Terkini

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Ogos 2012

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>


Inline images 1

Dana terkumpul kini mencecah RM2,863,558.63 (berakhir bulan Ogos 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-34 pada 21 September 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Julai-Ogos 2012 = RM1,241,080.86 (RM 1 juta adalah peruntukan JPM yang disalurkan melalui Pejabat ICU Selangor)
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Sedikit Perkembangan Mutakhir perbincangan ketika mesyuarat:
  • JK Pembinaan dimaklumkan kerja-kerja cerucuk akan siap sebelum 31 Oktober 2012 dengan progress terkini kira-kira 60% kerja-kerja telah siap (mengikut laporan 19 Sept 2012)
  • JK Pembinaan juga telah meluluskan pembinaan billboard besar untuk mempamerkan kutipan terkini Tabung Dana Pembinaan di tapak masjid. Langkah ini diharap dapat menaikkan semangat warga BSP untuk menyumbang ke dalam Tabung Pembinaan.
  • MPKJ telah mengeluarkan surat kelulusan rasmi pelan masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Salinan surat ini serta pelan-pelan telah dihantar ke LHDN untuk tindakan selanjutnya.
  • Dengan kelulusan rasmi pelan ini, JK Pembinaan menjangkaan akan dapat mengeluarkan dokumen untuk tender pembinaan struktur bangunan seawal pertengahan November ini, dan kerja-kerja pembinaan bangunan masjid dijangka akan bermula pada awal Januari 2013.
  • AJK Pembinaan sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan Yayasan Al Bukhari dan mohon mendoakan agar Yayasan itu akan menyumbang satu jumlah dana yang 'substantial' kepada dana pembinaan Masjid kita.
  • JK Pembinaan dimaklumkan bahawa Lembaga Zakat Selangor juga telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos pembinaan sehingga nilai RM50,000 setahun berdasarkan bil.
  • Setiausaha JK Pembinaan juga telah mengirim kira-kira 2 ribu pucuk surat dalam fasa ke-2 bagi memohon dana daripada syarikat dan badan korporat yang telah dikenalpasti
  • Post-Mesyuarat - Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha,  Penolong Setiausaha dan AJK Muslimat telah hadir mengisi sebuah booth dengan maklumat masjid sempena dengan Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra pada Hari Ahad, 23hb September 2012. Pameran serta maklumat terkini dipamerkan. Brochure masjid juga telah diagihkan. Ikrar sumbangan daripada pengunjung diperolehi. Kutipan tunai pada hari tersebut berjumlah RM1086.00.
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.


Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet