Terkini

Memaparkan catatan dengan label Perjumpaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perjumpaan. Papar semua catatan

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SERI MAWAR KALI 5 TAHUN 2009

16 Mac 2009

Tuan/Puan,

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK PANGSAPURI SERI MAWAR KALI 5 TAHUN 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar Kali ke 5 tahun 2009 akan diadakan mengikut ketetapan di bawah:

Tarikh: 29hb Mac 2009

Masa: 9.00 pagi

Tempat: DATARAN SERI MAWAR (Temapat Letak Kereta Antara Blok A dan B)

Agenda:

  • Pendaftaran
  • Penduduk Mengambil Tempat
  • Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
  • Pembentangan Aktiviti Tahunan Lalu
  • Pembentangan Laporan Kewangan Tahun 2008
  • Pembubaran AJK Sesi 2008
  • Pemilihan AJK Sesi 2009
  • Hal-hal lain
  • Jamuan dan Bersurai

3. Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi memantapkan persatuan kita di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

"BERSATU BERSEDIA BERKHIDMAT"

Yang menurut perintah:

Rosdi Bin Hassan
Setiausaha
Persaatuan Penduduk
Pangsapuri Seri Mawar
Bandar Seri Putra
43000 Kajang, Selangor
(No Ruj. ROS:176/04)

Komen dan cadangan yang diterima



Kami telah menerima pelbagai maklumbalas serta cadangan. Berikut adalah senarainya:


  1. Cadangan atau Komen

  2. Menyediakan tong sampah di sekitar pangsapuri contohnya di taman permainan

  3. Kempen semangat kejiranan

  4. Stiker kecil di nombor plat seperti putra teres

  5. Papan kenyataan besar di jalan masuk

  6. Kajiselidik pendapat penduduk kepada persatuan penduduk

  7. Mantapkan kawalan dan keselamatan

  8. Alat hubungan dari unit ke pondok pengawal

  9. Atap Kereta

  10. Rukun Tetangga

  11. Kecurian 'wiper kereta' dan minyak motor

  12. Sampah dicampak dari tingkat atas

  13. Arus kereta/motor

  14. Amalkan konsep penghuni berkebajikan

  15. Dapatkan tender terbuka dan quotation

  16. Pastikan tiada anjing

  17. Pastikan tiada burung bertenggek di tingkap dan koridor kerana tahinya bersepah-sepah

  18. Melarang kanak-kanak bermain di koridor kerana bising

  19. Mencari kaedaah untuk memberi kesedaran kepada penghuni tentang tanggungjawab bersama dan perhubungan yang rapat antara jiran

  20. Amalkan konsep gotong-royong

  21. Bagi kerja-kerja mengecat bangunan mesti mengadakan tender terbuka dan bukan tender kroni yang tidak berkualiti dan effisien

  22. Sinking fund yang telah dikenakan sebelum ini perlu dijelaskan perbelanjaan melalui laporan juru audit oleh Bangi Height

  23. Nyalakan lampu koridor didepan pintu sahaja pada waktu malam

  24. Lampu tangga hendaklah dipasang sepanjang malam hingga pagi

  25. Repair pagar yang roboh dekat rumah sampah Blok B

  26. Pengurangan caj bulanan

  27. Deposit air

  28. Permohonan meter air individu

  29. Bumbung (Nyatakan spesifikasi, bina ikut kemampuan)

  30. Basuh kereta

  31. Akta warga asing

  32. Tender kerja baik-pulih

  33. Unit kosong – JMB jadi agen sewaan

Diskusi Penduduk bersama JMB
















Diskusi yang telah diadakan pada 29 Jun 2008 lepas telah dihadiri oleh 62 orang pemilik unit. Diskusi ini juga telah dihadiri oleh wakil daripada Bangi Height Development (Pemaju) dan SYABAS.

Wakil JMB sendiri telah memberikan taklimat berkenaan JMB serta gerak kerja JMB. Taklimat ini boleh dimuat turun di sini (Taklimat Penduduk PDF).

Perjumpaan Penduduk 29 Jun 2008, Ahad, 9.30 pagi, Dataran Seri Mawar

Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar (JMBSM) akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pemilik/penduduk/penyewa Pangsapuri Seri Mawar seperti berikut:

Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dataran Seri Mawar (Jamuan disediakan)

Diharap semua pemilik/penduduk/penyewa dapat bersama-sama hadir untuk masa depan pangsapuri kita bersama.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet