Assalammualikum.
Y.Bhg Tan Sri / Dato' / Datin / Tuan & Puan
MENAJA BUBUR LAMBUK SEMPENA BULAN RAMADHAN 1433H ANJURAN
PIBG SRA BANDAR SERI PUTRA
Merujuk kepada perkara di atas kami PIBG SRA Bandar Seri Putra memohon jasa baik anda untuk menaja program bubur lambuk anjuran PIBG SRA Bandar Seri Putra pada bulan Ramadhan 1433 Hijrah ini. Bubur lambuk ini akan diedarkan kepada murid-murid SRA Bandar Seri Putra dan juga jiran berdekatan sekolah bermula 1hb Ramadhan bersamaan dengan 21hb Julai 2012.
2. Harga bagi satu periuk bubur lambuk adalah RM300 atau bersamaan 200 bungkus.
3. Tarikh akhir penyertaan adalah 19hb Julai 2012.
4. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nama dan nombor dibawah:
Mohd Juffri Bukhari - 017-2033601
Mohammed Iqbal - 012-6563033
Kerjasama dan sumbangan pihak YBhg. Tan Sri / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik di bulan yang mulia ini sangatlah kami hargai. Moga Allah memberkati dan menggandakan amalan kita semua di bulan Ramadhan ini.
Sekian. Terima kasih.
Yang benar,
Mohammed Iqbal
Yang Dipertua
PIBG SRA Bandar Seri Putra
0 comments:
Catat Ulasan