Terkini

Lagi sekolah terbengkalai..moga ada jalan penyelesaiannya.

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my
Dipetik dari: http://mahkota5.blogspot.com/2010/02/lagi-sekolah-terbengkalaimoga-ada-jalan.html



SEBAHAGIAN besar bangunan utama dalam projek membina sekolah menengah di Bandar Seri Putra, Bangi sudah hampir siap apabila ia terhenti sejak lebih setahun lalu . – UTUSAN/ Hayat Sueet

BANGI 26 Jan. – Masalah projek sekolah 'sakit' atau terbengkalai di negara ini bukanlah satu isu baru. Ia masih berlaku dari semasa ke semasa walaupun pelbagai langkah sudah diambil bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Sama seperti isu rumah terbengkalai, projek sekolah terbengkalai juga memberikan kesan langsung kepada masyarakat terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Selain bebanan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa, pelajar dan guru, kerajaan juga tidak terlepas daripada turut terpaksa memikul beban sama ada dari segi peningkatan kos mahupun imej di mata masyarakat.

Bagi ibu bapa, sekolah terbengkalai bermakna mereka perlu berbelanja lebih besar untuk menampung kos pengangkutan menghantar anak ke sekolah yang lebih jauh manakala pelajar pula perlu membuang lebih masa dan tenaga untuk ke sekolah.

Apabila sekolah tidak siap, guru yang perlu ditempatkan di situ juga terpaksa dihantar ke tempat lain terlebih dahulu.

Difahamkan, kos untuk memulihkan projek sekolah terbengkalai, selain melibatkan belanja besar, ia juga mengambil masa kerana perlu membatalkan kontrak kontraktor asal dan memilih kontraktor baru.

Itulah isu yang berlaku di kawasan penempatan baru, Bandar Seri Putra dekat sini.

Projek pembangunan menyiapkan sebuah sekolah menengah yang mengandungi 36 bilik darjah dan kemudahan berkaitan di kawasan itu gagal disiapkan sehingga kini
Mengikut papan tanda yang dipasang, tarikh kerja-kerja pembangunan telah bermula pada 5 April 2007 dan sepatutnya siap pada 4 Disember 2008.

Kini, sudah masuk 2010 dan projek Kementerian Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu terus menjadi tanda tanya penduduk di kawasan berkenaan.
Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi berkenaan mendapati, bangunan sekolah yang terdiri daripada beberapa blok bilik darjah, bilik guru dan kantin kini terbiar.

Persekitarannya juga sudah ditumbuhi semak-samun, selain beberapa kelengkapan pembinaan dilihat bertaburan di sana sini - satu petanda projek tersebut sudah lama terbiar.

Namun, terdapat sebuah pondok keselamatan didirikan di hadapan tapak sekolah tersebut dan terdapat seorang pengawal keselamatan bertugas di situ.

Difahamkan, pemaju asal telah diisytiharkan bankrap dan ada beberapa syarikat dikatakan berminat untuk meneruskan projek berkenaan.

Ini jelas dilihat melalui buku lawatan tapak yang direkodkan di bilik pengawal keselamatan di lokasi tapak berkenaan.

Walau apa pun tindakan yang sedang dilakukan, penduduk Bandar Seri Putra berharap kerajaan dapat mencari jalan penyelesaian agar sekolah tersebut dapat disiapkan secepat mungkin.

Akibat ketiadaan sekolah menengah di kawasan itu, ibu bapa terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah di kawasan sekitar yang semua terletak agak jauh.

Antaranya, Sekolah Menengah Jalan Dua, Bandar Baru Bangi, Sekolah Menengah Jalan Reko, Kajang, Sekolah Menengah Salak Tinggi dan Sekolah Menengah Engku Hussain, Semenyih.

Berikutan itu juga, ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos pengangkutan antara RM65 hingga RM70 sebulan untuk setiap anak mereka.

Apa yang dipersoalkan oleh ibu bapa bukan sahaja tentang kos tinggi yang terpaksa ditanggung mereka tetapi juga dari segi masa.

Difahamkan, bagi pelajar sesi pagi, mereka perlu keluar rumah seawal pukul 6 pagi ke sekolah dan hanya sampai ke rumah semula sekitar pukul 3 petang, jika tiada kegiatan kokurikulum.

Sementara, bagi pelajar sesi petang, kira-kira pukul 10.30 pagi mereka sudah perlu bersiap-siap untuk menunggu bas dan sampai semula ke rumah selepas azan maghrib berkumandang.

Jika terlewat, pelajar-pelajar berkenaan biasanya terpaksa mengambil keputusan tidak bersekolah memandangkan tiada perkhidmatan bas biasa ke sekolah mereka.

Justeru, penduduk sangat berharap projek itu dapat dipulihkan dan disiapkan dengan segera untuk kemudahan semua pihak, tambahan pula kawasan itu semakin ramai penghuninya.


2.PM Umum Tabung Penyelenggaran 1Malaysia Dengan Dana RM37.6 Juta

Berita selanjutnya di : http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=472514

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet