ShoutMix chat widget
Terkini
Seri Mawar Sekarang di Facebook
Pangsapuri Seri Mawar, Bangi's Facebook Page

Promote Your Page Too
Kemaskini Maklumat akaun dan Migrasi Meter Individu Syabas
Jika tuan/puan ada masalah, utarakannya.
- AJK JMB adalah pemilik unit Seri Mawar sendiri yang menghadiri taklimat dan mesyuarat penubuhan JMB oleh pemaju Bangi Height dan pihak berkuasa tempatan, MPKj. Ini dibawah peruntukan Akta 663.
- Semasa mesyuarat penubuhan diperlukan kouta 25% pemilik unit YANG TELAH MELANGSAIKAN JUMLAH PENGURUSAN BANGUNAN. Alhamdulillah pada masa itu, lima (5) pemilik yang menepati kriteria tersebut telah hadir. Itu pun setelah menunggu hampir 2 jam untuk mencukupkan korum. Maka begitulah tertubuhnya JMB Seri Mawar.
- Kegagalan menubuhkan JMB akan menyebabkan pengurusan bangunan kita diserahkan kepada AGEN LANTIKAN MPKj. Apa maknanya? Jika agen telah mengambil alih, pemilik tidak ada kuasa dalam menentukan pengurusan bangunan.
- Tetapi dengan JMB pemilik unit berkuasa pada bila-bila masa melalui AGM (Annual General Meeting) atau EGM (Emergency General Meeting). EGM boleh dipanggil jika 25% penduduk menulis secara rasmi kepada MPKj untuk diadakannya.
- Selepas penubuhan JMB, kelima-lima AJK yang tiada pengalaman ini telah merangkak-rangkak belajar ilmu baru dalam menguruskan bangunan disamping kerja hakiki ditempat bekerja masing-masing. Alhamdulillah, secara berperingkat-peringkat semua AJK bekerja sama dalam memantapkan JMB disamping cabaran hebat diterima pada mulanya dari pemaju dan MPKj sendiri.
- Proses yang dilalui sebagai contoh dalam memutuskan kaedah dalaman mengambil beberapa peringkat. Peringkat pertama dengan mengambil pakai kaedah dalaman sedia ada dari pemaju. Ianya diperdebat dalam beberapa mesyuarat JMB. Deraf tersebut kita telah dibuka untuk diperhalusi oleh penduduk. Maklumbalas tersebut kita telah bincang semula dalam mesyuarat JMB. Kemudian sebelum dipersetujui, kita panggil wakil Persatuan Penduduk untuk memberi komen sebelum dimaktubkan.
- Saya meneri banyak komen yang membina dan tak kurang juga komen yang tak sedap didengar secara mulut ke mulut. Tetapi JMB telah putuskan agar sebarang masalah atau isu yang timbul perlulah dikemukakan secara bertulis (atau isu borang loporan di pejabat JMB). Kemudian akan dibawa ke mesyuarat JMB yang juga diadakan bersama wakil Persatuan Penduduk.
- Atau dengan kata lain kalau malas nak tulis, bolehlah salurkan kepada wakil Persatuan Penduduk untuk dibincangkan dalam mesyuarat akan datang. Siapa wakil Persatuan Penduduk ini? Semua ahli Persatuan Penduduk diajak sama bagi setiap mesyuarat. Inilah wakil tuan-tuan atau puan-puan pilih semasa mesyuarat persatuan. Merekalah yang boleh membantu jika tuan-tuan atau puan-puan mempunyai sebarang masalah.
- Secara dasarnya keputusan diambil telah cuma mengambil kira pandangan sebanyak mungkin mereka yang akan terlibat dalam melaksanakan sebarang undang-undang. Cuma ada beberapa perkara perlu dilihat dari persektif realiti keadaan.
- Sebagai contoh realitinya Pengawal Keselamatan dulu (Pemaju) dibayar lebih mahal daripada apa yang kita bayar sekarang. Maka kualiti yang kita perolehi adalah sepadan dengan harga yang kita bayar. Dalam masa yang sama saya tidak menolak, ianya boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Dan itu memang telah kita laksanakan secara berperingkat.
- Maka anggaplah JMB sebagai kawan yang boleh ditegur dan boleh menegur. Kerana JMB tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa, hanya menjalankan tanggungjawab sosial dan menyempurnakan fardhu kifayah setelah ramai yang menolaknya. Kalau ikutkan hati sebenarnya saya pun tidak ingin berada ditempat saya sekarang, tapi takdir iIllahi, kenalah buat yang terbaik.
JMB & Persatuan Jumpa OCS Bandar Seri Putra
- Pihak JMB & Persatuan akan memanggil sama pihak Polis untuk mesyuarat atau aktiviti.
- Polis akan meronda dalam kawasan Seri Mawar dan akan menulis catatan di pos pengawal.
- Kerjasama lebih erat antara kedua-dua entiti
- Mengurangkan jurang komunikasi antara kedua entiti.
Semoga masalah antara Polis dan JMB/Persatuan tidak berbangkit lagi.
Terima kasih OCS Ramlan.
Entri berkaitan:
http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/2009/05/lagi-motosikal-unit-b-g-20-dikunci.html
Kenduri Anak En Rahim 6/6/09
Harap semua dapat turun.
Ubahsuai Rumah
Makluman. Mana-mana unit yang ingin melakukan sebarang ubahsuai perlu mendapat kebenaran JMB. Serta kerja-kerja tersebut perlu dilakukan dalam masa yang ditetapkan mengikut ketetapan Kaedah Dalaman.
Berikut adalah proses untuk ubahsuai rumah:
- Ubahsuai perlu mendapat kebenaran JMB dengan mengisi borang
- Pemilik/penduduk perlu memaklumkan JMB dalam tidak kurang TIGA (3) hari bekerja
- Deposit RM300.00 perlu diserahkan bersama-sama borang permohonan
- Kerja ubahsuai perlu dilakukan dalam masa ditetapkan (Isnin-Sabtu sahaja, 8pagi-6ptg)
- Kerja ubahsuai mesti tidak merubah struktur utama bangunan dan tidak menjejaskan kawasan bersama
- Kontraktor perlu mendaftar untuk mendapat kad pelepasan sementara.
- Pemilik dan kontraktor perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh JMB.
- Pemilik dan kontraktor perlu memastikan keselamatan dan kebersihan kawasan bersama dijaga sepanjang masa. (Sampah perlu dibuang pada tempatnya)
- Deposit hanya akan dipulangkan apabila JMB puas hati dengan proses yang telah dilakukan.
- Apabila kerja-kerja pengubahsuaian selesai, pemilik perlu memaklumkan kepada JMB untuk pemeriksaan sebelum wang deposit boleh dikembalikan.
- Jika terdapat sebarang perlanggaran, sebahagian atau keseluruhan wang deposit tersebut boleh digunakan untuk membaiki kerosakan yang terjadi.
- Jika deposit tidak mencukupi, penduduk akan dikenakan caj tambahan mengikut jumlah yang dibilkan kepada JMB.
Pagar Gelongsor dan Pagar Kecil ke SKBSP
Salam,
JMB kini dalam proses menyediakan pagar gelongsor dan pagar kecil ke SK Bandar Seri Putra.
Pagar gelongsor itu disediakan untuk mengawal individu keluar masuk dipintu hadapan. Dengan ini diharap dapat mengurangkan kemasukan individu tanpa perhatian pengawal.
Manakala pagar kecil ini disediakan untuk kemudahan pelajar ke sekolah apabila sekolang tersebut dibuka. Masa pembukaan masih belum ditetapkan. Jika ada sebarang cadangan, bolehlah menyalurkan melalui peti cadangan di pos pengawal atau terus ke pejabat JMB.
Fogging: Ada perubahan nampaknya
Tak pasti sama ada ini implikasi kepada laporan kita atau tidak. Tetapi nampaknya pihak berkenaan telah memberi makluman awal sebelum membuat semburan (45 minit awal). Kita bersyukurlah kerana ini memberikan kita lebih masa untuk membuat persediaan (tutup makanan, uruskan anak dsb) sebelum keluar daripada rumah.
Maka diharap, ianya akan kekal pada masa akan datang supaya penduduk mempunyai masa untuk bersedia untuk keluar daripada rumah bagi sebarang semburan nyamuk.
p/s: Dimaklumkan ada kes denggi di Blok B dan juga di Dahlia.
Senarai Rasmi Jawatan Kuasa PPSM Sesi 2009/2010
Ini senarai rasmi jawatan kuasa Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPSM) sesi 2009/2010
Pengerusi: En. Ramli Bin Che Kob (A-02-04)
Tim. Pengerusi: En. Abdul Rahim Bin Md. Top (A-03-04)
Setiausaha: En. Rosdi Bin Hassan (B-03-35)
Tim. Setiausaha: En. Ellung Kovan (A-G-36)
Bendahari: En. Suhaimi Bin Omar (A-04-01)
AJK:
1. En. Khairuddin Bin Yasim (B-G-01)
2. En. Khairil Bin Anuar (A-01-33)
3. En. Abdul Razak Bin Tamin (A-03-25)
4. En. Abd. Rahman Bin Hashim (B-G-36)
5. En. Zaharin Bin Ismail (B-G-32)
6. Pn. Zanariah Binti Ab. Rahman (B-02-17)
7. En. Osman Bin Buden (B-04-13)
8. Pn. Umi Kalsum (B-02-07)
9. Pn. Rosliza Jan (B-04-13)
10. Pn. Normah Jamadin (A-04-01)
Pemeriksa kira-kira:
1. En. Mohammad Latif Bin Lumar (B-02-10)
2. En. Suhaidi Bin Mat Salleh (B-03-27)
Maklumbalas Persatuan Penduduk untuk JMB pertimbangkan
Berikut beberapa perkara yang diutarakan semasa mesyuarat pertama PPSM sesi 2009/2010:
1 - Kajiselidik status penduduk terkini.
2 - Pemantauan pelekat kenderaan bagi mengelak penyalahgunaan pelekat kenderaan.
3 - Hasil jualan pelekat kenderaan diharap dapat dikongsi bersama persatuan.
4 - Persatuan akan bersama JMB untuk melakukan penguatkuasaan Kaedah Dalaman.
5 - Persatuan juga akan bersama JMB untuk OPERASI Penguatkuasaan Pelekat Kenderaan.
6 - Persatuan mencadangkan motor di letakkan di Dataran Seri Mawar secara sukarela bagi keselamatan tambahan.
7 - Persatuan memohon kotak aduan di pos pengawal dapat digunakan bersama JMB untuk menerima aduan.
8 - Meminta JMB menjalankan siasatan tangga A-1 yang berselut/kotor.
Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat JMB akan datang.
Isu Fogging atau Semburan Nyamuk
Pihak JMB telah menghubungi pegawai kesihatan MPKj berkaitan isu semburan nyamuk (fogging) yang selalu dilakukan dengan mengejut. Maka kami telah memohon agar dapat memaklumkan pihak kita dengan lebih awal supaya maklumat tersebut dapat disampaikan kepada penduduk Mawar.
Menurut mereka, kebanyakan tindakan tersebut adalah secara ad-hoc dan sukar untuk mereka maklumkan terlebih dahulu. Tetapi satu unit pemeriksaan akan dikerahkan pada sebelah awal lagi sebagai unit peninjau. Kalau unit ini dapat melaporkan kepada JMB pun susah baik sebab maklumat tersebut dapat disebarkan.
Di akhir perbualan, walaupun mereka keberatan tetapi akan cuba mencari jalan agar maklumat awal dapat diberikan. Maka tak adalah secara tergesa-gesa, mak-mak yang sedang masak terpaksa berhenti; Bapa-bapa yang baru ingin melabuhkan badan di kerusi malas terpaksa keluar; anak-anak yang baru balik sekolah tak dapat bersiap pergi mengaji dsb. Pokoknya kalau maklumat penyemburan diberi lebih awal, penduduk dapat merancang pergerakan mereka ketika waktu penyemburan tersebut.
Lori hantu - Tiada Lagi
Serta laporan dalam talian dan secara nyata. Tindakan telah dibuat oleh MPKj dan JPJ. Terima kasih kepada semau yang terlibat.
Ini kemaskini daripada web MPKj:Isu sebelum ini "Lori Pasir Keluar Masuk bawa tanah sungai secara haram di waktu pagi"
1. | [when ]: 04-02-09 @ 12:24:10 PM [who ]: serimawar (CUSTOMER) | |
[Penerimaan ADUAN baru daripada BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SERI MAWAR] | ||
2. | [when ]: 05-02-09 @ 08:54:57 AM [who ]: musliha (PRO) | |
[Pengesahan penerimaan ADUAN baru] | ||
3. | [when ]: 05-02-09 @ 08:59:27 AM [who ]: nifar (KEJURUTERAAN) | |
[Pertukaran status pelaksanaan ke SIASATAN telah direkodkan] | ||
4. | [when ]: 19-03-09 @ 03:16:23 PM [who ]: nifar (KEJURUTERAAN) | |
[Pertukaran status pelaksanaan ke SELESAI telah direkodkan] | ||
5. | [when ]: 20-03-09 @ 08:09:15 AM [who ]: zatul (PRO) | |
[Pertukaran status pelaksanaan ke DITUTUP telah direkodkan] |
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 5
Kehadiran ahli seramai 37 orang yang amat memberangsangkan berbanding 27 orang tahun lepas. Itu tanda awal kejayaan mesyuarat agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPSM) tahun ini.
Dimulakan dengan doa selamat daripada Cikgu Rosdi merangkap Setiausaha PPSM, cuaca yang baik bagaikan mengalu-alukan mesyuarat kita. Malah sehingga 12 tengahari cuaca masih redup tanpa panahan matahari yang perit.
Ucapan alu-aluan Pengerusi PPSM mula mengajak semua ahli sersatu dibawah bumbung PPSM. Bersama-sama mula aktif dan merancang masa depan PPSM yang lebih cemerlang.
Seterusnya, pengesahan minit mesyuarat, laporan aktiviti dan laporan kewangan dikendalikan dengan tenang tanpa sebarang bantahan. Kekuatan kewangan PPSM sehingga 31 Desember 2008 adalah sebanyak RM1,043.79 juga memberangsangkan. Laporan aktiviti sepanjang tahun lepas juga melihatkan PPSM semakin aktif.
Sampai ke sesi pembubaran dan pemilihan AJK PPSM yang baru. Dapat dilihat ahli semakin aktif dan menyatakan suara mereka. Antara yang diminta adalah supaya lebih ramai AJK daripada Blok B dan juga meminta lebih ramai kaum ibu menduduki tampuk AJK.
Selesai sesi pemilihan, 4 jawatan utama masih dikekalkan manakala muka baru adalah En Ellangoven yang menduduki jawatan Timbalan Setiausaha. Manakala seperti yang diinginkan, jawatan AJK pula mengandungi lebih ramai wakil Blok B. 7 daripada AJK adalah daripada penghuni Blok B dan 3 daripada Blok A. Maknanya, suara penduduk yang lantang sekarang juga diterjemahkan dalam bentuk undian.
Senarai tidak rasmi AJK PPSM yang saya catitkan adalah seperti berikut:
Pengerusi : En Ramli Che Kob (A-2-4)
Tim. Pengerusi : En. A Rahim Md. Top (A-3-4)
Setiausaha : En. Rosdi Hassan (B-3-35)
Tim. Setiausaha : En. Ellangoven (A-G-36)
Bendahari : En. Suhaimi Omar (A-4-1)
Ahli Jawatankuasa:
1) En Abdul Rahman (B-G-36)
2) En. Osman Buden (B-4-13)
3) Pn. Rosliza (B-4-13)
4) Pn. Normah (A-4-1)
5) Pn. Ummi Kalsom (B-2-7)
6) En. Khairuddin (B-G-1)
7) En. Khairil Anuar (A-1-33)
8) En. Abdul Razak (A-3-25)
9) Pn. Zanariah (B-2-17)
10) En. Zahrin Ismail (B-G-32)
Permeriksa Kira-kira:
1) En. Suhaidi (B-3-27)
2) En. Latif (B-2-10)
Agenda mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara berbangkit. Antara yang dibangkitkan:
- Cadangan kepada JMB berkaitan garis panduan (House Rules), ampaian alternatif, pelekat kenderaan, masalah parking kenderaan dsb. Ini akan diajukan kepada JMB.
- Permintaan adakan mesyuarat penduduk setiap bulan. Pengerusi menyatakan cadangan ini tidak praktikal sebab susah mengumpul penduduk. Sebaliknya, sebarang masalah boleh diajukan terus kepada AJK PPSM dan akan dibawa ke mesyuarat PPSM. Wakil JMB juga menyetakan bahawa AJK PPSM dijemput sama duduk dalam mesyuarat JMB sebagai pemerhati.
- Berkaitan khairat kematian, penduduk diminta berhubung terus dengan Surau berkenaan kerana tidak mahu bertindih.
- Bagi cadangan kutipan untuk jamuan secara bulanan, ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PPSM nanti.
- dan lain-lain yang saya tidak catatkan.
Cabutan bertuah juga diadakan untuk mereka yang hadir dan jamuan ringkas mengakhiri mesyuarat semalam. Secara keseluruhannya, mesyuarat semalam bolehlah dianggap berjaya.
Bilik Komuniti
1 Mac Esok - Jangan Lupa singgah
Esok 1 Mac.
Jangan lupa singgah ke Seri Mawar.
Ada jualan CARBOOT atau boleh gak dipanggil Pasar Karat
Pemilik/Penghuni/Warga Seri Mawar sendiri, jangan lupa singgah ke kaunter JMB untuk maklumat terkini JMB. Sebarang masalah juga boleh diutarakan.
Papan Tanda JMB
Bagi lebih memantapkan pejabat pengurusan, pihak JMB telah memasang 4 papan tanda:
1 - Papan tanda pejabat berhampiran kaunter permbayaran
2 - Papan tanda pejabat (panjang) berhadapan Dataran Seri Mawar
3 - Papan kenyataan utama di hadapan pintu masuk
4 - Papan amaran bagi kenderaan keluar masuk
Dengan adanya papan tanda ini akan lebih memantapkan lagi pengurusan dan memberika imej yang lebih bertenaga kepada JMB.
Gerai Depan Pondok Pengawal
Penduduk tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk membasahkan tekak atau sekadar nak pekena teh tarik. Depan Pondik Pengawal kita, sekarang telah ada satu gerai menjual minuman. Ramai gak yang dah mula melepak kat sini dan kita harap semakin aktiflah kawasan tersebut.
Gotong-Royong Kenduri Kahwin Anak Abang Razak
*Gambar Hiasan
Mulai malam ini sehingga Ahad 1 Februari 2009, semua penduduk Seri Mawar dijemput bergotong-royong sempena perkahwinan anak Abang Razak.
Malam ini dimulakan dengan merebus telur.
Esok mula memotong dan petangnya ayam dan daging perlu dibersihkan. Seterusnya dimasak.
Pagi Ahad pula akan berlangsung majlis akad nikah dan makan-makan pada sebelah tengaharinya.