Terkini

Laporan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 5

Bandar Seri Putra, Ahad, 29 Mac 2009, 10.00 pagi.

Kehadiran ahli seramai 37 orang yang amat memberangsangkan berbanding 27 orang tahun lepas. Itu tanda awal kejayaan mesyuarat agung Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPSM) tahun ini.

Dimulakan dengan doa selamat daripada Cikgu Rosdi merangkap Setiausaha PPSM, cuaca yang baik bagaikan mengalu-alukan mesyuarat kita. Malah sehingga 12 tengahari cuaca masih redup tanpa panahan matahari yang perit.

Ucapan alu-aluan Pengerusi PPSM mula mengajak semua ahli sersatu dibawah bumbung PPSM. Bersama-sama mula aktif dan merancang masa depan PPSM yang lebih cemerlang.

Seterusnya, pengesahan minit mesyuarat, laporan aktiviti dan laporan kewangan dikendalikan dengan tenang tanpa sebarang bantahan. Kekuatan kewangan PPSM sehingga 31 Desember 2008 adalah sebanyak RM1,043.79 juga memberangsangkan. Laporan aktiviti sepanjang tahun lepas juga melihatkan PPSM semakin aktif.

Sampai ke sesi pembubaran dan pemilihan AJK PPSM yang baru. Dapat dilihat ahli semakin aktif dan menyatakan suara mereka. Antara yang diminta adalah supaya lebih ramai AJK daripada Blok B dan juga meminta lebih ramai kaum ibu menduduki tampuk AJK.

Selesai sesi pemilihan, 4 jawatan utama masih dikekalkan manakala muka baru adalah En Ellangoven yang menduduki jawatan Timbalan Setiausaha. Manakala seperti yang diinginkan, jawatan AJK pula mengandungi lebih ramai wakil Blok B. 7 daripada AJK adalah daripada penghuni Blok B dan 3 daripada Blok A. Maknanya, suara penduduk yang lantang sekarang juga diterjemahkan dalam bentuk undian.

Senarai tidak rasmi AJK PPSM yang saya catitkan adalah seperti berikut:
Pengerusi : En Ramli Che Kob (A-2-4)
Tim. Pengerusi : En. A Rahim Md. Top (A-3-4)
Setiausaha : En. Rosdi Hassan (B-3-35)
Tim. Setiausaha : En. Ellangoven (A-G-36)
Bendahari : En. Suhaimi Omar (A-4-1)
Ahli Jawatankuasa:
1) En Abdul Rahman (B-G-36)
2) En. Osman Buden (B-4-13)
3) Pn. Rosliza (B-4-13)
4) Pn. Normah (A-4-1)
5) Pn. Ummi Kalsom (B-2-7)
6) En. Khairuddin (B-G-1)
7) En. Khairil Anuar (A-1-33)
8) En. Abdul Razak (A-3-25)
9) Pn. Zanariah (B-2-17)
10) En. Zahrin Ismail (B-G-32)
Permeriksa Kira-kira:
1) En. Suhaidi (B-3-27)
2) En. Latif (B-2-10)


Agenda mesyuarat diteruskan dengan membincangkan perkara berbangkit. Antara yang dibangkitkan:
  • Cadangan kepada JMB berkaitan garis panduan (House Rules), ampaian alternatif, pelekat kenderaan, masalah parking kenderaan dsb. Ini akan diajukan kepada JMB.
  • Permintaan adakan mesyuarat penduduk setiap bulan. Pengerusi menyatakan cadangan ini tidak praktikal sebab susah mengumpul penduduk. Sebaliknya, sebarang masalah boleh diajukan terus kepada AJK PPSM dan akan dibawa ke mesyuarat PPSM. Wakil JMB juga menyetakan bahawa AJK PPSM dijemput sama duduk dalam mesyuarat JMB sebagai pemerhati.
  • Berkaitan khairat kematian, penduduk diminta berhubung terus dengan Surau berkenaan kerana tidak mahu bertindih.
  • Bagi cadangan kutipan untuk jamuan secara bulanan, ianya akan dibincangkan dalam mesyuarat AJK PPSM nanti.
  • dan lain-lain yang saya tidak catatkan.
Ucapan ringkas Pengerusi PPSM Sesi 2009/2010 yang sekali lagi berharap agar semua penduduk dapat menjadi ahli PPSM dan bersatu dibawah PPSM.

Cabutan bertuah juga diadakan untuk mereka yang hadir dan jamuan ringkas mengakhiri mesyuarat semalam. Secara keseluruhannya, mesyuarat semalam bolehlah dianggap berjaya.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet