Terkini

Aduan Bersekedudukan, JMB harap bertindak.

Terkini 5 Ogos : Masalah ini telah diselesaikan. Saya dimaklumkan, wakil persatuan penduduk telah 'slow talk' dengan mereka terbabit. Dan mereka telah berpindah ke tempat lain.

Ini email yang saya perolehi. Penulis yang mahu dikenali sebagai Kelana Buana melaporkan ada penghuni Mawar yang bersekedudukan.

Saya akan cuba pantau perkara ini dan jika benar, tindakan akan kita ambil.

Terima kasih atas maklumat tersebut.

-Khairil Anuar-

Salam,

Terima kasih atas makluman tersebut.

Insya-Allah JMB akan cuba membuat apa terdaya untuk membenteras jika betul seperti yang didakwa.





2008/7/24 Kelana Buana:
salam en kyreel,

saya dan mengadu kat mana pun tak tau..

tapi dah meluat tengok dan dah tak tergamak dan tak lalu nak telan. hari2 tak leh tidur memikirkan masalah ini...

rumah no B2 - 19 ni ada lelaki dan perempuan tinggal bersama. dah tu baru2 ini bawa anak sekali tinggal bersama dah macam suami isteri. harap dapat siasat dan ambil tindakan segera. Meraka memang belum berkahwin. dan sumber ini sahih.

dah tak larat menanggung bebanan ini. kalau nak info lanjut boleh email saya kembali.

2 comments:

Tanpa Nama Sabtu, 10 Januari, 2009

"Kemusykilan penduduk SERI MAWAR" Megapa semenjak tertubuhnya JMB,pihak pengurusan tidak pernah megadakan mesyuarat bersama penduduk? Adakah pihak tuan perasaan mengenai perkataan RESPON yang tertulis pada borang pengubahsuaian meter air bukannya meminta penduduk membuat bayaran. Ini ditambahkan lagi dgn beban,dimana setiap seunit rumah perlu membayar RM2.20 sebagai tambahan didalam bil air.Sedangkan bil dibayar mengikut bacaan meter.
Adakah pihak tuan sedar,segala keputusan yg dibuat menyebabkan kami penduduk seri mawar tidak puas hati.(seperti lembu di cucuk hidung) Adakah perlaksanaan ini mendapat kelulusan dari pihak berwajib atau mengikut undang2 sendiri?

khaiatbsp Rabu, 28 Julai, 2010

Maaf lewat membalas komen ini. JMB telah mengadakan AGM pada 2 Ogos 2009. Insya-Allah untuk tahun 2010, AGM akan diadakan pada 26 Sepetember 2010.

Manakala pada 1 Mac 2009, kita telah adakan HARI BERTEMU PELANGGAN. Tujuannya untuk memberi penerangan dan peluang kepada penduduk untuk berbincang secara bersemuka antara kedua pihak.

JMB juga telah menjemput wakil Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar setiap kami mesyuarat bulanan jawatankuasa. Ini bertujuan agar maklumat daripada penduduk sampai kepada JMB melalui persatuan. Ia juga memastikan gerak kerja JMB dapat dipantau oleh penduduk melalui persatuan.

Harap ini telah menjawab persoalan tersebut.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet