Terkini

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jun 2012

-

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407002059355984&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1&relevant_count=1)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,565,593.40 (berakhir bulan Jun 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-33 pada 8 Julai 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Mei 2012 = RM45,186.64 (updated)
  • bulan Jun 2012 = RM95,046.15 - kutipan meningkat semula berbanding bulan sebelumnya
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat sempena Ramadhan Al-Mubarak yang kian menjelang dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid.

Sedikit Perkembangan Terkini:

  • Alhamdulillah, tapak masjid telah dibersihkan dan hanya menunggu jentera berat masuk bagi memulakan kerja-kerja menanam cerucuk. Fasa 1 ini sebenarnya telah bermula pada awal bulan Julai lalu dan dijangka selesai dalam tempoh empat (4) bulan.
  • MPKj telah memberikan Surat Kelulusan kepada Pelan Masjid pada 13 Julai 2012 lalu. Dengan kelulusan pelan tersebut, JK Pembinaan sudah boleh mengeluarkan tender untuk pembinaan struktur, tertakluk kepada dana yang terkumpul. Lebih cepat dana dapat dikumpulkan, lebih cepat kerja-kerja pembinaan dapat dijalankan.. InsyaAllah..
Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.

Disertakan juga attachment graf bersaiz A4 untuk rujukan rakan-rakan yang tak berapa nampak tulisan kecik   ;D

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet