Terkini

Pasang Grill & Awning di Surau Al-Ikhlas Taman Impian Putra

FYI

---------- Forwarded message ----------
From: <mohdnorizam@pnb.com.my>

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sahabat-sahabat.

Surau Al-Ikhlas TIP bercadang untuk memasang grill untuk pintu sliding door
dan memasang awning di tempat wuduk lelaki dan wanita. Tinjauan yang telah
dibuat mendapati kos untuk memasang grill dianggarkan sebanyak RM1,000.00
dan awning dianggarkan sebanyak RM800.00.

Sehubungan dengan itu, kami amat mengalu-alukan sekiranya ada
penduduk-penduduk / individu-individu yang bermurah hati untuk
menyumbangkan bagi tujuan di atas. Kepada penduduk / individu yang berminat
boleh memilih salah satu atau kedua-keduanya atau menghulurkan sebarang
sumbangan bagi merialisasikan tujuan di atas.

Pemasangan grill di lihat amat perlu bagi mengelakkan surau
diceroboh/dipecah masuk oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
(pencuri). untuk makluman, pada awal bulan Disember 2010, surau ini
hampir-hampir di ceroboh oleh pencuri tetapi sempat dikesan oleh penduduk
TIP sendiri. Setakat hari ini, surau Al-Ikhlas telah dipecah masuk sebanyak
2 kali. Sekiranya tuan-puan, saudara, saudari ingin maklumat lanjut boleh
berhubung dengan Pengerusi atau mana-mana AJK Surau.

Kerjasama dan keprihatinan semua pihak dalam perkara ini amat dihargai.
Kami amat berbesar hati sekiranya maklumat ini boleh dipanjangkan kepada
orang lain. Mungkin ada orang luar yang ingin menghulurkan sumbangan samada
berbentuk sedekah, zakat, hibah atau sebagainya.

Sekian, wasallam.


MOHD NORIZAM TOMIRIN
Setiausaha
Surau Al-Ikhlas, Taman Impian Putra Bangi
Tel: 019-3894044

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet