Terkini

Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Hasil Undian Pertandingan Badminton BSP 2011

Alhamdulillah semalam telah diadakan cabutan bagi Pertandingan Badminton Bandar Seri Putra 2011. Pihak Bangi Heights telah mulakan undian tepat jam 5. Manakala, wakil permain yang hadir tepat pukul 5 adalah seramai 4 orang termasuklah wakil BSP Induk (PPBSP). Bagaimanapun, beberapa lama selepas itu tampil juga beberapa lagi wakil penduduk termasuklah wakil Putra Tropika.

Undian berjalan lancar sehinggalah ke Kumpulan C. Kerana kesilapan teknikal, maka atas persetujuan wakil pemain yang hadir, cabutan telah dijalankan semula.









Hasil undian kali ke dua.




Kumpulan A


Kumpulan B


Kumpulan C

Insya-Allah, pada hari Sabtu sebelum hari pertandingan, akan diadakan sesi pemanas badan di dewan pertandingan. Ini bagi membolehlah pemain membiasakan diri dengan keadaan dewan disamping boleh melihat-lihat kekuatan pihak lawan.

Bagi penduduk Bandar Seri Putra pula, saya menyeru untuk ramai-ramai turun untuk menyaksikan perlawanan tersebut pada 22 Mei 2011 mula jam 8.30 pagi. Berilah sokongan kepada wakil taman anda disamping menunjukkan kepada pihak penganjur yang kita warga Bandar Seri Putra bersatu hati dalam apa sahaja aktiviti sosial yang dianjurkan oleh mana-mana pihak tidak kira Bangi Heights, BSP Induk, Persatuan Taman dsb.

"1Sukan, 1BSP"

Khairil
Ketua Biro Sukan dan Rekreasi PPBSP
(khaiatbsp@gmail.com)

Friendly Bola: Tropika vs PTerrace, Seri 2-2

Salam,

Satu perlawanan persahabatan antara Putra Tropika dan Putra Terrace telah dilangsungkan semalam. Keputusannya, tiada yang menang dan tiada yang kalah....seri 2-2.


Putra Tropika 2 - 2 Putra Terrace
Venue: Padang BSP
Tarikh: 23 Mei 2010/8.30 am


p/s: Maaf tiada laporan terperinci dan gambar kerana pelapor hanya maklumkan keputusan.

Komen Khai@BSP: Alhamdulillah, BSP semakin aktif dengan pelbagai sukan dan rekriasi. Moga BSP akan lebih ceria dan penduduknya bertambah sihat. Ada ke kaum lelaki yg berminat nak main netball? SP5 ada menganjurkan permainan tersebut baru-baru ini. Tapi kecoh jadinya sebab pemain tak tahu undang-undang permainan. Jadilah Netball campuran rugby, basketball, futsal etc.

Pertandingan Bola Sepak Balai polis bangi VS Pasukan Bola Sepak BSP

As salam,


Adalah di maklumkan, Pertandingan Bola Sepak diantara;
                 Pasukan Balai Polis Bangi Vs Pasukan Bola Sepak BSP akan diadakan spt berikut:

Tarikh : 1 May 2010

Masa : 0830pagi

Tempat : Padang Bola Sepak Bandar Seri Putra

kepada sesiapa yang berminat di jemput hadir untuk menyertai Pasukan Bola Sepak BSP atau hubungi di talian 019 315 4535

sekian,

din - KSPM
dincc2u@yahoo.com

Jom Kayuh Basikal !!!- Le tour De LEKAS Highway

Geng Putratropika sedang merancang untuk membuat kayuhan LEKAS Highway pada 6 March 2010 ini, masuk kot Semenyih sampai ke penghujung LEKAS Highway iaitu di Pantai. Namun LEKAS Highway hanya dibuka setakat PAJAM sahaja namun basikal boleh melalui sampai ke Pantai dari pantai balik melalui jalan persekutuan sampai ke Lenggeng terus ke Sg. Jai dan Beranang dan balik melalui Jalan 6 kaki sg. Kembung seterusnya sampai ke BSP. Jarak perjalanan melebihi 60 km

Kepada sesiapa yg nak ikut serta bolehlah mengisi nama anda di ruangan

http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1624.0

Isi nama anda dan nombor telefon bagi warga luar putratropika bagi menyenangkan sebarang info untuk disalurkan...
Kita kayuh jika larat, bila penat kita rehat.. moto kayuhan kali ini.... Grin Grin

Dipetik dari http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3609.msg39477#msg39477

kayuhan putrajaya Niteride

Kepada sesiapa nak join geng basikal putratropika di kayuhan putrajaya Niteride dijemputlah..
Tempat Pertemuan : Berhadapan Palace of Justice Putrajaya..
Masa : Lebih kurang 10 mlm


Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1857.0;topicseen

Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009

Untuk makluman semua

Kejohanan Badminton Antara Taman Bandar Seri Putra 2009

Sebagaimana amalan biasa penganjuran Sukan tahunan, tahun ini Kejohanan Sukan Antara Taman2 Bandar Seri Putra anjuran Kelab Sukan Bandar Seri Putra dengan kerjasama semua Persatuan Penduduk akan dimulakan dengan Kejohanan Badminton yang dicadangkan seperti berikut :

Tarikah : 16hb Mei 2009 (Perlawanan2 Pusingan Awal) -17hb Mei 2009(Perlawanan Separuh Akhir& Akhir)
Tempat : Komplek Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi
Masa : Jam 8 pagi - petang

Tunggu maklumat lanjut dari Biro Sukan Kelab selepas ini sambil2 itu semua Persatuan Penduduk apa tunggu lagi siapkan Pasukan anda untuk kejohanan ini.

Biro Sukan Kelab Sukan Bandar Seri Putra

BADMINTON T.I.P (MALAM NI)

Tuan-tuan sekalian,
Berikut adalah jadual main badminton yg telah saya book. Sesiapa yg berminat blh turun.
 
Tarikh   : 3 april 2009
Hari      : Jumaat
Masa    : 8.30 pm - 12.00 am
Vanue   : Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia
Contact no :  013-3638364
 
# untuk makluman bulan ni saya book dewan tiap hari jumaat. (tertakluk pd perubahan)
# shuttle bayar masa main. 1 shuttle RM 4.00, so kalu main double seorang kena bayar RM 1.00 utk sebiji shuttle.
Sebarkan pada sahabat-sahabat taman kita yang lain. 
Terima Kasih.
 
Abd Halim Asmuni

Futsal, 5 April, 10pg-12tgh

Dato’ & Tan Sri sekalian..,

Aku dah book court futsal untuk kita beriadah mengeluarkan peluh dan mengiratkan silatulrahim antara kita.

Tarikh : 5 April 2009

Hari : Ahad

Masa : 10 pagi – 12 tgh hari

Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi

Panjangkanlah email ini pada sahabat-sahabat kita yang lain yang tiada dalam mailing list ni. Terima Kasih.

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...

Shah Rizal Shahdan

019-3512241

Badminton TIP

Badminton TIP - Kedatangan anda dialu-alukan

Tarikh : 17 Mac 2009 (malam selasa)
Masa : 8.00 - 11.30 malam
Tempat : Dewan Sri Hasil, Akademi Percukaian Malaysia, Bandar Baru Bangi

Sebarkan pada sahabat-sahabat taman kita yang lain. Terima Kasih.

# Minggu ni hanya 1 court yg blh pakai, jd paham2 ajelah.

Abd Halim Asmuni
013-3638364

Futsal @ AktifFutsal, Bangi (Sabtu, 15-Mac, 10pagi - 12thari) Court B

Dato’ & Tan Sri sekalian..,

Aku dah book court futsal untuk kita beriadah mengeluarkan peluh dan mengiratkan silatulrahim antara kita.

Tarikh : 15 March 2009
Hari : Ahad
Masa : 10 pagi – 12 tgh hari
Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi

Sebarkan pada sahabat-sahabat taman kita yang lain. Terima Kasih.

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...


Shah Rizal Shahdan
AJK Surau - Unit Sukan
019-3512241

Sukan Rakyat, Gema Merdeka ke-51

Penduduk Pangsapuri Seri Mawar telah dijemput dengan rasminya oleh pihak penganjur bagi memeriahkan majlis Sukan Rakyat Sempena Sambutan Gema Merdeka ke -51.

Berikut butirannya:

Program: GEMA MERDEKA KE-51, 2008
Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2008
Tempat: Dataran Bangi Height (Berhadapan Vista Seri Putra)

Acara yang dipertandingkan:

  1. Sepak Raga Berpasukan (Lelaki) - Ada wakil
  2. Tarik Tali (Lelaki) - Wakil diperlukan
  3. Galah Panjang (Lelaki) - Wakil diperlukan
  4. Tarik Upih Pinang (Keluarga) - Wakil diperlukan
  5. Timang Kasih (Keluarga) - Wakil diperlukan
  6. Terompah Gergasi (Keluarga) - Wakil diperlukan
  7. Batu Seremban (Wanita) - Wakil diperlukan
  8. Congkak (Wanita) - Wakil diperlukan

Aturcara majlis:

Pagi (7.30 pagi - 12.30 tengahari)

7.30 - Senaman
8.30 - Sarapan
9.00 - Pameran, Persembahan & Sukan Rakyat
12.00 - Perasmian

Petang & Malam (7.30 malam - 11.55 malam)

9.15 - Program Gema Merdeka
11.55 - Bersurai

Berminat mewakili Pangsapuri Seri Mawar, hubungi saya 012-2655203 atau email kyreel@gmail.com.

Tarikh Tutup 16 Ogos 2008

Sukan Sekolah Kebangsaan Bangi


Sukan Sekolah Kebangsaan Bangi, Kajang

Rumah Biru

Rumah Kuning

Salah satu aturcara sukaneka

Rumah Hijau

Menunggu acara dipertandingkan

Medal yang disediakan buat pemenang

Hamper untuk pemenang

Sukan Sekolah Kebangsaan Bangi

Saya tidak sempat menunggu hingga ke akhir aturcara. Antara sebabnya ada komitmen lain. Sukan sekolah 'clash' dengan Hari Keluarga tempat kerja. Nak hadir kedua-duanya, maka kenalah pendekkan kehadiran sukan sekolah dan lambatkan kehadiran hari keluarga.

Alhamdulillah dapatlah menghadiri kedua-dua aktiviti tersebut. Cuma malangnya,
  1. Tak tahu Isnin cuti sekolah. Hanya tahu selepas anak ketinggalan van (mulanya ingat tertinggal van) dan bila tumpang rakan, rupanya sekolah cuti.
  2. Tak dapat ikuti aturcara kanak-kanak hari keluarga. Serta hampir tak dapat masuk ke tempat aktiviti sebab dah lambat.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet