Orientasi untuk pelajar Tahun 1 pada esok hari (31/12/2010) tetap berlangsung seperti yang dijadualkan.. Bermula pukul 8 pagi dan pelajar dikehendaki memakai pakaian sekolah
Sumber: http://www.facebook.com/pages/SK-Bandar-Seri-Putra/182228500788
Insya-Allah ahli karyah Surau Al-Hijrah dalam usaha untuk membangunakan surau kekal di tapak surau sekarang. Berikut dikongsikan pelan cadangan pembinaan tersebut. Insya-Allah akan dimulakan awal tahun 2011 dan dijangka siap suku ke-3 2011. Sebarang sumbangan amat dialu-alukan. Cadangan, pandangan, komen atau maklumat lanjut, sila hubungi AJK Surau Al-Hijrah atau dipostkan di sini http://surau-al-hijrah.blogspot.com/.
Pandangan surau sahaja tanpa bangunan belakang. Surau akan didirikan 2 tingkat dan dijangkan boleh memuatkan 400 orang pada satu-satu masa.
Pandangan depan (dari Putra Tropika)
Pandangan belakang (dari Seriputra5)
Pelan tingkat bawah. Ruang solat utama dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan meliputi billik musafir (2), stor, dan bilik (2 yang boleh dijadikan tadika/taska). Juga disediakan ruang legar antara ruang solat utama dan bangunan tambahan. Bilik pengurusan jenazah juga akan disediakan.
Pelan tingkat 1. Surau (ruang solat wanita) dan bangunan tambahan diasingkan. Bangunan tambahan yang panjang boleh dikecilkan dan boleh digunakan sebagai dewan atau dibahagikan kepada beberapa kelas.
Lokasi sebenar surau.
Pelan keseluruhan termasuk kawasan hijau dan tempat letak kenderaan.
Gambar bersaiz lebih besar boleh diperolehi di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=594995&id=329327610175&ref=mf
Salam,
Saya kongsikan beberapa kenangan kekal semasa Forum Perdana Maal Hijrah di KUIS baru-baru ini.
Selebihnya boleh dilihat di sini:
http://www.facebook.com/album.php?aid=317653&id=245996843707&ref=mf
-Khai@BSP-
Pemain Malaysia S. Kunanlan meraikan kejayaan bersama penjaring gol Mohamed Safee Sali (Kanan) selepas menyumbat gol pertama pada perlawanan kedua Piala Suzuki AFF menentang Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta pada 29 Disember 2010. Malaysia menang 4-2 secara aggregat meskipun tewas 2-1.
Buat kali pertamanya pasukan Malaysia berjaya merangkul Piala Suzuki AFF walaupun tewas 1-2 dalam perlawanan malam tadi. Tahniah kepada jurulatih negara K Rajagopal kerana berjaya merencanakan kemenangan tersebut setelah menang 3-0 di Kuala Lumpur sebelum ini. Aggregate 4-2 cukup buat Malaysia selesa menjuarai kejohanan tersebut.
Sempena kejayaan tersebut, PM dah umumkan cuti hari Jumaat ini untuk warga Malaysia.
Tahniah.
Sumber:
http://www.harian-metro-online.com/malaysia-lakar-sejarah-dakap-piala-suzuki-aff
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1229&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_30.htm
From: Riza Atiq <rizaatiq@pkrisc.cc.ukm.my>
Assalamualaikum
Ralat: Tarikh mula pendaftaran adalah 28 Dec 2010 dan bukannya 29 Dec 2010.
Maaf di atas kesilapan tersebut.
-khai@BSP-
Maklumat yang saya perolehi dan boleh dipastikan dengan melihat banner di pintu masuk Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP).
Banner untuk pendaftaran Form 1&2 dah di pasang kat SM BSP. Pendaftaran buka dari 29 Dec to 31 Dec. Orientation day on 31 Dec. Insyaallah SM buka untuk seisi Jan 2011.
Khai@BSP
Untuk makluman semua, senam aerobik pada 1 Jan 2011 akan dibatalkan.
Salam…..
Setelah dibincang bersama Tuan Hj Mazwan, senam aerobik pada 01 Jan 2011 dibatalkan kerana pada tarikh tersebut adalah cuti am – tahun baru, dikuatiri ramai yang tiada kerana balik kg.
Mohon dapat dihebahkan kepada semua penduduk.
Sekian, terima kasih.
Wassalam…...
NS
Maklumat yang saya perolehi dan boleh dipastikan dengan melihat banner di pintu masuk Sekolah Menengah Bandar Seri Putra (SM-BSP).
Banner untuk pendaftaran Form 1&2 dah di pasang kat SM BSP. Pendaftaran buka dari 29 Dec to 31 Dec. Orientation day on 31 Dec. Insyaallah SM buka untuk seisi Jan 2011.
FYI
Assalamualaikum..
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1838.msg62692#msg62692
Salam,
Kegusaran untuk penempatan anak saya ke tingkatan 1 baru terjawab sebentar tadi, setelah mendapat penjelasan dari pegawai PPD Hulu Langat. Beliau menyatakan bahawa sekolah akan dibuka pada penggal permulaan 2011 akan datang. Hanya tingkatan 1 dan 2 sahaja akan ditempatkan di sekolah ini.
Dan saya sempat meninjau dari tepi pagar, keadaan sekolah ini. Banyak yang dah siap, bangunan2 kelas dan bilik guru sudah siap dan boleh digunakan. Jalan di sebelah taman seri putra dah ditar dan kerusi meja pula dah mula dibawa masuk ke dalam kelas. Cuma makmal belum siap dan padang sekolah pun belum siap lagi, kerana tanah tapak padang sedang diratakan.
sbj_s5
Sunday, December 12, 2010
Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/12/kem-motivasi-aura-kecemerlangan-di.html
Surau Dahlia, 2 Muharram = 08 Disember ( Rabu):
Dalam musim cuti persekolahan ini berbagai kegiatan dilakukan sama ada oleh pihak masjid, surau, persatuan penduduk atau NGO bagi mengisi masa pelajar-pelajar yang sedang bercuti, agar masa mereka tidak berlalu begitu saja, tetapi dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal ini pihak JAIS juga memberi perhatian berhubung dengan bimbingan pelajar dalam masa cuti, iaitu menurunkan peruntukan melalui Pejabat Agama Daerah dengan menawarkan kepada masjid atau surau pilihan bagi mengadakan kem motivasi. Pihak yang berminat menganjur kem berkenaan juga boleh memohon peruntukan sedemikian dari pihak Jabatan Agama Daerah.
Adun Bangi sendiri menerima jemputan merasmikan Kem Motivasi Aura Kecemerlangan di atas yang memberi peluang bagi Adun memahami penganjuran seperti berkenaan.
Kem Motivasi di atas dianjur oleh Surau Dahlia dan mejemput kumpulan motivasi seramai 6 orang yang menamakan kumpulan mereka `Aura Kecemerlangan` menjalankan program motivasi Kem ini di bawah Pengarahnya, Tuan Haji Halim bin Saidin yang merupakan Pengerusi Surau dan Ketua Cawangan di sini. Ahli Jawatankuasa termasuklah Tuan Haji Ahmad Yusof yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Induk, Encik Shahrum Pengerusi Persatuan Penduduk Prumahan Dahlia. Turut hadir bersama Adun ialah Encik Khairul Nizam bin Mohd Idris dari Pejabat Agama Daerah Hulu Langat (PAID) dan ibu bapa pelajar.
Pengisian bagi Kem ini ialah Latihan Ibadat, Kepimpinan, Ukhuwwah dan pertandingan-pertandingan yang semuanya berlangsung di dalam dan di pekarangan surau. Adun ketika berucap untuk perasmian mengucapkan terima kasih dan syabas terhadap AJK Surau yang berjaya mengadakan Kem Motivasi pada hari itu. Ini menandakan pihak Surau dan Ibu bapa prihatin terhadap anak-anak dan turut sama hadir di dalam majlis.Adun berharap melalui Kem Motivasi ini dapat memperbaiki amalan ibadart, kaedah belajar, berukhuwwah dan mentaati ibu bapa. Beliau juga mengucapkan terima kasih di atas peruntukan yang diberi oleh PAID bagi Kem Motivasi ini. Ini mencerminkan pihak PAID-JAIS memberi perhatian bukan saja masa persekolahan, tetapi juga pengisian di luar masa persekolahan. Adun menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak belajar agama bagi keselamatan mereka dunia-akhirat.
Tuan Haji Halim memaklumkan seramai 75 orang pelajar mengikuti Kem Motivasi, mereka berumur antara 10 – 17 tahun. Menurutnya pihak PAID memperuntukkan sebanyak RM2,500 bagi Kem ini, tetapi jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan belanja Kem selama sehari, sebab itu sedikit bayaran dikenakan terhadap peserta, iaitu RM15/= seorang.
Pada akhir Majlis penyampaian sijil dan hadiah dilakukan oleh Adun, Sdr. Khairul Nizam, Tuan Haji Halim, Tuan Haji Ahmad dan saudara Shahrum.
Sekian.
Nota: Jika ada mana-mana penganjur yang berminat boleh minta peruntukan daripada Jabatan Agama Daerah
FORUM PERDANA SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1432 PERINGKAT DAERAH HULU LANGAT
Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Hulu Langat dengan kerjasama Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) akan mengadakan Forum Perdana sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432 Peringkat Daerah Hulu Langat pada :-
o Tarikh : 23 Disember 2010 (Khamis)
o Masa : Selepas Solat Isya'
o Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Al-Azhar, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
o Ahli Panel :-
1. Y.Bhg. Dato' Haji Ismail bin Kamus
Penasihat, Pusat Perubatan Islam Darussalam
2. Y.Bhg. Ustaz Haji Mohd Farid Ravi Abdullah
Pengarah, Institut Kajian Hadis (INHAD)
Semua Dijemput Hadir.
Salam,
Maklumat terkini tentang Klinik Kesihatan BSP, ianya telah mula beroperasi 6 Disember lalu.
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5988.msg62425#msg62425
Kepada penduduk BBM, BSP, Impian Putra dan sewaktu dengannya...saya just nk inform klinik kesihatan (bersebelahan dgn petronas) sudah pon beroperasi pada 6 Disember 2010....so kepada penduduk2 semua x perlu lagi ke KK bangi....Untuk yang keje gomen tu kalau x nk bayar RM1 silalah bawak GL kerana klinik kesihatan tiada lagi sistem HRMIS... ......
Dari kaca mata Pangsapuri Seri Melati pula.
http://www.facebook.com/album.php?aid=42448&id=100001268842247&ref=mf
Gambar semasa Hari Terbuka BSP dan Taman Terbaik 2010 boleh dilihat di sini dari kaca mata warga Putra Tropika:
http://putratropika.com/forum/index.php?topic=1831.msg15709#msg15709
Assalamualaikum.... Surau Al Hijrah akan mengadakan sambutan Maal Hijrah pada malam ini dengan beberapa pengisian
Penduduk yang dihormati,
Pada masa sekarang, mungkin ramai telah mengetahui bahawa METER PUKAL pangsapuri kita telah dikunci (Baca DIPOTONG). Ini kerana, mengikut pihak Syabas, pihak pengurusan (JMB) tidak membayar bil meter air pukal tersebut. Jumlahnya sekarang telah mencecah RM84 ribu. Bukan sedikit. Ini setelah ianya berlarutan selama setahun dimana hampir setiap bulan kita menerima bil sekitar RM5 ribu lebih sebulan. Saya tegaskan disini, BIL METER PUKAL berjumlah RM5 ribu lebih sebulan. Itu tidak termasuk jumlah bayaran individu setiap unit. JMB tak buat apa-apa ke?
Jawapannya mudah. YA, JMB dalam mesyuarat jawatankuasa telah memutuskan untuk mempersoalkan jumlah bil yang tidak masuk akal ini. Sebelum MIGRASI METER INDIVIDU, bil meter pukal sekitar RM6 ribu, dah tukar meter individu kena pula bayar RM5 ribu lebih sebulan. Duit tu perlu diambil daripada mana? Penduduk? Penduduk dah bayar meter individu. JMB... JMB kena dapatkan daripada penduduk juga. Maka, penduduk akan dikenakan bayaran 2 kali ganda. Ini satu perkara yang tidak adil.
Bila diajukan kepada pihak Syabas, masalah meter ke? Mereka kata tidak. Masalah saluran bocor ke, pun tidak. Boleh tengok bil meter pukal dan meter individu Syabas. Sampai sekarang tidak diperolehi. Dan yang terkini, mereka kata tangki bocor. Kalau bocor mesti ada air bertakung atau air mengalir ke bawah. Jadinya tiada konklusi yang kukuh daripada pihak Syabas.
Akhirnya, selepas notis 14 hari dan minta JMB menyelesaikan kesemua bil meter pukal, air meter pukal telah dikunci. Pihak JMB masih tetap dengan pendiriannya, kita hanya akan bayar jika caj yang dikenakan betul dan perlu dibuktikan.
Sekarang, wakil JMB ada bersama dengan ADUN Bangi, YB Dr. Shafie Abu Bakar; Ahli Majlis Zon 24, Hj. Mazwan dan wakil media. Diharap dengan membawa kes ini ketengah, dapatlah isu ini diselesaikan dan yang paling penting pihak Syabas perlu memberi penjelasan terperinci berkenaan bil yang tinggi ini.
PERSATUAN PENDUDUK
PANGSAPURI SERI MAWAR (PPPSM)
BANDAR SERI PUTRA, BANGI.
Tiada maklumat terkini daripada persatuan.
Sekian. Harap maaf.
Pangsapuri Seri Mawar terletak dalam kawasan Bandar Seri Putra yang berukuran 898 ekar dan bersebelahan dengan Lebuhraya KL-Seremban. Bandar Seri Putra memiliki laluan terus melalui persimpangan Putra-Mahkota dan direkabentuk untuk sebuah komuniti yang terbina daripada penduduk dan perniagaan-perniagaan yang progresif. Pelbagai kemudahan terdapat disini termasuk pejabat pos, balai polis dan stesen minyak. Sekolah-sekolah rendah, menengah dan agama pula sedang dibina pada masa ini.
Pangsapuri Seri Mawar terdiri daripada 2 blok telah mula diduduki pada tahun 2001. Terdapat 359 unit pintu keseluruhan. Kedudukannya bersebelahan dengan Flat Seri Dahlia dan perumahan Acacia. Sekolah rendah juga telah didirikan bersebelahan perumahan Acacia menjadikan Pangsapuri Seri Mawar sangat strategik untuk golongan muda tinggal dengan anak-anak baru membesar.
Balai Polis Putra Mahkota: 03-89258222 Balai Bomba: 03-8925 4444(Tel) 03-8926 2344 (Faks) Hospital Kajang: 03-8736 3333 Hospital Serdang: 03-8947 5555
Hospital Putrajaya: 03-8312 4200 (Kaunter Pertanyaan) HUKM: 03-9145 5555 Ambulan Klinik Kesihatan BBB: 03-8925 8707
JAIS (Ustaz Rashid): 03-87330402/0193290003 |