Terkini

Blog Bandar Seri Putra.


Blog Bandar Seri Putra.
Originally uploaded by pangsapuriserimawar

Satu lagi saluran informasi yang diwujudkan untuk kita di Bandar Seri Putra.

Bolehlah layari pautan ini http://bandarseriputra.blogspot.com/

Dapat call daripada JMB lain

Saya baru dihubungi oleh JMB daripada Subang Perdana (kalau tak silap pendengaran saya) minta berkongsi tentang pengurusan di Seri Mawar. Saya cuba sedaya mungkin menjawab persoalan dan berkongsi pengalaman yang telah kami lalui. Walaupun kami pun masih belum mengambil alih, tetapi banyak lagi JMB lain diluar sana yang masih bermasalah untuk memulakan proses ambil-alih daripada pemaju. So tak salah berkongsi dan bertukar-tukar pendapat.

p/s: Alhamdulillah, ada juga yang mendapat faedah melalui blog ini.

Senarai Jawatankuasa Persatuan Penduduk

Rentetan perjumpaan penduduk 29 Jun ini, JMB telah mendapat maklum balas positif daripada Bangi Height, COB, Syabas, Polis dan JMB Pangsapuri Seri Melati.

Pihak Syabas (En Izam - Eksekutif Khidmat Pelanggan) telah menghubungi JMB menyatakan kehadiran mereka. JMB juga telah diminta menyalurkan nombor telefon AJK agar boleh dimasukkan kedalam sistem makluman Syabas sekiranya berlaku sebarang ganguan perkhidmatan air.

Disamping itu, Syabas juga memerlukan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk. Alhmadulillah, senarai itu telah dimajukan kepada JMB oleh Pengerusinya En Ramli. Senarai itu juga telah diserahkan kepada Syabas untuk tindakan lanjut.

Di sini saya senaraikan AJK Persatuan Penduduk:


PERSATUAN PENDUDUK
PANGSAPURI SERI MAWAR (ASM)
BANDAR SERI PUTRA, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

AHLI-AHLI JAWATANKUASA SESI TAHUN 2008

Pengerusi
En. Ramli Bin Che Kob

Timbalan Pengerusi
En. A. Rahim Bin Md Top

Setiausaha
En. Rosdi Bin Hassan

Penolong Setiausaha
En. Syed Kamarulzaman Bin Syed Ali

Bendahari
En. Suhaimi Bin Omar

Ahli Jawatankuasa
1 En. Abd Razak Bin Tamin
2 En. Khalid Khan
3 En. Wan Mohd Zamzuri Bin Mohd Zahid
4 En. Khairul Anuar Bin Saadullah
5 En Osman Bin Budin
6 En. Hassan Basri Bin Zainuddin
7 Mohd Radzi bin Ali
8 Abd. Rahman Bin Hashim
9 En. Ramli Bin Taib
10 Norhani Bt Ahmad Rosli

Pemeriksa Kira-Kira
1 En. Naziree Bin Md Yusuf
2 En. Ismadi Bin Ahmad

Air percuma di Selangor, YB Dr Khair Toyo membela kita

YB Dr Khir Toyo hari ini menyebut dalam blognya agar penghuni rumah pangsa macam kita dapat juga merasa air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berikut petikannya:



Air Percuma Di Selangor, Tercapaikah Matlamat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor atas kejayaan mereka melaksanakan pemberian air sebanyak 20 meter padu secara percuma. Tampak selepas mendapat desakan, kerajaan negeri berjaya melaksanakan skim tersebut.

Kepada rakyat Selangor, janganlah kita gunakan kesempatan untuk membazir air. Walaupun ia percuma tetapi tidak sepatutnya dibazirkan. Kita harus belajar untuk menjimatkan penggunaan air bersih ini kerana saya percaya suatu hari nanti kita akan menghadapi krisis air yang berpanjangan.

Memandangkan projek pengaliran air dari Pahang ke Selangaor masih lagi tertangguh, saya khuatir kita akan mengalami krisis air suatu ketika nanti. Melalui pengalaman saya berbincang dengan beberapa pakar, dipercayai Lembah Klang akan mengalami krisis air pada 2012 jika projek air Pahang-Selangor tidak dapat disiapkan.

Dalam satu pembentangan isu air, perunding yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi berpendapat jika projek ini gagal dilaksanakan pada tahun ini, maka ia akan gagal disiapkan pada 2012. Kemungkinan ia hanya siap pada 2016.

Justeru, saya harap kerajaan negeri meneruskan usaha yang telah dibuat kerajaan terdahulu dengan mencari sumber air alternatif dan juga menjalankan kempen secara aggresif supaya pengguna menggunakan air dengan cermat.

Lembah Klang merupakan daerah yang menggunakan jumlah air yang tertinggi di dunia dan keadaan ini tidak boleh diteruskan. Jika tidak rakyat harus menerima hakikat menghadapi krisis air berpanjangan di masa akan datang.

Berhubung dengan air percuma 20 meter padu, saya telah menimbulkan perkara ini agar diadakan satu mekanisme khusus supaya semua unit rumah-rumah pangsa kos rendah, kos sederhana mahu pun kondominium juga mendapat pengurangan tersebut walaupun mereka menggunakan meter bersepadu (bulk meter).

Jika kaedah pengebilan sedia ada digunakan hari ini, pengurangan hanya diberikan 20 meter padu yang pertama kepada setiap bil-bil air. Jika ini diteruskan, maka sesebuah flat yang mempunyai 200 unit hanya akan mendapat pengurungan 20 meter padu pertama sahaja. Ini kerana mereka diberikan satu bil yang sama seperti rumah teres.

Saya cadangkan bagi rumah pangsa yang menggunakan meter sepadu ini, supaya diadakan pengiraan khas, iaitu pengurangan hendaklah diberikan sebanyak 20 meter padu didarab dengan jumlah unit yang ada di blok tersebut.

Dan pengurangan hendaklah diberikan mengikut RM 11.40 X unit yang ada. Jika ini tidak dibuat, maka niat kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah tidak tercapai. ia hanya akan bersifat window dressing sahaja. Bak kata perpatah, manis kata di mulut, kesannya tiada makna.

Saya faham, saya akan ditempelak dengan artikel ini tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya telah didatangi oleh beberapa persatuan penduduk rumah-rumah pangsa di sekitar Selangor.

Ingin saya jelaskan sekali lagi, tugas saya bukan untuk mencari salah kerajaan negeri. jauh sekali menegur kerajaan yang baru ini. Saya hanya memperjuangkan hak rakyat yang telah menemui saya. Jika saya tidak laksanakan saya pasti dituduh oleh pendokong Pakatan rakyat sebagai pemimpin yang tidak sensitif terhadap tuntutan rakyat.

Saya berharap pemimpin pakatan rakyat tidak tersinggung, jauh sekali menjadi bongkak dengan pandangan ini.

Eloklah kita mengikut resam padi, makin berisi makin tunduk. Jangan jadi lalang, isi tiada, sombongnya berdiri tegak tanpa sebarang erti.

Forum Putra-Mahkota


Forum Putra-Mahkota
Originally uploaded by pangsapuriserimawar

Saya dimaklumkan dah ada satu forum yang melibatkan penduduk Bukit Mahkota dan Bandar Seri Putra. Boleh layarinya di pautan ini http://putra-mahkota.com/forum/

Penetapan Kiblat di http://www.qiblalocator.com/


Penetapan Kiblat di http://www.qiblalocator.com/
Originally uploaded by pangsapuriserimawar

Hari ini saya mendapat satu email cara penentuan kiblat menggunakan http://www.qiblalocator.com/.

Bagaimana ia ditentukan? Ikut garisan merah dan kita dapat arah kiblah dengan mengetahui kedudukan lokasi kita.

Perjumpaan Penduduk 29 Jun 2008, Ahad, 9.30 pagi, Dataran Seri Mawar

Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar (JMBSM) akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan bersama pemilik/penduduk/penyewa Pangsapuri Seri Mawar seperti berikut:

Tarikh : 29 Jun 2008 (Ahad)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dataran Seri Mawar (Jamuan disediakan)

Diharap semua pemilik/penduduk/penyewa dapat bersama-sama hadir untuk masa depan pangsapuri kita bersama.

Forum Putra-Mahkota dan Pelancaran Bangi Bandar Ilmu di KUIS

Ini yang dimaklumkan kepada saya melalui melalui email daripada seorang rakan. Dua perkara yang baru disini:

  1. Link ke forum Putra-Mahkota (http://putra-mahkota.com/forum/)
  2. Pelancaran Bangi Bandar Ilmu di KUIS

Jom ramai-ramai memeriahkannya.


http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=83.0

Assalammualaikum Wrt. Wbt.,


Marilah Beramai-Ramai Ke Program Pelancaran Bangi Bandar Ilmu Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Bangi, Yang Akan Disempurnakan Oleh Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim Pada Ketetapan Berikut:

Tarikh : 22hb. Jun 2008 (Ahad)

Lokasi : Pusat Konvensyen Kuis

Masa : 8.00 Pagi - 6.00 Petang


Wassalam.

Skim Pengawasan Kejiranan Bandar Seri Putra




Skim Pengawasan Kejiranan Bandar Seri Putra
Originally uploaded by pangsapuriserimawar

Satu majlis perasmian program "Skim Pengawasan Kejiranan Bandar Seri Putra" telah diadakan pada 10 Mei 2008. Dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Kajang, YBhg ACP Mohd Sakaruddin Bin Che Mood. Majlis ini juga telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua persatuan penduduk. Pangsapuri kita telah diwakili oleh Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar, En. Ramli.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet