- bob
dah 3 hari..wifi sebelah malam terganggu....lansung tak dapat guna...connected tapi takde respons....tension wooo....pagi besoknya baru ok..
- Details
- 2010-04-15 4:53 PM
- #
Terkini
Komplen Wifi tak berfungsi. Akan terus dipantau.
Laporan BBQ @ PMC FORUMER 2010 (27 Mac 2010)
Dipetik dari: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3978.msg44001;topicseen#msg44001
Salam,
Alhamdulilah, Program BBQ@PMC FORUMER telah berjaya dilaksanakan seperti perancangan awal. Dengan kehadiran sekitar 120 orang majlis dimulakan pada jam 9.00 malam dengan bacaan doa diikuti ucapan Ahli Majlis Mpkj Zon 24 Tn. Hj Mazwan Bin Johar. Majlis juga diserikan dengan 3 cabutan bertuah juga sesi karaoke daripada forumer. Majlis seterusnya ditamatkan pada jam 11.15 malam.
Bagi pihak penyelaras, sekalung tahniah dah jutaan terima kasih kepada semua pihak dan individu yang menyumbang samada tenaga, wang ringgit dan masa untuk menjayakan program pertama PMC ini.
sekali lagi, syabas dan terima kasih terutama kepada Tn Sulaiman Sabur...Barisan moderator dan ahli-ahli PMC dalam menyumbang apa jua bentuk sumbangan.
TLD
Pesta Buka Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC

Semalam (Jumaat 19 Mac 2010) saya dan keluarga sempat singgah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 di PWTC .
Sempena cuti sekolah, saya telah mengambil cuti untuk membawa keluarga ke sana disamping persepsi saya bahawa kurang pengunjung berbandin hari Sabtu dan Ahad. Tapi nampaknya tanggapan saya salah. Sesampai di sana sekitar pukul 10 pagi, parking pun telah penuh sesak. Sesampai di dalam PWTC, hanya kepala manusia yang boleh dilihat dicelah-celah buku yang dipamerkan. Disebabkan saya membawak "sekapal", maka hanya gerai-gerai yang telah dikenalpasti lebih awal sahaja yang dapat disinggah seperti gerai PTS (Tag: Saya telah di PTSkan), True Wealth (Aziz Ali), Karangkraf, gerai PINK Ain Maisara dsb.
Pelbagai jenis buku boleh diperolehi seperti buku-buku bersaiz besar dan yang mengeluarkan bunyi. Genre yang dipamerkan juga mecakupi semua peringkat umur dari kanak-kanak hinggakan orang dewasa. Malangnya seperti tahun-tahun sebelumnya, perkara yang tidak disukai saya adalah strategi pemasaran agresif oleh syarikat seperti Grolier. Bagi saya syarikat ini mengganggu pengunjung dan terlalu banyak kawasan yang dikuasai mereka. Ini menyebabkan pengunjung seperti saya rasa tidak selesa dan terlepas beberapa gerai yang berdekatan dengan kawasan mereka.
Tetapi secara keseluruhan, ianya amat menarik untuk dikunjungi terutama bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak. Bagi yang belum berkesampatan lagi, mungkin boleh pergi semasa hari bekerja sebab ia akan dibuka hingga Ahad depan.
Selamat berpesta.
Di gerai PTS

Pengunjung PTS boleh dapatkan bantuan daripada 'koboi-koboi' PTS.

Antara genre yang menjadi pilihan saya.

Nak masa apa hari ini? Apa perbagai pilihan disini. Tapi kena masak sendiri.

PTS Islamika

Jom jadi jutawan!

Novel remaja yang mendapat suntikan Islam oleh PTS

Komik yang menjana imiginasi anak-anak.

Di gerai Karangkraft

Dinding Krangkraf yang amat menarik dan ceria.

Majalah keluaran Karangkraft

Gerai Pink @ Ain Maisara

Penulis prolifik PTS, Ain Maisara mempunyai gerainya tersendiri. Gerai PINK Ain Maisara. Menarik minat anak perempuan saya.

Hadiah dan buku di gerai PINK.

Antara buku tulisan Ain Maisara.

Set box limited edition bagi yang membeli RM50 dan ke atas.

Ain Maisara (kiri) dan penulis bersama.
Hasil Tangkapan

Beg PTS.. dah 10 tahun PTS. Diharap terus berkembang.

Tangkapan ibu dan ayah.

Tangkapan anak-anak.

Koleksi ibu.

Bacaan ayah.

Dari gerai Ain Maisara.

Novel tulisan Ain Maisara yang dibeli.
Oleh Khai@BSP.
Fogging: Ada perubahan nampaknya
Tak pasti sama ada ini implikasi kepada laporan kita atau tidak. Tetapi nampaknya pihak berkenaan telah memberi makluman awal sebelum membuat semburan (45 minit awal). Kita bersyukurlah kerana ini memberikan kita lebih masa untuk membuat persediaan (tutup makanan, uruskan anak dsb) sebelum keluar daripada rumah.
Maka diharap, ianya akan kekal pada masa akan datang supaya penduduk mempunyai masa untuk bersedia untuk keluar daripada rumah bagi sebarang semburan nyamuk.
p/s: Dimaklumkan ada kes denggi di Blok B dan juga di Dahlia.
Kursus/Diskusi April - Gagal Kurang Sambutan
Berkaitan dengan ini pihak JMB dan PPSM memerlukan maklum-balas daripada penduduk samada program seperti ini patut diteruskan atau tidak. Kita melihat bahawa dalam masyarakat sekarang, ilmu perlu dikembangkan. Maka dengan wujudnya aktiviti keilmuan, penduduk kita akan lebih berilmu dan berpengetahuan. Apa yang lebih penting, ilmu itu diperolehi dalam kawasan kita sendiri tanpa perlu mengeluarkan wang untuk mengisi petrol (jika diadakan ditempat lain).
Disamping itu, tujuan kita adalah untuk memungut dana agar pangsapuri kita mempunyai BILIK KOMUNITI yang boleh digunakan untuk sebarang aktivti. Maka dana daripada kursus diatas sekurang-kurangnya dapat menampung sewa BILIK KOMUNITI.
Sekiranya tanpa sokongan penduduk serta merasakan ianya satu pembaziran, maka pihak JMB dan PPSM akan menamatkan kursus-kursus pada masa akan datang. Seterusnya BILIK KOMUNITI juga akan ditamatkan. Ini realitinya.
Pilihan ditangan penduduk sekarang kerana telah banyak masa, tenaga, buah fikiran dan perbincangan dilakukan. Nampaknya semuanya tidak berbaloi jika penduduk sendiri tidak mengambil kesempatan atau sekurang-kurangnya memberi maklum-balas kepada kami.
Pilihan ditangan anda.
Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 5
Kehadiran ahli seramai 37 orang yang amat memberangsangkan berbanding 27 orang tahun lepas. Itu tanda awal kejayaan mesyuarat agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPSM) tahun ini.
Dimulakan dengan doa selamat daripada Cikgu Rosdi merangkap Setiausaha PPSM, cuaca yang baik bagaikan mengalu-alukan mesyuarat kita. Malah sehingga 12 tengahari cuaca masih redup tanpa panahan matahari yang perit.
Ucapan alu-aluan Pengerusi PPSM mula mengajak semua ahli sersatu dibawah bumbung PPSM. Bersama-sama mula aktif dan merancang masa depan PPSM yang lebih cemerlang.
Seterusnya, pengesahan minit mesyuarat, laporan aktiviti dan laporan kewangan dikendalikan dengan tenang tanpa sebarang bantahan. Kekuatan kewangan PPSM sehingga 31 Desember 2008 adalah sebanyak RM1,043.79 juga memberangsangkan. Laporan aktiviti sepanjang tahun lepas juga melihatkan PPSM semakin aktif.
Sampai ke sesi pembubaran dan pemilihan AJK PPSM yang baru. Dapat dilihat ahli semakin aktif dan menyatakan suara mereka. Antara yang diminta adalah supaya lebih ramai AJK daripada Blok B dan juga meminta lebih ramai kaum ibu menduduki tampuk AJK.
Selesai sesi pemilihan, 4 jawatan utama masih dikekalkan manakala muka baru adalah En Ellangoven yang menduduki jawatan Timbalan Setiausaha. Manakala seperti yang diinginkan, jawatan AJK pula mengandungi lebih ramai wakil Blok B. 7 daripada AJK adalah daripada penghuni Blok B dan 3 daripada Blok A. Maknanya, suara penduduk yang lantang sekarang juga diterjemahkan dalam bentuk undian.
Senarai tidak rasmi AJK PPSM yang saya catitkan adalah seperti berikut:
Pengerusi : En Ramli Che Kob (A-2-4)
Tim. Pengerusi : En. A Rahim Md. Top (A-3-4)
Setiausaha : En. Rosdi Hassan (B-3-35)
Tim. Setiausaha : En. Ellangoven (A-G-36)
Bendahari : En. Suhaimi Omar (A-4-1)
Ahli Jawatankuasa:
1) En Abdul Rahman (B-G-36)
2) En. Osman Buden (B-4-13)
3) Pn. Rosliza (B-4-13)
4) Pn. Normah (A-4-1)
5) Pn. Ummi Kalsom (B-2-7)
6) En. Khairuddin (B-G-1)
7) En. Khairil Anuar (A-1-33)
8) En. Abdul Razak (A-3-25)
9) Pn. Zanariah (B-2-17)
10) En. Zahrin Ismail (B-G-32)
Permeriksa Kira-kira:
1) En. Suhaidi (B-3-27)
2) En. Latif (B-2-10)
Agenda mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara berbangkit. Antara yang dibangkitkan:
- Cadangan kepada JMB berkaitan garis panduan (House Rules), ampaian alternatif, pelekat kenderaan, masalah parking kenderaan dsb. Ini akan diajukan kepada JMB.
- Permintaan adakan mesyuarat penduduk setiap bulan. Pengerusi menyatakan cadangan ini tidak praktikal sebab susah mengumpul penduduk. Sebaliknya, sebarang masalah boleh diajukan terus kepada AJK PPSM dan akan dibawa ke mesyuarat PPSM. Wakil JMB juga menyetakan bahawa AJK PPSM dijemput sama duduk dalam mesyuarat JMB sebagai pemerhati.
- Berkaitan khairat kematian, penduduk diminta berhubung terus dengan Surau berkenaan kerana tidak mahu bertindih.
- Bagi cadangan kutipan untuk jamuan secara bulanan, ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PPSM nanti.
- dan lain-lain yang saya tidak catatkan.
Cabutan bertuah juga diadakan untuk mereka yang hadir dan jamuan ringkas mengakhiri mesyuarat semalam. Secara keseluruhannya, mesyuarat semalam bolehlah dianggap berjaya.
Laporan Kursus Motivasi Pelajar
Dengan bayaran RM10.00 sahaja, memang tidak berbal0i dengan ilmu dan pengalaman yang dicurahkan oleh tenaga pengajar. Bermula dengan segmen memecahkan air (ice breaking) yang memang susah untuk membuat kanak-kanak ini selesa dan mula bercakap. Pelbagai kaedah digunakan termasuk teknik menggunakan permainan. Akhirnnya, berjaya juga memecah tembok malu.
Seterusnya motivasi. Apa itu motivasi? Pelajar didedahkan dengan kisah-kisah dalam bentuk multimedia supaya mudah difahami.
Akhir sekali teknik belajar. Pelajar didedahkan kenapa kita kena usaha. Tanpa usaha, tiadalah kejayaan.
Komen ibu/bapa:
"Tks and appreciate fr this kind of program as my kids responded they enjoy it. Keep it up"