Memang sesuatu idea itu kita tidak pasti akan berjaya kalau kita tidak mencubanya. Maka, pihak JMB dan PPSM telah mengambil risiko menjalankan aktiviti CARBOOT. Antara tujuannya:
- Memberi peluang individu untuk menjual barang-barang peribadi yang terpakai.
- Memberi peluang untuk peniaga kecil-kecilan untuk memasarkan produk mereka.
- Memberi peluang penduduk sekitar Mawar dan penduduk Mawar berniaga.
- Membawa produk luar agar penduduk sekitar Mawar dan penduduk Mawar dapat membeli barangan tanpa pergi jauh.
- Menjana kewangan JMB dan PPSM.
Sehingga kini, telah 2 kali Carboot ini dilaksanakan. Bagaimanapun, sambutan agak suram daripada luar mahupun daripada penghuni Mawar sendiri. Kami sebagai penganjur ingin menyeru terutama penduduk Mawar akan bersama-sama kami untuk menyebarkan maklumat tentang Carboot ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Seterusnya turut serta sama ada sebagai peniaga atau sebagai pembeli... pembeli tingkap (Windows Shopper) pun tak mengapa.
Marilah menyokong aktiviti anjuran JMB dan PPSM. Tanpa ada, sebarang aktiviti tak akan berjaya. Mungkin untuk percubaan terakhir, jualan ini akan diadakan pada 3 Mei 2009. Harap ramailah yang akan turun.
JOM CARBOOT.
0 comments:
Catat Ulasan