Terkini

Aduan Bersekedudukan, JMB harap bertindak.

Terkini 5 Ogos : Masalah ini telah diselesaikan. Saya dimaklumkan, wakil persatuan penduduk telah 'slow talk' dengan mereka terbabit. Dan mereka telah berpindah ke tempat lain.

Ini email yang saya perolehi. Penulis yang mahu dikenali sebagai Kelana Buana melaporkan ada penghuni Mawar yang bersekedudukan.

Saya akan cuba pantau perkara ini dan jika benar, tindakan akan kita ambil.

Terima kasih atas maklumat tersebut.

-Khairil Anuar-

Salam,

Terima kasih atas makluman tersebut.

Insya-Allah JMB akan cuba membuat apa terdaya untuk membenteras jika betul seperti yang didakwa.





2008/7/24 Kelana Buana:
salam en kyreel,

saya dan mengadu kat mana pun tak tau..

tapi dah meluat tengok dan dah tak tergamak dan tak lalu nak telan. hari2 tak leh tidur memikirkan masalah ini...

rumah no B2 - 19 ni ada lelaki dan perempuan tinggal bersama. dah tu baru2 ini bawa anak sekali tinggal bersama dah macam suami isteri. harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Meraka memang belum berkahwin. dan sumber ini sahih.

dah tak larat menanggung bebanan ini. kalau nak info lanjut boleh email saya kembali.

Jemputan Kenduri Doa Selamat

Saya telah diamanahkan untuk menjemput semua penduduk Seri Mawar untuk hadir ke rumah Makcik Normah unit A-G-33 pada 20 Julai 2008 untuk makan tengahari.

Ini bersempena kenduri doa selamat Makcik Normah yang akan mengerjakan umrah tidak lama lagi.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkannya.

Lanjutan Panggilan Tidak Diangkat

TM menyediakan 3 perkhidmatan tambahan kepada talian telefon rumah yang boleh dilanjutkan ke nombor telefon lain;
1- Lanjutan Panggilan Ketika Sibuk
2- Lanjutan Panggilan Tidak Diangkat
3- Lanjutan Terus Panggilan

Perkhidmatan ini berguna apabila kita tidak dapat menerima panggilan.

Caranya mennyediakan perkhidmatan ini di telefon anda bagi pilihan nombor 2:

Aktifkan : *61*NomborSambungan#
Batalkan: #61#

Manakala dua perkhidmatan lagi, saya akan maklumkan kemudian.

Kekosongan Jawatan di JMB Seri Mawar


JAWATAN KOSONG

Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar (JMB Seri Mawar) ingin mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan berikut:

1. Akauntan (Sambilan)
2. Kerani Am (Tetap/Sambilan)
3. Pengawal Keselamatan (Tetap/Sambilan)
4. Pencuci (Tetap/Sambilan)

Berminat, sila hantarkan maklumat anda ke:

A-G-14, Pangsapuri Seri Mawar,
Bandar Seri Putra.


Atau emel:

pangsapuriserimawar@gmail.com

Temuduga akan dijalankan di alamat di atas pada

19 Julai 2008
2.30 – 5.30 petang


*Keutamaan kepada permohonan awal.

Komen dan cadangan yang diterima



Kami telah menerima pelbagai maklumbalas serta cadangan. Berikut adalah senarainya:


  1. Cadangan atau Komen

  2. Menyediakan tong sampah di sekitar pangsapuri contohnya di taman permainan

  3. Kempen semangat kejiranan

  4. Stiker kecil di nombor plat seperti putra teres

  5. Papan kenyataan besar di jalan masuk

  6. Kajiselidik pendapat penduduk kepada persatuan penduduk

  7. Mantapkan kawalan dan keselamatan

  8. Alat hubungan dari unit ke pondok pengawal

  9. Atap Kereta

  10. Rukun Tetangga

  11. Kecurian 'wiper kereta' dan minyak motor

  12. Sampah dicampak dari tingkat atas

  13. Arus kereta/motor

  14. Amalkan konsep penghuni berkebajikan

  15. Dapatkan tender terbuka dan quotation

  16. Pastikan tiada anjing

  17. Pastikan tiada burung bertenggek di tingkap dan koridor kerana tahinya bersepah-sepah

  18. Melarang kanak-kanak bermain di koridor kerana bising

  19. Mencari kaedaah untuk memberi kesedaran kepada penghuni tentang tanggungjawab bersama dan perhubungan yang rapat antara jiran

  20. Amalkan konsep gotong-royong

  21. Bagi kerja-kerja mengecat bangunan mesti mengadakan tender terbuka dan bukan tender kroni yang tidak berkualiti dan effisien

  22. Sinking fund yang telah dikenakan sebelum ini perlu dijelaskan perbelanjaan melalui laporan juru audit oleh Bangi Height

  23. Nyalakan lampu koridor didepan pintu sahaja pada waktu malam

  24. Lampu tangga hendaklah dipasang sepanjang malam hingga pagi

  25. Repair pagar yang roboh dekat rumah sampah Blok B

  26. Pengurangan caj bulanan

  27. Deposit air

  28. Permohonan meter air individu

  29. Bumbung (Nyatakan spesifikasi, bina ikut kemampuan)

  30. Basuh kereta

  31. Akta warga asing

  32. Tender kerja baik-pulih

  33. Unit kosong – JMB jadi agen sewaan

Diskusi Penduduk bersama JMB
















Diskusi yang telah diadakan pada 29 Jun 2008 lepas telah dihadiri oleh 62 orang pemilik unit. Diskusi ini juga telah dihadiri oleh wakil daripada Bangi Height Development (Pemaju) dan SYABAS.

Wakil JMB sendiri telah memberikan taklimat berkenaan JMB serta gerak kerja JMB. Taklimat ini boleh dimuat turun di sini (Taklimat Penduduk PDF).

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet