Tarikh : 2 Mac 2009
Kepada : Pemilik Unit Pangsapuri Seri Mawar
PENTING : MAKLUMAN TERKINI PERTUKARAN METER AIR INDIVIDU
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman pihak tuan/puan, pada 1 Mac 2009 lalu JMB dan wakil penduduk telah duduk bersama dengan pihak Syabas untuk menyelesaikan isu tertangguh berkenaan pertukaran meter air individu.
3. Hasil daripada perbincangan tersebut adalah seperti berikut:
i. Pengubahsuaian saluran meter air perlu dilakukan pada kesemua unit. Semua kos perlu ditanggung oleh kesemua pemilik unit.
ii. Permohonan meter air individu perlu dilaksanakan pada kesemua unit yang diduduki sahaja.
iii. Unit yang tidak diduduki tetapi telah membayar wang pemasangan meter baru dan deposit air Syabas akan mendapat sambungan meter individu.
iv. Unit yang tidak diduduki tetapi tidak membayar wang pemasangan meter baru dan deposit air akan ditamatkan sementara perkhidmatan air dan perlu membuat permohonan terus kepada Syabas.
v. Deposit air terdahulu perlu diajukan pada pemaju Bangi Height, samada akan dipulangkan kesemuanya atau tidak.
vi. Pada masa ini proses masih tertangguh ditangan JMB yang sedang melaksanakan pengubahsuaian saluran meter air. Dijangka akan berakhir pada 31 Mac 2009.
vii. Kesemua unit perlu menyerahkan salinan kad pengenalan, salinan S&P (Sale and Purchase Agreement) dan mengisi borang (perlu tandatangan pemilik). Bagaimanapun borang itu hanya akan diperolehi setelah mendapat surat persetujuan Syabas. Jangkaannya borang tersebut boleh diisi antara 8-22 April 2009.
viii. Borang yang lengkap diisi bersama salinan dokumen yang diperlukan termasuk wang deposit dan wang pemasangan meter baru akan diproses paling awal dalam satu minggu. Dijangkakan 1 Mei 2009 penduduk akan menggunakan meter air individu.
4. Berkaitan perkara tersebut, pihak JMB berharap penduduk dapat memberikan kerjasama dalam :
i. Membayar wang ubahsuai saluran meter air sebelum 1 April 2009. Kegagalan membayarnya, JMB akan memasukkan caj tersebut ke dalam bil pengurusan JMB pada bulan April 2009.
ii. Membayar wang pemasangan meter baru dan deposit Syabas sebelum 22 April 2009. Kegagalan membayarnya, perkhidmatan air ke unit anda akan ditamatkan sementara dan perlu berurusan dengan Syabas untuk penyambungan semula.
iii. Pemilik juga diminta menyerahkan salinan kad pengenalan pemilik dan salinan S&P sebelum 22 April 2009.
iv. Pemilik diharap dapat menghadirkan diri ke pejabat JMB antara 8-22 April 2009 untuk mengisi borang seterusnya menandatangani borang.
5. Segala kesulitan amat dikesali dan diharap semua pemilik dapat bersabar. Kerjasama semua di akhiri dengan ucapkan terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
KHAIRIL ANUAR
PEMANGKU SETIAUSAHA
JMB SERI MAWAR
0 comments:
Catat Ulasan