Terkini

TERIMA KASIH: Surau SRABSP Telah Sempurna

Ribuan terima kasih keapda semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung daripada kami PIBG, kakitangan dan murid SRABSP.



Untuk gambar pembinaan dan majlis pertama di Surua MUMTAZ boleh layari FB ini:
https://www.facebook.com/srabandarseriputra

Bagi pihak PIBG SRABSP

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Dis 2013



(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=662774807112040&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM6,130,654.71 1 (setakat 31 Dis 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-47 pada 10 Jan 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Dis 2013 = RM270,913.68
  • bulan Nov 2013 = RM174,917.43  (UPDATED)
Alhamdulillah, jumlah pungutan Nov-Dis ini MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,869,345.29 * lagi.


Sedikit perkembangan:
  • JK Pembinaan mengambil maklum bahawa surat memohon sumbangan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor oleh PPBSP dan akan disusuli dengan tindakan 'follow-up' pada minggu akan datang.
  • Sumbangan sebanyak RM50,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor sudah diterima dan dibank-in ke dalam akaun masjid.
  • Setiausaha telah mengagihkan 5000 keping surat memohon sumbangan dari rumah ke rumah semua penduduk di BSP.
  • JK Pembinaan mengambil maklum sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun masjid pada bulan Disember telah meningkat ekoran pengagihan surat-surat memohon sumbangan tersebut.
  • Pungutan melalui tabung ketika Pasar Malam (Selasa dan Sabtu) juga amat menggalakkan, menyumbang lebih seribu ringgit pada setiap malam.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke10 telah berlangsung pada Isnin, 30hb Dis 2013 dan dipengerusikan oleh Dato Zakaria, serta dihadiri oleh Hj Zakariah, Hj Kamal dan Setiausaha yang mewakili masjid.
  • Sehingga tarikh mesyuarat itu 53% kerja pembinaan telah siap.
  • Pegawai JAIS akan dijemput hadir ke mesyuarat tapak akan datang supaya perkembangan pembinaan masjid ini dapat dibawa terus ke pengetahuan pengurusan JAIS.
  • Mesyuarat tapak seterusnya (No.11) akan dilangsungkan pada 22 Januari jam 10.00 pagi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.

__._,_.___

Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Gambar pada 23 Jan 2014


Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Gambar pada 23 Jan 2014
Gambar Pembinaan Masjid pada 23/1/2014.

Kontraktor Projek melaporkan pada Mesyuarat Tapak yang ke-11 berlangsung pada 23 Jan 2014 bahawa 57% kerja pembinaan telah siap (sehingga tarikh mesyuarat). Mesyuarat Tapak telah dipengerusi oleh Dato' Zakaria Husain, dan dihadiri oleh Tn. Hj. Zakariah dan Setiausaha yang mewakili JK Pembinaan.


Lihat gambar-gambar lain di FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.662779620444892.1073741834.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama / mimbar (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


Pintu utama (mengadap jalan masuk) dan ruang foyer


View composite ruang foyer (180 degree)


Bahagian dalam - Ruang solat utama


Ruang solat muslimah di tingkat mezzanine (tingkat 1)


View composite luar tingkat mezzanine (180 degree) - Ruang solat muslimah 


Pan view dari flat roof sudut kanan

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (8)
Recent Activity:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.

__,_._,___

Adakah Tuan-Puan mahu jadi usahawan?



Adakah Tuan-Puan mahu jadi usahawan?
Adakah Tuan-Puan ada produk yang mahu dipasarkan?
Adakah Tuan-Puan penggemar Nasi Arab dan mahu menjadi agen pengedar rempahnya?
Adakah Tuan-Puan mahu jadi agen ALTEL?

Semua ini akan terjawab dengan mendaftar untuk program pada 26 Jan ini. Ayuh daftar segera.

https://www.facebook.com/events/1449831541899180/?ref_newsfeed_story_type=regular



Bisness Matching & Networking bersama ABS Bangi Hipersale

Bisness Matching & Networking bersama ABS Bangi Hipersale
=====================================

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/1522063_618238681577458_1771523938_n.jpg

Menarik! Chef Ammar (personaliti TV Al-Hijrah) insyaAllah akan hadir dan turut membuat DEMO MASAKAN menggunakan rempah keluarannya untuk peserta progrm "Bisness Matching & Networking bersama ABS Bangi Hipersale".

Chaf Ammar juga akan berkongsi rahsia rempah-ratus keluarannya yang kini berada dipasaran melalui ABS Hipersale Bangi. Ini peluang anda menjadi ajen jualan rempah Chef Ammar yang semakin hangat dipasaran.

Anda juga mempunyai produk sendiri? Inginkan lebih ramai pelanggan?
Jemput hadir ke program ini. Disinilah peniaga berkumpul secara berkumpulan memajukan bisnes masing-masing. Berkongsi pengalaman dan kejayaan. Mempamerkan produk baru.

Anda ingin bersama kami? Daftar segera kerana tempat hanya terhad kepada 50 orang pertama:
https://docs.google.com/forms/d/15Ge4fFRsMipH-6pkIbaJzyPbaoXlpXl_Zn8yO_uEazE/edit?usp=drive_web

Selain itu ada juga berpeluang mengetahui lebih lanjut:

1. Peluang bisnes dgn menjadi agen kepada ABS Bangi Hipersale

dan

2. Serta peluang menjadi agen kpd Al-Telefon, pakej pra-bayar terkini kendalian ALTEL.

Nasi Lemak dengan Menu Baru untuk Kanak-kanak

Bismillah. Didoakan semoga semua pelanggan dan pembaca page D'Aina sihat sejahtera dan dirahmati Allah SWT.

Nantikan penghantaran sarapan daripada kami pada pagi SABTU 11 JANUARI 2014 bermula 6.30 pagi.
=====================

Pilihan menu:
=====================

*Menu baru!

*NKN - Nasi Lemak Kidz dengan Nugget - RM2.50

*NKS Nasi Lemak Kidz dengan Sosej - RM2.50

AGB - Ayam goreng berempah - RM2.50

NLO - Nasi lemak - RM1.50
NLT - Nasi lemak + telur mata - RM2.50

BGO - Bihun goreng - RM1.50
BGT - Bihun goreng + telur mata - RM2.50

MGO - Mee goreng - RM1.50
MGT - Mee goreng + Telur mata- RM2.50

=====================

Mohon menempah sebelum jam 8 malam ini dengan menghubungi Saudara Khai di 013.207.4540.

- Untuk SMS/Whatsapp taip: EZY <nama> <alamat> <no telefon> <jenis order> <jumlah order> dan hantarkan kepada 013.207.4540

Terima kasih daun keladi ^___^ .

-Dari dapur kecil D'Aina –

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet