Terkini

Persatuan Penduduk Induk - Bertaring Juga!

Jelas Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra atau lebih dikenali dengan nama Persatuan Penduduk Induk (masih dalam proses pendaftaran) telah mula menggerakkan tenaga untuk penambah baikkan kawasan kita. Dibawah ini saya kepilkan surat Persatuan Penduduk Induk kepada badan penguatkuasa. Diharap lebih informasi secara kerap dimaklumkan kepada penduduk agar penduduk tahu aktiviti semasa Persatuan Penduduk Induk ini. Serta, kita sebagai penduduk BSP dapat sama-sama membantu Persatuan Penduduk Induk secara langsung atau tidak langsung.

Salam semua,
Dibawah ini adalah usaha2 yang telah dijalankan oleh pihak Persatuan Penaja Induk untuk permasalahan masyarakat kita.

Dialog dengan YB Ronnie Liew ini adalah rentetan setelah;
1) Walk about dengan Ahli Majlis kita En Mazwan
2) Walkabout pada 12 Jun 2009, MPKj diwakili oleh Encik Zainal Abidin bin Elias, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan, Encik Abdul Halim bin Samah, Jabatan Kejuruteraan, Encik Mazwan bin Johar Ahli Majlis Zon 24 dan Encik Farid bin Hamidon, Pembantu Tadbir MPP Zon 24

Isu yang diketengahkan adalah seperti berikut :
Kepada YB Tuan Ronnie Liew
Exco Kerajaan Negeri Selangor

21 Jun 2009

YB.,

Bandar ini dikategorikan oleh MPKj sebagai kawasan membangun. Kadar cukai pintu yang dikenakan lebih tinggi dari kawasan Bangi lama.

Diharap pihak MPKj dapat memberi perhatian kepada perkara berikut:

1. Perkhidmatan kutip sampah.
a. Rumah tong sampah sangat kotor – longgokan sampah berselerak di atas jalan dengan bau yang sangat busuk. Kontraktor tidak bersihkan sampah yang terdapat diluar tong sampah.
b. Sampah jatuh dari lori tong sampah berselerak di atas jalan raya kerana lori sampah yang tidak ikut piawaian.

2. Perkidmatan kebersihan
a. Longkang belakang deretan kedai terutama restoran atau kedai makan kotor dan bau busuk
b. Lorong belakang blok kedai penuh dengan halangan seperti timbunan pasir, bahan binaan, tong dsbnya.
c. Sampah, kayu dan ranting mati, daun pokok, batu, pasir dsbnya di atas kawasan rumput, kaki lima, kerb jalan, pembahagi jalan dan persimpangan jalan.
d. Iklan haram di atas pokok, tiang dan dinding kedai, tiang lampu, perhentian bas, pondok TNB dsbnya.
i. Syor persatuan penduduk diberi kawasan naikkan papan iklan untuk disewa secara tersusun kepada pengiklan-pengiklan ini.

3. Keselamatan lalulintas
a. Simpang tiga ke skim Putra Terrace mengelirukan perlu ditanda ikut piawaian dengan segera (MPKj tidak mahu buat kerana pemaju belum serah).
b. Simpang empat di sekolah rendah perlu lampu isyarat dengan segera (MPKj tidak mahu buat kerana pemaju belum serah).

4. Keselamatan murid-murid ke sekolah
a. Sekolah rendah perlu ada bonggol, zebra crossing dan ruang pejalan kaki
b. Sekolah menegah perlu ada bonggol, zebra crossing dan ruang pejalan kaki
c. Sekolah agama perlu ada zebra crossing dan ruang pejalan kaki.

5. Penguatkuasaan MPKj
a. Pastikan semua pengusaha kedai makan menggunakan grease trap di belakang kedai mereka.
b. Pastikan semua bengkel kereta dan motorsikal tidak mengotorkan kaki lima dan jalan raya dengan sisa minyak.
c. Penjaja haram ditempatkan di kawasan khas.
i. Syor MPKj bangunkan kawasan penjaja dan persatuan penduduk dibenar mentadbir sewaan lot kepada penjaja-penjaja ini.
d. Anjing liar perlu ditangkap berkeliaran makan dan menabur sampah ketika mencari makanan.
e. Kereta dan motorsikal tersadai perlu dialihkan dari kawasan kedai dan perumahan.
f. Aktiviti pengusaha kedai air-condition dan bengkel kereta di atas jalan bahagian belakang Jalan Seri Putra 1 perlu dihentikan segera.

6. Jalan masuk Bandar Seri Putra dari pekan Bangi
a. Perlu dinaik taraf kerana ia merupakan jalan utama orang ramai dari pekan Bangi hendak ke Lebuh Raya KL- Seremban.

7. Jalan masuk Bandar Seri Putra dari pekan Semenyih
a. Perlu dinaik taraf dan jambatannya dibesarkan kerana ia juga merupakan jalan utama orang ramai dari pekan Semenyih hendak ke Lebuh Raya KL –Seremban.

Adalah diharapkan sangat-sangat perkara ini mendapat perhatian dan tindakan yang sewajarnya dari pihak yang berkenaan.

Sekian terima kasih.

Yang benar,

AHMAD YUSOF
Pengerusi

Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet