Terkini

Sampah

IMG_8513

Sedih saya melihat kawasan pembuangan sampah kita. Perkara paling jelas adalah tong sampah kita yang tak boleh ’berdiri’ sendiri. Ini tanggungjawab JMB, dan dimaklumkan ianya akan diperbaiki dalam tempoh terdekat.

Tapi yang lagi sedih adalah kelakuan pihak tidak bertanggungjawab melontar sampah ke atap rumah sampah. Bukan kali pertama, tapi dah beberapa kali terjadi. Harap penduduk dapat sama-sama perhatikan orang yang tidak bertanggungjawab ini dan supaya mereka cepat sedar kelakuan mereka sangat tidak bermoral.

Disamping itu masih ada penduduk yang malas membunag sampah di rumah sampah ini sendiri. Setakat dua-tiga hari ini saya dapati ada tiga ’pot’ pihak tak bertanggungjawab ini meletakkan sampah mereka. Satunya, ditangga 2 Blok A. Keduanya diluar tangga 4 Blok A. Ketiganya, di meter air unit A-1-10. Harap semua penduduk bekerjasama agak tempat kita bersih dari gejala-gejala tidak bermoral ini.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet