Terkini

Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sekolah. Papar semua catatan

Gambar: Hari Kecemerlangan SK-BSP 19 Nov 2010 (Jumaat), 8.00 pagi



Pelajar-pelajar 5A UPSR







Album 1: http://www.facebook.com/album.php?aid=255994&id=182228500788&ref=mf











Album 2: http://www.facebook.com/album.php?aid=256006&id=182228500788&ref=mf

Rakaman visual Majlis Rawatan semalam


















Dan banyak lagi di pautan ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=191044&id=182228500788&ref=mf

Proses Rawatan diteruskan HARI INI dan ESOK

Alhamdulillah, proses rawatan semalam telah dilaksanakan dengan jayanya dengan kehadiran yang baik dari ibubapa dan penduduk sekitar. Terima kasih diucapkan dari pihak PIBG. Juga terima kasih kepada semua penderma. Semoga tuan-tuan dimurahkan rezeki.

Proses rawatan semalam perlu dilakukan 3 hari berturut-turut. Insya-Allah malam ini (21 Julai)dan esok (22 Julai), akan diadakan di dewan seperti semalam. Tetapi ianya dijangkakan lebih singkat tanpa kehadiran wakil dari Darussyifa'. Majlis akan bermula dengan azan Maghrib dan diteruskan dengan proses rawatan. Kemudian akan solat Maghrib dan seterusnya bersurai. Harap ramai dapat meluangkan masa.

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru

Buat pertama kalinya SKBSP menyambut perayaan Hari Guru. Sambutan meriah menghargai guru-guru di sekolah telahpun berlangsung pada 20 Mei 2010 bertempat di dewan sekolah. Pelbagai acara telah berlangsung dan dijayakan dengan meriah sekali. Untuk semua guru-guru "Selamat Menyambut Hari Guru".
sebahagian persembahan pada hari berkenaan

Sambutan Hari Guru peringkat SRA Bdr seri Putra

Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/05/sambutan-hari-guru-peringkat-sra-bdr.html



Assalamualaikum,

1.Dimaklumkan SRA Bdr seri putra akan mengadakan sambutan Hari Guru pada :

Tarikh : 17 Mei 2010 (Isnin)
Masa : 8.00pagi
Tempat : SRA Bdr Seri Putra

2.Waktu persekolahan pada hari tersebut hanya satu sesi iaitu sesi pagi sahaja.

Sekian.

P/s : Surat makluman telah diserahkan kepada anak tuan/puan.

SUKAN TAHUNAN SK-BSP KALI PERTAMA 16 Mei (Ahad)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs328.ash1/28575_395574620788_182228500788_3976689_5406683_n.jpg

Pada hari Ahad (16 Mei) pula, pihak sekolah akan mengadakan SUKAN TAHUNAN SK-BSP KALI PERTAMA. Sukan tahunan buat julung kali diadakan ini akan dijalankan di Stadium Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

Semua murid SK-BSP dan ibubapa masing-masing dijemput hadir untuk memeriahkan lagi majlis.

Beberapa bas pengangkutan akan disediakan untuk murid yang akan mengambil bahagian. Bagaimanapun, ianya tidak cukup menampung keseluruhan pelajar. Oleh itu, ibubapa lain diharap dapat hadir sama bersama anak masing-masing dengan pengangkutan sendiri.

Bersempena majlis ini, cuti peristiwa akan diambil oleh sekolah pada hari Isnin 17 Mei.

Harap ibubapa dapat sama menyemarakan acara ini.

Harap Maklum.

SUKANEKA SK-BSP 14 Mei (Jumaat Pagi)

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs328.ash1/28575_395567525788_182228500788_3976631_4539138_n.jpg

Bagi pihak sekolah, saya ingin menjemput ibubapa yang berkelapangan untuk turut hadir pada acara SUKANEKA SK-BSP yang akan diadakan pada hari Jumaat (14 Mei) ini mulai jam 7.20 pagi. SUKANEKA ini adalah khusus untuk pelajar Tahun 1, 2 dan 3. Maka, semua pelajatrTahun 1 dan 3 kebiasaannya bersekolah petang akan hadir ke sekolah pada waktu pagi. Semua pelajar perlulah berpakaian lengkap dengan pakaian sukan SK-BSP.

Harap Maklum.

Program Amal Islami Sekolah Rendah Agama Dan Integrasi

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/05/program-amal-islami-sekolah-rendah.html

Bandar Seri Putra, BBB, 17 Jamadil Awal = 2 Mei (Ahad):


Bertempat di Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Putra, maka pada tahun ini program tahunan itu diadakan di Sekolah ini. Untuk makluman SRA Seri Putra ini adalah merupakan Sekolah terbaru didirikan di kawasan DUN Bangi dan baharu digunakan pada akhir tahun 2009 yang lepas. Agak unik, Sekolah ini dari segi geografinya terletak di bawah DUN Bangi dalam Daerah Hulu Langat, tetapi Sekolah ini diletak di bawah pentadbiran Daerah Sepang dengan alasan Hulu Langat sudah mempunyai banyak Sekolah sedemikian di bawah pentadbiran Pejabat Agama Islam Daerah (PAID), Hulu Langat, maka SRA Seri Putra di letak di bawah pentadbiran PAID, Sepang, lantaran PAID Sepang kurang beban dari segi pentadbiran SRA dan SRAI (Sekolah Rendah Agama Integrasi). Jadi Program Amal Islami yang diadakan di Sekolah ini, ialah program pada peringkat Daerah Sepang.


Difahamkan sebanyak 30 sekolah SRA, SRAI, KAFA Integrasi dan Sekolah Rendah Islam mengambil bahagian yang melibatkan 20 acara dan tiap-tiap Sekolah menghantar lebih kurang 80 orang peserta mengambil bahagian sebahagian besar acara-acara tersebut. Ini bererti lebih dari 2,000 orang murid hadir mengambil bahagia. Ini tidak termasuk guru-guru pengiring yang turut hadir. ADNS Bangi dijemput bagi sesi sebelah petang bagi merasmikan Majlis Penutup Program Amal Islami, Ketika tiba, ADNS dapati kawasan Sekolah penuh sesak dengan murid-murid dan hampir tidak ada ruang kosong.


Majlis penutup pada petang ini dihadiri oleh Tuan Haji Abdul Halim Mat Esa selaku Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang yang juga selaku Penasihat, Tuan Haji Rusmi bin Mohd Rawi, Penyelia Kanan Naziran UPD PAID Sepang yang juga selaku Pemangku Penolong Pegawai Tadbir Agama PAID, Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj (Zon 24), Pegawai-Pegawai Bahagian Pentadbiran, Ustaz Amri Jumain Guru Besar SRA, Seri Putra dan guru-guru perwakilan.


Majlis penutup dimulai dengan kata-kata aluan disampaikan oleh Tuan Haji Rusmi yang menerangkan tentang penglibatan Sekolah-sekolah dan acara-acara yang dipertandingkan, manakala Tuan Haji Abdul Halim Mat Esa selaku Pegawai Tadbir dan Penasihat program memaklumkan tentang keterlibatan Sekolah-sekolah pada tahun ini makin meningkat. Program Amal Islami menurut beliau dapat memperbaiki amalan yang berkaitan dengan ibadat murid-murid di samping mempereratkan ukhuwwah di kalangan guru-guru dan murid-murid serta memupukkan semangat perlumbaan yang sihat di kalangan mereka.


ADNS Bangi tatkala menyampaikan ucapan penutup,mengucap tahniah kepada pihak PAID dan Sekolah-sekolah kerana berjaya mengadakan Program Kemahiran Amal Islami pada tahun ini di SRA, Bandar Seri Putra. ADNS Bangi mengucapkan tahniah khusus kepada Guru Besar dan Kakitangan SRA Bandar Seri Putra yang walaupun baru dibuka, tetapi mampu mengadakan Program yang begitu besar. ADNS berharap SRA Seri Putra akan menjadi sebuah Sekolah yang maju dan menjadi pilihan ibu bapa menghantar anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan Agama.

ADNS Bangi percaya program Amal Islami dapat mengisi masa lapang murid-murid dengan kegiatan yang berfaedah di samping mendidik akhlak anak-anak dan menjauhi gejala-gejala sosial yang banyak berlaku di dalam masyarakat. Kerajaan Negeri Selangor memang menggalak dan memberi perhatian terhadap didikan agama. Peruntukan yang besar diberi kepada pentadbiran agama, masjid, surau dan Sekolah-sekolah agama. Bahkan sebahagian besar dari pendapatan zakat digunakan bagi Fi Sabilillah seperti bagi masjid, surau dan pendidikan agama. ADNS kagum melihat kepada kegiatan dan pertandingan yang disertai oleh murid-murid dan berharap kemahiran sedemikian terus dipertingkatkan.


Oleh kerana pertandingan disertai 30 buah Sekolah dan jenis pertandingan banyak hingga 20 jenis antaranya tilawah al-Quran, nasyid, azan & iqamah, khutbah, tafsir dan terjemahan, cerita dari al-Quran, menulis khat, muhawarah dan lain-lain, maka masa penyampaian hadiah agak lama. Keputusan menjadi suspen kerana tiap acara pertandingan diumumkan masa penyampaian hadiah dan dijemput datang ke hadapan. Ianya memakan masa, oleh kerana ada murid-murid yang tidak menjangka menang dan tidak bersedia dan menunggunya ke hadapan memakan masa. Walau bagaimana bagi murid-murid ianya satu episode yang menggembirakan. Mereka bertepuk dan bersorak, ada juga yang bertakbir bila diumumkan pasukan yang menang, walaupun pada kedudukan no 3. Penyampaian hadiah di lakukan oleh Tuan Haji Abdul Halim dan ADNS Bangi.


Sekian.

Sumbangan buku utk pusat sumber SRA Bandar Seri Putra, Bangi.





assalamualaikum,

saya mewakili jawatankuasa PIBG SRA Bandar Seri Putra, bangi bersama-sama jawatankuasa pusat sumber SRA SRA Bandar Seri Putra ingin memanjangkan permohonan sumbangan buku ilmiah bagi memenuhi pusat sumber SRA Bandar Seri Putra. Untuk makluman, SRA Bandar Seri Putra merupakan sekolah baru yang mana pentadbiran dibawah Pejabat Agama Islam daerah Sepang. Bagi sesi 2010, seramai 1028 pelajar yang mendaftar di SRA Bandar Seri Putra.

Bersama-sama ini disertakan surat sumbangan buku utk pusat sumber SRA Bandar Seri Putrasebagi rujukan.

sebarang pertanyaan berkaitan sumbangan ini, bolehlah berhubung dengan guru besar sekolah SRA Bandar Seri Putra, Ust Amri Jamian di talian : 019-2114617.

sekian.wassalam.

zulambak@gmail.com

Pertandingan amal islami peringkat daerah Sepang

Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pertandingan-amal-islami-peringkat.html



Adalah dimaklumkan SRA Bdr seri putra akan menjadi tuan rumah bagi
pertandingan amal islami peringkat daerah sepang.

Tarikh : Ahad/02-05-2010
Masa : 8.30pagi
Tempat : SRA Bdr seri Putra
Perasmi : YB Dr Shafie Abu Bakar,
ADUN Bangi.

Semua ibu bapa dijemput hadir...

Pendaftran pelajar tahun 1 di SRABSP sesi 2011/2012





Assalamualaikum,

SRA Bdr seri putra memaklumkan pendaftaran pelajar tahun 1 sesi 2011/2012 telah dibuka mulai 04 Mei 2010 sehingga 31 mei 2010 di pejabat sekolah mulai jam 9.00pagi sehingga 4.30ptg.

Semasa pendaftaran, sila bawa bersama-sama:

1) 1 salinan surat beranak
2) 2 keping gambar (menutup aurat)
3) 1 salinan kad pengenalan Ibubapa/penjaga
4) Surat beranak asal
5) samput surat putih panjang bersetem RM 0.30 dan beralamat sendiri.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

sekian..

Buletin 3/2010 SKBSP



Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2010 Pertama

Sumber: http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/mesyuarat-jawatankuasa-pibg-2010.html

Pada 14 April lepas, jawatankuasa PIBG 2010 telah berjaya melaksanakan mesyuarat pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli jawatankuasa.


Gambar - Jawatankuasa PIBG bersidang

Mesyuarat telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penasihat PIBG, puan Guru Besar SK-BSP, Puan Normah Binti Kasim. Antara yang disentuh adalah mengenai saringan LINUS dan perjumpaan dengan ibubapa mengenai saringan tersebut. Juga disentuh tentang pencapaian sekolah dalam bidang sukan atau olahraga yang belum pun setahun umurnya serta berkenaan masalah murid.


Gambar - Puan Normah Binti Kasim, Guru Besar SK Bandar Seri Putra

Saringan LINUS yang lalu telah mendapati 180 pelajar terpaksa dimasukkan dalam kelas LINUS dan saringan seterusnya akan dijalankan bulan Jun akan datang.

Berkenaan pendaftaran tahun satu, sehingga kini telah terdapat 521 pelajar mendaftar untuk tahun satu 2011 dan 271 lagi mendaftar untuk tahun satu 2012.

Aktiviti besar yang akan dijalankan sekolah dalam masa terdekat adalah Hari Kantin. Bagaimanapun, kertas kerja hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat akan datang.

Manakala masalah mengumpul dan mengekstrak data sekolah (daripada sistem Kementerian dan daripada database sekolah) akan dibantu oleh PIBG agar mudah dibaca dan dianalisis.

Majlis penyerahan tugas antara YDP 2009 (Mejar Qayyum) dan YDP 2010 (Ustaz Rozi) juga telah dijalankan.


Gambar - Mejar Qayyum menyerahkan tugas kepada Ustaz Rozi

PIBG juga telah bersetuju membentuk unit-unit yang akan membantu menggerakkan PIBG:

   1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
   2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
   3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh En Rosli
   4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi - Diketuai oleh En Khairil

Semua unit ini akan mengambil isu-isu yang telah dibangkitkan dalam dan luar mesyuarat agong untuk diselesaikan. Ibubapa yang lain juga diharap dapat menyumbang melalui unit-unit ini. Ibubapa boleh mendaftarkan diri di sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pendaftaran-kepakaran-ibubapa.html.

Buat permulaan, PIBG melalui Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi telah mengesahkan bahawa blog SB Bandar Seri Putra (http://skbandarseriputra.blogspot.com/) akan dijadikan blog rasmi PIBG dan sekolah. Satu e-group juga telah diwujudkan sebagai ruang perbincangan PIBG (lihat sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/e-group-perbincangan.html).

Mesyuarat telah ditangguhkan sekitar jam 12 tengah malam dan akan bermesyuarat semula dalam masa sebulan.

Nota: Gambar lain boleh dilihat di http://www.facebook.com/album.php?aid=166513&id=182228500788

- Dilaporkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi

Mesyuarat PIBG SRA Pekan Bangi

Oleh Khai@BSP.

Sekolah Rendah Agama Pekan Bangi (SRA-PB) telah menyumbang kepada perkembangan dan pembelajaran anak-anak BSP sebelum wujudnya SRA-BSP. Terpanggil untuk mengetengahkan masalah SRA-PB yang mungkin ada lagi warga BSP/BM/TIP yang ingin membantu kepada kemudahan sekolah ini.

Masalah-masalah ini saya petik dari blog YB Dr Shafie Abu Bakar yang hadir merasmikan mesyuarat PIBG sekolah baru-baru ini. Kepada yang ingin menyumbang bolehlah terus berjumpa dengan guru besar atau melalui guru-guru.

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/03/mesyuarat-agung-sekolah-agama-sungai.html

Manakala Sekolah Agama Pekan Bangi yang mengadakan Mesyuarat Agung PIBG bagi kali ke 11 ini, mengalami perubahan dari dulunya sesak dengan murid-murid, kini agak selesa, kerana sebahagian dari murid-murid di sekolah ini berpindah ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera yang dibuka pada akhir tahun 2009. Kini tinggal lebihkurang 400 orang murid dengan 17 orang guru. Sekolah ini menunjukkan prestasi yang baik dari segi pelajaran. Misalnya keputusan peperiksaan PSRA 2009 amat memberangsangkan dalam mana 6 orang pelajar mencapai peringkat mumtaz. Kita berharap dengan pertukaran Guru Besar yang baru dan dengan jumlah pelajar yang selesa dan persekolahan satu sesi (petang) semoga sekolah ini akan meningkat dari segi prestasi pelajaran dan yang lain.

Masalah yang dihadapi oleh sekolah ini sebagaimana ADUN berbincang dengan Pengerusi PIBG, iaitu saudara Zul Nor, oleh kerana sekolah ini agak tersorok ke dalam, terlindung dari pandangan dari jalan dan hampir tiada perumahan di sekelilingnya, maka sekolah ini sering diceroboh dan berkali-kali berlaku kecurian barang-barang. Misalnya komputer yang disumbangkan oleh ADUN Bangi dicuri, begitu juga dengan PA system juga kena curi, begitu juga dengan beberapa barangan lain turut dicuri, bahkan sistem wiring letrik juga dirosak dan dicuri. Ini menyebabkan sekolah mengalami puluhan ribu ringgit kerugian. Hari ini tabung pungutan diedar untuk mendapat dana bagi membeli PA sistem yang baru. Kita harap ianya tidak menjadi bahan curian pencuri lagi.

ADUN sebelum merasmikan Mesyuarat Agung melahirkan kerisauan dan mengharapkan langkah-langkah keselamatan diambil, seperti mengambil pengawal bekerja, guru atau pekerja tinggal di kawasan atau berhampiran sekolah dan tidak meninggalkan barang-barang berharga di sekolah. Sekolah ini juga mengalami kerosakan tandas. Yang dapat digunakan ialah 2 unit untuk murid-murid perempuan dan hanya satu unit untuk murid-murid lelaki. ADUN menggesa agak kerosakan ini perlu segera dibaiki.

Pendaftaran pelajar Tahun 1 di SK BSP sesi 2011 & 2012 secara online...

Sumber: http://mahkota5.blogspot.com/2010/03/pendaftaran-pelajar-tahun-1-di-sk-bsp.html



Assalamualaikum,

Pendaftaran pelajar tahun 1 di SK Bdr seri putra untuk sesi 2011 & 2012 boleh dibuat secara online mulai 1 Mac 2010 sehingga 30 April 2010.

Daftar disini :

Maklumat lanjut sepertimana berikut:



Contoh borang yang diisi:

2.0 Maklumat Anak
2.1 Nama Penuh
Sila isi nama penuh anda (HURUF BESAR) seperti di dalam kad pengenalan. Jika nama anda melebihi 40 huruf, sila gunakan huruf-huruf ringkas yang sesuai.

*Contoh : MOHAMED ZULKARNAIN B MOHAMED MUSTAPHA ABDULLAH

*Nota: Maklumat ini boleh dipinda.

2.2 Nombor Kad Pengenalan/ No Surat Beranak

No. Kad Pengenalan/ No Surat Beranak akan digunakan sebagai ID Murid apabila membuat semakan atau pengemaskinian


3.0 Alamat
3.1 Alamat Tempat

Sila masukkan alamat surat mesyurat bagi memudahkan proses hubungan. Jika ruang tidak mencukupi, gunakan huruf-huruf ringkas.
Selangor Darul Ehsan
Contoh :
39, JLN KLANG BANTING,

42500 TELOK PANGLIMA GARANG,
SELANGOR

3.2 Nombor Telefon
Sila masukkan nombor telefon ( rumah/pejabat/handset ) dalam ruang berkenaan. Jangan masukkan sempang antara nombor.

Contoh : 013 - 3526656 Contoh : 03 - 22656636

Jadikan : 0133526656 Jadikan : 0322656636


Disediakan oleh:
Biro Pengurusan & Perhubungan Awam,
Persatuan Penduduk Sek5,
Bdr Bukit Mahkota

Sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA-BSP

Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari Sabtu ini 6 Mac 2010. Murid-murid SRA-BSP adalah dijemput hadir untuk memeriahkan sambutan tersebut. Manakala ibubapa juga boleh turut serta dalam perarakan tersebut. Majlis sambutan akan bermula pada 8.00 pagi dengan berkumpul di sekolah dan perarakan akan dimulakan sekitar 8.30 pagi. Antara aktiviti yang akan juga dijalankan adalah tayangan video untuk murid Tahun 1-3 dan perarakan sekitar BSP tersebut dikhususkan untuk murid tahun 4-6.


Sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA-BSP

Tarikh: 6 Mac 2010
Masa: 8.00 pagi (berkumpul di sekolah)
Tempat: SRA-BSP
Acara:
  • Berkumpul di sekolah (8.00 pagi)
  • Perarakan sekitar BSP (8.30 pagi) - dikhususkan untuk murid tahun 4-6
  • Tayangan video - dikhususkan untuk murid tahun 1-3
Semua murid SRA-BSP digalakkan hadir dan ibubapa boleh juga turut serta dalam perarakan tersebut. Wakil penduduk juga dijemput sama.

Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/03/sambutan-maulidur-rasul-peringkat-sra.html

SRA-BSP: Makluman terkini 3 Mac 2010

Assalammualaikum.


Makluman terkini darip pihak sekolah.
  1. Peperiksaan akan bermula esok 4 Mac 2010.
  2. Bagaimanapun peperiksaan pada hari Jumaat (hanya untuk hari Jumaat) adalah ditunda ke hari Khamis depan 11 Mac 2010 disebabkan pertembungan aktiviti Sambutan Maulidur Rasul di SK BSP.
  3. Pendaftaran kemasukkan tahun 1 2011 akan hanya dibuat selepas bulan Mei. Banner akan dinaikkan untuk makluman ibubapa.
  4. Isu pengawal keselamatan yang tamat perkhidmatannya. Sebagai makluman, pengawal tersebut telah digajikan oleh kontraktor yang membina sekolah SRA-BSP dan khidmat syarikat tersebut telah ditamatkan bulan lepas.
  5. Sambutan Maulidur Rasul peringkat SRA-BSP. Sambutan tersebut akan diadakan pada Sabtu ini 6 Mac 2010 bermula 8.30 pagi. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah tayangan video untuk murid Tahun 1-3 dan perarakan sekitar BSP untuk murid tahun 4-6. Semua murid SRA-BSP digalakkan hadir dan ibubapa boleh juga turut serta dalam perarakan tersebut.
Pertanyaan lanjut boleh menghubungi pihak sekolah ditalian 019-2114617 / 016-6442652.

Sumber: http://srabandarseriputra.blogspot.com/2010/03/makluman-terkini-3-mac-2010.html

MESYUARAT AGONG PIBG SKBSP KALI KE - 2

JEMPUTAN MESYUARAT AGONG PIBG SKBSP KALI KE - 2

Tarikh : 20 FEBRUARI 2010 (SABTU)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan SK Bandar Seri Putra

Agenda:
-Pemilihan AJK
-Membincangkan perancangan persatuan

SM BSP: Boleh diguna tahun depan

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm)

BANGI 3 Feb. – Boleh digunakan pada sesi persekolahan tahun depan. Itu janji Kementerian Pelajaran kepada ibu bapa di Bandar Seri Putra dekat sini terhadap projek sekolah menengah di kawasan itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.

Ini bermakna penantian mereka untuk menghantar anak-anak di sekolah yang dekat dengan rumah bakal berakhir dengan bermulanya kerja-kerja menyiapkan sekolah itu pada awal Mac ini...

...Menurut Puad, projek itu akan dimulakan sejurus selepas kontraktor baru dilantik dan akan siap pada Oktober ini memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum disiapkan...


Sebahagian besar daripada projek sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi, sudah disiapkan dan bakinya dijangka disiapkan pada Oktober ini selepas kontraktor baru dilantik oleh Kementerian Pelajaran.

Gambar semasa acara merentas "bandar" SK BSP

Salam,

Bagi mereka yang berminat untuk melihat gambar anak masing-masing (kalau adalah) semasa acara merentas desa/"bandar" pagi tadi, boleh lawati pautan ini:

http://bsprunner.multiply.com/photos/album/1#








Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet