Dates: 19-28 March 2010
Venue: Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia
Time: M-Th: 10am-8pm; Fri-Sun, Public Holidays: 10am-9pm
Admission: FREE
Terkini
KL International Book Fair 2010, 19-28 March 2010, PWTC
Artikel Utusan berkenaan JMB
Artikel dalam Utusan untuk JMB ambil perhatian.
ARKIB : 29/04/2009JMB umpama tidak wujud
Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
kota@utusan.com.my
YEW Teong Look (dua dari kiri) dibawa oleh penduduk melihat sebahagian motosikal rosak yang ditinggalkan di sub stesen TNB Apartmen Idaman Suria, Batu 5, Gombak selepas majlis dialog baru-baru ini. -UTUSAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN
KUALA LUMPUR 28 April - Masalah prasarana yang tidak sempurna di perumahan bertingkat bukanlah isu baru yang hendak diuar-uarkan.
Pelbagai cara telah dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut oleh pihak-pihak berkenaan, namun ia jarang sekali dapat diselesaikan.
Ini kerana, penduduk, pemaju mahupun pihak pengurusan bangunan atau Badan Pengurusan Bersama (JMB) sering menuding jari antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab.
Pokok masalah yang sering menghantui mereka ialah faktor kewangan menyebabkan banyak perkara yang tidak dapat dilaksanakan.
Dan, apabila kerajaan mengarahkan JMB ditubuhkan di setiap perumahan bertingkat, masalah berkenaan dilihat akan dapat diselesaikan tetapi harapan itu hanya tinggal harapan, malah masalah lain pula timbul.
Tetapi, apa yang berlaku kepada 288 unit rumah di Apartmen Idaman Suria, Batu 5, Gombak amat memeranjatkan apabila apartmen yang diduduki mereka tidak mempunyai JMB.
Ini kerana, JMB yang dilantik pada bulan Ogos tahun lalu terpaksa dibubarkan memandangkan hanya dua orang ahli sahaja yang wujud di dalam organisasi berkenaan daripada sembilan orang yang dilantik.
Menurut penduduk, masalah tersebut timbul apabila lima orang daripada mereka menarik diri daripada menjadi komuniti pengurusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pelantikan dua orang ahli jawatankuasa yang didakwa turut tidak membayar yuran penyenggaraan apartmen berkenaan.
Seorang wakil penduduk yang ditemui, Stanley Tay, 57, mengakui bahawa masalah apartmen berkenaan berlarutan semenjak JMB yang ada enggan mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi melantik ahli jawatankuasa baru.
Ujarnya, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menghantar notis arahan kepada JMB agar mengadakan EGM namun mereka tetap berdegil.
"DBKL telah menghantar notis arahan mengadakan EGM berkenaan pada 19 Mac lalu namun mereka masih enggan mengadakan EGM.
"Sekiranya mereka enggan mengadakan EGM berkenaan sebelum tarikh yang ditetapkan, DBKL akan melantik sendiri JMB baru untuk apartmen berkenaan dan JMB lama akan terbatal secara terus," katanya pada majlis dialog bersama penduduk di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look dan wakil DBKL.
Pada majlis dialog tersebut, pelbagai masalah berkaitan prasarana diadukan oleh penduduk selain kekecewaan terhadap JMB tersebut.
Seorang penduduk yang ditemui, Ahmad Zaki Mohamad Yusuf, 41, berkata masalah utama di apartmen tersebut adalah sistem saluran air yang tidak disenggara dengan baik sama ada di bumbung mahupun sink.
Ini kerana, sejak dia menetap di apartmen berkenaan 11 tahun yang lalu, masalah tersebut tidak pernah selesai.
"Masalah air dalam saluran di bumbung dan sink tersumbat sering menghantui penghuni di sini terutama apabila hujan lebat.
"Apabila saluran air tersebut bocor, banyak barang rumah saya yang rosak teruk dan lebih memburukkan keadaan rumah dipenuhi sampah-sarap dan pasir yang keluar dari saluran air berkenaan.
"Selain itu, kami juga terpaksa menghadapi masalah serangan anai-anai sehinggakan banyak perabot kayu rosak," jelasnya.
Seorang lagi penduduk, Sherina Mohd. Sadid, 37, memberitahu masalah lif yang daif turut membimbangkan penghuni.
Ini kerana, jelasnya keadaan dinding dan lantai lif tersebut yang hampir runtuh tidak dibaiki walaupun telah diadukan beberapa kali.
"Memang mengerikan apabila melihat keadaan lif berkenaan apatah lagi ia juga sering digunakan oleh kanak-kanak secara berseorangan memandangkan lantai dan dinding tersebut hanya menunggu masa untuk runtuh," ujarnya.
Seorang warga emas, Soo Soo Bee, 64, melahirkan rasa kecewa apabila kebanyakan kemudahan tidak disenggara dengan baik.
"Apabila hendak keluar pada waktu pagi, saya sering menghadapi masalah kerana kebanyakan pemilik motosikal meletakkan kenderaan mereka di tempat yang tidak sepatutnya sehingga menghalang kenderaan untuk keluar dan masuk.
"Selain itu, masalah paip bomba yang tidak berfungsi juga membimbangkan kami sekiranya berlaku kebakaran," katanya.
Lori hantu - Tiada Lagi
Serta laporan dalam talian dan secara nyata. Tindakan telah dibuat oleh MPKj dan JPJ. Terima kasih kepada semau yang terlibat.
Ini kemaskini daripada web MPKj:Isu sebelum ini "Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara haram di waktu pagi"
1. | [when ]: 04-02-09 @ 12:24:10 PM [who ]: serimawar (CUSTOMER) | |
[Penerimaan ADUAN baru daripada BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SERI MAWAR] | ||
2. | [when ]: 05-02-09 @ 08:54:57 AM [who ]: musliha (PRO) | |
[Pengesahan penerimaan ADUAN baru] | ||
3. | [when ]: 05-02-09 @ 08:59:27 AM [who ]: nifar (KEJURUTERAAN) | |
[Pertukaran status pelaksanaan ke SIASATAN telah direkodkan] | ||
4. | [when ]: 19-03-09 @ 03:16:23 PM [who ]: nifar (KEJURUTERAAN) | |
[Pertukaran status pelaksanaan ke SELESAI telah direkodkan] | ||
5. | [when ]: 20-03-09 @ 08:09:15 AM [who ]: zatul (PRO) | |
[Pertukaran status pelaksanaan ke DITUTUP telah direkodkan] |
Sampah
Tapi yang lagi sedih adalah kelakuan pihak tidak bertanggungjawab melontar sampah ke atap rumah sampah. Bukan kali pertama, tapi dah beberapa kali terjadi. Harap penduduk dapat sama-sama perhatikan orang yang tidak bertanggungjawab ini dan supaya mereka cepat sedar kelakuan mereka sangat tidak bermoral.
Disamping itu masih ada penduduk yang malas membunag sampah di rumah sampah ini sendiri. Setakat dua-tiga hari ini saya dapati ada tiga ’pot’ pihak tak bertanggungjawab ini meletakkan sampah mereka. Satunya, ditangga 2 Blok A. Keduanya diluar tangga 4 Blok A. Ketiganya, di meter air unit A-1-10. Harap semua penduduk bekerjasama agak tempat kita bersih dari gejala-gejala tidak bermoral ini.Air percuma di Selangor, YB Dr Khair Toyo membela kita
YB Dr Khir Toyo hari ini menyebut dalam blognya agar penghuni rumah pangsa macam kita dapat juga merasa air percuma yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Berikut petikannya:
Air Percuma Di Selangor, Tercapaikah Matlamat?
Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor atas kejayaan mereka melaksanakan pemberian air sebanyak 20 meter padu secara percuma. Tampak selepas mendapat desakan, kerajaan negeri berjaya melaksanakan skim tersebut.
Kepada rakyat Selangor, janganlah kita gunakan kesempatan untuk membazir air. Walaupun ia percuma tetapi tidak sepatutnya dibazirkan. Kita harus belajar untuk menjimatkan penggunaan air bersih ini kerana saya percaya suatu hari nanti kita akan menghadapi krisis air yang berpanjangan.
Memandangkan projek pengaliran air dari Pahang ke Selangaor masih lagi tertangguh, saya khuatir kita akan mengalami krisis air suatu ketika nanti. Melalui pengalaman saya berbincang dengan beberapa pakar, dipercayai Lembah Klang akan mengalami krisis air pada 2012 jika projek air Pahang-Selangor tidak dapat disiapkan.
Dalam satu pembentangan isu air, perunding yang dilantik oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi berpendapat jika projek ini gagal dilaksanakan pada tahun ini, maka ia akan gagal disiapkan pada 2012. Kemungkinan ia hanya siap pada 2016.
Justeru, saya harap kerajaan negeri meneruskan usaha yang telah dibuat kerajaan terdahulu dengan mencari sumber air alternatif dan juga menjalankan kempen secara aggresif supaya pengguna menggunakan air dengan cermat.
Lembah Klang merupakan daerah yang menggunakan jumlah air yang tertinggi di dunia dan keadaan ini tidak boleh diteruskan. Jika tidak rakyat harus menerima hakikat menghadapi krisis air berpanjangan di masa akan datang.
Berhubung dengan air percuma 20 meter padu, saya telah menimbulkan perkara ini agar diadakan satu mekanisme khusus supaya semua unit rumah-rumah pangsa kos rendah, kos sederhana mahu pun kondominium juga mendapat pengurangan tersebut walaupun mereka menggunakan meter bersepadu (bulk meter).
Jika kaedah pengebilan sedia ada digunakan hari ini, pengurangan hanya diberikan 20 meter padu yang pertama kepada setiap bil-bil air. Jika ini diteruskan, maka sesebuah flat yang mempunyai 200 unit hanya akan mendapat pengurungan 20 meter padu pertama sahaja. Ini kerana mereka diberikan satu bil yang sama seperti rumah teres.
Saya cadangkan bagi rumah pangsa yang menggunakan meter sepadu ini, supaya diadakan pengiraan khas, iaitu pengurangan hendaklah diberikan sebanyak 20 meter padu didarab dengan jumlah unit yang ada di blok tersebut.
Dan pengurangan hendaklah diberikan mengikut RM 11.40 X unit yang ada. Jika ini tidak dibuat, maka niat kerajaan negeri untuk membantu golongan berpendapatan rendah tidak tercapai. ia hanya akan bersifat window dressing sahaja. Bak kata perpatah, manis kata di mulut, kesannya tiada makna.
Saya faham, saya akan ditempelak dengan artikel ini tetapi saya tidak mempunyai pilihan lain kerana saya telah didatangi oleh beberapa persatuan penduduk rumah-rumah pangsa di sekitar Selangor.
Ingin saya jelaskan sekali lagi, tugas saya bukan untuk mencari salah kerajaan negeri. jauh sekali menegur kerajaan yang baru ini. Saya hanya memperjuangkan hak rakyat yang telah menemui saya. Jika saya tidak laksanakan saya pasti dituduh oleh pendokong Pakatan rakyat sebagai pemimpin yang tidak sensitif terhadap tuntutan rakyat.
Saya berharap pemimpin pakatan rakyat tidak tersinggung, jauh sekali menjadi bongkak dengan pandangan ini.
Eloklah kita mengikut resam padi, makin berisi makin tunduk. Jangan jadi lalang, isi tiada, sombongnya berdiri tegak tanpa sebarang erti.