Terkini

Kedai Kopi Seri Mawar




ShoutMix chat widget

Melancarkan Perkhidmatan Bas Mini Putera-Mahkota-Nilai

Thursday, February 25, 2010


http://drshafie.blogspot.com/2010/02/melancarkan-perkhidmatan-bas-mini.html

Seri Putera, 11 R. Awwal = 25 Februari (Khamis):
Sejak Bandar Seri Putera dan Bukit Mahkota dihuni mulai 2001, sudah dirasakan perlu adanya perkhidmatan bas di sana, tetapi pada masa itu penduduk belum begitu ramai, maka perkhidmatan bas tidak begitu ekonomik. Usaha kedua dilakukan pada tahun 2008. ADUN mendekati dua syarikat bas mini yang berkhidmat di Kajang, tetapi masih tidak mendapat respon yang baik.

Kini penduduk Seri Putera dan Bukit Mahkota mendekati jumlah 30 ribu, adalah wajar diwujudkan perkhidmatan bas, atas keperluan pihak penduduk melalui ahli MPKj mendekati sebuah syarikat bas mini yang memberi respon yang baik. Syarikat dimaksudkan ialah Syarikat Bas Mawar Merah Sdn. Bhd. yang berpusat di Kelang, iaitu sebuah syarikat bumiputera. Keterlibatan syarikat ini atas dasar jika ianya mempunyai pulangan yang membolehkan syarikat untuk terus beroperasi. Lantaran itu Syarikat ini telah mendapat lesen sejak September 2009 lepas dan membuat percubaan dari segi perkhidmatan hingga ke awal tahun 2010, maka didapati perkhidmatan ada pulangan yang memuaskan.

Maka pada pagi ini secara rasmi diadakan Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Mini Putera bertempat di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN di Seri Putera mulai jam 9.00 pagi. Hadir bersama ke Majlis ialah, ADUN Bangi, Sdr. Hj. Mazwan Johar Ahli MPKj, Sdr. Nizam dan Sdr. Zahari dari MPKj, Sdr. Marzuki Ketua Kampung Bangi, Saudara Effendi Abu Bakar dari Syarikat Bas Mawar Merah Sdn. Berhad dan En. Norizan dari Bangi Height, ahli-ahli AJK bagi Ahli MPKj dan JKK Bangi.

Dalam ucapan perasmian bagi pelancaran, ADUN Bangi berterima kasih kepada Syarikat Mawar Merah yang sanggup menjalankan operasi perkhidmatan bas bagi laluan Seri-Putera-Bukit Mahkota-Nilai (termasuk ke Stesen Komuter Pekan Bangi) seterusnya memenuhi hasrat penduduk di sini. Kita difahamkan buat masa ini syarikat menyediakan 3 buah bas mini. Bagi satu tambang perjalanan sehala, sama ada dekat atau jauh dikenakan RM1.00. Perkhidmatan ini banyak digunakan oleh pekerja-pekerja kilang yang banyak terdapat di Bukit Mahkota dan Nilai, anak-anak sekolah dan mereka yang berulang alik membeli keperluan harian dan barangan murah di Nilai Tiga. Bagi memajukan perkhidmatan, ADUN berharap iklan dan publisiti secara lebih agresif perlu dilakukan. Pemimpin-pemimpin masyarakat dapat membantu bagi kemajuan Syarikat.
ADUN berharap imej bas mini selalu dikaitkan dengan kekurangan disiplin, kasar dan gopoh kerana mengejar waktu dan mengambil penumpang seramai mungkin. ADUN berharap keadaan ini tidak berlaku bagi Syarikat Bas Mawar Merah. Sebaliknya hendaklah membina imej bas yang baik, bersih dan bertata tertib. Dengan ini lebih ramai menarik penumpang. ADUN juga berharap Syarikat Bas wajar memilih tempat-tempat hentian utama yang dapat pelanggan menunggu dan juga menepati waktu, supaya pengguna tidak tertunggu tunggu. Mungkin perkhidmatan tidak hanya ke stesen komuter, Nilai dan Bangi Lama, tetapi juga ke Stesyen Komuter UKM dan juga Hentian Kajang di Jalan Reko. ADUN mendoakan syarikat bas mini ini maju jaya dan dapat menambahkan lagi bilangan bas dan perkhidmatan pada masa depan.

Sementara itu Sdr. Haji Mazwan Johar dalam ucapan alu-aluannya, berkata, pada asalnya kita mahu mengadakan majlis perasmian pada Sabtu atau Ahad, tetapi menurut Sdr Hj. Mazwan, Hari Sabtu dan Ahad ialah hari ramai pelanggan menggunakan bas, disebabkan untuk mengelakkan kerugian di pihak syarikat, maka dipilih hari bekerja seperti hari ini. Menurutnya sebelum ada perkhidmatan ahli MPKj ada yang mencadangkan pihak MPKj menyediakan perkhidmatan bas sendiri secara komersil dan pernah dilakukan oleh pihak Majlis perbandaran yang lain, tapi kurang berjaya. Kita juga tidak mahu membebankan pihak MPKj. Kita menyokong kuat perkhimatan oleh Syarikat Mawar Merah dan berharap Syarikat akan berkembang maju.
Bagi merasmikan perkhidmatan, ADUN dengan Hj. Marzuki, beberapa orang AJK Ahli MPKj dan Ahli JKK turut sama menaiki bas bergerak dari Seri Putera ke Bukit Mahkota hingga ke Nilai, termasuk Nilai Tiga dan Nilai Lama dan pulang kembali ke Seri Mahkota. Sambil itu penumpang naik dan turun sepanjang jalan. ADUN bertanya sebahagian dari penumpang yang naik yang duduk sebangku dengan ADUN, kerana bangku ADUN di hadapan, semuanya berpuashati dengan perkhidmatan bas yang diberi. ADUN bersama yang lain mengelilingi Seri Putera- Bukit Mahkota dan Nilai dan pulang kembali memakan masa lebih kurang dua jam. Melihat kepada penumpang yang turun naik dari bas yang kami naik dan bas yang lain dari syarikat ini yang kami bertembung diperjalanan, kami yakin, insya Allah syarikat ini akan maju. Terima kasih.

SAMBUTAN MEMPERINGATI HARI KEKASIH DI SURAU AS-SYAKIRIN

Assalamualaikum w.b.r,


Pengerusi & AJK Surau As-Syakirin menjemput seluruh warga BSP dan sekitarnya untuk menghadiri majlis Sambutan Mengingati Hari Keputeraan Kekasih Allah, Muhammad Rasullah S.A.W  (Maulidul Rasul) pada 28 Februari 2010 (Ahad) ini selepas solat Maghrib.

Majlis sambutan akan diimarahkan dengan majlis ilmu oleh penceramah undangan, Yg. Bbhg. Ustaz Saharudin dari KUIS.

Pihak surau juga mengalu-alukan para dermawan untuk membawa sedikit sumbangan bagi disumbangkan kepada tabung Surau As-Syakirin untuk digunakan bagi menambah baik prasarana surau memandangkan surau dijangka mendapat kelulusan pihak JAIS untuk mendirikan solat jumaat sementara menunggu Masjid Al-Mustaqim siap dibina sepenuhnya.

Semoga majlis tersebut mendapat sambutan menggalakkan dan mendapat kerahmatan Allah termasuk kepada yang hadir dan kepada seluruh umat islam.

Terima kasih & wassalam.
__._,_.__

Sambutan Maulidur Rasul di Surau Al Hijrah

---------- Forwarded message ----------
 
Assalamualaikum
Semoga hari ini lebih dari yang sebelumnya.

Surau al Hijrah Putra Tropika Bandar Seri Putra akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul
dengan mengadakan program seperti berikut;

Tarikh        : 12 Rabiul Awal 1431 H bersamaan 26hb Febuari 2010
Masa         : 4:15 pagi hingga Subuh
Acara        : Qiamullail berjemaah
                        1. Tahajud 8 rakaat
                        2. Taubah 4 rakaat
                        3. Hajat 6 rakaat
                        4. Witir 3 rakaat
                        5. Subuh 2 rakaat bersama 2 rakaat qabliah
                        6. Tazkirah
                        7. Sebarang pertukaran rakaat solat dibuat berdasarkan kelebihan waktu dan kemampuan                             jemaah.

Oleh kerana ada beberapa surau sekitar Bandar Seri Putra mengadakan sambutan ceramah. maka jemaah surau al Hijrah di alu-alukan untuk hadir surau-surau terbabit...dan bertemu pada jam 4.15 untuk sambutan Maulidur Rasul yang selanjutnya.

Semoga ALLAH menerima ibadah kita semua..


Pengikut Rasulullah SAW

Sambutan Maulidur Rasul di Vista Seri Putra @ 25 Feb 2010



Pihak surau Al-Mustaqim, VSP akan menganjurkan program sambutan Maulidur Rasul seperti berikut:

Tarikh: 25 Feb 2010 (Khamis malam Jumaat)
Masa : Selepas sembahyang Maghrib
Tempat : Surau Al-Mustaqim
Acara : Ceramah Khas oleh penceramah jemputan dari KUIS

JAMUAN MAKAN (KARI KAMBING) AKAN DI SEDIAKAN SELEPAS SEMBAHYANG ISYAK.
(Jamuan adalah sumbangan ikhlas dari seorang bekas penduduk di Vista)
SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT ADALAH DI JEMPUT HADIR.

Maulidur Rasul di Surau Al-Ikhlas

Program Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1431 hijrah



ASSALAMMUALAIKUM..
Kepada Penduduk-penduduk Taman Impian Putra khasnya, Penduduk Bandar Sri Putra, Bukit Mahkota dan forumner Putra-Mahkota Amnya dijemput beramai-ramai ke Majlis Program Penghayatan Maulidur Rasul S.A.W 1431 hijrah pada Hari Sabtu bersamaan 27 Feb 2010 di surau Al-Ikhlas dan Padang Taman Impian Putra kerana akan diadakan FORUM PERDANA DAN KARNIVAL JUALAN yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor D.E. Bersempena kedatangan Maulidur Rasul yang jatuhnya pada hari Jumaat ini 26 Feb 2010 maka Jawatankuasa Majlis menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri Program ini . Diantara Aturcaranya ialah:-

26 Feb 2010 (Jumaat)

10.00 pagi - Kehadiran Perserta program dan para hadirin.
10.30 pagi - Perasmian Program dan Penyerahan anak angkat dari Sek Sri Putri, Cyberjaya.
11.30 pagi - Bersama Keluarga Angkat.

27 Feb 2010 (Sabtu)

6.00 pagi - Solat subuh berjemaah di surau dan Tazkirah
7.30 pagi - Senamanrobik
9.00 pagi - Minum Pagi / Gotong royong di Surau Al-Ikhlas dan Kenduri Setaman
1.30 tgh - Makan Tengahari / bersama keluarga angkat.
7.00 malam - Solat Maghrib / Solat Isyak berjemaah
8.50 malam - FORUM PERDANA bersama Penceramah Undangan
10.50 malam -Bersurai.

28 Feb 2010 (Ahad)

9.00 pagi - Gotong royong Setaman
2.00 Petang - Penyerahan semula anak angkat

WIFI di Seri Mawar



Seperti yang pernah JMB maklumkan tentang penambahbaikan WIFI di Seri Mawar, alhamdulillah JMB dan Dzaf Hotspot Solution telah bersetuju untuk bekerjasama agar keseluruhan blog Seri Mawar dapat diliputi dengan WIFI.

Buat permulaan, percubaan sedang dijalankan di Blok B dan akses meliputi hampir keseluruhan Blok B sehingga ke kawasan pagar berhampiran Seri Dahlia. Akses liputan juga dipercayai boleh mencapai penduduk Acacia dan unit-unit Blok A yang berhampiran Blok B.

Cara penggunaannya ada adalah dengan pembelian kad prepaid. Sejam hanya dikenakan bayaran sebanyak RM0.75. Anda boleh melayarinya dari rumah anda, di meja dan kerusi rehat di taman Blok B atau dari kenderaan anda. Kad prepaid tersebut akan mula dijual di pejabat pengurusan JMB Seri Mawar.

Secara rasminya, tempoh percubaan rasmi akan dimulakan mulai 1 Mac 2010 hingga 31 Mac 2010. Pada minggu pertama (1 - 7 Mac), pihak pembekal telah bersetuju untuk memberikan akses percuma selama 20 minit untuk sekali Login. Selepas waktu tersebut Mac address pengguna akan disekat selama 12 jam. Selepas 12 jam, boleh login balik. Bagaimanapun untuk akses berterusan, pengguna digalakkan membeli prepaid berharga RM5, RM10 atau RM30.

Diharap ramai yang akan menggunakan perkhidmatan ini kerana ianya lebih murah dan sangat mudah digunakan. Hanya yang anda perlu ada, komputer dengan akses WIFI dan kad prepaid Mahkota Hotspot.

Manual penggunaan disini.

Selamat berinternet.

Karnival WOW! Putrajaya

Salam hujung minggu semua.

Ini pun baru dapat tahu dari rakan. Kalau ada yang tak ada plan hari ini, bolehlah kunjungi karnival WOW Putrajaya.

Ustaz Ismail Kamus - KUIS 4 Mac (Khamis) 10pagi

Assalammualaikum.

Sekadar memaklumkan aktiviti di KUIS.

Masjid Al-Azhar Kuis kata Kuis akan adakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat KUIS anjuran Masjid Al-Azhar pada 4 Mac 2010 (Khamis) jam 10:00 pagi di Auditorium Pentadbiran KUIS. Ceramah Perdana oleh Ustaz Dato' Haji ismail Kamus. Semua dijemput hadir...


Khai

KL International Book Fair 2010, 19-28 March 2010, PWTC

Kuala Lumpur International Book Fair29th KL International Book Fair


Dates: 19-28 March 2010

Venue: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia

Time: M-Th: 10am-8pm; Fri-Sun, Public Holidays: 10am-9pm

Admission: FREE

Polis Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3498.msg36005#msg36005

Isi borang / sms Polis sebelum balik kampung
Polis Selangor Nasihat Penduduk Isi Borang Balik Kampung


KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Penduduk di negeriSelangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing semasa cuti perayaanTahun Baru Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata dengan mengisi borang tersebut, ia memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan yang ditinggal kosong.

"Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabitmelalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakalaorang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpa terlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.

"Anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atassegala maklumat orang ramai yang meninggalkan ibu negara," katanyakepada pemberita pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah SempenaBalik Kampung Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di sini.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya di musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan sekiranya orang ramai bekerjasama dengan polis dengan memaklumkan ketiadaan mereka.

"Semasa musim perayaan sepanjang tahun lepas, penduduk di SriKembangan, (Subang Jaya) telah menyahut saranan polis dengan mengisiborang balik kampung dan ternyata langkah itu berjaya menyelamatkankediaman mereka dari dipecah masuk," katanya.

Khalid berkata selain bantuan dari polis, masyarakat juga perlumengamalkan sikap 'jaga tepi kain orang' bagi mengurangkan kadarjenayah di kediaman masing-masing.

"Penduduk juga perlu ada sikap ambil peduli dan tolong-menolongsesama mereka. Contohnya bila penghuni yang menyambut Tahun Baru Cinapulang ke kampung, jadi penghuni berbangsa Melayu yang tidak pulang kekampung boleh tolong tengok-tengokkan rumah jiran mereka dan begitulahsebaliknya," kata Khalid.

Sementara itu, Lee berkata sebanyak sejuta risalah dalam empat bahasaakan diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bagi mencegahpelbagai jenis jenayah.

"Bagi musim perayaan tahun baru Cina yang bakal menjelang, hariini kita telah mengedarkan hampir seribu risalah bagi pengunjung dipusat membeli-belah One Utama ini.

Risalah itu mengandungi nombor-nombor telefon polis termasuk RakanCop, Bomba dan Peronda Lebuhraya PLUS seluruh negara, katanya.

Lee berkata orang-ramai boleh menghubungi talian yang tertera untuk mendapatkan sebarang bantuan.

-- BERNAMA

p/s: Berikut dikongsikan tips keselamatan sempena kempen balik kampung rumah selamat yang diusahakan oleh Ibu pejabat Polis Subang Jaya.

Sila hubungi balai polis berdekatan :

Balai polis Bdr Seri Putra : 03-89258222




MESYUARAT AGONG PIBG SKBSP KALI KE - 2

JEMPUTAN MESYUARAT AGONG PIBG SKBSP KALI KE - 2

Tarikh : 20 FEBRUARI 2010 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan SK Bandar Seri Putra

Agenda:
-Pemilihan AJK
-Membincangkan perancangan persatuan

Surau Seksyen 6 dalam pembuatan dan derma anda diperlukan.

Sekadar menyebarkan makluman daripada rakan kita di Seksyen 6, Bukit Mahkota. Mereka dalam perancangan untuk membesarkan surau sedia ada dan memohon sumbangan daripada sesiapa sahaja. Sumbangan boleh dihulurkan kepada:

Bolehlah bank in ke akaun CIMB Islamic 05080000029107

Kalau cek boleh buat atas nama: DANA PEMBINAAN SURAU AL-BUHAIRAH.

Untuk pertanyaan boleh contact :

Hj Halim    013-2651223
Hj Azarin   019-2247300
En Ikhwan 019-2619183
En Mazuki  012-3090612

-Khair@BSP

Sumber : http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5.msg35980#msg35980
===============================================================
Salam,


Ringkasnya, memandangkan pertambahan jemaah yg seiring dengan pertambahan penduduk, surau kita nak dibesarkan. Skrg ni pun kdg2 time isyak tu agak penuh, apatah lagi masa bulan puasa. So, nak tambah wing kat sebelah kiri(sebelah pintu utama). Kat whiteboard surau ada pelannya. So perlu dalam RM200K. Kat seksyen 6 ada 2000 buah rumah. So, klu satu rumah boleh sumbang RM100, insyaAllah kita boleh sama2 jayakan.  Kalau boleh bagi lebih, lagi bagus. Kalau tak mampu 100 pun, boleh bagi seikhlas mungkin. Atau bagi secara installment. Smiley) 50 sebulan ke, 20 sebulan ke. Ikutlah...

Saham akhirat. Selagi org gunakan surau ni utk buat amal ibadat/kebaikan kita akan dapat sahamnya. Bila kita dah matipun, insyaAllah pahala tu akan berterusan.

So, sama2lah kita menyumbang dgn ikhlas.

Bolehlah bank in ke nombor akaun kat atas. CIMB Islamic 05080000029107

Klu cek boleh buat atas nama: DANA PEMBINAAN SURAU AL-BUHAIRAH.

Untuk pertanyaan boleh contact :

Hj Halim    013-2651223
Hj Azarin   019-2247300
En Ikhwan 019-2619183
En Mazuki  012-3090612
atau mana2 AJK.

Semoga membantu

Wassalam..

Jemputan BBQ Forum Putra-Mahkota.com

Oleh Khair@BSP

Bagi penduduk Bandar Seri Putra (BSP), Bukit Mahkota(BM) dan Taman Impian Putra(TIP) (serta kawasan sekitarnya), forum Putra-Mahkota.com (PMC) adalah tempat lepak siber yang biasa dikunjungi. Di forum ini, banyak informasi terkini diperolehi sama ada berkaitan aktiviti setempat, maklumat keselamatan, pengiklanan dan sebagainya dapat diakses oleh pengguna.

Forum PMC juga telah dikategorikan mengikut kawasan taman di BSP, BM dan TIP. Setiap taman boleh bertukar-tukar pendapat melalui kategori taman mereka sendiri. Manakala, maklumat dan perbincangan yang lebih am juga boleh diikuti dalam forum tertentu seperti kategori politik, iklan dan sebagainya.

Antara topik yang hangat dibincangkan adalah masalah sekolah anak-anak, kemudahan awam dan politik semasa. Ini menyebabkan isu-isu di PMC hangat dan dikunjungi ramai.

Sehingga hari ini, jumlah forumer berdaftar adalah seramai 1864 dan ditambah dengan jumlah pelawat, PMC pernah mencecah 5731 pengguna pada 26-01-2010, 13:21:55.

Sempena setahun lebih kewujudan PMC (Mei 2008), warga PMC akan mengadakan "BBQ @ PMC FORUMER" pada tarikh yang belum ditetapkan lagi tetapi mungkin dalam bulan Mei atau April. Semua forumer PMC dijemput sama untuk memeriahkan suasana. Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan bagi setiap keluarga dan sebarang sumbangan dalam apa sahaja bentuk amatlah dialu-alukan.

Maklumat lanjut boleh diperolehi seperti dibawah.

=====================================

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3372.msg35231#msg35231

salam...

nampaknya makin ramai yg memberi sokongan terhadap program ini.

Dengan segala hormatnya, kawan mewakili rakan-rakan ingin mengundang semua moderator PMC untuk turut serta dalam program BBQ@PMC FORUMER. Selain itu, kawan juga berbesar hati sekiranya semua tuan moderator dapat menyumbang idea dan cadangan untuk program ini. Jika ada apa-apa yang boleh dikongsikan bukan untuk tatapan umum boleh PM kawan secara peribadi....

Untuk kepada yang telah berdaftar....

Buat masa ini cadangan Yuran penyertaan adalah RM 20.00 ....jika ada yang berniat untuk menyumbang lebih adalah sangat-sangat dialu-alukan..

Menu Utama

Nasi Goreng Cina
Kambing Bakar
Kepak Ayam
Air Oren
Teh Tarik

(Bergantung pada kutipan)

kalau ada nak sponsor lagi cantek...

Untuk urusan pembayaran ....bank-in ke CIMB Curent Account 04 1600 0036 8057 MAMAT ENDUT (Pinjam account pengerusi persatuan penduduk sek 5)

Lepas bank-in SMS nama & no transaksi....ke O12-3919853 (Hanya untuk urusan BBQ sahaja) Grin Grin

pertanyaan dan cadangan bincang dalam thread ni..

terima kasih .

====================================================

SM BSP: Boleh diguna tahun depan

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm)

BANGI 3 Feb. – Boleh digunakan pada sesi persekolahan tahun depan. Itu janji Kementerian Pelajaran kepada ibu bapa di Bandar Seri Putra dekat sini terhadap projek sekolah menengah di kawasan itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.

Ini bermakna penantian mereka untuk menghantar anak-anak di sekolah yang dekat dengan rumah bakal berakhir dengan bermulanya kerja-kerja menyiapkan sekolah itu pada awal Mac ini...

...Menurut Puad, projek itu akan dimulakan sejurus selepas kontraktor baru dilantik dan akan siap pada Oktober ini memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum disiapkan...


Sebahagian besar daripada projek sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi, sudah disiapkan dan bakinya dijangka disiapkan pada Oktober ini selepas kontraktor baru dilantik oleh Kementerian Pelajaran.

Badminton Warga Mawar: Ahad malam Isnin 7 Feb 2010, 8.30 malam.



Salam buat warga Mawar sekalian,

Insya-Allah beberapa warga Mawar akan turun padang bermain badminton Ahad ini. Mereka telah membuat tempahan gelanggang di dewan SK Bandar Seri Putra.

Bagi yang berminat ingin sertai, bolehlah turun sama pada tarikh dan masa yang telah dimaklumkan di atas.

Penerangan lanjut boleh diperolehi dengan mengemail saya di kyreel@gmail.com.

"Warga Mawar, jom badminton"

Gambar semasa acara merentas "bandar" SK BSP

Salam,

Bagi mereka yang berminat untuk melihat gambar anak masing-masing (kalau adalah) semasa acara merentas desa/"bandar" pagi tadi, boleh lawati pautan ini:

http://bsprunner.multiply.com/photos/album/1#








Kantin SK Bdr seri putra ditutup sementara...


Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/kantin-sk-bdr-seri-putra-ditutup.html




Assalamualaikum,

Saya telah menghubungi YDP PIBG SK bdr seri putra, Encik Mejar Qayyum untuk mendapatkan pengesahan berkaitan penutupan sementara kantin SK Bdr seri putra bermula hari ini,Rabu 3-2-2010.
Penutupan sementara kantin sekolah adalah berpunca daripada aduan berlakunya keracunan makanan dikalangan pelajar-pelajar termasuk anak-anak kita di mahkota5,bukit mahkota.Hari ini, pihak pejabat kesihatan hadir bagi memantau perkara ini. Surat makluman berkaitan perkara ini akan diusahakan oleh pihak sekolah untuk pengetahuan ibu-bapa pelajar SK Bdr seri putra.Insya-Allah.

Sekian.

Dilaporkan oleh,
Biro Pengurusan & Perhubungan awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota,bangi.

45 Kontraktor Projek 'Sakit' Kementeran Pelajaran Diberi Ingatan

BANGI, 2 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelajaran Selasa mengingatkan semua kontraktor 45 projek 'sakit' di bawah kementerian itu supaya menyiapkan projek mereka mengikut jadual bagi mengelakkan disenaraihitam.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenaraihitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.

"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pulak, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.

Mohd Puad berkata kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.

Beliau berkata tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.

"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.

Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Dis 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar.



-- BERNAMA

Pemaju boleh disenarai hitam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Kerajaan akan menyenarai hitam syarikat pemaju yang gagal menguruskan penyelengaraan projek perumahan kos rendah di Wilayah Persekutuan selepas ia siap dibina.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, tindakan itu wajar kerana sesetengah pemaju hanya menumpukan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial untuk menyelenggara perumahan kos rendah.
"Kementerian telah mengajukan cadangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya menyenarai hitam pemaju swasta selepas pindaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).
"Selepas pindaan Akta 663 itu, kita akan senarai hitam pemaju yang gagal dalam melaksanakan penyelenggaraan bangunan perumahan kos rendah ini," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Kelahiran Bayi Sempena Hari Wilayah Persekutuan dan sumbangan cenderahati kepada pesakit-pesakit obstetrik dan ginekologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Nafesah Raja Nong Chik; Pengarah Eksekutif, Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd Isa dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar.
Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata, Tabung Penyelengaraan 1Malaysia (TP 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi diharap dapat membantu pengurusan rumah atau bangunan bertingkat yang memerlukan hak milik strata supaya diuruskan dengan lebih baik dan teratur.
"Kementerian menyasarkan dana RM50 juta daripada pemaju swasta bagi peruntukan TP 1Malaysia.
"Kita harap pemaju swasta ini sedar tanggungjawab sosial mereka sama-sama menyumbang walaupun Perdana Menteri mengumumkan RM2.6 juta daripada firma swasta tetapi kita sasarkan lebih RM50 juta," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, tambahnya, kementerian mengharapkan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) dapat membantu dan bekerjasama dalam pengurusan penyelenggaraan.
"JMB yang ditubuhkan diharap dapat mengemukakan senarai permohonan pemilik yang layak kepada TP 1Malaysia untuk menerima bantuan tersebut," katanya.
TP 1Malaysia diwujudkan bagi membantu membaik pulih rumah-rumah kos rendah milik swasta di ibu negara.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM20 juta manakala Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (RM5 juta), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM10 juta) dan firma swasta (RM2.6 juta).

Surau AsSyakirin BSP dipecah masuk...

Sumber: http://www.bandarseriputra.info/2010/02/surau-assyakirin-bsp-dipecah-masuk.html

02Feb2010
Salam semua warga BSP.

Dukacita dimaklumkan bahawa Surau AsSyakirin telah dipecah masuk oleh pihak yang tidak bertanggungjawab pada subuh tadi. Perkara ini disedari apabila salah seorang Bilal tiba sebelum waktu subuh dan mendapati pintu hadapan surau terbuka dan apabila beliau masuk kedalam didapati kunci mangga dan Grill Besi ke bilik Bilal telah dipecahkan.

Antara barangan yang didapati hilang adalah sistem pembesar suara (P.A System 2 set) manakala 2 pembesar suara telah diletakkan di pintu masuk tetapi tidak sempat dilarikan. Aduan Polis telah pun dibuat oleh Pihak AJK Surau.

Sehubungan itu Pihak Surau memohon sumbangan dari warga BSP untuk membeli sistem Pembesar Suara yang baru agar Azan dan aktiviti-aktiviti surau seperti usrah dan kuliah tidak terganggu. Sumbangan boleh di sampaikan kepada Pengerusi Surau AsSyakirin iaitu Tuan Haji Rani no H/p 019 3656514.

Sekian, terima kasih.

Wasalam

Surau AsSyakirin
Bandar Seri Putra semestinya

Lagi sekolah terbengkalai..moga ada jalan penyelesaiannya.

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my
Dipetik dari: http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/lagi-sekolah-terbengkalaimoga-ada-jalan.html



SEBAHAGIAN besar bangunan utama dalam projek membina sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi sudah hampir siap apabila ia terhenti sejak lebih setahun lalu . – UTUSAN/ Hayat Sueet

BANGI 26 Jan. – Masalah projek sekolah 'sakit' atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa, pelajar dan guru, kerajaan juga tidak terlepas daripada turut terpaksa memikul beban sama ada dari segi peningkatan kos mahupun imej di mata masyarakat.

Bagi ibu bapa, sekolah terbengkalai bermakna mereka perlu berbelanja lebih besar untuk menampung kos pengangkutan menghantar anak ke sekolah yang lebih jauh manakala pelajar pula perlu membuang lebih masa dan tenaga untuk ke sekolah.

Apabila sekolah tidak siap, guru yang perlu ditempatkan di situ juga terpaksa dihantar ke tempat lain terlebih dahulu.

Difahamkan, kos untuk memulihkan projek sekolah terbengkalai, selain melibatkan belanja besar, ia juga mengambil masa kerana perlu membatalkan kontrak kontraktor asal dan memilih kontraktor baru.

Itulah isu yang berlaku di kawasan penempatan baru, Bandar Seri Putra dekat sini.

Projek pembangunan menyiapkan sebuah sekolah menengah yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini
Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.

Kini, sudah masuk 2010 dan projek Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu terus menjadi tanda tanya penduduk di kawasan berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati, bangunan sekolah yang terdiri daripada beberapa blok bilik darjah, bilik guru dan kantin kini terbiar.

Persekitarannya juga sudah ditumbuhi semak-samun, selain beberapa kelengkapan pembinaan dilihat bertaburan di sana sini - satu petanda projek tersebut sudah lama terbiar.

Namun, terdapat sebuah pondok keselamatan didirikan di hadapan tapak sekolah tersebut dan terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas di situ.

Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan ada beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.

Ini jelas dilihat melalui buku lawatan tapak yang direkodkan di bilik pengawal keselamatan di lokasi tapak berkenaan.

Walau apa pun tindakan yang sedang dilakukan, penduduk Bandar Seri Putra berharap kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian agar sekolah tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semua terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang, Sekolah Menengah Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih.

Berikutan itu juga, ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan antara RM65 hingga RM70 sebulan untuk setiap anak mereka.

Apa yang dipersoalkan oleh ibu bapa bukan sahaja tentang kos tinggi yang terpaksa ditanggung mereka tetapi juga dari segi masa.

Difahamkan, bagi pelajar sesi pagi, mereka perlu keluar rumah seawal pukul 6 pagi ke sekolah dan hanya sampai ke rumah semula sekitar pukul 3 petang, jika tiada kegiatan kokurikulum.

Sementara, bagi pelajar sesi petang, kira-kira pukul 10.30 pagi mereka sudah perlu bersiap-siap untuk menunggu bas dan sampai semula ke rumah selepas azan maghrib berkumandang.

Jika terlewat, pelajar-pelajar berkenaan biasanya terpaksa mengambil keputusan tidak bersekolah memandangkan tiada perkhidmatan bas biasa ke sekolah mereka.

Justeru, penduduk sangat berharap projek itu dapat dipulihkan dan disiapkan dengan segera untuk kemudahan semua pihak, tambahan pula kawasan itu semakin ramai penghuninya.


2.PM Umum Tabung Penyelenggaran 1Malaysia Dengan Dana RM37.6 Juta

Berita selanjutnya di : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472514

Menambah Koleksi Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Pekan Bangi

Menambah Koleksi Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Pekan Bangi

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/01/menambah-koleksi-perpustakaan-sekolah.html

Pekan Bangi, 11 Safar 1431 = 27 Januari 2010 (Rabu):

Membekalkan buku atau kamus kepada murid-murid atau sekolah adalah salah satu cara mempromosikan Bangi Bandar Ilmu, atas dasar ini ADUN Bangi pernah membantu murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pekan Bangi ini dengan sejumlah kamus, maka pada hari ini juga ADUN Bangi memohon kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Bangi untuk menghantar sejumlah kamus dan sejumlah buku-buku baru diterbitkan kepada Perpustakaan sekolah tersebut. Kunjungan ADUN ke sekolah tersebut dan pengiring-pengiring atas dasar ilmu. Pada kesempatan tersebut ADUN juga melawat bangunan lama sekolah itu sebagai bahan antic sekolah tersebut yang merupakan salah sebuah sekolah tertua di Hulu Langat. Bangunan lama ini didirikan pada tahun 1924. Dinding dan lantainya adalah daripada kayu, tetapi masih kukuh. Bangunan ini masih digunakan sebagai dewan perhimpunan. ADUN memuji pihak sekolah yang mengekalkan bangunan lama ini di samping bangunan-bangunan baru. Kekalkan bangunan tersebut sebagai bahan antic dan muzium sekolah untuk tatapan generasi. ADUN yang diiringi antaranya oleh Ketua Kampung Bangi Saudara Mohamed Marzuki Ibrahim dan beberapa yang lain memberitahu beliau adalah salah seorang murid tua sekolah tersebut dan sempat belajar di bangunan sekolah berkenaan. ADUN juga sempat meninjau Kelas Pra Sekolah yang terdapat di sekolah tersebut. Terima kasih kepada Guru Besar Puan Zakiah Idris kerana sudi menerima koleksi kamus dan buku bagi perpustakaan sekolah tersebut.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet