Terkini

Peluang Keusahawanan


PROGRAM CUTI SEKOLAH ANJURAN SURAU ASSYAKIRIN BSP

Salam kepada semua muslimin&muslimat warga Bandar Seri Putra.
Pihak AJK Surau AsSyakirin akan menganjurkan program untuk murid-murid sempena musim cuti sekolah ini. Maklumat program adalah seperti berikut :-

PROGRAM MOTIVASI IBADAH
TARIKH: 10 - 12 DIS 2010
TERBUKA KEPADA PELAJAR LELAKI 11 - 16 TAHUN
BAYARAN RM 30 SEORANG
PROGRAM BERSAMA QUANTUM LEARNING AND CONSULTANCY.


Untuk keterangan lanjut sila layar www.surausyakirin.org

Sekian, Wassalam

Haji Abd.Rani
Pengerusi Surau AsSyakirin
Bandar Seri Putra, semestinya

Syarahan Umum oleh Prof. Dr. Mohamad Ramadhan Al-Bouti

Assalamualaikum.


Dijemput kepada semua ke Majlis Syarahan Umum oleh Prof. Dr. Mohammad Ramadhan Al-Bouti seperti

ketetapan berikut :-

          Tarikh : 30 November 2010 (Selasa)

          Masa : selepas Solat Isya' (8:30 malam)

          Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar

          * Penterjemah turut disediakan.

          * Sesi soal jawab turut diadakan.

Sekian, harap maklum.

Wassalam


--
Muhammadon bin Ahmad Tajudin
Penolong Eksekutif
Masjid Al-Azhar
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Bandar Seri Putra Bangi,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan
Telefon : 013-9700237

BULETIN PIBG SRA-BSP 2010

Salam.

Dikongsikan Buletin PIBG dalam bentuk pdf untuk tatapan semua. Insya-Allah akan diedarkan semasa pendaftaran awal tahun hadapan.




Kem Aura Kecemerlangan 2010

Salam Warga SP5.

Sebagai salah satu agenda pengisian waktu cuti sekolah, Jawatankuasa Surau Seri Dahlia menganjurkan Kem Aura Kecemerlangan 2010 (khusus untuk anak-anak berumur 10 - 17 tahun) seperti berikut:

    Tarikh : 8 Disember 2010 (Rabu)
    Masa :  8.00 pagi - 6.00 ptg
    Tempat : Surau Seri Dahlia,
                  Jalan Seri Putra 4, BSP.

    Yuran : RM15 seorang sahaja. (RM10 utk anak ketiga dan seterusnya)

Objektif :   Kearah pelaksanaan solat yang sempurna
                Melahirkan remaja yg soleh dan solehah serta cemerlang dunia dan akhirat
                Menyedari hakikat kehambaan kepada ALLAH


Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pengerusi Surau Seri Dahlia, Tn Hj Nor Halimi Saaidin @ 012 669 7393


Yang menyampaikan : Shamsol 1453.

Bengkel Baikpulih Komputer & Kursus Membina Laman Web (Menggunakan Joomla) di UKM

Salam...di sini sekali lagi saya mengalu-alukan penyertaan anda..capat sebelum tawaran ditutup..

Dengan sukacitanya, Kelab Kakitangan Pusat Teknologi Maklumat UKM akan mengadakan Kursus ICT untuk Ahli Kelab, Anak-anak ahli serta individu di luar sana.
 
Kursus ini bertujuan untuk mengisi masa lapang cuti sekolah anak-anak serta menambah kemahiran individu meraka.
 
Diantara kursus-kursus yang ditawarkan ialah :-
 
1) 4 Disember 2010 (Sabtu) - Kursus baikpulih komputer (kumpulan 1)
    - Merangkumi pengenalan perkakasan komputer, cara format komputer dan installation windows XP.
    Yuran penyertaan  :-   Ahli/ anak ahli : RM50
    Bukan Ahli : RM70
 
2) 5 Disember 2010 (Ahad) - Kursus baikpulih komputer (kumpulan 2)
    Yuran penyertaan  :-  Ahli/ anak ahli : RM50
    Bukan Ahli : RM70
 
3) 11 Disember 2010 (Sabtu) – Kursus Pembangunan Laman Web (Joomla).
    Yuran penyertaan  :-  Ahli/ anak ahli : RM70
    Bukan Ahli : RM90
    Percuma Pendrive
 
4) 12 Disember 2010 (Ahad) – Kursus Grafik (Adobe Photoshop)
    Yuran penyertaan  :-   Ahli/ anak ahli : RM70
    Bukan Ahli : RM90
    Percuma Pendrive
 
Kesemua kursus di adakan dalam masa sehari bermula dari jam 9.00pagi – 4.30ptg dan tempat adalah terhad.
 
Bertempat di Makmal Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM Bangi.

Tarikh tutup penyertaan - beserta pembayaran : 2 Disember 2010 - Khamis (sebelum 4.00ptg)
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi AJK yang berkenaan :
1. Puan Noor Rihan Abu Bakar : 03-8921 7123
2. Puan Ruzana Rahman : 03-8921 6151
2. Puan Sharifah Hashim : 03-8921 6069

 
Bersama-sama ini dilampirkan Borang Permohonan Kursus dan brochure kursus.
 
Pembayaran hendaklah dibuat dengan menyertakan bukti pembayaran (cetakan online banking/ salinan slip pembayaran diterima) bersama borang penyertaan dan dihantar kepada :
Presiden, Kelab kakitangan Pusat Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi maklumat, 43600 UKM Bangi, U/P: En. Zaki Ibrahim
 
Pembayaran hendaklah dibuat kepada
Kelab Kakitangan Pusat Komputer (No. Akaun : 1207-0003410-71-7 Bank Muamalat Malaysia Berhad).

Sumber dan borang boleh dirujuk di sini: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5708.msg61474#msg61474

Yuran SRA-BSP 2011

Berikut disertakan senarai bayaran bagi Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) bagi sesi 2011.

Hari pembelian buku 20/12/2010 - 31/12/2010, 9 pagi - 3 petang

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs601.ash2/155346_463515093862_179473523862_5650041_4112001_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs561.ash2/148365_463515068862_179473523862_5650040_3844589_n.jpg

Sumber: srabandarseriputra.blogspot.com

Korban di SP5: Sabtu 20 Nov, 7.30 pagi

Warga Seri Putra dijemput hadir untuk sama-sama membantu majlis ibadah korban SP5 (Seriputra5) pagi esok mulai jam 7.30 pagi di padang SP5 (belakang tangki air).

Daging korban akan diagihkan dan makanan (pagi dan tengahari) akan disediakan.

Tolong hebahkan kepada rakan-rakan dan jiran.

Gambar: Hari Kecemerlangan SK-BSP 19 Nov 2010 (Jumaat), 8.00 pagi



Pelajar-pelajar 5A UPSR







Album 1: http://www.facebook.com/album.php?aid=255994&id=182228500788&ref=mf











Album 2: http://www.facebook.com/album.php?aid=256006&id=182228500788&ref=mf

ADUN Bangi: Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Dan Khatam Al-Qur`an 2010 Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putera

  1. Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar Dan Khatam Al-Qur`an 2010 Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putera
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/11/ihtifal-sekolah-sekolah-agama-akhir.html

Bertolak daripada Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam kami menuju ke Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putera, kami tiba dan majlis hampir berakhir. Adun dijemput berucap dan berterima kasih kepada PIBG yang diketuai oleh En. Lokman Bin Md. Sarip, Guru Besar Ustaz Khairul Amri Bin Jamian, Guru-Guru, Ibu Bapa dan murid-murid yang setia menunggu. Turut hadir Tuan Haji Mazwan Johar Ahli MPKj. Adun memuji Sekolah yang baru dibuka sejak dua tahun yang lepas terus maju dan mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang dan berakhlak mulia. Didikan yang diterima anak-anak insya Allah menyejuk hati dan mata ibu bapa dan kita mengharapkan mereka berjaya di dunia dan akhirat.


Pelajar Mumtaz pada tahun 2010 adalah 2 orang, manakala Jayyid Jiddan adalah 11 orang. Kita berharap anak-anak yang akan keluar akan terus menunjukkan kejayaan di dalam bidang akademik, syakhsiah dan ko-kurikulum. Adun diberi penghormatan menyampaikan hadiah dan penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Hari Kecemerlangan SK-BSP 19 Nov 2010 (Jumaat), 8.00 pagi

Hari kecemerlangan SK-BSP akan diadakan esok 8.00 pagi.

Anak-anak yang akan menerima anugerah diminta hadir awal.

Bagi pihak PIBG sekali lagi diucapkan tahniah kepada semua terutama yang telah mengharumkan nama sekolah dengan mendapat 31 orang pelajar 5A.



-PAKSI, Bagi pihak PIBG-

SRA-BSP: Majlis Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2010

14 November 2010.

Oleh khaiatbsp@gmail.com


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs589.ash2/154160_459362223862_179473523862_5598250_2298000_n.jpg
Anak-anak SRA-BSP menunjukkan plag yang diperolehi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs470.ash2/74324_459359923862_179473523862_5598142_8093256_n.jpg
Ahli Majlis Zon 24, Hj. Mazwan juga turut hadir.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1123.snc4/148522_459364398862_179473523862_5598357_1023857_n.jpg
YB Dr. Shafie, hadir untuk ucapan penutup.

Bandar Seri Putra, Bangi. Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) buat julang kalinya mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang sepanjang tahun 2010. Majlis Kecemerlangan tersebut juga diiringi dengan majlis Khatam Iqra' bagi pelajar Tahun 1 dan Khatam Al-Quran bagi pelajar Tahun 6. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie bagaimanapun telah diubah kepada acara penutup.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs944.snc4/73750_459359513862_179473523862_5598122_5512025_n.jpg
Kecerian anak-anak yang diraikan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs991.snc4/76465_459361163862_179473523862_5598201_5486075_n.jpg
Rapatnya guru dan anak-anak.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs930.snc4/74309_459361313862_179473523862_5598208_5163572_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1130.snc4/149224_459361818862_179473523862_5598233_2688275_n.jpg

Sedari awal jam 8.00 pagi, anak-anak berserta ibubapa masing-masing telah hadir memeriahkan majlis. Dimulakan dengan Khatam Iqra' tahun 1 dan Khatam Al-Quran tahun 6. Majlis berganjak kepada ucapan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri Jamian. Dalam ucapannya, Ustza Khairul berbesar hati dengan jumlah kehadiran anak-anak dan ibubapa yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi ibubapa terhadap pelajaran agama anak masing-masing. Dan lebih membanggakan, ini merupakan majlis pertama yang dilakukan oleh pihak sekolah setelah setahun beroperasi. Sebagai makluman, sekolah mula operasi 1 November 2009. Ustaz Khairul tidak menolak kekurangan daripada pihaknya (pentadbir dan guru-guru), tetapi  akan berusaha meningkatkan lagi kecekapan pada masa akan datang. Tak lupa juga sekalung tahniah kepada murid-murid kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). 2 orang telah mendapat tahap tertinggi iaitu Mumtaz.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs498.ash2/77110_459360583862_179473523862_5598176_5991187_n.jpg
Selingan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs918.snc4/73132_459364653862_179473523862_5598370_8147031_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs449.ash2/72265_459364783862_179473523862_5598377_5329734_n.jpg
Guru-guru yang hadir memakai sedondon baju batik.

Naik berucap Yang Dipertua PIBG SRA-BSP, En. Lokman Bin Md Sarip. YDP menegaskan kepentingan platform PIBG ini yang membantu dan menambah baik usaha-usaha sekolah bagi kepentingan murid-murid dan ibubapa serta tidak dilupakan keperluan guru-guru dan sekolah. Walaupun PIBG masih muda, tetapi banyak aktiviti PIBG telah berjaya dilaksanakan. Bagaimanapun ini juga atas sokongan ibubapa semua. Oleh itu, PIBG merayu sumbangan dan keterlibatan ibubapa secara berterusan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1143.snc4/148542_459360378862_179473523862_5598166_7368047_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1172.snc4/154463_459361468862_179473523862_5598218_2637572_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs568.ash2/149068_459362508862_179473523862_5598267_1598556_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1146.snc4/148797_459362053862_179473523862_5598244_1857609_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs998.snc4/77115_459362088862_179473523862_5598246_1409341_n.jpg

Sebelum penyampaian hadiah, hadirin telah dijamu dengan sarapan pagi. Kembali ke dewan sekolah, sesi penyampaian hadiah bagi beberapa kategori:

  1. Kedudukan Dalam Kelas
  2. Hadiah Pelajaran Terbaik
  3. Kehadiran Terbaik
  4. Hadiah Peningkatan Prestasi
  5. Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2010
  6. Anugerah Tokoh Pelajar 2010.
  7. Hadiah Kecemerlangan PSRA 2010
  8. Anugerah Tokoh Guru Cemerlang 2010
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1174.snc4/154641_459363803862_179473523862_5598325_4974153_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs984.snc4/75769_459363968862_179473523862_5598335_949478_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs960.snc4/75325_459364103862_179473523862_5598341_2296064_n.jpg
Tokoh Pelajar 2010

Bagi Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2010, adik Muhammd Akmal Afiq Bin Hamidon dan adik Muhammad Adli Aiman Bin Haji Mazlan telah diangkat pada tahun ini. Manakala bagi Anugerah Tokoh Pelajar 2010, bagi lelaki dimenangi oleh adik Muhammd Adib Bin Shakor dan bagi perempuan dimenagi oleh adik Najihah Binti Zanian.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs574.ash2/149679_459362683862_179473523862_5598278_3685415_n.jpg
Dua pelajar yang mendapat Mumtaz dalam peperiksaan PSRA.

Manakala bagi PSRA, 2 oran telah mendapat Mumtaz iaitu adik Nurul Atiqah Nilamasayu Binti Rosli dan adik Farah Hanisah Binti Abdul Ghani. Secara keseluruhan jumlah peratus yang lulus adalah 73.4 peratus. Secara tidak langsung ini adalah piawaian sekolah bagi tahun yang mendatang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1158.snc4/150004_459364138862_179473523862_5598342_2592895_n.jpg
Anugerah Guru Keceriaan Kelas - Ustazah YANTI BINTI ABD RASHID

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs949.snc4/74227_459364213862_179473523862_5598346_4232115_n.jpg
Anugerah Guru Pencapaian Ko-Kurikulum - Ustazah HIRNANI BINTI SAHRI

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1121.snc4/148361_459364288862_179473523862_5598350_5879581_n.jpg
Anugerah Guru Dedikasi - Ustazah MAHFUZAH BINTI JAAFAR


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1133.snc4/149556_459364323862_179473523862_5598353_1183994_n.jpg
Anugerah Personaliti Guru - Ustazah NOR HAYATI MOHD SULAM

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs595.ash2/154738_459364453862_179473523862_5598358_5704669_n.jpg
Anugerah Guru Pencapaian Kelas Terbaik - Ustazah YASMIN BINTI MD ISA

Guru-guru juga tidak ketinggalan di beri anugerah. Berikut senarainya:
  1. Anugerah Guru Keceriaan Kelas - Ustazah YANTI BINTI ABD RASHID
  2. Anugerah Guru Pencapaian Ko-Kurikulum - Ustazah HIRNANI BINTI SAHRI
  3. Anugerah Guru Dedikasi - Ustazah MAHFUZAH BINTI JAAFAR
  4. Anugerah Personaliti Guru - Ustazah NOR HAYATI MOHD SULAM
  5. Anugerah Guru Pencapaian Kelas Terbaik - Ustazah YASMIN BINTI MD ISA
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs471.ash2/74442_459359798862_179473523862_5598136_3434508_n.jpg
En. Zukkifli dan En. Badrul, orang kuat PIBG.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1130.snc4/149245_459363128862_179473523862_5598298_7911718_n.jpg
En. Iqbal, Naib YDP, PIBG.

PIBG dengan berbesar hati telah menyumbang kepada hadiah-hadiah bagi kategori Pencapaian PSRA dan Anugerah Guru-guru. Manakala, kaunter PIBG telah dibuka bagi mengutip yuran PIBG yang masih belum dijelaskan serta makluman aktiviti sekolah dan PIBG dalam buletin PIBG 2010.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs574.ash2/149655_459365138862_179473523862_5598392_5786849_n.jpg
Guru-guru SRA-BSP dan YDP PIBG SRA-BSP.

Semoga sekolah akan terus mengorak langkah yang lebih cemerlang untuk tahun mendatang.

Majlis ditangguhkan jam 1.00 tengahari.




Surau Al-Hijrah: Telepas dan hampir di pijak lembu korban.

17 November 2010.

Oleh Khaiatbsp@gmail.com.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1202.snc4/155480_10150317724770176_329327610175_15923330_729958_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs583.ash2/150594_10150317724700176_329327610175_15923328_5421311_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs559.ash2/148143_10150317724595176_329327610175_15923325_4206627_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs498.ash2/77132_10150317723615176_329327610175_15923291_4888308_n.jpg

Bandar Seri Putra, Bangi. Seekor lembu yang diperuntukan bagi majlis korban dan aqiqah di Surau Al-Hijrah didapati terlepas. Bagaimanapun, lembu itu tidak pergi jauh sebelum di tangkap semula oleh ahli karyah Surau Al-Hijrah. Manakala kejadian beberapa ahli karyah hampir dipijak lembu ketika menumbangkan lembu ke tiga daripada lima ekor bagi korban/aqiqah merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Itulah anatar detik-detik manis majlis korban dan aqiqah di Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra, Bangi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs955.snc4/74796_10150317726175176_329327610175_15923376_3009594_n.jpg
Ustaz Azmi (berbaju merah) berkata, "Walaupun terlepas, tetapi lembu tak pergi jauh".

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1154.snc4/149684_10150317726065176_329327610175_15923371_4334618_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs465.ash2/73886_10150317728250176_329327610175_15923442_2475956_n.jpg

Surau telah mendapat mandat untuk menguruskan 5 ekor lembu bagi ibadah korban dan aqiqah tahun ini. Bagaimanapun, salah seekor lembu telah didapati terlepas tetapi tidak pergi jauh berkemungkinan kerana lembu tersebut tidak memahami kawasan ini. Menurut Ustaz Azmi, Imam II Surau Al-Hijrah, "Pagi tadi apabila saya memeriksa lembu-lembu tersebut, saya dapati pancang salah satu lembu itu telah tercabut. Alhmadulillah lembu itu tidak pergi jauh mungkin kerana kawasan korban ini susah sedikit bagi lembu itu untuk pergi jauh". "Saya dan beberapa alhi karyah berjaya menambat semula lembu tersebut", tambahnya lagi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1189.snc4/154116_10150317728560176_329327610175_15923450_3371530_n.jpg
Aksi ala koboi Mejar Qayyum menjatuhkan lembu yang hampir memijaknya.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1163.snc4/150531_10150317725370176_329327610175_15923347_1478662_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs978.snc4/77184_10150317731700176_329327610175_15923517_8383779_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs559.ash2/148178_10150317728920176_329327610175_15923460_4041383_n.jpg http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1199.snc4/155194_10150317727815176_329327610175_15923427_6242541_n.jpg

Manakala salah seorang ahli karyah, Mejar Qayyum, yang berjaya mengelak daripada dipijak oleh seekor lagi lembu berkata, "Lembu menjadi panik kerana ramai yang berkumpul sekelilingnya. Ini menyebabkan ia bertukar menjadi ganas". "Pada satu ketika, saya telah berjaya mengikat salah satu kaki lembu tersebut. Bagaimanapun, dalam suasana kelam-kabut lembu itu cuma memijak saya dan beberapa yang lain. Alhamdulillah, saya berjaya menjauhkan lembu itu dengan menendang dengan kedua-dua kaki saya. Masa itu saya telah terduduk", cerita Mejar Qayyum semasa kejadian mencemaskan itu.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs955.snc4/74817_10150317733900176_329327610175_15923584_1582748_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs559.ash2/148180_10150317733195176_329327610175_15923565_6048555_n.jpg

Setelah kesemua 5 ekor lembu tersebut disembelih, kerja melapah telah dijalankan. 9 bahagian daripadanya adalah untuk tujuan aqiqah dan ianya telah diasingkan bagi dimasak oleh ahli karyah bagi hidangan tengahari. Selebihnya diagih-agihkan kepada penduduk setempat dan juga diberikan kepada fakir miskin. Menurut Ustaz Nik Hilmizan, Imam I Surau Al-Hijrah, ibadah korban tadi berjalan dengan lancar cuma sedikit lewat menamatkannya. "Surau jangkakan boleh selesai sekitar pukul 12.30 tengahari. Tapi, alhamdulillah selesai juga sebelum Zohor". Katanya lagi, "Perkara yang paling penting semasa sembelihan adalah pisau yang perlu betul-betul tajam. Ini bagi tidak menyiksa lembu sembelihan tersebut dan dagingnya akan lembut apabila dimakan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs931.snc4/74426_10150317738290176_329327610175_15923673_3538596_n.jpg
Dato' Johar, Pengerusi Surau Al-Hijrah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs492.ash2/76517_10150317738790176_329327610175_15923682_4579842_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1157.snc4/149949_10150317739895176_329327610175_15923699_3706121_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs492.ash2/76580_10150317744845176_329327610175_15923743_6339953_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs965.snc4/75892_10150317744685176_329327610175_15923740_5334623_n.jpg

Majlis diakhiri dengan majlis tahlil sebelum jamuan makan yang telah dimasak 5 jenis masakan: korma daging, daging masak kicap, sup tulang, daging rebus cicak asam, dan sayur masak organ lembu. Pengerusi Surau, Dato Johar turut bersyukur kerana majlis telah berjalan dengan lancar walaupun sedikit lewat. "Solat sunat Aidil Adha tadi pun sekitar 100 orang hadir dan bilangannya bertambah semasa majlis korban/aqiqah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli karyah dan ahli jawatankuasa saya yang telah bertungkus-lumus menjayakan program hari ini. Insya-Allah kita akan teruskan pada tahun hadapan", katanya Dato' Johar dengan penuh kesyukuran.

Majlis berakhir sekitar pukul 3.30 petang dengan sesi mengemas serta membungkus lauk lebihan.

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar, Walillahilham.

Album gambar: http://www.facebook.com/album.php?aid=571051&id=329327610175&ref=mf

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet