Terkini

Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan

Kerja-kerja Pemasangan Meter Air Individu Selesai


Meter baru yang hampir siap dipasang

Meter lama untuk tingkat 4 (3/4 inci)


Sumber air yang telah dipotong


Meter air untuk tingkat 4 (3/4 inci)


Meter lama

Jenuh gak sebab tak sama. Ada yang senang, ada yang susah dipasang.


Meter tingkat 4 yang baru

Meter baru di Seri Mawar (Dulu BN (Biru) sekarang Puteri UMNO (Merah Jambu)


Alhamdulillah, semalam pihak Syabas telah datang dan menjalankan kerja-kerja migrasi meter air individu di pangsapuri kita. Kerja-kerja telah bermula 10.30 pagi dan berakhir 6.30 petang. Bagi pihak JMB saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kesemua pegawai Syabas sepanjang urusan ini. JMB juga ingin mengucapkan semua warga Seri Mawar yang terlibat sama membantu pihak Syabas.

Sebagai maklumat kepada semua penduduk Seri Mawar, bil bulan Julai akan mula dikeluarkan hari ini (10 Julai 2009). Kelewatan ini disebabkan kita menunggu hari terakhir untuk mengenakan caj air secara pukal kali terakhir. Makanya bil Julai yang akan tuan/puan terima akan memasukkan bil air Jun dan sehingga 9 Julai 2009. Selepas ini, bil air tuan/puan akan terus di bil oleh pihak Syabas. Mereka yang menggunakan 20 meter padu air akan mendapat air secara percuma.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

Kerja-kerja pemotongan air malam ini

Sebagai makluman terutama unit-unit gagal dalam proses migrasi meter air individu, malam ini operasi kedua pemotongan air akan dijalankan.

Sekadar menyingkap proses sebelum pemotongan air ini, pihak JMB telah melaksanakan langkah-langkah berikut:

  1. Makluman proses migrasi sejak Ogos 2008.
  2. Surat pekeliling dan peringatan kepada pemilik.
  3. Penangguhan beberapa kali untuk serahan borang kepada Syabas.
  4. Beberapa siri lawatan rumah ke rumah untuk penerangan dan peringatan.
  5. Akhirnya, pemotongan unit yang gagal ikut serta.
Harap semua dapat memberi kerjasama untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

"Kami tak ada meter 3/4 inci", kata Syabas

Hah? Betul ke? Tapi ini yang saya dimaklumkan oleh pegawai Syabas yang menalifon saya.

"Kenapa guna meter 3/4 inci?", tanyanya lagi.

Jawab saya, "Itu memang spec yang digunakan. Kita ikut je".

"Kalau 3/4 inci, kita tak ada stok lah. Kalau pakai yang biasa tak boleh ke?", tanyanya lagi.

"Kata pemaju, dia guna yang 3/4 inci sebab tingkat 4, tekanan airnya kurang", tambah saya.

"Tak delah, lagi bagus pakai yang biasa", tambahnya pula.

"Kalau macam itu, saya kena bincang dengan AJK lain dan akan maklum nanti", saya mengakhiri perbualan.


Kemaskini Maklumat akaun dan Migrasi Meter Individu Syabas

Salam.
Kemaskini Maklumat Akaun
Untuk makluman semua, pihak JMB dalah rangka kerja untuk menaik taraf sistem akaun daripada sistem manual kepada sistem automatik.
Oleh diharap semua pemilik unit dapat memeriksa akaun masing-masing sebelum 15 Jun 2009. Sebarang perbezaan atau masalah perlu dilaporkan kepada pihak kami.
Selepas 15 Jun 2009, akaun anda adalah dianggap betul dan sebarang pertikaian tidak akan dilayan.
Meter air Individu
Manakala bagi migrasi meter air individu, pihak kami telah pun menyerahkan sejumlah 218 permohonan yang telah lengkap kepada Syabas Hulu Langat. Sebarang tindakan lanjut adalah ditangan pihak Syabas sekarang.
Bagaimanapun, pihak Syabas menganggarkan proses ini akan mengambil masa kurang sebulan jika tiada sebarang masalah dengan borang permohonan kita.
Harap semua penduduk dapat bersabar. Juga dalam masa proses ini, kami masih menerima permohonan unit yang belum melengkapkan proses ini. Sila kemukakan borang Syabas, salinan IC, salinan S&P, wang pemasangan dan deposit Syabas secepat mungkin. Harap tiada unit yang akan dipotong sumber air ke unit masing-masing.

Utusan Malaysia: Pengguna digalak guna meter individu

Dipetik dari Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0127&pub=utusan_malaysia&sec=Kota&pg=wk_05.htm&arc=hive
ARKIB : 27/01/2009

Pengguna digalak guna meter individu

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) meneruskan kempennya untuk menggalakkan penduduk di perumahan bertingkat menggunakan meter individu dengan membuka kaunter pendaftaran di Presint 9, Putrajaya baru-baru ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, kaunter pendaftaran itu dibuka bagi memudahkan penduduk mendaftar akaun individu, membuat bayaran serta mendapatkan penerangan lebih jelas daripada pegawai Syabas.

Menurutnya lagi, program itu akan membantu secara langsung Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) mempercepatkan proses permohonan pertukaran akaun pukal kepada akaun individu.

"Pegawai-pegawai Syabas ditempatkan di kaunter itu untuk membantu penghuni-penghuni mengisi borang, membuat penyemakan dan seterusnya memberikan kelulusan pada hari yang sama terhadap permohonan mereka," katanya.

Tambahnya, akaun meter individu boleh diaktifkan selewat-lewatnya pada 1 Mac ini setelah semua permohonan diterima daripada penghuni.

Menurut Halem lagi, Syabas menggalakkan pihak pengurusan bangunan yang masih belum membuat permohonan pertukaran kepada akaun individu supaya mengambil borang permohonan di pejabat-pejabat Syabas wilayah yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

"Semua permohonan migrasi mestilah dibuat melalui pihak yang menguruskan bangunan sama ada melalui Badan Pengurusan Bersama (JMB), Persatuan Penduduk atau Syarikat Pengurusan Bangunan," jelasnya.

"Permohonan bekalan air secara individu hanya boleh dibuat sekiranya permohonan migrasi yang dibuat oleh pihak pengurusan sesebuah bangunan telah diluluskan oleh pihak Syabas," tegasnya.


Proses Pemotongan Air

JMB dalam proses akhir mengubah kepada meter air individu. Seperti yang telah penduduk sedia maklum, untuk beberapa hari ini proses pemotongan air akan dilakukan bagi unit-unit yang gagal untuk serta dalam proses ini.

Pihak JMB sudah mula memotong bekalan air (cabut meter air lama) bagi unit-unit yang tidak didiami. Seterusnya, pemotongan juga akan dilakukan untuk unit-unit yang mempunyai penghuni. Kami berharap agar tiada sebarang insiden tidak diingini akan berlaku. Maka, kami menyeru buat kali terakhir agar unit yang berpenghuni agar menjelaskan segala bayaran dan menyerahkan dokumen yang diperlukan. Ini bagi mengelak daripada air ke unit anda dipotong.

Gambar Hiasan: Susahnya tanpa air.

Jika ianya dipotong, harap penghuni dapat bekerjasama agar tidak memprotes. Ini kerana, JMB telah memberi ruang dan masa (kita sudah mulai sejak Ogos 2008) yang mencukupi untuk semua pemilik dan penghuni bagi melaksanakan proses ini.

Posting berkaitan:
http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/2009/05/lanjutantarikh-akhir-penyerahan-borang.html

LanjutanTarikh Akhir Penyerahan Borang Syabas

Atas sebab yang tidak dapat dielakkan, tarikh akhir penyerahan Borang Syabas terpaksa dilanjutkan. Berikut beberapa tarikh penting:

  • Tarikh akhir serah borang: 16 Mei 2009 (Tindakan: Semua Pemilik Unit)
  • Kerja pemotongan air: 18-21 Mei 2009 (Tindakan: JMB dan Persatuan)
  • Kerja Syabas Bermula: 22 Mei 2009 (Tindakan: Syabas)
Oleh itu semua pemilik unit diingatkan untuk menyelesaikan semua bayaran dan dokumen yang diperlukan untuk mengelakkan daripada unit anda dipotong perkhidmatan air.

Cuci Tangki Air - Terima Kasih Semua


Bagi pihak JMB, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang telah bersabar dengan kerja-kerja pembersihan Tangki Air. Alhamdulillah, kini kesemua tangki (8 kesemuanya) telah berjaya dibersihkan. Disamping itu beberapa pembaikan seperti kebocoran dan masalah pelampung pada tangki juga kita telah perbaiki setakat termampu. Bagaimanapun masih terdapat beberapa masalah yang kita tangani secara sementara dan mungkin perlu dibaiki dalam masa terdekat bagi menjamin fungsi tahan lebih lama.

Sekali lagi, terima kasih kepada semua.

Kembalikan Borang Syabas Selewat-lewatnya 30 April

Nampaknya jadual perancangan kita untuk urusan pertukaran meter air individu agak kelewatan atas sebab tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, borang Syabas kita telah ada di pejabat dan pemilik unit diseru agar melengkapkan borang tersebut dengan kadar yang segera. Tarikh baru untuk kita melengkapkan borang tersebut adalah pada 30 April.

Bagi yang duduk jauh, boleh muat turun borang Syabas di pautan dibawah. Seterusnya diharap dapat menghantarnya secara 'Courier', PosLaju atau PosExpress. Selepas 3-4 hari boleh menalifon pejabat bagi memastikan borang telah sampai.

Muat turun Borang Syabas

Makluman Pertukaran Meter Air Individu

Muat-turun Borang Syabas



Borang syabas boleh dimuat-turun dengan klik pada gambar di atas.

Borang Syabas: Sila dapatkan di pejabat JMB


Bagi mereka yang menunggu bagi melengkapkan proses pertukaran meter individu, ini berita baik. Borang tersebut boleh diperolehi di pejabat JMB.

Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan cuba scan agar dapat dimuat-turun daripada blog ini.

Air percuma di Selangor, YB Dr Khair Toyo membela kita

YB Dr Khir Toyo hari ini menyebut dalam blognya agar penghuni rumah pangsa macam kita dapat juga merasa air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berikut petikannya:



Air Percuma Di Selangor, Tercapaikah Matlamat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor atas kejayaan mereka melaksanakan pemberian air sebanyak 20 meter padu secara percuma. Tampak selepas mendapat desakan, kerajaan negeri berjaya melaksanakan skim tersebut.

Kepada rakyat Selangor, janganlah kita gunakan kesempatan untuk membazir air. Walaupun ia percuma tetapi tidak sepatutnya dibazirkan. Kita harus belajar untuk menjimatkan penggunaan air bersih ini kerana saya percaya suatu hari nanti kita akan menghadapi krisis air yang berpanjangan.

Memandangkan projek pengaliran air dari Pahang ke Selangaor masih lagi tertangguh, saya khuatir kita akan mengalami krisis air suatu ketika nanti. Melalui pengalaman saya berbincang dengan beberapa pakar, dipercayai Lembah Klang akan mengalami krisis air pada 2012 jika projek air Pahang-Selangor tidak dapat disiapkan.

Dalam satu pembentangan isu air, perunding yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi berpendapat jika projek ini gagal dilaksanakan pada tahun ini, maka ia akan gagal disiapkan pada 2012. Kemungkinan ia hanya siap pada 2016.

Justeru, saya harap kerajaan negeri meneruskan usaha yang telah dibuat kerajaan terdahulu dengan mencari sumber air alternatif dan juga menjalankan kempen secara aggresif supaya pengguna menggunakan air dengan cermat.

Lembah Klang merupakan daerah yang menggunakan jumlah air yang tertinggi di dunia dan keadaan ini tidak boleh diteruskan. Jika tidak rakyat harus menerima hakikat menghadapi krisis air berpanjangan di masa akan datang.

Berhubung dengan air percuma 20 meter padu, saya telah menimbulkan perkara ini agar diadakan satu mekanisme khusus supaya semua unit rumah-rumah pangsa kos rendah, kos sederhana mahu pun kondominium juga mendapat pengurangan tersebut walaupun mereka menggunakan meter bersepadu (bulk meter).

Jika kaedah pengebilan sedia ada digunakan hari ini, pengurangan hanya diberikan 20 meter padu yang pertama kepada setiap bil-bil air. Jika ini diteruskan, maka sesebuah flat yang mempunyai 200 unit hanya akan mendapat pengurungan 20 meter padu pertama sahaja. Ini kerana mereka diberikan satu bil yang sama seperti rumah teres.

Saya cadangkan bagi rumah pangsa yang menggunakan meter sepadu ini, supaya diadakan pengiraan khas, iaitu pengurangan hendaklah diberikan sebanyak 20 meter padu didarab dengan jumlah unit yang ada di blok tersebut.

Dan pengurangan hendaklah diberikan mengikut RM 11.40 X unit yang ada. Jika ini tidak dibuat, maka niat kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah tidak tercapai. ia hanya akan bersifat window dressing sahaja. Bak kata perpatah, manis kata di mulut, kesannya tiada makna.

Saya faham, saya akan ditempelak dengan artikel ini tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya telah didatangi oleh beberapa persatuan penduduk rumah-rumah pangsa di sekitar Selangor.

Ingin saya jelaskan sekali lagi, tugas saya bukan untuk mencari salah kerajaan negeri. jauh sekali menegur kerajaan yang baru ini. Saya hanya memperjuangkan hak rakyat yang telah menemui saya. Jika saya tidak laksanakan saya pasti dituduh oleh pendokong Pakatan rakyat sebagai pemimpin yang tidak sensitif terhadap tuntutan rakyat.

Saya berharap pemimpin pakatan rakyat tidak tersinggung, jauh sekali menjadi bongkak dengan pandangan ini.

Eloklah kita mengikut resam padi, makin berisi makin tunduk. Jangan jadi lalang, isi tiada, sombongnya berdiri tegak tanpa sebarang erti.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet