Sumber: http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/mesyuarat-jawatankuasa-pibg-2010.html
Pada  14 April lepas, jawatankuasa PIBG 2010 telah berjaya melaksanakan  mesyuarat pertamanya. Mesyuarat telah dihadiri oleh majoriti ahli  jawatankuasa.


Gambar - Jawatankuasa PIBG bersidang
Mesyuarat  telah dimulakan dengan kata-kata aluan daripada penasihat PIBG,  puan Guru Besar SK-BSP, Puan Normah Binti Kasim. Antara yang  disentuh adalah mengenai saringan LINUS dan perjumpaan dengan  ibubapa mengenai saringan tersebut. Juga disentuh tentang pencapaian  sekolah dalam bidang sukan atau olahraga yang belum pun setahun  umurnya serta berkenaan masalah murid.

Gambar - Puan Normah Binti Kasim, Guru  Besar SK Bandar Seri Putra
Saringan LINUS yang lalu telah  mendapati 180 pelajar terpaksa dimasukkan dalam kelas LINUS dan  saringan seterusnya akan dijalankan bulan Jun akan datang.
Berkenaan  pendaftaran tahun satu, sehingga kini telah terdapat 521  pelajar mendaftar untuk tahun satu 2011 dan 271 lagi  mendaftar untuk tahun satu 2012.
Aktiviti besar yang akan  dijalankan sekolah dalam masa terdekat adalah Hari Kantin.  Bagaimanapun, kertas kerja hanya akan dibentangkan dalam mesyuarat akan  datang.
Manakala masalah mengumpul dan mengekstrak data  sekolah (daripada sistem Kementerian dan daripada database sekolah)  akan dibantu oleh PIBG agar mudah dibaca dan dianalisis.
Majlis  penyerahan tugas antara YDP 2009 (Mejar Qayyum) dan YDP 2010  (Ustaz Rozi) juga telah dijalankan.

Gambar - Mejar Qayyum menyerahkan tugas  kepada Ustaz Rozi
PIBG juga telah bersetuju membentuk  unit-unit yang akan membantu menggerakkan PIBG:
   1. Unit  Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
    2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
    3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh En  Rosli
   4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi - Diketuai  oleh En Khairil
Semua unit ini akan mengambil isu-isu yang telah  dibangkitkan dalam dan luar mesyuarat agong untuk diselesaikan. Ibubapa  yang lain juga diharap dapat menyumbang melalui unit-unit ini. Ibubapa  boleh mendaftarkan diri di sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/pendaftaran-kepakaran-ibubapa.html.
Buat  permulaan, PIBG melalui Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi telah  mengesahkan bahawa blog SB Bandar Seri Putra (http://skbandarseriputra.blogspot.com/)  akan dijadikan blog rasmi PIBG dan sekolah. Satu e-group juga telah  diwujudkan sebagai ruang perbincangan PIBG (lihat sini http://skbandarseriputra.blogspot.com/2010/04/e-group-perbincangan.html).
Mesyuarat  telah ditangguhkan sekitar jam 12 tengah malam dan akan bermesyuarat  semula dalam masa sebulan.
Nota: Gambar lain boleh dilihat  di http://www.facebook.com/album.php?aid=166513&id=182228500788
-  Dilaporkan oleh Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi
Terkini
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG 2010 Pertama
Dikirim oleh
khaiatbsp
21 April 2010
pada
2:26 PG
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)




