Terkini

Tips cegah jenayah

Tips cegah jenayah

Taklimat ringkas dan sesi dialog Polis Diraja Malaysia daripada
cawangan Balai Polis Tun Razak baru baru ini.

Saya merasakan maklumat yang diberikan dapat dikongsikan
serba sedikit demi menjaga keselamatan bersama dari segi harta
benda lebih-lebih lagi nyawa.

Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah:

1. Jangan melawan atau jadi hero!
---------------------------------
Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah,
lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa, dinasihatkan supaya anda
tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut
melainkan yakin dan berkemampuan untuk melawan.

Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang dipinta oleh
penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas
kejadian, barulah anda membuat laporan polis dengan segera.

Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa sahaja yang
boleh membantu pihak polis.


2. Penyamaran sebagai polis.
---------------------------------
Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu
tertentu menyamar sebagai polis dan menahan mangsa untuk tujuan
jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.

Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa, tanpa uniform)
menahan anda dan memperkenalkan diri sebagai polis, minta individu
tersebut menunjukkan kad kuasa mereka.

Bagi Pegawai Polis, kad kuasa mereka berwarna biru seperti
menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa mereka
berwarna kuning (kad yang laminate).

Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad mereka dan tidak
sama sekali boleh memegang kad mereka.


3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan.
------------------------------------------------------------
Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam
kenderaan anda hatta di dalam but kereta ataupun di tempat yang
tersorok.

Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama 'detector'
atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit
ada di dalam kereta anda ataupun sebaliknya. Modus operandi (MO)
mereka lazimnya berada di sekitar kawasan tempat letak kereta.


4. Mengeluarkan wang di bank.
---------------------------------
Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di
bank terutama dengan jumlah yang banyak membawa teman atau ahli
keluarga bersama untuk keselamatan.

Taktik penjenayah kini ialah berada di sekitar dalam atau kawasan
bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.

Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu
mangsa berada di dalam bank. Penjenayah akan berlakon seolah-olah
sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya dengan kaki mereka.

Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan
tujuannya adalah untuk memancitkan tayar tersebut.

Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di pertengahan jalan,
tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang
sedari awal mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan
seterusnya menyamun anda.

Ada kes yang mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu
mangsa masih berada di dalam kereta!


5. Jogging di Taman Tasik.
---------------------------------
Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan
semua barangan berharga seperti handphone, dompet, cincin atau
jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya yang
menyimpan di dalam kotak belakang motosikal.

Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah yang memerhati dan aktif di
kawasan tempat jogging.

Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah sahaja atau bawa
bersama-sama dengan beg kecil (porch bag).

sumber-dipetik dari Encik Buhari Laiman, Dsentral 3G

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet