Terkini

Panggilan Mesy ke 2 "Ramah Mesra Bdr Seri Putra 2012"


Tarikh              : 21 Julai 2012
Ruj. Kami        : PPBSP/SU/MRM/7/02

Dato'/Dr./Tuan/Puan,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Senarai Edaran

PER: PANGGILAN MESYUARAT KE 2 "RAMAH MESRA BANDAR SERI PUTRA 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Sukacita dimaklumkan, mesyuarat pertama Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang di adakan pada 13 Julai 2012 telah bersetuju untuk melantik jawatankuasa khas yang di ketuai oleh En Arzock Nassar selaku Pengarah Program. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk mencadangkan tugas-tugas bagi menjayakan program ini di kendalikan secara bersama antara ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP),Pemaju dan skim-skim perumahan di Bandar Seri Putra. Senarai ahli jawatan kuasa program ini boleh di rujuk Lampiran 1.

3.   Dengan ini juga, Dato'/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput hadir ke Mesyuarat ke 2 Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012 yang akan diadakan seperti berikut :

      Tarikh        :        4 Ogos 2012
Hari            :        Sabtu
Waktu         :        9.30 pagi
Tempat       :        Pusat Komuniti Putra Mahkota (PKM), sebelah Secret Receipe.

4.   Sekiranya Dato'/Dr./Tuan/Puan berhalangan untuk menghadiri mesyuarat ini, mohon dihantar wakil atau diharap dapat memaklumkan Setiausaha Program, Mohd Ramli Taib di talian 0132476773 atau email 748s136@gmail.com .

5.   Kerjasama daripada Dato'/Dr./Tuan/ Puan didahului dengan ucapan terimakasih.

Yang Benar,

                     

......................................................................
ARZOK NASAR
Pengarah
Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012


Salinan kepada:

1.      Fail.
2.      Haji Ahmad Bin Yusof, Yang Dipertua, PPBSP
3.      En Mustafa Bin Kassim, Timb. Yang Dipertua, PPBSP
4.      En Khairil Anuar, Setiausaha, PPBSP
5.      En Mohd Ramli Bin Taib, Penolong Setiausaha, PPBSP
6.      En Arzok Bin Nasar, Bendahari, PPBSP 
7.      En Burhanuddin Bin Haji Mahwal, AhliJawatankuasa, PPBSP & Pengerusi Putra Villa Town House
8.      En Engku Faizal Annuar Che Engku Husin,Ahli Jawatankuasa, PPBSP
9.      Puan Nursiah Bt Mat Junid, Ahli Jawatankuasa, PPBSP
10.    En Nushi Bin Mahfodz, Ahli Jawatankuasa, PPBSP
11.    En Ishak Bin Ahmad, Ahli Jawatankuasa, PPBSP
12.    Haji NorHalimi Bin Saaidin, Ahli Jawatankuasa, PPBSP
13.    En Mohd Khairuddin Bin Yasim, Ahli Jawatankuasa, PPBSP
14.    Puan Sharifah Fadzliah Bt Syed Taha, Ahli Jawatankuasa, PPBSP


SenaraiEdaran:

15.   En Norizan bin Haji Sulaiman/ Wakil, Bangi Heights Development Sdn Bhd
16.   Dato' Hj Zakaria Bin Husain / Wakil, Pengerusi Putra Hill Residency
17.   En.Izad Bin Ismail  /Wakil, Pengerusi Putra Tropika,
18.   En.Mohd Khair Bin Daros / Wakil, Pengerusi Acacia,
19.   En.Nurul Afzan Bin Omar / Wakil,PengerusiD'Puncak Putra &D'Puncak Nusa,
20.   Dr.Hj Abdul Rahman Bin Hasan / Wakil,  Pengerusi Princeton Residences,
21.   En. Abdul Rani Bin Othman / Wakil, Pengerusi D'Puncak Unggul,
22.   En.Sharizat Bin Mohd Shah / Wakil, Pengerusi D'Puncak Aman,
23.   En.Jefri Bin Jaafar / Wakil, Pengerusi Seri Putra 5,
24.   Dr.MohdPisal Bin Zainal / Wakil, Pengerusi D'Sentral,
25.   PuanHasrinaBinti Hamid / Wakil, Pemangku Pengerusi Pangsapuri Seri Mawar,
26.   En.Mohd Musa Samad / Wakil, Pengerusi Pangsapuri Seri Dahlia,
27.   En.Azizuddin Bin AinuddinZailan / Wakil, Pengerusi Pangsapuri Seri Melati,
28.   En.AbdKadir Bin Sahlan / Wakil, Pengerusi Putra Terrace,
29.   Kapt.AbRahman Bin Marjan / Wakil, Pengerusi Vista Seri Putra,
30.   En.AzroulHisham Bin Azulan / Wakil, Wakil Castenea Residences,
31.   En.Abd Aziz Monel / Wakil, Wakil Laman Indah,
32.   En. Amir Hamzah Bin Abdullah / Wakil, Wakil Rimbun Suria,

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN 1

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM                                                                                                         

No

Tugasan

Nama

 

Kendalian  Bersama Skim/ Pemaju

1

 

Pengarah 

En Arzok Nasar

 

2

Timb Pengarah

Hj Norhalimi

 

3

Setiausaha:

En Mohd Ramli Taib

 

4

Bendahari:

En Mustafa Kassim

 

5

Ketua Dana dan Sumbangan:

En Arzock Nassar, Hj Ahmad Yusof

 

 

6

Ketua Tajaan peniaga dan kilang

En Norizan Sulaiman

Bangi Height Development Sdn Bhd

7

Ketua Iklan dan promosi maya

En Khairil Anuar

D'Puncak Putra & Nusa

 

8

Ketua Iklan dan promosi terbitan

En Azizul Jabar

D'Puncak Putra & Nusa

 

9

Ketua Jemputan dan protokol

Hj Ahmad Yusof, En Mustafa, Hj Norhalimi

Putra Height Residency

10

Ketua Keselamatan dan lalulintas

En Khairuddin Yassim

Seri Mawar

 

11

Ketua Kebersihan

En Rosli Ramli

PKM dan Seri Melati

12

Ketua Logistik/PA sistem

En Engku Faizal/En Sharizat

Puncak Aman & Anjung Suasana

 

13

Pengacara majlis

Us Nushi

 

14

Ketua Pengisian persembahan

En Burhanuddin Mahwal

Putra Villa, D'Puncak Unggul

 

15

Ketua Juri Cabutan Nombor

Dr Ramizi Mohamed, Mejar Qayyum

Putra Tropika

 

16

Ketua Makanan

 

Hjh Nursiah, Kapt A Rahman, Puan Harina

Seri Dahlia dan Vista

17

Ketua Minuman

 

En Khair Daros, En Bakar Sohit

SP5, D'Sentral dan Acasia

18

Ketua Pendaftaran

 

Dr Ishak Ahmad

Putra Terrace, Rimbun Suria, Castenea

19

Ketua Tapak Gerai

En Mustapha Kassim

Acasia, Laman Indah

 

20

Ketua Doa

 

Us Nushi

 

21

Ketua Hadiah

Hjh Nursiah,  Hjh Faridah,  Hjh Sharifah

 

Princeton

 


Forum : "Rock".. Sampai ke Syurga di MMU

Assalamualaikum.
Sukacita dimaklumkan University Multimedia di bawah Unit Agama (STAD) Cyberjaya, dengan kerjasama Tabung Amanah Zakat MMU,BAKIT MMU & Institusi Usrah (IU) akan menganjurkan Program Forum Perdana Sempena Sambutan Bulan Ramadhan, yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 01 Ogos 2012 (Rabu)
Masa : 05.00pm - 08.00pm
Tempat : Surau Al-Hidayah , MMU Cyberjaya
Tajuk Forum : "Rock".. Sampai ke Syurga
Moderator : Ust Fauzi Mustaffa ( Duta Jus Tok Guru)
Ahli Panel :
1- Imam Muda Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan
2- Saudara Sham (Kamikaze)

Sehubungan dengan itu, pihak jawatankuasa dengan segala hormatnya menjemput tuan / puan dan ahli keluarga ke Forum ini, serta sebarkanlah Jemputan ini kepada keluarga & sahabat-sahabat yang lain

Makluman Hasil Mesy 2 Pelan Keselamatan PPBSP

Salam,

Berikut adalah perancangan PPBSP untuk keselamatan BSP secara keseluruhan.
Diharap mendapat sokongan daripada semua penduduk BSP.

Khai

---------- Forwarded message ----------
From: taib mramli <748s136@gmail.com> 

Assalamualaikum Dato, Dr, Tuan dan Puan ,

Mesyuarat ke 2, pelan keselamatan hariraya aidilfitri telah diadakan pada 28 jul 2012 @ 10 pg di pkm. Berikut adalah perkara-perkara yg tlh dibincangkan:-
1. Pengawal ronda PPBSP akan melawat dan mendapat makluman terkini dari pos keselamatan skim-skim yang mempunyai pengawal keselamatan
2. Langkah menghalang suspect keluar dari BSP, sebagai tambahan pondok keselamatan Bangi Height yg terletak di trafic light simpang empat , pos-pos keselamatan tambahan akan diadakan dalam tempoh kawalan keselamatan hari raya spt berikut :-
a) Jalan keluar ke tmn impian putra i.e berhadapan dgn skim putra villa - oleh pengawal ppbsp
b) Jalan berhadapan pusat kesihatan bsp - oleh pengawal ppbsp 
Nota: i) Jalan dari seri mawar/ dahlia ke takungan air akan ditutup. ii) Tiada pos keselamatan di kedai teres setingkat

3. Dari jumlah RM5k kos keselamatan, PPBSP akan menyumbang RM2k. Selebihnya dari sumbangan skim yang mana telah ditetapkan RM250/skim.
4. PPBSP juga akan menggerakan AJK untuk mendapatkan sumbangan dari operator-operator kedai sekitar BSP
5. Mesyuarat bersetuju tarikh akhir utk setiap skim memberi maklumbalas utk menyertai pelan keselamatan ini adalah pada 1 AUG 2012. Sila beri maklumbalas kpd En Khairudin - AJK Keselamatan PPBSP (0192462139) atau En Ramli - PSU PPBSP (0132476773)
6. Tarikh bayaran adalan pada 6 AUG 2012
7. Mesyuarat pada dasarnya bersetuju bahawa pelan keselamatan ini akan dilaksanakan, insyaAllah.

[SKBSP] Jemputan Majlis dan Mohon Sumbangan

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

[Surau Al-Hijrah] Ramadhan Minggu Kedua

Daripada Abu Hurairah ra, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu".
(Hadith riwayat Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi)
 
Ramadhan di Surau Al-Hijrah menghampiri minggu yang kedua. Alhamdulillah, kedatangan Jemaah melimpah ruah, aktiviti yang dirancang berjalan lancar sehingga ke hari ini. Beberapa gambar dari Lensa Rasmi surau.
 


Jadual Bertugas
 
Nama petugas keseluruhannya ada dipaparkan di Surau. Kepada para Jemaah yang tiada namanya tetapi berkelapangan,
dijemput untuk bersama-sama berbuka dan seterusnya bersolat Maghrib berjemaah.

Aktiviti Hujung Minggu
 

Program Komuniti
Seorang Saudara baru telah berkunjung ke Surau pada malam tadi memohon sumbangan ikhlas supaya dapat beliau meneruskan kehidupan setelah memeluk agama Islam baru-baru ini.
 
 
Borang Sumbangan & Tahlil turut disertakan. Sila rujuk Lampiran.
 
Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan & semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita semua... InsyaAllah.




Salam Ramadan & Selamat Hari Raya - PPBSP

Inline images 1

Salam RAMADAN

&

Selamat Hari Raya
AIDILFITRI


Daripada

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra

"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"

Jalan Bangi Lama akan Naik Taraf (Fasa Kedua)

Asalammualaikum.

Sewaktu kehadiran ADUN di Surau Al-Hijrah baru-baru ini, YB ada memaklumkan akan penaikkan taraf jalan Reko hingga ke pekan Bangi Lama.

Bagaimanapun jalan yang biasa digunakan oleh wagra Putra-Mahkota (Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra) iaitu jalan Bangi Lama ke UKM hanya akan dinaik taraf pada fasa kedua. Persatuan ada juga memaklumkan bahawa simpant di depan Gnome perlukan lampu isyarat kerana semakin sukar untuk kenderaan daripada Sg. Buah untuk memasuki simpang tersebut ke Bangi Lama. Biasanya akan ada pemandu yang tidak berkhemah memotong 'queue' disebelah kiri jalan dan terus ke simpang tersebut.

Berikut apa yang dilaporkan dalam blog ADUN.

-Khairil-

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

================

Peningkatan Taraf Jalan & Lampu Jalan Di Bangi

http://drshafie.blogspot.com/2012/07/peningkatan-taraf-jalan-lampu-jalan-di.html

BBB, 04 Ramadhan 1433 = 24 Julai 2012 (Selasa):

Petang ini Adun dijemput oleh JKR dan TNB bagi maklumat, perbincangan dan penentuan lokasi bagi peningkatan Jalan dan Lampu Jalan di atas. Ini adalah hasil dari tuntutan lepas, termasuk yang dibuat oleh Y.B. Teo Nie Ching pada peringkat Parlimen. Kami bertemu jam 5.00 di tepi jalan berhadapan Bangunan Koperasi UKM. Hadir ialah Adun Bangi bersama sdr. Shahrum dari Pejabat Adun, saudara Elex Wakil Y.B. Teo Nie Ching, Encik Nasir Karim JKR-Letrik Selangor, Encik Hamidi bin Sulaiman dari JKR Hulu Langat dan beberapa yang lain.

Kami dimaklumkan oleh Encik Nasir Karim pihak JKR-Letrik telah mengambil tindakan memulihkan letrik di kawasan-kawasan berikut:

a) Pemulihan Letrik-Pemasangan Lampu Jalan

1) Lampu-lampu jalan Persiaran Bangi

2) Jalan P1 Bandar Baru Bangi

3) Jalan Kilang Sony

4) Jalan Phamaniaga

5) Jalan Reko ke Bulatan Bangi

6) Jalan 4/5 Bandar Baru Bangi

7) Jalan Persiaran Bangi.

b) Peningkatan Taraf Jalan

Menurut Encik Hamidi bin Sulaiman, jalan daripada Jalan Reko hingga ke Jambatan di tepi pagar UKM (Hadapan Taman Pantun UKM) akan dinaik taraf dari jalan satu lane kepada dua lane dengan divider ditengah. Jalan di bawah kategori B17 ini adalah di bawah kerajaan negeri dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor. Peruntukan bagi menaiktaraf jalan ini dalam lingkungan RM50 juta beserta dengan peningkatan tiang lampu. Tender bagi projek ini telah dikeluarkan dan kerja-kerja dijangka bermula pada hujung tahun ini.

c) Peningkatan Taraf Jalan Fasa Kedua Dan Pemasangan Tiang Lampu Jalan Sementara

Kami diberitahu oleh Encik Hamidi bin Sulaiman, Fasa Kedua bagi peningkatan taraf Jalan dari UKM ke Pekan Bangi akan dilakukan selanjutnya berikutan dari penaiktarafan Jalan dari Jalan Reko ke UKM. Buat sementara ini, menurut Encik Nasir Karim jalan antara UKM-Pekan Bangi akan dipasang dengan tiang-tiang lampu. Jarak antara kedua tempat ini memerlukan sebanyak 350 batang tiang. Oleh kerana jalan ini akan dinaiktaraf dan tiang-tiang lampu sedia ada akan dikeluarkan dan diganti dengan yang baharu, maka menurut Encik Nasir tiang sedia ada dalam milik JKR-Letrik akan digunakan, tidak sepenuhnya dari segi jumlah. Penambahan dalam lingkungan 100 tiang.

Kami berkonvoi dengan tiga kenderaan meninjua tempat-tempat yang patut diberi keutamaan dipasang tiang.

Kami dapati tempat yang belum berpasang tiang lampu adalah dari UKM hingga ke Pusat Agency Niklear. Dari UKM ke Pusat Agency Nuklear terdapat 11 selekoh yang gelap dan bahaya, manakala dari Agency Nuklear ke Pekan sudah berpasang dengan tiang-tiang lampu. Sebab itu setelah bergerak dari beberapa hentian di sepanjang jalan dan pada akhirnya kami membuat keputusan.

!) Mulai dari UKM ke Pusat Agency Nuklear akan dipasang dengan 100 tiang yang dicadangkan.

2) Oleh kerana sudah ada tiang letrik dari Pusat Agency Nuklear ke Pekan Bangi, maka pihak JKR-Letrik akan memasang lampu-lampu pada tiang-tiang yang sedia ada.

Diharap dengan peningkatan taraf lebih memberi kemudahanan, keselesaan dan keselamatan kepada pengguna dan kita berharap pihak Jabatan yang diamanahkan menyiapkan projek-projek akan segera melaksanakan amanah ini dengan baik dan sempurna.

Sekian.

Rakaman Aktiviti di Surau Al-Hijrah Sepanjang Ramadhan

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Memasuki hari ke-6 umat Islam berpuasa. Mohon diteruskan amalan yang telah dijalankan sepanjang Ramadan ini.

Dikongsikan gambar-gambar yang dirakam oleh Tuan Zaidi, juru foto rasmi Surau Al-Hijrah sepanjang Ramadan di Surau Al-Hijrah.

Antaranya kehadiran YB Dr. Shafie Abu Bakar di Surau Al-Hijrah.

http://suraualhijrahbsp.lensa.my/v1/

Manakala, link ini adalah rakaman daripada juru foto ADUN sendiri:

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.473637095980632.114451.100000030372738&type=1

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

=============================================================================

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85
MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024
.
CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08
.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Facebook2 | Mailinglist

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist
SK Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Facebook Tahun 6

SRA Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook
Surau Al-Hijrah: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist
SP5: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist

Seri Mawar: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist

==============================================================================








Agihan Bubur Lambuk Percuma Setiap JUmaat di Bazar Ramadhan BSP


Inline images 1

BUBUR LAMBUK PERCUMA

Setiap JUMAAT sepanjang RAMADHAN

Jam 5.00 Petang

Anjuran: Bangi Heights Development Sdn. Bhd.

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Ahli Majlis Zon 24 Membantu Fakir di Bangi Lama

Inline images 1

Sekadar berkongsi cerita dari FB Ahli Majlis MPKj Zon 24, Hj Mazwan Johar.


Nasib org fakir. Hidup payah. Diam di bangsal buruk. Kais pg makan pg. En. Veerasamy buat pelbagai kerja kasar utk sara klrga. Anak lelakinya umur 10 thn (dlm foto) sering bantu. Kawan2 d sekolah ejek bapanya. Dia tk tahan & adu kpd bapanya bbp kali. Tertekan dgn aduan anaknya & terkesan dgn minuman keras, bapanya ke sekolah utk beri ingatan pd phk sekolah jgn diri & anaknya dihina. Dia msk kawasan sekolah dgn parang tersisip d pinggang. Sekolah adu pd polis & dia ditahan reman. Tiada lg kais pg. Laporan diterima dpd jiran Cina sebelah bangsalnya. Bergegas ke bangsal itu. Foto di hadapan bangsal klrga Veerasamy bersama isteri & anak2 mrk. Beri sumbangan makanan semlm sebelum Ramadhan bermula. Secebis kisah hidup org fakir d tanahair.

=============================================================================

JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
BANK ISLAM: 1202-9010-0595-85
MAYBANK ISLAMIC 5628-3450-4024
.
CIMB ISLAMIC 12-3700-006-081-08
.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.

Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Facebook2 | Mailinglist

Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist
SK Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook | Facebook Tahun 6

SRA Bandar Seri Putra: Forum | Blog | Facebook
Surau Al-Hijrah: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist
SP5: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist

Seri Mawar: Forum | Blog | Facebook | Mailinglist

==============================================================================






 

 

Bazar Ramadhan 2012 - Masih ada kekosongan

Inline images 1

Di maklumkan: Sesiapa minat untuk dapatkan tapak gerai Bazar Ramadan di Bandar Seri Putra boleh hubungi En Samsudin 016-927 7208 atau Mustafa 016-369 2443, masih terdapat beberapa tapak gerai yang kosong.

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

[Surau Al-Hijrah] Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan



Jadual Bertugas
Nama petugas keseluruhannya ada dipaparkan di Surau. Kepada para Jemaah yang tiada namanya tetapi berkelapangan,
dijemput untuk bersama-sama berbuka dan seterusnya bersolat Maghrib berjemaah.

Pihak Surau akan mengagihkan Sumbangan Kurma Untuk Berbuka kepada Anak Kariah Surau yang meliputi
Putra Tropika, Seri Putra 5 (SP5) dan juga Anjung Suasana pada petang ini selepas Asar.
Pengagihan akan dilakukan oleh Anak Remaja  Surau. Sambutlah kedatangan mereka dengan senyuman :=)
Bersama ini juga disertakan Borang Sumbangan & Tahlil untuk kemudahan anda.
 
Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan & semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik untuk kita semua... InsyaAllah.


PM luluskan sumbangan RM 1 juta untuk Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>

Assalamualaikum,

YBhg Pengerusi JK Pembinaan telah mendapat surat makluman bahawa Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan sumbangan bantuan peruntukan khas untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sebanyak RM 1 juta.

Surat bertarikh 12 Jun 2012 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri ditandatangani oleh Dato' Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof (Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas)) b/p Ketua Pengarah ICU.

Alhamdulillah.  :)

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Sent: Wednesday, July 18, 2012 9:48 PM
Subject: Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2012


-

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407002059355984&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,565,593.40 (berakhir bulan Jun 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-33 pada 8 Julai 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Mei 2012 = RM45,186.64 (updated)
  • bulan Jun 2012 = RM95,046.15 - kutipan meningkat semula berbanding bulan sebelumnya
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat sempena Ramadhan Al-Mubarak yang kian menjelang dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid.

Sedikit Perkembangan Terkini:

  • Alhamdulillah, tapak masjid telah dibersihkan dan hanya menunggu jentera berat masuk bagi memulakan kerja-kerja menanam cerucuk. Fasa 1 ini sebenarnya telah bermula pada awal bulan Julai lalu dan dijangka selesai dalam tempoh empat (4) bulan.
  • MPKj telah memberikan Surat Kelulusan kepada Pelan Masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Dengan kelulusan pelan tersebut, JK Pembinaan sudah boleh mengeluarkan tender untuk pembinaan struktur, tertakluk kepada dana yang terkumpul. Lebih cepat dana dapat dikumpulkan, lebih cepat kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan.. InsyaAllah..
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik   ;D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2012

-

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407002059355984&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,565,593.40 (berakhir bulan Jun 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-33 pada 8 Julai 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Mei 2012 = RM45,186.64 (updated)
  • bulan Jun 2012 = RM95,046.15 - kutipan meningkat semula berbanding bulan sebelumnya
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat sempena Ramadhan Al-Mubarak yang kian menjelang dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid.

Sedikit Perkembangan Terkini:

  • Alhamdulillah, tapak masjid telah dibersihkan dan hanya menunggu jentera berat masuk bagi memulakan kerja-kerja menanam cerucuk. Fasa 1 ini sebenarnya telah bermula pada awal bulan Julai lalu dan dijangka selesai dalam tempoh empat (4) bulan.
  • MPKj telah memberikan Surat Kelulusan kepada Pelan Masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Dengan kelulusan pelan tersebut, JK Pembinaan sudah boleh mengeluarkan tender untuk pembinaan struktur, tertakluk kepada dana yang terkumpul. Lebih cepat dana dapat dikumpulkan, lebih cepat kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan.. InsyaAllah..
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik   ;D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet