Terkini

Laporan Jamuan Raya 2009



Alhamdulillah pada 17 Oktober lalu, Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar (PPPSM) telah menjayakan majlis jamuan hari raya 2009 seterusnya meraikan rakan-rakan India yang menyambut Deepavali. Dengan kehadiran yang amat memberangsangkan (sekitar 90 orang hadir) menjadikan majlis tersebut begitu meriah.

Sedikit kelainan pada majlis ini di mana hidangan yang disediakan tidak mempunyai unsur-unsur hari raya. Tetapi lebih kepada makanan panggang. Pihak PPPSM telah menyediakan pelbagai jenis juadah mentah yang telah diperap dengan rempah khas seperti ikan (pelbagai ikan), ubi, jagung dan ayam. Penduduk bersama-sama memanggang juadah mentah tersebut untuk dimakan begitu sahaja atau dengan nasi lemak yang disediakan.

En. Ramli (lengkap dengan pakaian kebangsaan) sebagai Pengerusi PPPSM dengan besar hati telah menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada penduduk yang hadir sebagai kemuncak majlis tersebut. Ucapan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis tersebut. Diharap majlis ini akan diadakan lagi pada masa hadapan.

-Kyreel-

Tips cegah jenayah

Tips cegah jenayah

Taklimat ringkas dan sesi dialog Polis Diraja Malaysia daripada
cawangan Balai Polis Tun Razak baru baru ini.

Saya merasakan maklumat yang diberikan dapat dikongsikan
serba sedikit demi menjaga keselamatan bersama dari segi harta
benda lebih-lebih lagi nyawa.

Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah:

1. Jangan melawan atau jadi hero!
---------------------------------
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah,
lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda
tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut
melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan.

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh
penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas
kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera.

Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang
boleh membantu pihak polis.


2. Penyamaran sebagai polis.
---------------------------------
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu
tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan
jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform)
menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu
tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti
menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka
berwarna kuning (kad yang laminate).

Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak
sama sekali boleh memegang kad mereka.


3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan.
------------------------------------------------------------
Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam
kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang
tersorok.

Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector'
atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit
ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO)
mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.


4. Mengeluarkan wang di bank.
---------------------------------
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di
bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli
keluarga bersama untuk keselamatan.

Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan
bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu
mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah
sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka.

Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan
tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan,
tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang
sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan
seterusnya menyamun anda.

Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu
mangsa masih berada di dalam kereta!


5. Jogging di Taman Tasik.
---------------------------------
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan
semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau
jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang
menyimpan di dalam kotak belakang motosikal.

Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di
kawasan tempat jogging.

Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa
bersama-sama dengan beg kecil (porch bag).

sumber-dipetik dari Encik Buhari Laiman, Dsentral 3G

Crogs Garage Sale 1 Nov

Pada yang ingin mencari kasut baru, boleh ke jualan Croc.

Crogs Garage Sale

Pada Ahad ini (1 November 2009), pihak saya akan menganjurkan Crocs Garage Sale bertempat di jalan 3/G Bandar Seri Putra bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Pelbagai model/design serta harga yang menarik menanti anda.



Dijemput semua hadir untuk membeli-belah dan memeriahkan majlis.

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Bagi warga Mawar yang ingin mendapatkan daging korban, boleh hadir ke program berikut.

PROGRAM KORBAN EIDUL ADHA 1430 HIJRAH ANJURAN PAS BSP

Tarikh : Hari Ahad 29 Nov 2009
Masa : 9 pagi
Tempat : Jalan 8, Bandar Seri Putra
Penyertaan : Terhad (Siapa cepat dia dapat)
Semua ahli yang berhasrat untuk menyertai korban diminta hubungi Pengarah Program, Sdr Azli Ariffin di talian

Sekolah Agama Bandar Seri Putra Mula Diguna: ADUN Bangi Bekalkan Komputer

Monday, October 26, 2009

Sekolah Agama Bandar Seri Putra Mula Diguna: ADUN Bangi Bekalkan Komputer

Bandar Seri Putra, 04 Zulkaedah = 23 Oktober (Jumaat)

Desakan dan permohonan supaya Bandar Sri Putra didirikan sekolah rendah, sekolag menengah dan sekolah agama dikemukakan oleh ADUN sejak 2001 semasa ADUN menjadi ADUN Kajang dalam mana Bandar Baru Bangi dan Sri Putra di bawah DUN Kajang.

Pada peringkat permulaan Bandar Putra dibuka (2001), tidak ramai yang mau menghuni, kerana masih kurang dari segi kemudahan, termasuklah ketiadaan sekolah. Ramai dari pembeli pada masa itu menjadikan rumah di sini sebagai rumah persinggahan di hujung minggu. Al-hamdulillah kini sekolah agama mulai digunakan, di samping sekolah rendah kebangsaan telah dibuka. Namun, sekolah menengah yang hampir siap tapi masih terbengkalai.

Sekolah agama ini mula digunakan pada 1 Oktober 2009 berikut dari mesyuarat antara Jabatan Agama, JKR, TNB dan Sekolah pada 5 September, iaitu dengan memindah seramai 325 murid yang belajar di Sekolah Agama Pekan Bangi, tetapi tinggal di Bandar Seri Putra. Pendaftaran murid baru telah dibuat dan tarikh pendaftaran akhir 30 Oktober. Setakat ini 850 orang telah mendaftar bagi memulakan pengajian bila sesi pertama dibuka pada 4 Januari 2010.

Sekolah Agama Seri Putra didirikan di atas tapak seluas 5 ekar berdepan dengan kawasan masjid yang lebih kurang sama luasnya. Tapak berada dikawasan strategic di tengah-tengah kawasan Bandar Seri Putra. Kos bagi sekolah ini ialah RM6.1 milion. Sekolah ini mempunyai dua blok empat tingkat yang boleh memuatkan 40 kelas dan boleh menampung hingga 2,000 murid termasuklah sebuah kantin. Disamping itu, sepertimana biasa sekolah ini mempunyai 9 kelas dengan dua kelas bagi darjah satu hingga 4 dan satu kelas bagi darjah 5. Setakat ini ada 10 orang guru dengan dua guru lelaki dan 8 perempuan. Guru Besar ialah Ustaz Khairul Amri dan Timbalannya Ustaz Husnan. Agak pelik sedikit sekolah yang terletak dibawah DUN Bangi yang sepatutnya dari segi tadbirannya terletak di bawah Hulu Langat diletak pentadbiran persekolahannya di bawah Pejabat Agama Sepang.

Dalam ucapannya ADUN Bangi, bersyukur kepada Allah sebuah lagi sekolah agama di DUN Bangi bertambah menjadikan 10 buah, iaitu;

1 buah SRAI di Bandar Baru Bangi
5 ,, SRA (Sg. Ramal Luar, Sg.Ramal Dalam, Pekan Bangi, Jalan 6 BBB, Seri Putra)
1 ,, LEPAI , Bandar Baru Bangi
3 Swasta (Jasmin, Kajang Utama, Seksyen 9).

Walaupun sudah 10 buah agama wujud di DUN Bangi, tetapi masih belum cukup dari segi keperluan penduduk setempat. Banyak lagi permohonan-mohanan diterima untuk mendirikan sekolah agama.

ADUN berharap Sekolah Agama Seri Putra akan memainkan peranan mendidik anak-anak setempat dengan pendidikan agama dan menjadi anak-anak berguna. Secara tidak langsung dapat mengelak anak-anak dari gejala sosial. Sempena Bangi Bandar Ilmu, maka adalah diharapkan Sekolah Agama Seri Putra akan menjadi sekolah agama terbilang di DUN Bangi, bahkan pada peringkat di Hulu Langat dan turut sama melonjakkan imej Bangi sebagai Bandar Ilmu.

Kemajuan sekolah banyak bergantung kepada banyak pihak. Selain dari guru-guru ialah ibu bapa. ADUN berharap dalam masa terdekat sekolah akan bermesyuarat bagi melantik AJK PIBG sekolah. Dengan ini banyak kegiatan yang dapat dijalankan melalui kerjasama dengan PIBG. ADUN sedia bekerjasama dengan pihak sekolah dan PIBG bagi memajukan sekolah.

Oleh kerana pada peringkat permulaan sekolah masih berkurangan dari segi peralatan. Bagi sebagai permulaan ADUN membekalkan sebuah computer baru (Dell) untuk kegunaan sekolah.

Sekian. Terima kasih. Wassalam.,

Jamuan Surau Dahlia 2-4 ptg

Nampaknya warga Mawar boleh gantung periuk Sabtu ni. Ini satu lagi jemputan, depan pangsapuri kita je. Lepas makan tengahari kat Mawar, boleh lak gi makan kat Surau Dahlia sementara menunggu makan malam di Mawar.

Salam,

Saya mewakili En Burhanuddin, Putra Villa (ajk surau dahlia).
Menjemput tuan-tuan ke Majlis Sambutan Hari Raya.
Bertempat di Surau Seri Dahlia
Pada hari Sabtu 17/10/2009, jam 2 - 4 petang.

Datanglah beramai-ramai memeriahkan majlis tersebut.

Mohd Najib Md Shariff
Bandar Seri Putra

Jamuan Hari Raya 17 Oktober 2009

Terkini: Jamuan tersebut akan bermula 8.30 malam dan menu utama adalah makanan BERPANGGANG (Ayam, Ikan, Ubi, Keledek dsb) dan nasi lemak (ala-ala Umbai, Melaka). Bagi unit-unit yang belum daftar dan membuat sebarang bayaran boleh hubungi AJK Persatuan untuk berbuat demikian.

Disamping itu, tenaga warga Seri Mawar juga diperlukan pada masa-masa berikut:
  • 16 Okt, 6 petang: Kaum bapa untuk menaikkan khemah di Dataran Seri Mawar
  • 17 Okt, 8 pagi: Semua untuk menyediakan perapan (makan tengahari disediakan)
  • 17 Okt, 7 malam: Semua untuk persiapan terakhir dan mula membakar.
  • 17 Okt, 8.30 malam: Majlis bermula dan ada cabutan bertuah.
Harap maklum.

Maaf kepada semua pengunjung kerana tidak mengemaskini tarikh jamuan Hari Raya pangsapuri kita. Sebelum ini ianya ditetapkan pada 3 Oktober (esok) tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya akan diadakan pada 17 Oktober. Harap dapat menyemak maklumat ditampal di di dinding pangsapuri untuk makluman terperinci.


Majlis Jamuan Aidilfitri AP Serdang dan ADUN Bangi

Assalamu alaikum wr wb wm.

Datuk/Datin/Tuan/Puan/Encik/

Cik yang dimuliakan,

Majlis Jamuan Aidilfitri anjuran bersama Ahli Parlimen Serdang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bangi akan diadakan seperti berikut:
1. Tarikh: 29 Syawal 1430 / 18 Oktober 2009
2. Hari: Ahad
3. Masa: 2 - 5 petang
4. Tempat: Kompleks Sukan MPKj Seksyen 15 Bandar Baru Bangi

Semua dijemput hadir.


Dipanjangkan bagi pihak Urusetia Program dan harap dapat dipanjangkan pula kepada semua ahli skim persatuan penduduk BSP.

Wassalam terima kasih.


ahmad yusof 019-359 8489

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM BANDAR SERI PUTRA. MAYBANK ISLAMIC 562834-504024. SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

JEMPUTAN KEMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI

Dipetik daripada http://bandarseriputra.blogspot.com/2009/10/jemputan-kemajlis-sambutan-hari-raya.html

JEMPUTAN KEMAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI


Salam kepada semua Muslimin&Muslimat Warga Bandar Seri Putra.

Surau As Syakirin Bandar Seri Putra bersama-sama Kelab Sukan Bandar Seri Putra akan bergabung mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 1430 Hijrah Tahun 2009 seperti berikut :-

  • Tarikh : 10hb.Oktober 2009 bersamaan 21 Syawal 1430 H (Hari Sabtu)

  • Masa : Selepas Maghrib

  • Tempat : Perkarangan Surau As Syakirin

Aturcara Majlis adalah seperti berikut :

  1. Sembahyang Maghrib
  2. Tazkirah
  3. Sembahyang Isyak dan
  4. Jamuan
Semua Warga Bandar Seri Putra adalah dengan segala hormatnya dijemput hadir ke Majlis ini beramai-ramai bersama-sama Keluarga.


SEMUA AHLI JAWATANKUASA
Surau As Syakirin & Kelab Sukan Bandar Seri Putra mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA ADILI FITRI
MAAF ZAHIR&BATIN

KEJADIAN PECAH MASUK RUMAH 2 OKTOBER 2009

Semua Penduduk Yang Dihormati,

1. Satu kejadian pecah masuk rumah telah berlaku pada 02 Okt 2009 di alamat No. 68, Jalan Seri Putra 3/9 seperti berikut:-

1.1. Penghuni meninggalkan rumah LK jam 5.00 petang dan kembali LK jam 12.00 tengah malam mendapati rumah telah dipecah masuk melalui pintu belakang.

1.2. Penjenayah menggunakan mesin Oxy (jenis bakaran api) dengan memotong gril dan tombol pintu.

1.3. Barang-barang yang dicuri ialah sebuah Laptop, wang tunai dianggarkan LK RM3,000.00 dan beberapa buah jam tangan.

2. Semua penduduk dimaklumi supaya lebeh berhati-hati menentukan keselamatan semasa meninggalkan rumah dan adalah bertetapan masanya untuk kita semua memikirkan memasang alat keselamatan yang lebeh baik dan dapat menjamin mencegah dari menjadi mangsa penjenayah ini. Dalam hal ini, BHDSB sedang merancang untuk menjemput ADT memberi pakej promosi kepada semua penduduk di dalam BSP. Sebelum itu, saya akan mengaturkan satu perjumpaan dengan pihak ADT, OCS dan semua RA untuk duduk bersama membincangkan perkara baik ini supaya dapat dihebahkan kepada semua penduduk.

3. Sehubungan ini, BHDSB akan mengadakam pelancaran rumah baru “Anjung Suasana 8B” di Sale Gallery pada 10 Okt 2009. Di masa itu juga, BHDSB akan menjemput piihak ADT mempromosi produk Alarm System & CMS kepada semua pengunjung yang berminat untuk memasang peralatan keselamatan ini dikediaman masing-masing.

Sekian, dimaklumkan.

Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif (Keselamatan)

019-378 3778

Sumbangan bulanan RM50 Masjid Al Mustaqim BSP

Assalamu alaikum wr wb wm.

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat mengerjakan puasa sunat enam.

Saudara sekelian yang mulia,

Email ini sekadar memberi peringatan kepada diri saya dan saudara sekelian. Azam dan tekad kita mahu mendirikan sebuah masjid di Bandar Seri Putra pada 2011 bermula dari sekarang. Bulan September baru sahaja berlalu dan bulan Oktober baru menjelang. Sila segera buat sumbangan bulan September bagi yang belum lagi kerana khuatir bila buat sumbangan dua bulan sekali gus akan terasa bebannya terutama sekali lepas raya ini.

Sila peringatkan juga kepada ahli skim perumahan dan jiran masing-masing bila bertemu ataupun panjangkan sahaja email ini jika ada alamat mereka.

Sumbangan boleh dibuat ke akaun
Maybank Islamic: 5628 3450 4024
atas nama Masjid Al-Mustaqim.

Wassalam.

Wakil Persatuan Penduduk BSP

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet