Terkini

SRABSP: Jualan Amal (TShirt I Love SRA) bagi Tabung Pembinaan Surau

Inline images 1
Inline images 2


Inline images 3


Inline images 4
Sempena AGM PIBG kali ke-4 Sabtu ini (2 Mac 2013), PIBG akan melancarkan projek bagi tahun 2013 untuk membina Surau buat sekolah.

Antara langkah mengumpul dana PIBG telah melaksanakan pengajuran Carboot Sale, menyediakan tabung disebarang program setempat dan kini PIBG membuat Jualan Amal T-Shirt "I Love SRA Bandar Seri Putra".

Tempahan boleh dibuat secara online (https://docs.google.com/forms/d/1v3hComyrSw8AONGw9-t0qdv5yxw_LDLLDbl1w8srq58/viewform) atau SMS kepada Khai 012-2655203. Pengambilan semasa AGM Sabtu ini di sekolah. Terdapat tiga pilihan untuk dipilih. Pilihan ditangan anda.

"Mai Beli Satu"

Satu lagi Projek Barisan PIBG SRABSP

SRABSP: Mesyuarat PIBG KE-4, Sabtu 2 Mac - Andalah VIP Kami



Ibubapa jgn lupa mesyuarat kita Sabtu ini.

"Sepakat membina Ummah masa depan"

Insya-Allah jika tiada halangan PIBG akan kepilkan dokumen mesyuarat di sini (online) selewat-lewatnya esok bagi ibubapa menyemaknya sebelum hadir mesyuarat nanti. Diharap ini akan menjadikan mesyuarat PIBG kita lebih efektif.

Untuk Sabtu ini, ibubapalah VIP kami!

Sekilah aturcara mesyuarat agung seperti berikut:

8.00 - Sarapan pagi
8.30 - Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
8.40 - Bacaan Doa / Pembentangan laporan PIBG oleh YDP
9.00 - Ucapan Guru Besar
9.20 - Mesyuarat agung bermula

- pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat sesi 2012-2013
- perkara berbangkit
- pembentangan dan pengesahan laporan kewangan 2012
- perbahasan usul dan cadangan
- hal-hal lain
- ucapan penangguhan
9.50 - Pelancaran projek Surau SRABSP
10.00 - Ramah mesra dan bersurai

Nota:
- Acara akan bermula tepat jam 8.30 pagi walaupun korum tidak mencukupi bagi menghormati masa semua pihak
- Tiada pemilihan AJK kerana tempoh AJK sekarang sehingga tahun hadapan

Bebarapa Makluman Terkini PPBSP

1) Perpindahan Pasar malam
MAKLUMAN PASAR MALAM: Lokasi pasar malam sekarang (hadapan tapak pembinaan masjid) akan dipindahkan setelah diluluskan dalam mesyuarat Bahagian Perlesenan MPKj pada 22 Feb 2013. Pasar malam akan kembali ke tapak asal dihadapan Sales Gallery Bangi Heighs lama.

2) Bantahan Penjualan Arak Speedmart99 TIP
Inline images 3

3) Gotong-Royong 9, 17 dan 23 Mac 2013
Inline images 1

4) Hari Keluarga BSP 2013, 16 Mac 2013
Inline images 2

Pusing kereta sebelum bergerak. Anda mampu menyelamat nyawa.

Inline images 1

Proses yang mudah yang mungkin menyelamatkan nyawa.

https://docs.google.com/file/d/0B6bFqkxsXtWnRFFoYk82d21JblE/edit?usp=sharing

Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013



Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 (HKBSP'13) merangkumkan tiga acara utama Kayuhan Amal, acara sukaneka (SUKANEKA BSP 2013) dan pertandingan mewarna. Antara lain hari keluarga ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara penduduk Bandar Seri Putra (serta kawasan sekitarnya) serta bertujuan memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat Bandar Seri Putra yang kini dianggarkan berjumlah lebih kurang 30,000 orang.

Kayuhan Amal mengajak penduduk agar mengamalkan budaya sihat dengan berbasikal daripada lokasi utama ke semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Program ini adalah juga serampang dua mata yang bertujuan untuk menambahkan kutipan pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra yang masih memerlukan sejumlah RM4.5 juta.

Manakala, program sukaneka cuba membawa penduduk untuk kembali ke sekolah mengimbau kembali zaman persekolahan. Pelbagai acara sukaneka yang pernah dimainkan semasa zaman persekolahan akan disenaraikan dan dimainkan oleh peserta dewasa. Disamping itu kategori remaja dan kanak-kanak akan juga dimuatkan.

Acara sampingan seperti pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika dan cabutan bertuah akan turut diselitkan.

TARIKH: 16 MAC 2013 (SABTU)

MASA:7.00 pagi - 1.30 petang

TEMA DAN TEMPAT

KAYUHAN AMAL
TEMA : "BERKAYUH MENYUSURI SUNNAH RASULULLAH"
TEMPAT : BERMULA DI SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP) DAN BEKAYUH KE SURAU-SURAU SEKITAR BANDAR SERI PUTRA DAN TAMAN IMPIAN PUTRA

SUKANEKA & MEWARNA
TEMA : "KEMBALI KE SEKOLAH"
TEMPAT : SEKOLAH RENDAH AGAMA BANDAR SERI PUTRA (SRABSP)

Gotong-Royong Perdana BSP 2013 (Sempena 10 Tahun BSP)

Inline images 1

PER: GOTONG-ROYONG PERDANA BSP 2013

 

Sukacita dimaklumkan pihak PPBSP akan mengadakan satu program kemasyarakatan iaitu Gotong-Royong Perdana BSP 2013 pada 9, 17 dan 23 Mac 2013.

 

2.      Butiran program ini adalah seperti berikut:

 

a.       9 Mac 2013 Sabtu – kawasan bangunan kedai 3 tingkat dan jalan sekitarnya

b.      17 Mac 2013 Ahad – kawasan bangunan kedai 1 tingkat dan jalan sekitarnya

c.       23 Mac 2013 Sabtu – sepanjang jalan Persiaran Putra 1 dan 2.

 

3.      Sehubungan dengan itu, tuan adalah dijemput bersama menjayakan program ini dan juga kami sangat berbesar hati sekiranya tuan dapat memberi sumbangan bagi membiayai sebahagian kos program.

 

4.      InsyaAllah YB Dr Shafie Abu Bakar akan meramsikan majlis pelancaran Gotong-Royong Perdana pada 9 Mac 2013.




Carboot Sale 24 Feb 2013

Inline images 1

Come register for the Car Boot Sale on 24 Feb (Sunday) at Tapak Pasar Malam, Bandar Seri Putra. Organised by SRA Bandar Seri Putra. Since it is unshaded please do bring along umbrella, sun glasses. We are looking at the possibility to relocate. Hopefully the Car Boot Sale in March will be in a shaded area. Till then please bear with us. For more information please call me (Iqbal) 012 6563033 or visit goodscycle@wordpress.org

MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH 23 & 24 FEB

Inline images 1

Dato/Tuan,

MUZAKARAH PENGURUSAN JENAZAH

Dengan segala hormatnya adalah dimaklumkan bahawa Surau As Syakirin akan mengadakan majlis Muzakarah Pengurusan Jenazah pada 23 dan 24 feb ini (aturcara dilampirkan)

Objektive dan matlamat muzakarah ini adalah seperti berikut.

1. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang pengurusan jenazah antara surau-surau di sekitar Bandar Seri Putra dan Impian Putra.

2. Memperkemaskan dan menambahbaik prosidur pengurusan jenazah antara surau-surau di Bandar Seri Putra dan Impian Putra.

3. Membina jaringan antara surau-surau untuk menyebar maklumat berhubung dengan pengurusan jenazah termasuk apabila ada berlaku kematian ahli kariah setempat.

Dengan ini segala hurmatnya kami ingin mengundang pihak menjayakan muzakarah ini.

Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan yang telah mempunyai pengelaman didalam pengurusan jenazah sama-sama memberi tunjuk ajar semasa aktiviti praktikal dan sessi muzakarah nanti.

Sekian, atas sumbangan dan kerjasama pihak tuan sama sama menjayakan muzakarah nanti, kami dahului dengan ucapan ribuan terimakasih.

Yang benar

HJ ABDUL RANI HJ MOHAMED
Pengerusi
Surau As Syakirin

Gotong-royong bersama YB Dr. Shafie Ahad 17 Feb 2013

Inline images 1

Salam. Dijemput semua warga Bandar Seri Putra untuk turut serta dalam program gotong-royong bersama YB Dr. Shafie Ahad ini bermula di padang SP5 mulai jam 7.30 pagi.

Antara perancangan adalah membersihkan sepanjang jalan dari Restoran Hj Tapah hingga ke depan SK Bandar Seri Putra.

Laman web rasmi SMK Bandar Seri Putra

Assalammualaikum wbt

Laman web rasmi SMK Bandar Seri Putra telah dilancarkan pada mesyuarat PIBG Sabtu yang lepas. Boleh diakses di http://smkbsputra.blogspot.com

Maklumbalas dari ibubapa untuk pengisian maklumat yang berguna untuk mereka amat dialu-alukan (contohnya maklumat senarai buku teks dan lain-lain). InshaAllah akan dikemaskini dari masa ke masa.

Montaj pelancaran laman web:

Montaj laman web SMK Bandar Seri Putra


Montaj video sekolah:

Montaj SMK Bandar Seri Putra 2013

Hari Ini: Forum Maulidur Rasul BSP 1434H

Inline images 1


FORUM MAULIDUR RASUL
Bandar Seri Putra 1434H

"Menelusuri Sirah, Menggapai Ibrah"

Ahli panel:
  • Ustaz Dr. Azhar Yacob (UTM)
  • Ustaz Dr. Syauqi Othman (UPM)
Moderator:
  • Ustaz Nushi Mahfodz (KUIS)

Surau Sayyidina Al Khattab D'Puncak, BSP 
(Koordinat: 2.88274, 101.78448)


Sabtu 2 Februari 2013, Jam 9.00 malam

Semua Muslimin dan Muslimat Di Jemput Hadir

Anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra dengan kerjasama gabungan surau-surau seluruh BSP dan Impian Putra

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet