Ibadah Korban 1430H (2009)

Ibadah Korban 1430H (2009)

Salam kepada semua warga BSP.

InsyAllah Aidil Adha akan disambut lebih kurang 3 minggu. Sempena Aidil Adha tahun ini surau AsSyakirin BSP sekali lagi akan mengadakan Ibadah Korban pada Hari Raya kedua , sementara itu masih ada Satu (1) bahagian lembu untuk tuan2&puan yang berhajat untuk membuat korban pada tahun ini.

Harga 1 bahagian adalah RM350.00 sahaja. Kepada yang berhajat boleh menghubungi Pengerusi Surau AsSyakirin BSP Tuan Haji Rani No Hp 016-4460838 untuk keterangan lanjut.

Sekian, Wassalam

Tasik Idaman, Bangi


Bagi yang bertukar selera dan melaku aktiviti-aktiviti yang berlainan seperti memancing, karaoke, paintball dsb.

Maklumat berkenaan boleh dilayari di http://tasikidaman.blogspot.com/








View Larger Map

Komen ADUN Bangi mengenai aduan ke MPKj

Menariknya tulisan ADUN Bangi hari ini mengenai berapa lama masa diambil untuk sebarang laporan. Baca dibawah.

Friday, November 6, 2009

Berapa Lama Sebuah Aduan Kecil Untuk Diambil Tindakan ?

BBB, 18 Zulkaedah = 6 November (Jumaat):

Pagi ini setiba ADUN di MPKj untuk menghadiri Mesyuarat Bajet MPKj 2010, ADUN menerima telefon berlaku kemalangan di jalan susur masuk ke Seksyen 16 di tepi traffic light semasa hujan dan air bertakung di tepi jalan rendah dan tersekat dari mengalir ke longkang di tepi jalan (Kepastian dibuat dari Stesyen Petrol Shell Seksyen 16 kemalangan berlaku sebanyak dua kali pada Rabu 4 November sahaja – tidak masuk kes-kes sebelumnya).

ADUN amat merasa kecewa aduan mengenai perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat MPKj sejak tiga bulan yang lalu dan telah diminit dan disah dan perkara ini ADUN sebutkan kepada Dr. Tajul Ariffin Noordin yang tiba ke MPKj pagi ini. Menurut beliau perkara ini juga dibawa ke Mesyuarat bersama JKR. Bayangkan isu begitu kecil dan aduan telah dibuat hingga ke peringkat atas dan hingga kini belum diambil tindakan. Berapa lama satu-satu aduan untuk diambil tindakan ? Aduan ini adalah secara rasmi melalui Wakil Rakyat dan dibincang di MPKj dan JKR tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera. Bagaimana dengan aduan dari rakyat biasa ? Apakah bila berlaku kematian baru tindakan hendak diambil ?

Pecah Masuk Rumah

Kat Melati pun dah ada kes. Harap warga Seri Mawar juga berhati-hati dan jangan lalai untuk mengelak perkara tak diingini.

Semua Penduduk Yang Dihormati.

Satu kes pecah masuk rumah telah berlaku pada hari ini, 04 Nov 2009 di Blok D-1-6, Pangsapuri Seri Melati. Penghuni meninggalkan rumah lebeh kurang jam 7.00 pagi dan balik ke rumah lebeh kurang jam 1.30 tengahari mendapati rumahnya telah dipecah masuk melalui pintu belakang (dapur). Barang-barang yang hilang ialah sebuah Lap-Top, sebuah Decoder Astro, sebuah telefon bimbit, sebuah guitar dan tabung duit siling.

Sekian, dimaklumkan.

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

Buletin D'Mawar, Siri 5, November 2009



Buletin kembali selepas 2 bulan tidak dikeluarkan. Kali ini dengan lebih banyak maklumat. Ianya akan dikepilkan dalam bil November dan juga akan dikepilkan di papan tanda JMB. Format pdf boleh diperolehi di sini.

Laporan Jamuan Raya 2009



Alhamdulillah pada 17 Oktober lalu, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPPSM) telah menjayakan majlis jamuan hari raya 2009 seterusnya meraikan rakan-rakan India yang menyambut Deepavali. Dengan kehadiran yang amat memberangsangkan (sekitar 90 orang hadir) menjadikan majlis tersebut begitu meriah.

Sedikit kelainan pada majlis ini di mana hidangan yang disediakan tidak mempunyai unsur-unsur hari raya. Tetapi lebih kepada makanan panggang. Pihak PPPSM telah menyediakan pelbagai jenis juadah mentah yang telah diperap dengan rempah khas seperti ikan (pelbagai ikan), ubi, jagung dan ayam. Penduduk bersama-sama memanggang juadah mentah tersebut untuk dimakan begitu sahaja atau dengan nasi lemak yang disediakan.

En. Ramli (lengkap dengan pakaian kebangsaan) sebagai Pengerusi PPPSM dengan besar hati telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penduduk yang hadir sebagai kemuncak majlis tersebut. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Diharap majlis ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.

-Kyreel-

Tips cegah jenayah

Tips cegah jenayah

Taklimat ringkas dan sesi dialog Polis Diraja Malaysia daripada
cawangan Balai Polis Tun Razak baru baru ini.

Saya merasakan maklumat yang diberikan dapat dikongsikan
serba sedikit demi menjaga keselamatan bersama dari segi harta
benda lebih-lebih lagi nyawa.

Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah:

1. Jangan melawan atau jadi hero!
---------------------------------
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah,
lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda
tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut
melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan.

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh
penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas
kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera.

Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang
boleh membantu pihak polis.


2. Penyamaran sebagai polis.
---------------------------------
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu
tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan
jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform)
menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu
tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti
menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka
berwarna kuning (kad yang laminate).

Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak
sama sekali boleh memegang kad mereka.


3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan.
------------------------------------------------------------
Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam
kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang
tersorok.

Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector'
atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit
ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO)
mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.


4. Mengeluarkan wang di bank.
---------------------------------
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di
bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli
keluarga bersama untuk keselamatan.

Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan
bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu
mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah
sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka.

Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan
tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan,
tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang
sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan
seterusnya menyamun anda.

Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu
mangsa masih berada di dalam kereta!


5. Jogging di Taman Tasik.
---------------------------------
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan
semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau
jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang
menyimpan di dalam kotak belakang motosikal.

Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di
kawasan tempat jogging.

Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa
bersama-sama dengan beg kecil (porch bag).

sumber-dipetik dari Encik Buhari Laiman, Dsentral 3G

Crogs Garage Sale 1 Nov

Pada yang ingin mencari kasut baru, boleh ke jualan Croc.

Crogs Garage Sale

Pada Ahad ini (1 November 2009), pihak saya akan menganjurkan Crocs Garage Sale bertempat di jalan 3/G Bandar Seri Putra bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai model/design serta harga yang menarik menanti anda.



Dijemput semua hadir untuk membeli-belah dan memeriahkan majlis.

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Bagi warga Mawar yang ingin mendapatkan daging korban, boleh hadir ke program berikut.

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Tarikh : Hari Ahad 29 Nov 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Jalan 8, Bandar Seri Putra
Penyertaan : Terhad (Siapa cepat dia dapat)
Semua ahli yang berhasrat untuk menyertai korban diminta hubungi Pengarah Program, Sdr Azli Ariffin di talian

Sekolah Agama Bandar Seri Putra Mula Diguna: ADUN Bangi Bekalkan Komputer

Monday, October 26, 2009

Sekolah Agama Bandar Seri Putra Mula Diguna: ADUN Bangi Bekalkan Komputer

Bandar Seri Putra, 04 Zulkaedah = 23 Oktober (Jumaat)

Desakan dan permohonan supaya Bandar Sri Putra didirikan sekolah rendah, sekolag menengah dan sekolah agama dikemukakan oleh ADUN sejak 2001 semasa ADUN menjadi ADUN Kajang dalam mana Bandar Baru Bangi dan Sri Putra di bawah DUN Kajang.

Pada peringkat permulaan Bandar Putra dibuka (2001), tidak ramai yang mau menghuni, kerana masih kurang dari segi kemudahan, termasuklah ketiadaan sekolah. Ramai dari pembeli pada masa itu menjadikan rumah di sini sebagai rumah persinggahan di hujung minggu. Al-hamdulillah kini sekolah agama mulai digunakan, di samping sekolah rendah kebangsaan telah dibuka. Namun, sekolah menengah yang hampir siap tapi masih terbengkalai.

Sekolah agama ini mula digunakan pada 1 Oktober 2009 berikut dari mesyuarat antara Jabatan Agama, JKR, TNB dan Sekolah pada 5 September, iaitu dengan memindah seramai 325 murid yang belajar di Sekolah Agama Pekan Bangi, tetapi tinggal di Bandar Seri Putra. Pendaftaran murid baru telah dibuat dan tarikh pendaftaran akhir 30 Oktober. Setakat ini 850 orang telah mendaftar bagi memulakan pengajian bila sesi pertama dibuka pada 4 Januari 2010.

Sekolah Agama Seri Putra didirikan di atas tapak seluas 5 ekar berdepan dengan kawasan masjid yang lebih kurang sama luasnya. Tapak berada dikawasan strategic di tengah-tengah kawasan Bandar Seri Putra. Kos bagi sekolah ini ialah RM6.1 milion. Sekolah ini mempunyai dua blok empat tingkat yang boleh memuatkan 40 kelas dan boleh menampung hingga 2,000 murid termasuklah sebuah kantin. Disamping itu, sepertimana biasa sekolah ini mempunyai 9 kelas dengan dua kelas bagi darjah satu hingga 4 dan satu kelas bagi darjah 5. Setakat ini ada 10 orang guru dengan dua guru lelaki dan 8 perempuan. Guru Besar ialah Ustaz Khairul Amri dan Timbalannya Ustaz Husnan. Agak pelik sedikit sekolah yang terletak dibawah DUN Bangi yang sepatutnya dari segi tadbirannya terletak di bawah Hulu Langat diletak pentadbiran persekolahannya di bawah Pejabat Agama Sepang.

Dalam ucapannya ADUN Bangi, bersyukur kepada Allah sebuah lagi sekolah agama di DUN Bangi bertambah menjadikan 10 buah, iaitu;

1 buah SRAI di Bandar Baru Bangi
5 ,, SRA (Sg. Ramal Luar, Sg.Ramal Dalam, Pekan Bangi, Jalan 6 BBB, Seri Putra)
1 ,, LEPAI , Bandar Baru Bangi
3 Swasta (Jasmin, Kajang Utama, Seksyen 9).

Walaupun sudah 10 buah agama wujud di DUN Bangi, tetapi masih belum cukup dari segi keperluan penduduk setempat. Banyak lagi permohonan-mohanan diterima untuk mendirikan sekolah agama.

ADUN berharap Sekolah Agama Seri Putra akan memainkan peranan mendidik anak-anak setempat dengan pendidikan agama dan menjadi anak-anak berguna. Secara tidak langsung dapat mengelak anak-anak dari gejala sosial. Sempena Bangi Bandar Ilmu, maka adalah diharapkan Sekolah Agama Seri Putra akan menjadi sekolah agama terbilang di DUN Bangi, bahkan pada peringkat di Hulu Langat dan turut sama melonjakkan imej Bangi sebagai Bandar Ilmu.

Kemajuan sekolah banyak bergantung kepada banyak pihak. Selain dari guru-guru ialah ibu bapa. ADUN berharap dalam masa terdekat sekolah akan bermesyuarat bagi melantik AJK PIBG sekolah. Dengan ini banyak kegiatan yang dapat dijalankan melalui kerjasama dengan PIBG. ADUN sedia bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG bagi memajukan sekolah.

Oleh kerana pada peringkat permulaan sekolah masih berkurangan dari segi peralatan. Bagi sebagai permulaan ADUN membekalkan sebuah computer baru (Dell) untuk kegunaan sekolah.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.,

Related Posts with Thumbnails

Kalendar