Terkini

Jalan Bangi Lama akan Naik Taraf (Fasa Kedua)

Asalammualaikum.

Sewaktu kehadiran ADUN di Surau Al-Hijrah baru-baru ini, YB ada memaklumkan akan penaikkan taraf jalan Reko hingga ke pekan Bangi Lama.

Bagaimanapun jalan yang biasa digunakan oleh wagra Putra-Mahkota (Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra) iaitu jalan Bangi Lama ke UKM hanya akan dinaik taraf pada fasa kedua. Persatuan ada juga memaklumkan bahawa simpant di depan Gnome perlukan lampu isyarat kerana semakin sukar untuk kenderaan daripada Sg. Buah untuk memasuki simpang tersebut ke Bangi Lama. Biasanya akan ada pemandu yang tidak berkhemah memotong 'queue' disebelah kiri jalan dan terus ke simpang tersebut.

Berikut apa yang dilaporkan dalam blog ADUN.

-Khairil-

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

================

Peningkatan Taraf Jalan & Lampu Jalan Di Bangi

http://drshafie.blogspot.com/2012/07/peningkatan-taraf-jalan-lampu-jalan-di.html

BBB, 04 Ramadhan 1433 = 24 Julai 2012 (Selasa):

Petang ini Adun dijemput oleh JKR dan TNB bagi maklumat, perbincangan dan penentuan lokasi bagi peningkatan Jalan dan Lampu Jalan di atas. Ini adalah hasil dari tuntutan lepas, termasuk yang dibuat oleh Y.B. Teo Nie Ching pada peringkat Parlimen. Kami bertemu jam 5.00 di tepi jalan berhadapan Bangunan Koperasi UKM. Hadir ialah Adun Bangi bersama sdr. Shahrum dari Pejabat Adun, saudara Elex Wakil Y.B. Teo Nie Ching, Encik Nasir Karim JKR-Letrik Selangor, Encik Hamidi bin Sulaiman dari JKR Hulu Langat dan beberapa yang lain.

Kami dimaklumkan oleh Encik Nasir Karim pihak JKR-Letrik telah mengambil tindakan memulihkan letrik di kawasan-kawasan berikut:

a) Pemulihan Letrik-Pemasangan Lampu Jalan

1) Lampu-lampu jalan Persiaran Bangi

2) Jalan P1 Bandar Baru Bangi

3) Jalan Kilang Sony

4) Jalan Phamaniaga

5) Jalan Reko ke Bulatan Bangi

6) Jalan 4/5 Bandar Baru Bangi

7) Jalan Persiaran Bangi.

b) Peningkatan Taraf Jalan

Menurut Encik Hamidi bin Sulaiman, jalan daripada Jalan Reko hingga ke Jambatan di tepi pagar UKM (Hadapan Taman Pantun UKM) akan dinaik taraf dari jalan satu lane kepada dua lane dengan divider ditengah. Jalan di bawah kategori B17 ini adalah di bawah kerajaan negeri dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Selangor. Peruntukan bagi menaiktaraf jalan ini dalam lingkungan RM50 juta beserta dengan peningkatan tiang lampu. Tender bagi projek ini telah dikeluarkan dan kerja-kerja dijangka bermula pada hujung tahun ini.

c) Peningkatan Taraf Jalan Fasa Kedua Dan Pemasangan Tiang Lampu Jalan Sementara

Kami diberitahu oleh Encik Hamidi bin Sulaiman, Fasa Kedua bagi peningkatan taraf Jalan dari UKM ke Pekan Bangi akan dilakukan selanjutnya berikutan dari penaiktarafan Jalan dari Jalan Reko ke UKM. Buat sementara ini, menurut Encik Nasir Karim jalan antara UKM-Pekan Bangi akan dipasang dengan tiang-tiang lampu. Jarak antara kedua tempat ini memerlukan sebanyak 350 batang tiang. Oleh kerana jalan ini akan dinaiktaraf dan tiang-tiang lampu sedia ada akan dikeluarkan dan diganti dengan yang baharu, maka menurut Encik Nasir tiang sedia ada dalam milik JKR-Letrik akan digunakan, tidak sepenuhnya dari segi jumlah. Penambahan dalam lingkungan 100 tiang.

Kami berkonvoi dengan tiga kenderaan meninjua tempat-tempat yang patut diberi keutamaan dipasang tiang.

Kami dapati tempat yang belum berpasang tiang lampu adalah dari UKM hingga ke Pusat Agency Niklear. Dari UKM ke Pusat Agency Nuklear terdapat 11 selekoh yang gelap dan bahaya, manakala dari Agency Nuklear ke Pekan sudah berpasang dengan tiang-tiang lampu. Sebab itu setelah bergerak dari beberapa hentian di sepanjang jalan dan pada akhirnya kami membuat keputusan.

!) Mulai dari UKM ke Pusat Agency Nuklear akan dipasang dengan 100 tiang yang dicadangkan.

2) Oleh kerana sudah ada tiang letrik dari Pusat Agency Nuklear ke Pekan Bangi, maka pihak JKR-Letrik akan memasang lampu-lampu pada tiang-tiang yang sedia ada.

Diharap dengan peningkatan taraf lebih memberi kemudahanan, keselesaan dan keselamatan kepada pengguna dan kita berharap pihak Jabatan yang diamanahkan menyiapkan projek-projek akan segera melaksanakan amanah ini dengan baik dan sempurna.

Sekian.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet