangguhkan ke bulan depan semasa Mesyuarat Agung Pertama JMB Seri Mawar. Harap Maklum.
Gambar Gotong-royong Perdana dan Skim Seri Mawar

Wakil persatuan penduduk Seri Mawar telah sama-sama menjayakan acara senaman aerobic dan poco-poco serta majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh YB Bangi Dr Shafie. Dianggarkan sekitar 400 orang hadir termasuk juga adik-adik kita daripada KUIS.
Dengan menggunakan 'heller' Wak Hassan telah berjaya menarik ramai lagi yang mungkin telah turun sebelum ini tetapi mendapati tiada orang dan juga mereka yang masih nyenyak dibuai mimpi untuk sama-sama bergotong royong.
Antara yang difokuskan adalah:
- Longkang utama - didapati banyak batu dan pasir
- Pokok besar - telah diperbincangkan dalam mesyuarat JMB untuk menebang kebanyakan pokok kerana dikhuatiri akarnya akan merosakkan struktur asas apabila semakin besar.
- Pokok menjalar di pagar
- Sampah dan lalang antara pagar dalam dan luar
- Longkang luar dan juga tanah kosong selepas pagar
Koleksi gambar boleh dilihat disini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=86154&id=91019927486
Senarai Aktiviti PPPSM 2009-2010
Mesyuarat Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPPSM) semalam telah meluluskan senarai aktiviti berikut untuk dilaksanakan sepanjang sesi 2009-2010.
- Majlis Solat Hajat (untuk UPSR) dan Berbuka Puasa, 29 Ogos 2009
- Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Ikan Bakar, 3 Oktober 2009
- Majlis Khatam Al-Quran dan Berkhatan, 12 Disember 2009
- Treasure Hunt dan Hari Keluarga, Februari 2010
- Lawatan ke Terengganu, Mac 2010
- Anugerah Anak Cemerlang (UPSR, PMR, SPM, dan kemasukan IPTA)
- Ceramah Israk & Mikraj (Bersama Surau Dahlia)
- Kelas Tajwid (Sabtu/Ahad, Sebulan 2 kali minggu pertama dan ketiga)
- Senam Robik dan Poco-poco (Semasa Carboot Sale)
- Kelas Memasak (Akan dimaklumkan)
- Mengutip kutipan tambahan untuk aktiviti persatuan secara bulanan
- Memohon sumbangan untuk melengkapkan peralatan kenduri persatuan
- Membuat lawatan muhibbah kepada penduduk baru berpindah dsb.
- Penubuhan Rukun Tetangga
Ke Arah Penubuhan Rukun Tetangga
Alhamdulillah, semalam semasa mesyuarat PPPSM saya telah membuat pembentangan berkenaan penubuhan Rukun Tetangga (RT) Seri Mawar dan cadangan tersebut telah dipersetujui oleh mesyuarat. Insya-Allah kalau tiada kekangan kita akan panggil untuk taklimat RT dan seterusnya mewujudkan jawatankuasa penaja RT Seri Mawar.
Di sini saya kepilkan pembentangan analisis saya buat berkenaan RT dan impak kepada pangsapuri kita.
Pembentangan Penubuhan RT Seri Mawar
Nak Tubuh Rukun Tetangga: Apa Pendapat Anda?
Bagaimanapun ada juga kekangan yang saya nampak antaranya komitmen penduduk, banyak dokumentasi dsb. Apa pandangan anda?
Dikepilkan sedikit maklumat berkaitan RT:
Rukun Tetangga
SURAT PEKELILING PENTADBIRAN RUKUN TETANGGA
PERATURAN-PERATURAN PERLU (RUKUN TETANGGA)
Contoh RT Aktif
Carboot 7 Jun 2009
Insya-Allah Jualan Carboot seterusnya adalah pada 7 Jun 2009.
Semua warga Putra-Mahkota dijemput sama memeriahkannya.
Asas Penggunaan Internet & Aplikasi Google (Ulangan)
Operasi Penguatkuasaan Undang-Undang
Semalam 12 Mei 2009, AJK JMB dan Persatuan Penduduk telah sama-sama meronda kedua-dua blok bangunan Seri Mawar untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang (rujuk House Rules). Operasi telah dijalankan dengan kehadiran seramai 12 orang. Antara perkara yang telah diambil tindakan:
- Memastikan tiada motosikal diletakkan di koridor pangsapuri (terutamanya Blok B).
- Memastikan tiada kenderaan diletakkan bukan ditempat yang dikhaskan (tepi Blok A).
- Akan mengeluarkan surat agar ubahsuai unit B-G-007 dijalankan dengan kemas dan teratur.
- Pokok betik mati di Blok B telah ditumbangkan.
- Mengemaskan pagar yang rosak terutamanya berdekatan bangunan TNB.
Terima kasih kepada yang turut hadir.
Gotong-Royong Mawar - Selari Gotong-Royong Perdana
Persatuan Penduduk dan JMB akan bersama-sama mengadakan gotong-royong yang akan selari dengan tarikh Gotong-Royong Perdana Bandar Seri Putra.
Tarikh: 21 Jun 2009
Harap semua dapat kosongkan kalendar aktiviti anda.
Jom Gotong-Royong!
Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009
Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009
Sebagaimana amalan biasa penganjuran Sukan tahunan, tahun ini Kejohanan Sukan Antara Taman2 Bandar Seri Putra anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra dengan kerjasama semua Persatuan Penduduk akan dimulakan dengan Kejohanan Badminton yang dicadangkan seperti berikut :
Tarikah : 16hb Mei 2009 (Perlawanan2 Pusingan Awal) -17hb Mei 2009(Perlawanan Separuh Akhir& Akhir)
Tempat : Komplek Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
Masa : Jam 8 pagi - petang
Tunggu maklumat lanjut dari Biro Sukan Kelab selepas ini sambil2 itu semua Persatuan Penduduk apa tunggu lagi siapkan Pasukan anda untuk kejohanan ini.
Biro Sukan Kelab Sukan Bandar Seri PutraLabels: Sukan
Carboot: Cubaan Terakhir
- Memberi peluang individu untuk menjual barang-barang peribadi yang terpakai.
- Memberi peluang untuk peniaga kecil-kecilan untuk memasarkan produk mereka.
- Memberi peluang penduduk sekitar Mawar dan penduduk Mawar berniaga.
- Membawa produk luar agar penduduk sekitar Mawar dan penduduk Mawar dapat membeli barangan tanpa pergi jauh.
- Menjana kewangan JMB dan PPSM.
Marilah menyokong aktiviti anjuran JMB dan PPSM. Tanpa ada, sebarang aktiviti tak akan berjaya. Mungkin untuk percubaan terakhir, jualan ini akan diadakan pada 3 Mei 2009. Harap ramailah yang akan turun.
JOM CARBOOT.
Kursus/Diskusi April - Gagal Kurang Sambutan
Berkaitan dengan ini pihak JMB dan PPSM memerlukan maklum-balas daripada penduduk samada program seperti ini patut diteruskan atau tidak. Kita melihat bahawa dalam masyarakat sekarang, ilmu perlu dikembangkan. Maka dengan wujudnya aktiviti keilmuan, penduduk kita akan lebih berilmu dan berpengetahuan. Apa yang lebih penting, ilmu itu diperolehi dalam kawasan kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mengisi petrol (jika diadakan ditempat lain).
Disamping itu, tujuan kita adalah untuk memungut dana agar pangsapuri kita mempunyai BILIK KOMUNITI yang boleh digunakan untuk sebarang aktivti. Maka dana daripada kursus diatas sekurang-kurangnya dapat menampung sewa BILIK KOMUNITI.
Sekiranya tanpa sokongan penduduk serta merasakan ianya satu pembaziran, maka pihak JMB dan PPSM akan menamatkan kursus-kursus pada masa akan datang. Seterusnya BILIK KOMUNITI juga akan ditamatkan. Ini realitinya.
Pilihan ditangan penduduk sekarang kerana telah banyak masa, tenaga, buah fikiran dan perbincangan dilakukan. Nampaknya semuanya tidak berbaloi jika penduduk sendiri tidak mengambil kesempatan atau sekurang-kurangnya memberi maklum-balas kepada kami.
Pilihan ditangan anda.