Terkini

Memaparkan catatan dengan label Info Setempat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Setempat. Papar semua catatan

Majlis Perasmian Senamrobik (23 Okt 2010, 7.30pagi)



Majlis Perasmian Senamrobik

23 Oktober 2010 (Sabtu)
7.30 pagi
Taman Bandar (Town Park) berhadapan Vista

Akan dirasmikan oleh YDP MPKj. Turut hadir ADUN Bangi.

"Warga BSP Amalkan Kehidupan Cergas"

Nota: Selepas majlis perasmian, acara senamrobik akan dijalankan sebulan 2 kali (Sabtu Minggu 1 & 3).

Anjuran bersama: Bangi Height Sdn Bhd dan MPP Zon 24.

ADUN Bangi - Dr Shafie Abu Bakar

Salam,

Bagi penggundi yang tidak pernah mengenali wakil rakyat kita ADUN Bangi, saya paparkan gambar, cara untuk hubungi YB dan biodata YB.


Sebarang masalah yang ingin dikeutarakan boleh hubungi YB atau pembantu YB seperti tertera dibawah:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhLNRgU1aKQrfeOY_B7AxDHpEIY8LY_8vbgGEfM0ZBOB7JY2jBrp0l5cUleFwy8gIJ5cowQfrmnW95Suihcn5VgMSn_yr8SvedO6XB2MnMeqCEgQkNcHmVZnXXgxpdxFVLSFiy7a1ifFw0/s692/bg+web.jpg

Sedikit biodata YB:

Dr Shafie Abu Bakar


> ADUN BANGI (2008-KINI)
> ADUN KAJANG (1999-2004)
> PROFESOR MADYA UKM (1994-1999)
>PENSYARAH UKM (1976-1994)
> GURU SEKOLAH MENENGAH AGAMA (1963-1970)
>PANEL HADIAH SASTERA MALAYSIA(1986-1999)
>AHLI LEMBAGA MUZIUM NEGERI TERENGGANU (1993-2004)
>AHLI MAJLIS KUSZA (2001-2004)
>YDP PAS HULU LANGAT (2003-2004)
>YDP PAS SERDANG (2004-KINI)
>TIMBALAN P.JAYA PAS SELANGOR (2001-2007)
>PEMBANTU EXCO HAL EHWAL ISLAM & ADAT-ADAT MELAYU SELANGOR (MEI 2008-KINI)

Komen ADUN Bangi mengenai aduan ke MPKj

Menariknya tulisan ADUN Bangi hari ini mengenai berapa lama masa diambil untuk sebarang laporan. Baca dibawah.

Friday, November 6, 2009

Berapa Lama Sebuah Aduan Kecil Untuk Diambil Tindakan ?

BBB, 18 Zulkaedah = 6 November (Jumaat):

Pagi ini setiba ADUN di MPKj untuk menghadiri Mesyuarat Bajet MPKj 2010, ADUN menerima telefon berlaku kemalangan di jalan susur masuk ke Seksyen 16 di tepi traffic light semasa hujan dan air bertakung di tepi jalan rendah dan tersekat dari mengalir ke longkang di tepi jalan (Kepastian dibuat dari Stesyen Petrol Shell Seksyen 16 kemalangan berlaku sebanyak dua kali pada Rabu 4 November sahaja – tidak masuk kes-kes sebelumnya).

ADUN amat merasa kecewa aduan mengenai perkara ini telah dibawa ke Mesyuarat MPKj sejak tiga bulan yang lalu dan telah diminit dan disah dan perkara ini ADUN sebutkan kepada Dr. Tajul Ariffin Noordin yang tiba ke MPKj pagi ini. Menurut beliau perkara ini juga dibawa ke Mesyuarat bersama JKR. Bayangkan isu begitu kecil dan aduan telah dibuat hingga ke peringkat atas dan hingga kini belum diambil tindakan. Berapa lama satu-satu aduan untuk diambil tindakan ? Aduan ini adalah secara rasmi melalui Wakil Rakyat dan dibincang di MPKj dan JKR tidak dapat diselesaikan dalam kadar segera. Bagaimana dengan aduan dari rakyat biasa ? Apakah bila berlaku kematian baru tindakan hendak diambil ?

Gambar Hiasan

BAYARAN ZAKAT FITRAH

Salam kepada semua warga Bandar Seri Putra. Alhamdulillah dah lebih 10 hari kita berpuasa .
Bagi menunaikan Rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat, Muslimin&Muslimat Bandar Seri Putra bolehlah membayar Zakat Fitrah untuk tahun 1430H (2009) ini pada 2 amil yang telah dilantik oleh pihak Lembaga Zakat Selangor untuk Kariah Bandar Seri Putra iaitu :
  1. Tuan Haji Abdul Rani (Surau As Syakirin)-setiap waktu Solat Fardhu&selepas Sunat Tarawih No H/p: 016-4460838 dan
  2. En.Nik Hazmi (Surau Al-Hijrah Putra Tropika).
Kadar Zakat Fitrah yang telah ditetapkan di Negeri Selangor untuk tahun ini adalah RM7.00 seorang.

Wasallam

SK Bandar Seri Putra dibuka 29 Jun 2009


Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, SK Bandar Seri Putra akan mula beroperasi pada Isnin depan 29 Jun 2009. Manakala perjumpaan ibubapa dan gotong-royong akan diadakan pada hari Sabtu ini 27 Jun 2009, 8.30 pagi.

Walaupun agak gembira dengan pembukaan sekolah ini, kerisauan saya mengenai sekolah agama. Adakah sekolah agama Bandar Seri Putra juga di buka sama? Kalau tidak, adakah sesi sekolah saya dengan sesi sekolah SK Bangi? Kalau sama, maka tidak ada masalah untuk ke sekolah agama. Saya akan cuba dapatkan jawapannya esok.

Sumbangan jariah pembinaan masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra

Salam, masjid di kawasan kita telah diluluskan dan sumbangan daripada semua amat dialu-alukan.

Sumbangan jariah pembinaan masjid Al Mustaqim Bandar Seri Putra

Assalamualaikum wr wb wm.


Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Bina Masjid Bandar Seri Putra telahpun mendapat kelulusan mengutip sumbangan dari orang ramai bagi pembinaan sebuah masjid di Bandar Seri Putra.


Sesiapa yang berhajat untuk membuat amal jariah, bolehlah mendapatkan kupon berharga RM10, RM50 dan RM100 dari pegawai-pegawai yang dilantik atau terus menyumbangkan dengan bankin ke akaun Maybank Islamic no. 562834-504024.

Tuan/puan boleh berhubung dengan Tuan Haji Mazlan Ismail 019-621 0497 atau En Ahmad Nizam 019-246 2115 untuk keterangan lanjut.


Rujukan: RUJ/JAIS(40) dlm JAISEL BPM/01/43/HULU LANGAT JLD 1.

Sekian terima kasih.

Yang menjalankan amanah,
Ahmad Yusof
Pengerusi JK Penaja
BSP Induk
019-359 8489

KECURIAN KERETA DI D'SENTRAL 6A

« on: Today at 16:00:59 »
Reply with quoteQuote

1. Kecurian kereta makin menjadi-jadi dan kali ini yang menjadi sasaran adalah:-

1.1. Pada 21 Mei 2009 dialamat No. 21, Jalan Seri Putra 3/Q – Skim D’Sentral 6A.
1.2. Kereta jenis Honda Civic 2.0 bernombor WSD 565 warna kelabu.
1.3. Kereta diletakkan di dalam parkir rumah.
1.4. Pintu pagar berkunci dan mangganya telah dipotong.

2. Dipercayai masa kehilangan adalah diantara jam 2.00 pagi hingga 6.00 pagi, kerana tuan rumah balik kerumah pada jam 2.00 pagi dan apabila hendak keluar ke tempat kerja lebeh kurang jam 6.30 pagi mendapati keretanya telah tiada.

3. Untuk maklumat, pada tarikh yang sama sebuah kereta jenis Honda Civic 2.0 juga telah kecurian di Bukit Mahkota dan 2 buah rumah telah dipecah masuk. Sila maklumkan kepada semua jiran-jiran supaya lebih berjaga-jaga dan diperhatikan masih terdapat banyak kereta-kereta dibiar/diletakkan di luar rumah seperti kereta-kereta mewah/menjadi pilihan yang memberi galakan dan minat kepada penjenayah-penjenayah untuk peluang mereka mencuri.

Sekian, terima kasih.

Norizan bin Hj Sulaiman
Eksekutif (Keselamatan)
BHDSB – 019-378 3778
nsizan@umland.com.my



Risau gak ni, dalam area rumah pun boleh hilang kete...just wonder the security level of Honda Car.

« Last Edit: Today at 16:10:41 by fauzie00 »

Mesyuarat Agung SRA Bangi Lama 2009

Saya berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung SRA Bangi Lama Ahad lepas. Alhmadulillah mensyuarat tersebut telah berjalan dengan lancar dan mendapat banyak reaksi daripada ahli mesyuarat. Tiada perlantikan AJK baru kerana tempoh penjawatannya adalah selama 2 tahun bermula tahun lepas hingga tahun depan (2010). Mesyuarat dirasmikan oleh ADUN Bangi, YB Dr. Shafie. YB juga telah menyumbangkan sebiji komputer kepada sekolah kerana komputer sekolah telah dicuri baru-baru ini. YB juga melancarkan Tabung Pembinaan Tempat Menunggu Bas yang dianggarkan mencecah RM12 ribu. Jumlah kutipan yang dikumpul pada hari tersebut adalah dalam anggaran RM600 dan YB akan menyumbangkan separuh daripada jumlah keperluan. Maka masih berbaki dalam RM5 ribu untuk dikutip. Sesiapa yang berminat untuk menderma, bolehlah menyumbangkan kepada SRA Bangi Lama.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut:

  1. Masalah lalu-lintas keluar masuk ke SRA Bangi Lama. Kemungkinan bonggol akan dibuat bagi memudahkan kanak-kanak melintas dan kenderaan keluar atau masuk.
  2. Jalan berlobang. Ianya diturap menggunakan wang PIBG dan lopak sedia ada telah ditutup.
  3. Projek Pembinaan Tempat Menunggu Bas. Masih banyak wang sumbangan diperlukan.
  4. Pelajar pindah ke SRA BSP. Masih menunggu arahan. Berkemungkinan separuh pelajar akan berpindah.
  5. Masalah kantin: duit bayar, makanan tak dapat. Dicadangan meninggikan tempat pelajar beli makanan dan mengarah pelajar beratur.
  6. Yuran RM50. Dikekalkan dan juga masih dikekalkan mana-mana keluarga mempunyai anak lebih daripada tiga orang perlu membayar untuk dua pelajar sahaja (RM100).
  7. Adakan website dan email.
  8. Baiki tandas. Sedang dijalankan dan diteruskan.
  9. Keselamatan. Sekolah tidak mampu mengadakan pengawal keselamatan sepenuh masa. Maka masih perlu mengharap daripada cleaner cum pengawal keselamatan.
  10. Prestasi pelajar. Perlu ditingkatkan.

Gotong Royong Perdana 21 Jun 2009

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra akan mengadakan:

Program : Gotong Royong Perdana

Tarikh : 21 Jun 2009

Tempat : Seluruh Bandar Seri Putra

Ini berita yang baru diperolehi. Nanti jika telah rasmi mendapat maklumat daripada persatuan penduduk, saya akan umumkan semula. Sementara ini, catat dalam kalendar.

Lori hantu - Tiada Lagi

Maklumat terkini berkaitan laporan lori ulang-alik melalui Jalan Seri Putra 4 (depan Mawar dan Dalia) yang kini didapati seakan tiada lagi.

Ini setelah tindakan aktif penduduk Mawar dan Dahlia (Laporan di sini )

SENARAI TRANSAKSI EDARAN ADUAN
1.[when ]: 04-02-09 @ 12:24:10 PM    [who ]: serimawar (CUSTOMER)
 [Penerimaan ADUAN baru daripada BADAN PENGURUSAN BERSAMA PANGSAPURI SERI MAWAR]
2.[when ]: 05-02-09 @ 08:54:57 AM    [who ]: musliha (PRO)
 [Pengesahan penerimaan ADUAN baru]
3.[when ]: 05-02-09 @ 08:59:27 AM    [who ]: nifar (KEJURUTERAAN)
 [Pertukaran status pelaksanaan ke SIASATAN telah direkodkan]
4.[when ]: 19-03-09 @ 03:16:23 PM    [who ]: nifar (KEJURUTERAAN)
 [Pertukaran status pelaksanaan ke SELESAI telah direkodkan]
5.[when ]: 20-03-09 @ 08:09:15 AM    [who ]: zatul (PRO)
 [Pertukaran status pelaksanaan ke DITUTUP telah direkodkan]

Bukit Mahkota: Laluan Rahsia Pecah Rumah

Dari Harian Metro (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090325092200/Article/index_html)

myMetro » Setempat

Laluan rahsia pecah rumah

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


RAHSIA...saluran longkang digunakan penjenayah sebagai laluan
untuk melakukan pecah rumah.

BANGI: Sekumpulan geng pecah rumah di kawasan perumahan Bandar Bukit Mahkota di sini, dikesan menggunakan satu saluran longkang sebagai laluan rahsia selain menyamar sebagai pembaca meter elektrik sebelum menyamun lokasi rumah yang dikenal pasti.

Penemuan laluan itu dikesan selepas seorang daripada geng terbabit ditahan penduduk sebelum dia menunjukkan laluan ‘ajaib’ yang digunakan itu, baru-baru ini.

Laluan berkenaan yang juga saluran longkang digunakan sebagai jalan pintas dan menyembunyikan diri jika perbuatan mereka dapat dihidu penduduk.

Turut ditemui dalam longkang itu seutas tali panjang yang diikat pada satu tangga dipercayai digunakan untuk memudahkan mereka menurunkan barang yang dicuri selepas memecah masuk rumah penduduk.


Selain itu, geng terbabit turut menggunakan taktik menyamar sebagai pembaca meter elektrik pada waktu siang bagi memastikan rumah yang menjadi sasaran mereka tidak berpenghuni.


Ada beberapa penghuni pernah terserempak dengan geng terbabit yang menyamar sebagai pembaca meter elektrik dan apabila diminta menunjukkan kad kuasa atau apa-apa bukti, mereka terus melarikan diri.

Menurut seorang penduduk, Mohd Ghazali Mustaffa, 41, kawasan sekitar Bandar Bukit Mahkota itu memang kerap dijadikan sasaran penjenayah terutamaa pecah rumah dan samun.

“Penduduk mengambil inisiatif berkawal pada waktu malam bagi menjaga keselamatan dan harta benda penduduk.

“Kami sudah beberapa kali menahan kumpulan penjenayah ketika melakukan rondaan, tetapi ada kalanya mereka yang dikejar menghilangkan diri.

“Akhirnya rahsia mereka ini terbongkar apabila seorang daripada geng itu yang ditahan menunjukkan tempat persembunyian yang digunakan iaitu di longkang besar yang siap disediakan tangga untuk memudahkan mereka menjalankan kegiatan,” katanya.

Katanya, kawasan perumahan ini juga tidak mempunyai lampu jalan menyebabkan ia memudahkan lagi kerja penjenayah melakukan kegiatan mereka.

Malah, selain penjenayah melakukan samun, ada juga segelintir pasangan kekasih menjadi lokasi itu sebagai tempat melempiaskan nafsu.

“Beberapa lokasi antaranya pencawang TNB yang kosong dan terbiar dipecah masuk dan digunakan golongan terbabit untuk melakukan pelbagai kegiatan tidak bermoral,” katanya.

Berikutan itu, penduduk terpaksa ‘berjaga’ dan melakukan rondaan hampir setiap malam bagi memastikan kawasan mereka selamat.

Futsal @ AktifFutsal, Bangi (Sabtu, 15-Mac, 10pagi - 12thari) Court B

Dato’ & Tan Sri sekalian..,

Aku dah book court futsal untuk kita beriadah mengeluarkan peluh dan mengiratkan silatulrahim antara kita.

Tarikh : 15 March 2009
Hari : Ahad
Masa : 10 pagi – 12 tgh hari
Vanue : Aktif Futsal Indoor Soccer, Seksyen 13, Bangi

Sebarkan pada sahabat-sahabat taman kita yang lain. Terima Kasih.

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...


Shah Rizal Shahdan
AJK Surau - Unit Sukan
019-3512241

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA

Pusat Khidmat Masyarakat
dengan kerjasama
Kolej Komuniti Hulu Langat
akan mengadakan


KURSUS PENGURUSAN JENAZAH WANITA
Bersama
USTAZAH ARBAKYAH HAJI ASMUNI



Pada : Sabtu – 14 Mac 2009
Tempat : Surau Al-Hijrah, Putra Tropika, Jalan SP 6/3, Bandar Seri Putra,Bangi, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Masa : Dari 8.00 pagi – 1.30 petang

Makanan Di sediakan
Kursus adalah PERCUMA.

Puan - puan di jemput hadir beramai-ramai
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah semoga anda di berkati, insyaallah….

Pertanyaan Lanjut Hubungi :-
Pn. Azwa ; 019 368 9396
Puan Haslina ; 012 361 4703

Gangguan bekalan air di Sepang, Hulu Langat mulai esok

Gangguan bekalan air di Sepang, Hulu Langat mulai esok


KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan air berjadual akan berlaku di beberapa kawasan di Sepang dan Hulu Langat mulai esok hingga 11 Mac.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan hari ini, menyatakan antara kawasan di Sepang yang terbabit ialah Pekan Dengkil, Taman Baru Dengkil, Taman Mesra, Taman Delima, Kampung Semarang, Kampung Lalang dan sekitarnya.

Di Hulu Langat pula kawasan yang terbabit ialah Bandar Baru Bangi, Bandar Seri Putra, Desa Mahkota, Batu 1 hingga 6 Jalan Bangi Semenyih, Pekan Bangi Lama, Anggerik Perdana, Sungai Jai, PKNS Beranang dan kawasan sekitarnya.



Gangguan itu disebabkan oleh kerja pemasangan meter keseimbangan air dan pengalihan paip.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL jarak dan aduan ke 39222, atau layari laman web SYABAS di www.syabas.com.my. - Bernama

1 Mac Esok - Jangan Lupa singgah

Esok 1 Mac.

Jangan lupa singgah ke Seri Mawar.

Ada jualan CARBOOT atau boleh gak dipanggil Pasar Karat

Pemilik/Penghuni/Warga Seri Mawar sendiri, jangan lupa singgah ke kaunter JMB untuk maklumat terkini JMB. Sebarang masalah juga boleh diutarakan.

INSENTIF KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Dipetik daripada forum Putra-Mahkota.com
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1057.0;topicseen

Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor telah menyediakan beberapa insentif kepada penduduk negeri selangor yang berkelayakan untuk memohon. Antara insentif-insentif yang disediakan ialah :

1. Tabung Warisan Anak kelahiran Selangor (TAWAS)
2. Skim Jaringan Keselamatan Sosial Warga Emas
3. Hadiah Anak Masuk Universiti
4. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang


Setakat ini borang permohonan telahpun diedarkan kepada surau dan persatuan penduduk Bandar Bukit Mahkota. Seri Putra akan menyusul...
Borang juga boleh didapti di pejabat ADUN Bangi.
syarat-syarat permohonan ada di setiap borang yang disediakan.
Jom pakat maklumkan kpd jiran tetangga...kot ada yg baru dpt baby atau warga emas boleh la mohon.

Sekian terima kasih.



Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bangi
Cawangan Putra Mahkota
Tel : 012-9126798 / 013-3426019/ 019-3948784
E-mail : pusatkhidmatmasyarakat@yahoo.com

Gerai Depan Pondok Pengawal

IMG_8508


Penduduk tak perlu pergi jauh-jauh lagi untuk membasahkan tekak atau sekadar nak pekena teh tarik. Depan Pondik Pengawal kita, sekarang telah ada satu gerai menjual minuman. Ramai gak yang dah mula melepak kat sini dan kita harap semakin aktiflah kawasan tersebut.

Blog Impian Putra

blog impian putra


Blog Impian Putra


http://impianputra.blogspot.com/

Sukan Rakyat, Gema Merdeka ke-51

Penduduk Pangsapuri Seri Mawar telah dijemput dengan rasminya oleh pihak penganjur bagi memeriahkan majlis Sukan Rakyat Sempena Sambutan Gema Merdeka ke -51.

Berikut butirannya:

Program: GEMA MERDEKA KE-51, 2008
Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2008
Tempat: Dataran Bangi Height (Berhadapan Vista Seri Putra)

Acara yang dipertandingkan:

  1. Sepak Raga Berpasukan (Lelaki) - Ada wakil
  2. Tarik Tali (Lelaki) - Wakil diperlukan
  3. Galah Panjang (Lelaki) - Wakil diperlukan
  4. Tarik Upih Pinang (Keluarga) - Wakil diperlukan
  5. Timang Kasih (Keluarga) - Wakil diperlukan
  6. Terompah Gergasi (Keluarga) - Wakil diperlukan
  7. Batu Seremban (Wanita) - Wakil diperlukan
  8. Congkak (Wanita) - Wakil diperlukan

Aturcara majlis:

Pagi (7.30 pagi - 12.30 tengahari)

7.30 - Senaman
8.30 - Sarapan
9.00 - Pameran, Persembahan & Sukan Rakyat
12.00 - Perasmian

Petang & Malam (7.30 malam - 11.55 malam)

9.15 - Program Gema Merdeka
11.55 - Bersurai

Berminat mewakili Pangsapuri Seri Mawar, hubungi saya 012-2655203 atau email kyreel@gmail.com.

Tarikh Tutup 16 Ogos 2008

Blog Bandar Seri Putra.


Blog Bandar Seri Putra.
Originally uploaded by pangsapuriserimawar

Satu lagi saluran informasi yang diwujudkan untuk kita di Bandar Seri Putra.

Bolehlah layari pautan ini http://bandarseriputra.blogspot.com/

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet