Sunday, December 12, 2010
Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2010/12/kem-motivasi-aura-kecemerlangan-di.html
 
Surau Dahlia, 2 Muharram = 08 Disember ( Rabu):
Dalam  musim cuti persekolahan ini berbagai kegiatan dilakukan sama ada oleh  pihak masjid, surau, persatuan penduduk atau NGO bagi mengisi masa  pelajar-pelajar yang sedang bercuti, agar masa mereka tidak berlalu  begitu saja, tetapi dapat diisi dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam  hal ini pihak JAIS juga memberi perhatian berhubung dengan bimbingan  pelajar dalam masa cuti, iaitu menurunkan peruntukan melalui Pejabat  Agama Daerah dengan menawarkan kepada masjid atau surau pilihan bagi  mengadakan kem motivasi. Pihak yang berminat menganjur kem berkenaan juga boleh memohon peruntukan sedemikian dari pihak Jabatan Agama Daerah.
Adun  Bangi sendiri menerima jemputan merasmikan Kem Motivasi Aura  Kecemerlangan di atas yang memberi peluang bagi Adun memahami  penganjuran seperti berkenaan.
Kem Motivasi di atas dianjur oleh  Surau Dahlia dan mejemput kumpulan motivasi seramai 6 orang yang  menamakan kumpulan mereka `Aura Kecemerlangan` menjalankan program  motivasi Kem ini di bawah Pengarahnya, Tuan Haji Halim bin Saidin yang  merupakan Pengerusi Surau dan Ketua Cawangan di sini. Ahli Jawatankuasa  termasuklah Tuan Haji Ahmad Yusof yang merupakan Pengerusi Persatuan  Penduduk Induk, Encik Shahrum Pengerusi Persatuan Penduduk Prumahan  Dahlia. Turut hadir bersama Adun ialah Encik Khairul Nizam bin Mohd  Idris dari Pejabat Agama Daerah Hulu Langat (PAID) dan ibu bapa pelajar.
Pengisian  bagi Kem ini ialah Latihan Ibadat, Kepimpinan, Ukhuwwah dan  pertandingan-pertandingan yang semuanya berlangsung di dalam dan di  pekarangan surau. Adun ketika berucap untuk perasmian mengucapkan terima  kasih dan syabas terhadap AJK Surau yang berjaya mengadakan Kem  Motivasi pada hari itu. Ini menandakan pihak Surau dan Ibu bapa prihatin  terhadap anak-anak dan turut sama hadir di dalam majlis.Adun berharap  melalui Kem Motivasi ini dapat memperbaiki amalan ibadart, kaedah  belajar, berukhuwwah dan mentaati ibu bapa. Beliau juga mengucapkan  terima kasih di atas peruntukan yang diberi oleh PAID bagi Kem Motivasi  ini. Ini mencerminkan pihak PAID-JAIS memberi perhatian bukan saja masa  persekolahan, tetapi juga pengisian di luar masa persekolahan. Adun  menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak belajar agama bagi  keselamatan mereka dunia-akhirat.
Tuan Haji Halim memaklumkan seramai  75 orang pelajar mengikuti Kem Motivasi, mereka berumur antara 10 – 17  tahun. Menurutnya pihak PAID memperuntukkan sebanyak RM2,500 bagi Kem  ini, tetapi jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan belanja Kem  selama sehari, sebab itu sedikit bayaran dikenakan terhadap peserta,  iaitu RM15/= seorang.
Pada akhir Majlis penyampaian sijil dan  hadiah dilakukan oleh Adun, Sdr. Khairul Nizam, Tuan Haji Halim, Tuan  Haji Ahmad dan saudara Shahrum.
Sekian. 
Nota: Jika ada mana-mana penganjur yang berminat boleh minta peruntukan daripada Jabatan Agama Daerah
Terkini
Kem Motivasi Aura Kecemerlangan Di Surau Dahlia, Seri Putera
Dikirim oleh
khaiatbsp
12 Disember 2010
pada
8:39 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan