Terkini

Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenduri. Papar semua catatan

Gambar Kenduri Kahwin Anak En. Rahim

Alhamdulillah telah selesai kenduri kahwin anak kepada En. Rahim. Terima kasih kepada semua yang telah hadir sama ada dengan bantuan tenaga, masa, atau pun wang ringgit.

Saya kepilkan beberapa gambar yang sempat saya ambil daripada malam sebelum kenduri sehingga petang kenduri. Bagaimanapun tidak semua gambar saya lekatkan di album gambar kerana kapasiti online album yang terhad. Bagi yang berminat mendapatkan softcopy, bolehlah menghubungi saya.





Kenduri Anak En Rahim 6/6/09

Saya telah mendapat jemputan rasmi ke majlis perkahwinan anak En Rahim (Pengerusi JMB dan Timb. Pengerusi Persatuan Penduduk). Tarikhnya jatuh pada 6/6/09 dari tengahari hingga petang hari tersebut. Saya dimaklumkan bahawa semua penduduk dijemput sama disamping membantu (gotong-royong) untuk melancarkan majlis tersebut. Gotong-royong masak-memasak akan dimulakan daripada hari sebelumnya dan pagi tersebut.

Harap semua dapat turun.

Gambar Kenduri Kahwin Anak Abg Razak



Slideshow Kesemua Gambar


Gambar slideshow di atas boleh juga diperolehi di pautan di sini.

Alhamdillah dengan kerjasama semua, kenduri tersebut telah berjalan dengan lancar. Walaupun sedikit terhenti kerana hujan pada belah petangnya, majlis diteruskan juga.

Gotong-Royong Kenduri Kahwin Anak Abang Razak

IMG_6270


*Gambar Hiasan



Mulai malam ini sehingga Ahad 1 Februari 2009, semua penduduk Seri Mawar dijemput bergotong-royong sempena perkahwinan anak Abang Razak.


Malam ini dimulakan dengan merebus telur.


Esok mula memotong dan petangnya ayam dan daging perlu dibersihkan. Seterusnya dimasak.


Pagi Ahad pula akan berlangsung majlis akad nikah dan makan-makan pada sebelah tengaharinya.

Jemputan Kenduri Doa Selamat

Saya telah diamanahkan untuk menjemput semua penduduk Seri Mawar untuk hadir ke rumah Makcik Normah unit A-G-33 pada 20 Julai 2008 untuk makan tengahari.

Ini bersempena kenduri doa selamat Makcik Normah yang akan mengerjakan umrah tidak lama lagi.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkannya.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet