Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/09/ramah-mesra-karnival-keluarga-2012.html
  Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mengadakan Majlis Ramah  Mesra, Bandar Seri Putra 2012 bertempat di Padang Permainan SP 5 dari jam 10.00  pagi hingga 2.00 petang. Difahamkan Majlis ini menggantikan hari raya Eidul  Fitri yang tidak berkesempatan masa diadakan. Majlis ini menjemput keseluruhan  penduduk yang terdiri dari 20 taman
  
            
  yang mempunyai 18 persatuan penduduk di bawah Persatuan  Penduduk Induk Bandar Seri Putra. Jumlah penduduk keseluruhan adalah 30,000  penduduk. Persatuan Penduduk Induk diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Yusof selaku  Yang Dipertua dan Timbalan YDP ialah En. Mustafa Kassim, En. Khairi Anuar  selaku Setiausaha dan En. Arzok bin Nasar selaku Bendahari. Antara tamu-tamu  yang hadir ialah YB Dr. Shafie bin Abu Bakar Adun Bangi, Tuan Haji Mazwan Johar  Ahli MPKj Zon 24, En. Zulkifli Gharib Pengarah Operasi UM Land, En. Arzok Nasar  selaku Pengarah Program, Datuk-Datuk, para jemputandan penduduk.  Bagi menampung hadirin berpuluh khemah  didirikan dan difahamkan pihak AJK penduduk bergotong royong menyediakan tempat  dan juga makanan.   
         
  Majlis bermula jam 10.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh  Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. Menurut YDP  tema majlis sambutan pada tahun ini ialah``Jiran Didahulukan, Kesepakatan  Diutamakan``. Menurutnya, berbagai pembangunan yang dapat disaksikan berlaku di  Bandar Seri Putra, termasuklah Masjid Al-Mustaqim yang diharap kepada sokongan  penduduk menyiapkannya. Beliau juga berharap kerjasama dari semua pihak bagi  menjadikan Bandar Seri Putra sebagai tempat ideal bagi didiami, iaitu dengan  mengamalkan sifat kejiranan dan mengambil berat dari segi keamanan dan membuat  cadangan-cadangan membina bagi persatuan
     
        |     
  
  | 
  
  Adun Bangi yang diminta menyampaikan ucapan ringkas  berterima kasih di atas jemputan dan sukacita melihat kerjasama di kalangan  penduduk sehingga dapat mengadakan Majlis Ramah Mesra yang amat berjaya. Majlis  seumpama ini sesungguhnya dapat mengiratkan hubungan di kalangan penduduk dan  memupuk rasa kasih sayang terhadap tempat mereka tinggal. Kita perlu tanamkan rasa  kasih sayang di kalangan kita dan anak-anak generasi kita terhadap keluarga dan  tempat tinggal agar mereka dapat hidup dan subur dengan lebih selesa. Wujudkan  tempat yang menjadi tempat kebiasaan mereka seperti Sekolah, masjid, surau,  perpustakaan, tempat bermain dan bersukan. Ini semua menjadi ingatan mesra  kepada mereka dan merasa kasih sayang kepada tempat tinggal mereka. Adun  bersukacita melihat Bandar Seri Putra sebagai sebuah Bandar Teratur dan Bersih.  Keadaan ini perlu dipertahankan dan usaha mempertingkatkan keadaan Bandar Seri  Putra perlu terus dilakukan melalui persatuan penduduk, masjid, surau ahli  majlis, pemaju  dan Adun. Kerjasama pula  hendaklah berterusan. Kita akan terus memberi sokongan bagi merealisasikan  hasrat penduduk.Majlis diisi dengan nasyid dari pasti, cabutan nombor  bertuah dan jamuan.
       
       
 
0 comments:
Catat Ulasan