Terkini

Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SRABSP

Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama SRABSP
Oleh Khai@BSP


Bandar Seri Putra 30 Jan. - Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRABSP) buat julung kali telah mengadakan mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) buat kali pertamanya. Majlis tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada dua ratus orang ibu dan bapa. Majlis yang sepatutnya dirasmikan of ADUN Bangi YB Dr. Hj. Shafie Abu Bakar telah dimulakan sedikit lewat dari yang dirancangkan.

Mesyuarat yang bermula pada pukul 9.30 pagi tadi telah dimulakan dengan bacaan doa dan taklimat sekolah kepada ibubapa. Semasa taklimat tersebut, Guru Besar Ustaz Khairul Amri Jamian (Ustaz Khairul) telah memaklumkan bahawa sekolah walaupun secara fizikalnya dibawah daerah Hulu Langat, bagaimanapun dari segi pentadbiran pendidikan diletakkan dibawan daerah Sepang. Ini menurutnya untuk memudahkan urusan sekolah kerana daerah Hulu Langat sendiri mempunyai terlalu banyak sekolah bawah pentadbirannya. Menurutnya lagi jumlah semasa murid SRABSP adalah seramai 1085 orang dengan 34 orang guru untuk kedua-dua sesi pagi dan petang.


Gambar: Guru Besar SRABSP Ustaz Khairul Amri

Merurutnya lagi, pada hari pertama sekolah, guru tetap sekolah tidak dapat hadir dalam masanya menyebabkan beberapa pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) (jurusan pendidikan) telah dipanggil untuk menggantikan guru-guru tersebut. Bagaimanapun, masalah timbul apabila ibubapa yang cuba mendapatkan maklumat tentang sekolah gagal dijawab oleh guru-guru ganti dari KUIS ini. Masalah ini selesai dengan kehadiran guru-guru tetap sekolah.

Menyentuh mengenai kewangan sekolah, Ustaz Khairul dengan tegas menyatakan itu adalah antara masalah utama sekolah agama secara amnya. Ini kerana tiada perutukan khas daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Semua kewangan sekolah adalah diperolehi daripada kutipan yuran pelajar. Maka sekolah amat berbesar hati jika ada sebarang sumbangan tambahan dapat dibuat kepada sekolah secara berkala agar pihak pengurusan dapat memberikan apa yang terbaik buat anak-anak SRABSP.

Pemilihan jawatankuasa agak perlahan kerana ibubapa tidak mengenali satu sama lain yang menyebabkan mesnyauat ditangguhkan untuk sesi jamuan ringan. Apabila disambung kembali, 10 ibubapa telah dipilih untuk memegang jawatan dalam PIBG yang diketuai oleh En. Lokman Bin Md Sarip.

Berikut senarai jawatankuasa PIBG SRABSP Sesi 2010/2011:

Gambar: YDP PIBG SRABSP En Loqman Md Sarip

Penasihat: Ustaz Khairul Amri Bin Jamian

YDP: En Lokman Bin Md Sarip

Naib YDP: En Iqbal Bin Ismail

Setiausaha: En Mohd Hafeez Bin Aziz

Bendahari: Cik Noraliza Binti Mohd Zomin

AJK:
1. En. Safri Bin Said
2. En. Azizuddin Bin Zailan
3. En. Mohd Najib Bin Md Sariff
4. En. Badrul Shah
5. Cik Norziah Binti Othman
6. Cik Mariah Binti Mohd Saleh
7. Cik Salmah Binti Pa'wan
8. Cik Zamnura Binti Mat Desar

Sesi terakhir adalah pembentangan usul. SRABSP telah membuat kompilasi dan mengkategorikan usul dan cadangan ibubapa yang dibuat secara bertulis sebelum mesyuarat. Kebanyakannya telah dipersetujui untuk dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa antaranya pengurusan trafik dihadapan sekolah, masalah kebersihan, melewatkan masa permulaan sekolah, kolaborasi dengan PIBG SKBSP dan lain-lain lagi.



Selain itu, yuran PIBG juga hebat diperbahaskan dan akhirnya ketetapan telah diperolehi dengan yuran tahunan sebanyak RM50 setahun untuk setiap anak bagaimanapun untuk yang mempunyai lebih daripada 2 orang anak, ianya ditetapkan sebanyak RM100 (2 x RM50).

Mesyuarat ditangguhkan oleh YDP beberapa minit sebelum pukul 1.00 tengahari.

Jawatankuasa PIBG SRA BSP Sesi 2010-2011

Jawatankuasa PIBG SRA BSP Sesi 2010-2011



Penasihat: Ustaz Khairul Amri Bin Jamian

YDP: En Lokman Bin Md Sarip

Naib YDP: En Iqbal Bin Ismail

Setiausaha: En Mohd Hafeez Bin Aziz

Bendahari: Cik Noraliza Binti Mohd Zomin

AJK:
1. En. Safri Bin Said
2. En. Azizuddin Bin Zailan
3. En. Mohd Najib Bin Md Sariff
4. En. Badrul Shah
5. Cik Norziah Binti Othman
6. Cik Mariah Binti Mohd Saleh
7. Cik Salmah Binti Pa'wan
8. Cik Zamnura Binti Mat Desar

Puad tinjau sekolah terbengkalai Selasa ini

Jan2010   Posted by azizailan   Labels: Anak-anak Sekolah

Petikan dari Utusan Malaysia 29/01/10 (Jumaat)

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi (gambar) akan melawat tapak projek pembangunan sekolah menengah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi pada Selasa depan selepas berita mengenainya dilaporkan akhbar ini semalam.

Beliau yang dihubungi Utusan Malaysia berkata, lawatan itu penting untuk membolehkannya mendapat perkembangan terkini tentang status projek tersebut.

Katanya, ini sejajar dengan polisi kementerian yang sememangnya memandang serius terhadap masalah projek sekolah 'sakit' yang gagal disiapkan mengikut jadual di seluruh negara.

"Saya masih belum mendapat laporan penuh mengenai projek sekolah terbengkalai di Bandar Seri Putra, Bangi tetapi saya akan pergi sendiri melawat projek berkenaan untuk melihat perkembangannya pada Selasa ini.

"Sekarang ini, saya berada di Melaka juga bagi meninjau masalah serupa," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini semalam berhubung projek pembangunan mendirikan sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini.

Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.

Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan terdapat beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semuanya terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, SMK Jalan Reko, Kajang, SMK Salak Tinggi dan SMK Engku Hussain, Semenyih.

*harap ada perubahan ketara terhadap projek SAKIT ini selepas lawatan Dr.Puad nanti.....

10 Kesilapan Utama Dalam Perniagaan Kecil

Dipetik daripada: Kelab Keusahawanan Sosial Malaysia

Kesilapan-kesilapan berikut merupakan kesilapan umum yang dilakukan oleh kebanyakan usahawan dan pemilik perniagaan kecil. Berhati-hatilah dengan kesilapan yang amat merbahaya ini……..

1. Terlalu yakin dengan sesuatu idea dan taksub dengannya. Jangan terlalu yakin dengan satu idea sahaja. Ingat, idea adalah matawang kepada usahawan. Pelbagaikan idea dan lihat yang mana berupaya memberi ganjaran dan kejayaan kepada anda.

2. Tiada Pelan Pemasaran Pelan Pemasaran boleh memberikan perhatian yang anda perlukan kepada pihak sasaran. Ia menjadi daya tarik pelanggan terhadap anda! Terdapat lebih dari 25 cara untuk memasarkan perniagaan anda dengan kos yang rendah ataupun tanpa melibatkan sebarang kos. Perlaksanaan pelan pemasaran secara berkesan, cekap, konsisten dan penuh bergaya dapat menjimatkan kos panggilan.
3. Tidak mengenali pelanggan anda Perubahan pada citarasa pelanggan dan juga produk serta perkhidmatan persaing akan mempengaruhi perniagaan anda, kecuali jika anda kenal pelanggan secara dekat, tahu kehendak mereka pada masa kini dan masa hadapan, tahu corak pembelian mereka dan tahu bagaimana untuk membantu mereka walaupun anda tidak mempunyai produk atapun perkhidmatan tersebut.
4. Tidak peka dengan kedudukan aliran tunai syarikat Walaupun anda mempunyai produk yang paling terbaik, pelanggan mungkin tidak akan membelinya dalam tempoh waktu yang anda fikirkan. Oleh itu kedudukan aliran tunai yang mantap penting untuk menampung diri dan syarikat anda dalam tempoh tersebut.
5. Tidak peduli tentang kakitangan Salah satu cabaran yang paling sukar bagi seorang usahawan atau pemilik perniagaan ialah untuk memberi motivasi, bimbingan dan mengurus pekerja. Tanpa kesabaran, kesungguhan dan kemahiran, masalah tersebut akan menjadi lebih teruk. Moral dan produktiviti pekerja serta keuntungan syarikat boleh musnah dengan segera!
6. Keliru tentang kemungkinan dengan realiti Usahawan yang berjaya hidup di dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan tetapi mereka berbelanja dalam dunia realiti.
7. Tiada pelan penjualan. Tanpa pelan penjualan, maka tidak ada cara untuk mengukur perkembangan kewangan dan kemajuan perniagaan anda. Anda memerlukan plan yang realistik untuk melihat dari mana, bagaimana, bila dan siapa yang membawa masuk jualan.
8. Penyendiri Anda mungkin tahu kesemunya tetapi anda tidak boleh melakukanya seorang diri dan berkembang pada masa yang sama. Anda perlukan kakitangan untuk mengagihkan tanggungjawab kepada mereka.
9. Tiada 'Mastermind' Anda perlukan satu lembaga penasihat ataupun seorang mentor! Bagi mereka yang memopunyai pernigaan yang kecil , ini mungkin ini tidak masuk akal. Lembaga penasihat ini mungkin terdiri dari anggota keluarga atau sahabat yang anda percayai. Jadikan mereka Ahli Lembaga Pengarah, kaji pelan dan keputusan perniagaan bersama mereka. Adalah sangat kritikal untuk mempunyai seseorang yang boleh memberikan idea dan pandangan yang objektif.
10. Berputus Asa Kebanyakkan usahawan yang berjaya pernah mengalami kegagalan. Oleh itu, sekiranya anda gagal, biarkan kegagalan itu. Bangun dan belajar dari kesilapan dan kegagalan lalu. Jangan berputus asa dan menderita.
Selamat berjaya
SERTAI

Projek sekolah (SM BSP) perlu diberi keutamaan

BANGI 26 Jan. - Kerajaan perlu mewujudkan satu pasukan khas untuk memantau setiap projek sekolah yang dilaksanakan di seluruh negara supaya langkah segera dapat diambil jika sesebuah projek itu berdepan masalah.

Penduduk Bandar Seri Putra dekat sini berpendapat, walau apa pun yang terjadi, projek sekolah tidak wajar dibiarkan terbengkalai kerana ia memberikan kesan besar kepada masyarakat.

Seorang penduduk di kawasan perumahan berkenaan, Riduan Ramli, 30, berkata, projek pembangunan sekolah perlu diberikan keutamaan dan dielakkan daripada terbengkalai.

Dia yang sudah menetap di bandar baru berkenaan sejak tiga tahun lalu mengakui amat kecewa kerana sekolah di kawasan itu gagal disiapkan.

"Penduduk di kawasan ini semakin padat dari semasa ke semasa. Keadaan ini amat menyulitkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak bersekolah menengah," ujarnya.

Dia berkata, kemudahan sekolah sering menjadi faktor seseorang membeli rumah di sesebuah kawasan baru dan amat mengecewakan jika kemudahan itu tidak dapat dinikmati dengan segera.

Kesan kegagalan projek sekolah itu disiapkan mengikut jadual turut dirasakan oleh My'sara Sofea Mahizan, 14 tahun.

Anak keempat daripada enam orang adik-beradik itu terpaksa bersekolah di Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih yang terletak lebih 12 kilometer dari rumahnya sejak tahun lalu.

"Sememangnya agak menyedihkan, namun apa boleh buat. Apa yang saya harapkan ialah sekolah ini dapat disiapkan dengan segera. Kalau boleh sebelum tahun depan," ujarnya.

Dia mengakui terpaksa terpaksa keluar awal pagi bagi mengelakkan tertinggal bas sekolah.

Selain My'sara, terdapat kira-kira 40 rakannya dari kawasan perumahan berkenaan dan berhampiran belajar di sekolah sama.

Turut berkongsi kekecewaan ekoran pembinaan sekolah menengah di kawasan berkenaan terbengkalai ialah seorang bapa, Murad Adam. 41.

Dia yang tinggal di Bandar Bukit Mahkota, bersebelahan Bandar Seri Putra berkata, memandangkan tiada sekolah menengah di kawasan tempat tinggalnya, anak-anaknya terpaksa dihantar bersekolah di Jalan 2, Bandar Baru Bangi.

"Sekiranya sekolah menengah di sini dibuka, anak-anak di Bandar Bukit Mahkota boleh bersekolah di sini kerana ia lebih hampir," ujarnya yang mempunyai anak-anak yang belajar di tingkatan satu dan tiga di sekolah berkenaan.

Sambil merayu agar kerajaan menyegerakan kerja-kerja menyiapkan sekolah berkenaan, dia juga berharap pihak pemaju turut memainkan peranan agar sekolah berkenaan dapat disiapkan segera.

Difahamkan, sebelum ini, kawasan bandar baru itu turut mengalami masalah sekolah rendah yang terbengkalai selama hampir setahun.

Namun, usaha menyiapkan sekolah berkenaan akhirnya terlaksana dan murid-murid sudah memulakan sesi persekolahan pada bulan Jun tahun lepas.

Bagi pengawal keselamatan di tapak projek berkenaan, Rajendra Kumar, 31, dia sendiri tidak begitu tahu tentang status sekolah berkenaan.

Dia yang baru dua bulan ditugaskan menjaga keselamatan tapak sekolah berkenaan berkata, dia sering disoal tentang status projek itu oleh ibu bapa yang datang melawat ke tapak projek berkenaan.

"Saya dimaklumkan projek sekolah ini terbengkalai disebabkan pemajunya sudah bankrap. Dari apa yang saya dengar, usaha untuk menyambung semula projek ini sedang dijalankan. Lebih dari itu, saya tidak tahu," ujarnya.

Dia turut melahirkan kebimbangan, sekiranya sekolah tersebut terus terbengkalai, kemungkinan pelbagai kejadian seperti kecurian barang-barang akan berlaku.

sumber: utusan malaysia

Mesyuarat PIBG SRA Bdr Seri Putra

« on: Yesterday at 12:23:19 »
Reply with quoteQuote

semalam anak saya bawa balik surat makluman berkaitan mesyuarat penubuhan PIBG SRA Bdr seri putra yang akan diadakan pada hari Sabtu/30-1-2010 jam 9.00pagi.

Dikongsikan surat makluman tersebut utk rujukan semua.

agenda mesyuarat :
1)Kata aluan pengerusi
2) bacaan doa
3) Ucapan Guru Besar
4)Ucapan Perasmi
5) Perlantikan Ajk PIBG SRA Bdr Seri Putra
6) Penetapan kadar yuran PIBG
7) Bacaan usul
Cool Ucapan penangguhan

 Sila kembalikan jawapan usul & kehadiran ke mesyuarat sebelum 26-1-2010.
insya-allah, sama-sama kita hadir memberi sokongan kepada mesyuarat penubuhan PIBG ini.

Makluman Terkini Status Dana Masjid Al Mustaqim

Makluman Terkini Status Dana Masjid Al Mustaqim

26Jan2010
Sebagaimana yang kita maklum, usaha untuk mengumpul dana bagi membina masjid baru BSP masih giat dijalankan.
· Setakat pada Dis '09 yang lepas, dana yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM141,930.77
· Masih banyak lagi sumbangan yang diperlukan.
· Untuk makluman rakan2, pada ketika ini, langkah-langkah awal juga sedang giat dijalankan bagi mendapatkan kelulusan status pengecualian cukai, bagi membolehkan lebih banyak sumbangan kepada tabung tersebut.
· Proses tersebut memerlukan kepada beberapa perkara seperti kelulusan pelan oleh MPKj, penyediaan pelan oleh arkitek & jurutera, ukur dan ujian tanah, dan sebagainya. Kesemua ini memerlukan sumbangan dana.
· Dimaklumkan juga yang usaha telah dibuat untuk mendapatkan bantuan dari JAIS dan MAIS. Kita dimaklumkan yang telah ada 55 permohonan ketika ini di seluruh Selangor untuk membina/membaiki masjid yang masih sedang menunggu kelulusan. Permohonan kita basically adalah yang ke 56.
· Bagi meneruskan usaha pembinaan tersebut, saya ingin menyeru rakan2 semua untuk terus menghulurkan sumbangan.
· Sumbangan boleh disalurkan secara terus ke mana-mana akaun bank seperti di bawah atas nama akaun MASJID AL-MUSTAQIM :
Maybank 562834504024
CIMB 12370000608108
BIMB 12029010059585
Sumber: Terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Mohd Hariffin melalui dsentralgoogle group

Sumbangan kecil blog Seri Mawar

Alhamdulillah sedikit sebanyak blog ini telah memberi sumbangan kecil sebagai saluran maklumat kepada penduduk setempat. Beberapa hari lepas saya menerima email daripada seorang pengikut blog ini yang telah menyumbang kepada tabung pembinaan masjid dalam jumlah yang besar. Semoga Allah merahmati penderma tersebut dan mudah-mudahan mendapat keberkatan daripadaNya.

Majlis Ilmu: Pengajian Pengurusan Perniagaan

Assalamualaikum

Muslimin & Muslimat yang di rahmati Allah

Pengajian Pengurusan Perniagaan

MODUL
Berikut adalah modul yang akan diajar iaitu:
1.    Pengenalan kepada dunia perniagaan
2.    Perniagaan dari perspektif Islam
3.    Faktor yang membelengu kita untuk menceburi dan berjaya dalam perniagaan
4.    Asas pengurusan perniagaan
5.    Asas pengurusan pemasaran
6.    Asas pengurusan perakaunan
7.    Asas pengurusan kewangan & pelaburan
8.    Asas pengurusan belian dan jualan
9.    Asas pengurusan operasi dan inventori
10.   Asas pengurusan sumber manusia
11.   Asas pengurusan teknologi maklumat
12.   Asas etika dan undang-undang perniagaan
13.   Panduan membuat kertas kerja perniagaan
14.   Senarai bantuan yang boleh dipohon daripada agensi kerajaan dan
swasta.

BILA DAN DIMANA?
     HARI              :     SETIAP AHAD (INSYA ALLAH)
     MASA            :     9.00 PAGI HINGGA 11.00 PAGI
     TEMPAT        :     SURAU AL-IKHLAS, TAMAN IMPIAN PUTRA, BANGI
     BAYARAN    :     PERCUMA

Semua muslimin & muslimat di jemput hadir.

Sekian, Wasallam
mohdnorizam@pnb.com.my

Mesyuarat PIBG SRA BSP, Sabtu 30 Jan, 9 pagi.

Mesyuarat PIBG SRA BSP

Sabtu 30-1-2010
Masa : 9.00 pg
Tempat : Dewan SRA Bdr Seri Putra.
Perasmian oleh : YB Dr Shafie Abu bakar, ADUN Bangi.

Agenda :

1. Perlantikan ajk PIBG
2. Penetapan kadar yuran PIBG
3. Perbahasan usul/cadangan 

kayuhan putrajaya Niteride

Kepada sesiapa nak join geng basikal putratropika di kayuhan putrajaya Niteride dijemputlah..
Tempat Pertemuan : Berhadapan Palace of Justice Putrajaya..
Masa : Lebih kurang 10 mlm


Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1857.0;topicseen

Program Senam Amal 2010



Dipetik dari: http://tamanimpianputra.synthasite.com/

Nombor Akaun Tabung Derma Pembinaan Masjid Al Mustaqim BSP



Diumumkan bahawa derma untuk Tabung Pembinaan Masjid Al Mustaqim, Bandar Seri Putra kini boleh disalurkan ke dalam 3 akaun seperti tertera di bawah:

* Maybank Islamic : 5628 3450 4024 *
-
- CIMB Islamic : 12 3700 006 081 08 -
~  Bank Islam : 1202 9010 0595 85  ~


Bersama-samalah kita melabur untuk mendapat saham di akhirat nanti, InsyaAllah.

Masjid Al-Azhar - Portal dan Facebook



Masjid Al-Azhar, KUIS

Alhamdulillah Masjid Al-Azhar KUIS telah mengorak langkah dengan menyediakan portal maya dan juga akaun facebook. Ini akan lebih memudahkan semua warga Putra-Mahkota mendapat maklumat terkini daripada pihak masjid. Harapan kami ianya akan dikemaskini selalu dan tidak ditinggalkan sebagai rumah kosong.



 

Facebook Setempat











Selain itu, facebook setempat yang lain:


Masa Baru Pembukaan Pagar Kecil ke SK Bandar Seri Putra

Hasil perbincangan baru-baru ini, pihak JMB ingin memaklumkan masa pembukaan pagar kecil ke SK Bandar Seri Putra adalah seperti berikut:

Hari Persekolahan
7.00 pagi - 8.00 pagi
12.30 tengahari - 2.00 petang
6.00 petang - 7.00 malam

Cuti sekolah
Tutup kecuali jika ada sebarang aktiviti sekolah
Sebarang pandangan dan cadangan berkenaan perbukaan dan penutupan pintu pagar kecil ini bolehlah disalurkan kepada JMB secara bertulis untuk pertimbangan selanjutnya.

Di harap ini akan memudahkan anak-anak di Mawarke sekolah.

Bagi pihak JMB, saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2010 masihi dan kepada anak-anak Mawar, selamat memulakan sesi persekolahan baru.

Majlis Makan Malam Amal PIBG SK Bandar Seri Putra

Sebagai peringatan, malam ini akan diadakan Majlis Makan Malam Amal PIBG SK Bandar Seri Putra.





Kepada yang berkelapangan, bolehlah singgah dan berikan sokongan.

Gotong-Royong Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra

Assalamualaikum....

Sempena hari pembukaan sekolah pada 4 Januari 2010 nanti, pihak Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra akan mengadakan Majlis Gotong Royong seperti ketatapan berikut:

Tarikh & Hari : 2 Januari 2010 (Sabtu)
Tempat : Perkarangan Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
Masa : 9:30 pagi - 12:30 tengahari
Tambahan : Sila bawa alatan seperti parang, mesin rumput, tajak dan lain-lain jika ada.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

terima kasih.

Pejabat Sekolah Rendah Agama Bandar Sei Putra : 019-2114617

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet