Terkini

SRA-BSP: Majlis Kecemerlangan Pelajar dan Khatam Al-Quran 2010

14 November 2010.

Oleh khaiatbsp@gmail.com


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs589.ash2/154160_459362223862_179473523862_5598250_2298000_n.jpg
Anak-anak SRA-BSP menunjukkan plag yang diperolehi.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs470.ash2/74324_459359923862_179473523862_5598142_8093256_n.jpg
Ahli Majlis Zon 24, Hj. Mazwan juga turut hadir.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1123.snc4/148522_459364398862_179473523862_5598357_1023857_n.jpg
YB Dr. Shafie, hadir untuk ucapan penutup.

Bandar Seri Putra, Bangi. Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (SRA-BSP) buat julang kalinya mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar cemerlang sepanjang tahun 2010. Majlis Kecemerlangan tersebut juga diiringi dengan majlis Khatam Iqra' bagi pelajar Tahun 1 dan Khatam Al-Quran bagi pelajar Tahun 6. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh ADUN Bangi, Dr. Shafie bagaimanapun telah diubah kepada acara penutup.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs944.snc4/73750_459359513862_179473523862_5598122_5512025_n.jpg
Kecerian anak-anak yang diraikan.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs991.snc4/76465_459361163862_179473523862_5598201_5486075_n.jpg
Rapatnya guru dan anak-anak.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs930.snc4/74309_459361313862_179473523862_5598208_5163572_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1130.snc4/149224_459361818862_179473523862_5598233_2688275_n.jpg

Sedari awal jam 8.00 pagi, anak-anak berserta ibubapa masing-masing telah hadir memeriahkan majlis. Dimulakan dengan Khatam Iqra' tahun 1 dan Khatam Al-Quran tahun 6. Majlis berganjak kepada ucapan Guru Besar, Ustaz Khairul Amri Jamian. Dalam ucapannya, Ustza Khairul berbesar hati dengan jumlah kehadiran anak-anak dan ibubapa yang menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi ibubapa terhadap pelajaran agama anak masing-masing. Dan lebih membanggakan, ini merupakan majlis pertama yang dilakukan oleh pihak sekolah setelah setahun beroperasi. Sebagai makluman, sekolah mula operasi 1 November 2009. Ustaz Khairul tidak menolak kekurangan daripada pihaknya (pentadbir dan guru-guru), tetapi  akan berusaha meningkatkan lagi kecekapan pada masa akan datang. Tak lupa juga sekalung tahniah kepada murid-murid kumpulan pertama yang mengambil peperiksaan PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama). 2 orang telah mendapat tahap tertinggi iaitu Mumtaz.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs498.ash2/77110_459360583862_179473523862_5598176_5991187_n.jpg
Selingan persembahan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs918.snc4/73132_459364653862_179473523862_5598370_8147031_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs449.ash2/72265_459364783862_179473523862_5598377_5329734_n.jpg
Guru-guru yang hadir memakai sedondon baju batik.

Naik berucap Yang Dipertua PIBG SRA-BSP, En. Lokman Bin Md Sarip. YDP menegaskan kepentingan platform PIBG ini yang membantu dan menambah baik usaha-usaha sekolah bagi kepentingan murid-murid dan ibubapa serta tidak dilupakan keperluan guru-guru dan sekolah. Walaupun PIBG masih muda, tetapi banyak aktiviti PIBG telah berjaya dilaksanakan. Bagaimanapun ini juga atas sokongan ibubapa semua. Oleh itu, PIBG merayu sumbangan dan keterlibatan ibubapa secara berterusan sama ada dalam bentuk kewangan mahupun tenaga.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1143.snc4/148542_459360378862_179473523862_5598166_7368047_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1172.snc4/154463_459361468862_179473523862_5598218_2637572_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs568.ash2/149068_459362508862_179473523862_5598267_1598556_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1146.snc4/148797_459362053862_179473523862_5598244_1857609_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs998.snc4/77115_459362088862_179473523862_5598246_1409341_n.jpg

Sebelum penyampaian hadiah, hadirin telah dijamu dengan sarapan pagi. Kembali ke dewan sekolah, sesi penyampaian hadiah bagi beberapa kategori:

  1. Kedudukan Dalam Kelas
  2. Hadiah Pelajaran Terbaik
  3. Kehadiran Terbaik
  4. Hadiah Peningkatan Prestasi
  5. Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2010
  6. Anugerah Tokoh Pelajar 2010.
  7. Hadiah Kecemerlangan PSRA 2010
  8. Anugerah Tokoh Guru Cemerlang 2010
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1174.snc4/154641_459363803862_179473523862_5598325_4974153_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs984.snc4/75769_459363968862_179473523862_5598335_949478_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs960.snc4/75325_459364103862_179473523862_5598341_2296064_n.jpg
Tokoh Pelajar 2010

Bagi Anugerah Kecemerlangan Ko-Kurikulum 2010, adik Muhammd Akmal Afiq Bin Hamidon dan adik Muhammad Adli Aiman Bin Haji Mazlan telah diangkat pada tahun ini. Manakala bagi Anugerah Tokoh Pelajar 2010, bagi lelaki dimenangi oleh adik Muhammd Adib Bin Shakor dan bagi perempuan dimenagi oleh adik Najihah Binti Zanian.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs574.ash2/149679_459362683862_179473523862_5598278_3685415_n.jpg
Dua pelajar yang mendapat Mumtaz dalam peperiksaan PSRA.

Manakala bagi PSRA, 2 oran telah mendapat Mumtaz iaitu adik Nurul Atiqah Nilamasayu Binti Rosli dan adik Farah Hanisah Binti Abdul Ghani. Secara keseluruhan jumlah peratus yang lulus adalah 73.4 peratus. Secara tidak langsung ini adalah piawaian sekolah bagi tahun yang mendatang.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1158.snc4/150004_459364138862_179473523862_5598342_2592895_n.jpg
Anugerah Guru Keceriaan Kelas - Ustazah YANTI BINTI ABD RASHID

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs949.snc4/74227_459364213862_179473523862_5598346_4232115_n.jpg
Anugerah Guru Pencapaian Ko-Kurikulum - Ustazah HIRNANI BINTI SAHRI

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1121.snc4/148361_459364288862_179473523862_5598350_5879581_n.jpg
Anugerah Guru Dedikasi - Ustazah MAHFUZAH BINTI JAAFAR


http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1133.snc4/149556_459364323862_179473523862_5598353_1183994_n.jpg
Anugerah Personaliti Guru - Ustazah NOR HAYATI MOHD SULAM

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs595.ash2/154738_459364453862_179473523862_5598358_5704669_n.jpg
Anugerah Guru Pencapaian Kelas Terbaik - Ustazah YASMIN BINTI MD ISA

Guru-guru juga tidak ketinggalan di beri anugerah. Berikut senarainya:
  1. Anugerah Guru Keceriaan Kelas - Ustazah YANTI BINTI ABD RASHID
  2. Anugerah Guru Pencapaian Ko-Kurikulum - Ustazah HIRNANI BINTI SAHRI
  3. Anugerah Guru Dedikasi - Ustazah MAHFUZAH BINTI JAAFAR
  4. Anugerah Personaliti Guru - Ustazah NOR HAYATI MOHD SULAM
  5. Anugerah Guru Pencapaian Kelas Terbaik - Ustazah YASMIN BINTI MD ISA
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs471.ash2/74442_459359798862_179473523862_5598136_3434508_n.jpg
En. Zukkifli dan En. Badrul, orang kuat PIBG.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1130.snc4/149245_459363128862_179473523862_5598298_7911718_n.jpg
En. Iqbal, Naib YDP, PIBG.

PIBG dengan berbesar hati telah menyumbang kepada hadiah-hadiah bagi kategori Pencapaian PSRA dan Anugerah Guru-guru. Manakala, kaunter PIBG telah dibuka bagi mengutip yuran PIBG yang masih belum dijelaskan serta makluman aktiviti sekolah dan PIBG dalam buletin PIBG 2010.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs574.ash2/149655_459365138862_179473523862_5598392_5786849_n.jpg
Guru-guru SRA-BSP dan YDP PIBG SRA-BSP.

Semoga sekolah akan terus mengorak langkah yang lebih cemerlang untuk tahun mendatang.

Majlis ditangguhkan jam 1.00 tengahari.




0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet