Terkini

Blog ADUN Bangi: Perhimpunan Pentadbir Rumah Pangsa Di KUIS


Sumber:http://drshafie.blogspot.com/2012/09/perhimpunan-pentadbir-rumah-pangsa-di.html

Perhimpunan Pentadbir Rumah Pangsa Di KUIS

Kuis, Bandar Seri Putra, 06 Zulkaedah 1433 = 22 September 2012 (Sabtu):



Masalah Rumah Pangsa bagai tiada kesudahan – masalah kebersihan, api tidak mencukupi, kerosakan lift dan tidak mendapat air percuma bagi perumahan yang menggunakan paip secara pokal. Masalah kadang-kadang disebabkan oleh penghuni yang tidak membayar yuran management, lebih-lebih sukar jika unit rumah pangsa didiami oleh penyewa. Antara cara mengatasi ialah dengan menubuhkan `Joint Management Boards` (JMB) yang diberi amanh mentadbir. Namun masalah juga tidak dapat diatasi.


Pada hari ini diadakan pertemuan antara JMB-JMB di KUIS bagi membincangkan permasalahan, penerangan dan kalau dapat mengatasi masalah. Hadir pada hari ini YB Iskandar  Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, YB Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi, Puan Murfidah Mahfuz Timbalan Pesuruhjaya Perumahan, Dato` Hassan Nawawi YDP MPKj, Ahli MPKj, Pegurusan dari Syabas dan pegawai-pegawai. Perbincangan di kalangan ahli-ahli JMB bermula dari jam 8.30 pagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah mengatasi masalah bagi penduduk rumah pangsa yang tidak dapat menikmati air percuma, kerana menggunakan meter pukal. Setakat ini Pangsapuri Kos Rendah di Selangor:

Bil. Kawasan                      232            unit rumah     64,715
Bil,Terima Air Percuma:    214            unit rumah     58,049
Peratus Telah Terima          92.2%       unit rumah     89.7%
Belum Terima                      18%                                6,666

Usaha sedang dilakukan bagi yang belum terima air percuma dapat menerima secara percuma. Selain dari masalah air turut dibincangkan ialah mengenai Bantuan Skim Ceria, menentukan bilangan penyewa bagi premis-premis negeri Selangor dan pengurangan Cukai Pintu bagi rumah kos rendah.


Kehadiran kami pada tengahari adalah bagi menyertai Majlis Penutup yang dilakukan oleh YB Tuan Iskandar. Beliau menimbulkan perkara antaranya keperluan diiktiraf Ketua JMB sebagai Setaraf Ketua Kampong di dalam menandatngani surat pengesahan dan dokumen. Mereka menjaga kadang-kadang hingga 3.000 unit rumah. Beliau juga bercakap tentang program ceria dan penurunan cukai rumah kos rendah sehingga 25% dan mengenai air percuma dan yang belum dapat menikmati air percuma.


Manakala Dato Hassan Nawawi berkata, bahawa terdapat di Kajang – termasuk Bangi 780,000 penduduk dengan jumlah rumah bertingkat berjumlah 80,000 unit. Pada masa hadapan, tanah makin berkurang, sebab itu keperluan rumah bertingkat makin meningkat. Masalah rumah pangsa perlu diatasi, agar ianya tidak menakutkan penduduk menduduki. Keselesaan dan kemudahan perlu disedia. Rumah pangsa jika disewa selalu menimbulkan masalah. Sebaik-baiknya rumah-rumah berkenaan hendaklah dihuni oleh pemilik sendiri. Sewajarnya pemilikan juga perlu dikawal, jangan jatuh ke tangan mereka yang berada. Andainya pemilik hendak membeli rumah yang lebih baik, perlu diserah kembali kepada pihak berkuasa dengan pembayaran balik dengan harga yang munasabah dan dijual kepada mereka yang lebih berhak.

Sekian.


0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet