Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my
(http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0204&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_01.htm)
BANGI 3 Feb. – Boleh digunakan pada sesi persekolahan tahun depan. Itu janji Kementerian Pelajaran kepada ibu bapa di Bandar Seri Putra dekat sini terhadap projek sekolah menengah di kawasan itu yang terbengkalai sejak lebih setahun lalu.
Ini bermakna penantian mereka untuk menghantar anak-anak di sekolah yang dekat dengan rumah bakal berakhir dengan bermulanya kerja-kerja menyiapkan sekolah itu pada awal Mac ini...
...Menurut Puad, projek itu akan dimulakan sejurus selepas kontraktor baru dilantik dan akan siap pada Oktober ini memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum disiapkan...

Sebahagian besar daripada projek sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi, sudah disiapkan dan bakinya dijangka disiapkan pada Oktober ini selepas kontraktor baru dilantik oleh Kementerian Pelajaran.
Terkini
SM BSP: Boleh diguna tahun depan
45 Kontraktor Projek 'Sakit' Kementeran Pelajaran Diberi Ingatan
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata setakat ini seramai lima kontraktor sudah disenaraihitam sementara 23 lagi kontraktor dalam proses dikenakan tindakan sama.
"Jangan nanti bila sudah kena tindakan kata pihak kerajaan atau kementerian tidak adil pulak, sebab ini janji kerajaan iaitu Pencapaian Diutamakan," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah di Bandar Seri Putra di sini yang terbengkalai.
Mohd Puad berkata kontraktor sekolah itu juga sudah dikenakan tindakan kerana kegagalan menyiapkan projek walaupun kementerian sudah memberi peluang iaitu melanjutkan masa sebanyak dua kali.
Beliau berkata tender baru bagi meneruskan projek sudah pun dibuka dan kontraktor baru dijangka dilantik pada awal Mac depan.
"Projek itu akan dimulakan sejurus kemudian dan akan siap dalam tempoh tujuh bulan memandangkan hanya sekitar 27 peratus sahaja yang belum siap. Ia dijadual boleh digunakan untuk sesi persekolahan 2011," katanya.
Projek pembangunan sekolah bernilai RM20 juta itu yang bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Dis 2008, mempunyai 36 bilik darjah dan dijangka dapat menampung 1,100 pelajar.
-- BERNAMA
Pemaju boleh disenarai hitam
saiful.sahak@utusan.com.my
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, tindakan itu wajar kerana sesetengah pemaju hanya menumpukan keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial untuk menyelenggara perumahan kos rendah.
"Kementerian telah mengajukan cadangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya menyenarai hitam pemaju swasta selepas pindaan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 (Akta 663).
"Selepas pindaan Akta 663 itu, kita akan senarai hitam pemaju yang gagal dalam melaksanakan penyelenggaraan bangunan perumahan kos rendah ini," katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Meraikan Kelahiran Bayi Sempena Hari Wilayah Persekutuan dan sumbangan cenderahati kepada pesakit-pesakit obstetrik dan ginekologi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini hari ini.
Turut hadir isterinya, Datin Nafesah Raja Nong Chik; Pengarah Eksekutif, Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Idris Mohd Isa dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar.
Dalam pada itu, Raja Nong Chik berkata, Tabung Penyelengaraan 1Malaysia (TP 1Malaysia) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi diharap dapat membantu pengurusan rumah atau bangunan bertingkat yang memerlukan hak milik strata supaya diuruskan dengan lebih baik dan teratur.
"Kementerian menyasarkan dana RM50 juta daripada pemaju swasta bagi peruntukan TP 1Malaysia.
"Kita harap pemaju swasta ini sedar tanggungjawab sosial mereka sama-sama menyumbang walaupun Perdana Menteri mengumumkan RM2.6 juta daripada firma swasta tetapi kita sasarkan lebih RM50 juta," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, tambahnya, kementerian mengharapkan Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) dapat membantu dan bekerjasama dalam pengurusan penyelenggaraan.
"JMB yang ditubuhkan diharap dapat mengemukakan senarai permohonan pemilik yang layak kepada TP 1Malaysia untuk menerima bantuan tersebut," katanya.
TP 1Malaysia diwujudkan bagi membantu membaik pulih rumah-rumah kos rendah milik swasta di ibu negara.
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM20 juta manakala Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (RM5 juta), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (RM10 juta) dan firma swasta (RM2.6 juta).
Lagi sekolah terbengkalai..moga ada jalan penyelesaiannya.
kota@utusan.com.my
Dipetik dari: http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/lagi-sekolah-terbengkalaimoga-ada-jalan.html
SEBAHAGIAN besar bangunan utama dalam projek membina sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi sudah hampir siap apabila ia terhenti sejak lebih setahun lalu . – UTUSAN/ Hayat Sueet
BANGI 26 Jan. – Masalah projek sekolah 'sakit' atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.
Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa, pelajar dan guru, kerajaan juga tidak terlepas daripada turut terpaksa memikul beban sama ada dari segi peningkatan kos mahupun imej di mata masyarakat.
Bagi ibu bapa, sekolah terbengkalai bermakna mereka perlu berbelanja lebih besar untuk menampung kos pengangkutan menghantar anak ke sekolah yang lebih jauh manakala pelajar pula perlu membuang lebih masa dan tenaga untuk ke sekolah.
Apabila sekolah tidak siap, guru yang perlu ditempatkan di situ juga terpaksa dihantar ke tempat lain terlebih dahulu.
Difahamkan, kos untuk memulihkan projek sekolah terbengkalai, selain melibatkan belanja besar, ia juga mengambil masa kerana perlu membatalkan kontrak kontraktor asal dan memilih kontraktor baru.
Itulah isu yang berlaku di kawasan penempatan baru, Bandar Seri Putra dekat sini.
Projek pembangunan menyiapkan sebuah sekolah menengah yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini
Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.
Kini, sudah masuk 2010 dan projek Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu terus menjadi tanda tanya penduduk di kawasan berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati, bangunan sekolah yang terdiri daripada beberapa blok bilik darjah, bilik guru dan kantin kini terbiar.
Persekitarannya juga sudah ditumbuhi semak-samun, selain beberapa kelengkapan pembinaan dilihat bertaburan di sana sini - satu petanda projek tersebut sudah lama terbiar.
Namun, terdapat sebuah pondok keselamatan didirikan di hadapan tapak sekolah tersebut dan terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas di situ.
Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan ada beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.
Ini jelas dilihat melalui buku lawatan tapak yang direkodkan di bilik pengawal keselamatan di lokasi tapak berkenaan.
Walau apa pun tindakan yang sedang dilakukan, penduduk Bandar Seri Putra berharap kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian agar sekolah tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.
Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semua terletak agak jauh.
Antaranya, Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang, Sekolah Menengah Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih.
Berikutan itu juga, ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan antara RM65 hingga RM70 sebulan untuk setiap anak mereka.
Apa yang dipersoalkan oleh ibu bapa bukan sahaja tentang kos tinggi yang terpaksa ditanggung mereka tetapi juga dari segi masa.
Difahamkan, bagi pelajar sesi pagi, mereka perlu keluar rumah seawal pukul 6 pagi ke sekolah dan hanya sampai ke rumah semula sekitar pukul 3 petang, jika tiada kegiatan kokurikulum.
Sementara, bagi pelajar sesi petang, kira-kira pukul 10.30 pagi mereka sudah perlu bersiap-siap untuk menunggu bas dan sampai semula ke rumah selepas azan maghrib berkumandang.
Jika terlewat, pelajar-pelajar berkenaan biasanya terpaksa mengambil keputusan tidak bersekolah memandangkan tiada perkhidmatan bas biasa ke sekolah mereka.
Justeru, penduduk sangat berharap projek itu dapat dipulihkan dan disiapkan dengan segera untuk kemudahan semua pihak, tambahan pula kawasan itu semakin ramai penghuninya.
2.PM Umum Tabung Penyelenggaran 1Malaysia Dengan Dana RM37.6 Juta
Berita selanjutnya di : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472514
Puad tinjau sekolah terbengkalai Selasa ini
Jan2010 Posted by azizailan Labels: Anak-anak Sekolah
Petikan dari Utusan Malaysia 29/01/10 (Jumaat)
KUALA LUMPUR 28 Jan. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) akan melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi pada Selasa depan selepas berita mengenainya dilaporkan akhbar ini semalam.
Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, lawatan itu penting untuk membolehkannya mendapat perkembangan terkini tentang status projek tersebut.
Katanya, ini sejajar dengan polisi kementerian yang sememangnya memandang serius terhadap masalah projek sekolah 'sakit' yang gagal disiapkan mengikut jadual di seluruh negara.
"Saya masih belum mendapat laporan penuh mengenai projek sekolah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi tetapi saya akan pergi sendiri melawat projek berkenaan untuk melihat perkembangannya pada Selasa ini.
"Sekarang ini, saya berada di Melaka juga bagi meninjau masalah serupa," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung projek pembangunan mendirikan sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini.
Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.
Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan terdapat beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.
Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semuanya terletak agak jauh.
Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, SMK Jalan Reko, Kajang, SMK Salak Tinggi dan SMK Engku Hussain, Semenyih.
*harap ada perubahan ketara terhadap projek SAKIT ini selepas lawatan Dr.Puad nanti.....
Projek sekolah (SM BSP) perlu diberi keutamaan
BANGI 26 Jan. - Kerajaan perlu mewujudkan satu pasukan khas untuk memantau setiap projek sekolah yang dilaksanakan di seluruh negara supaya langkah segera dapat diambil jika sesebuah projek itu berdepan masalah.
Penduduk Bandar Seri Putra dekat sini berpendapat, walau apa pun yang terjadi, projek sekolah tidak wajar dibiarkan terbengkalai kerana ia memberikan kesan besar kepada masyarakat.
Seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan, Riduan Ramli, 30, berkata, projek pembangunan sekolah perlu diberikan keutamaan dan dielakkan daripada terbengkalai.
Dia yang sudah menetap di bandar baru berkenaan sejak tiga tahun lalu mengakui amat kecewa kerana sekolah di kawasan itu gagal disiapkan.
"Penduduk di kawasan ini semakin padat dari semasa ke semasa. Keadaan ini amat menyulitkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah menengah," ujarnya.
Dia berkata, kemudahan sekolah sering menjadi faktor seseorang membeli rumah di sesebuah kawasan baru dan amat mengecewakan jika kemudahan itu tidak dapat dinikmati dengan segera.
Kesan kegagalan projek sekolah itu disiapkan mengikut jadual turut dirasakan oleh My'sara Sofea Mahizan, 14 tahun.
Anak keempat daripada enam orang adik-beradik itu terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih yang terletak lebih 12 kilometer dari rumahnya sejak tahun lalu.
"Sememangnya agak menyedihkan, namun apa boleh buat. Apa yang saya harapkan ialah sekolah ini dapat disiapkan dengan segera. Kalau boleh sebelum tahun depan," ujarnya.
Dia mengakui terpaksa terpaksa keluar awal pagi bagi mengelakkan tertinggal bas sekolah.
Selain My'sara, terdapat kira-kira 40 rakannya dari kawasan perumahan berkenaan dan berhampiran belajar di sekolah sama.
Turut berkongsi kekecewaan ekoran pembinaan sekolah menengah di kawasan berkenaan terbengkalai ialah seorang bapa, Murad Adam. 41.
Dia yang tinggal di Bandar Bukit Mahkota, bersebelahan Bandar Seri Putra berkata, memandangkan tiada sekolah menengah di kawasan tempat tinggalnya, anak-anaknya terpaksa dihantar bersekolah di Jalan 2, Bandar Baru Bangi.
"Sekiranya sekolah menengah di sini dibuka, anak-anak di Bandar Bukit Mahkota boleh bersekolah di sini kerana ia lebih hampir," ujarnya yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan satu dan tiga di sekolah berkenaan.
Sambil merayu agar kerajaan menyegerakan kerja-kerja menyiapkan sekolah berkenaan, dia juga berharap pihak pemaju turut memainkan peranan agar sekolah berkenaan dapat disiapkan segera.
Difahamkan, sebelum ini, kawasan bandar baru itu turut mengalami masalah sekolah rendah yang terbengkalai selama hampir setahun.
Namun, usaha menyiapkan sekolah berkenaan akhirnya terlaksana dan murid-murid sudah memulakan sesi persekolahan pada bulan Jun tahun lepas.
Bagi pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan, Rajendra Kumar, 31, dia sendiri tidak begitu tahu tentang status sekolah berkenaan.
Dia yang baru dua bulan ditugaskan menjaga keselamatan tapak sekolah berkenaan berkata, dia sering disoal tentang status projek itu oleh ibu bapa yang datang melawat ke tapak projek berkenaan.
"Saya dimaklumkan projek sekolah ini terbengkalai disebabkan pemajunya sudah bankrap. Dari apa yang saya dengar, usaha untuk menyambung semula projek ini sedang dijalankan. Lebih dari itu, saya tidak tahu," ujarnya.
Dia turut melahirkan kebimbangan, sekiranya sekolah tersebut terus terbengkalai, kemungkinan pelbagai kejadian seperti kecurian barang-barang akan berlaku.
sumber: utusan malaysia




