Terkini

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Dis 2013



(Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=662774807112040&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1 )

Dana terkumpul kini mencecah RM6,130,654.71 1 (setakat 31 Dis 2013) daripada kira-kira RM8,000,000.00 2 (RM8 juta) yang diperlukan untuk menampung kos pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-47 pada 10 Jan 2014 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Dis 2013 = RM270,913.68
  • bulan Nov 2013 = RM174,917.43  (UPDATED)
Alhamdulillah, jumlah pungutan Nov-Dis ini MELEBIHI SASARAN RM200,000 sebulan bagi menampung kos pembinaan.

Tabung Pembinaan masih memerlukan RM1,869,345.29 * lagi.


Sedikit perkembangan:
  • JK Pembinaan mengambil maklum bahawa surat memohon sumbangan telah diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor oleh PPBSP dan akan disusuli dengan tindakan 'follow-up' pada minggu akan datang.
  • Sumbangan sebanyak RM50,000.00 daripada Lembaga Zakat Selangor sudah diterima dan dibank-in ke dalam akaun masjid.
  • Setiausaha telah mengagihkan 5000 keping surat memohon sumbangan dari rumah ke rumah semua penduduk di BSP.
  • JK Pembinaan mengambil maklum sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun masjid pada bulan Disember telah meningkat ekoran pengagihan surat-surat memohon sumbangan tersebut.
  • Pungutan melalui tabung ketika Pasar Malam (Selasa dan Sabtu) juga amat menggalakkan, menyumbang lebih seribu ringgit pada setiap malam.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan Mesyuarat Tapak yang ke10 telah berlangsung pada Isnin, 30hb Dis 2013 dan dipengerusikan oleh Dato Zakaria, serta dihadiri oleh Hj Zakariah, Hj Kamal dan Setiausaha yang mewakili masjid.
  • Sehingga tarikh mesyuarat itu 53% kerja pembinaan telah siap.
  • Pegawai JAIS akan dijemput hadir ke mesyuarat tapak akan datang supaya perkembangan pembinaan masjid ini dapat dibawa terus ke pengetahuan pengurusan JAIS.
  • Mesyuarat tapak seterusnya (No.11) akan dilangsungkan pada 22 Januari jam 10.00 pagi
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra, lebih-lebih lagi ketika pembinaan masjid sedang rancak berjalan.

Derma dan faks slip bank-in ke 03-8926 4680 ATAU scan slip bank-in & email ke anwarkhn50@gmail.com dengan maklumat berikut:
- Nama penderma
- Nombor kad pengenalan (NRIC) atau nombor pendaftaran perniagaan/syarikat
- Alamat penuh penderma (untuk urusan pos Resit Rasmi)

Salinan Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) dari LHDN lihat sini -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,9544.msg89656.html#msg89656

Nota:
1 Tidak termasuk RM400,000 dari UMLand
2 Laporan-laporan sebelumnya telah memaparkan anggaran sasaran. Nilai kontrak pembinaan sebenar adalah melebihi RM8 juta bagi kedua-dua Fasa 1 (Cerucuk) & Fasa 2 (Struktur).

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.

__._,_.___

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet