Terkini

30 Jun - Basikal - SaifulIslam - Kesihatan - Tiga Program Serentak di BSP


PROGRAM DI BSP ESOK
1 -  PROGRAM KAYUHAN BASIKAL PENDUDUK BSP BERSAMA WARGA POLIS DAERAH KAJANG
2-  SAMBUTAN SAIFULISLAM.COM KE-15 TAHUN
3-  HARI KESIHATAN DI SURAU UMAR AL-KHATAB (SUAK)


1 -  PROGRAM KAYUHAN BASIKAL PENDUDUK BSP BERSAMA WARGA POLIS DAERAH KAJANG


Inline images 2


Semua Penduduk Yang Dihormati,

 

 

Diharapkan semua penduduk telah bersedia dengan basikal masing-masing.  Turunlah bersama keluarga, kita kayuh basikal beramai-ramai sambil beriadah di pagi tersebut.

 

Sampaikan berita ini kepada jiran-jiran, kenalan supaya dapat meluangkan masa demi untuk keharmonian penduduk BSP.  Pendaftaran dibuka mulai jam 7.15 pagi dihadapan Pejabat Jualan,  BHD dan kayuhan basikal akan bermula jam 8.30 pagi.  Sila rujuk kepada aturcara terkini yang dikepilkan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 Norizan bin Hj Sulaiman

Senior Executive, Security

Bangi Heights Development Sdn Bhd

34, Jalan Seri Putra 1/2

Bandar Seri Putra Bangi

43000 Kajang, Selangor

Tel:  03-8927 1611 Samb 320

HP:  019-378 3778

 


 

Salam Sejahtera,

 

1.        Bangi Heights Development Sdn Bhd akan menganjurkan satu acara yang dinamakan 'Community Policing' - Program Kayuhan Basikal Penduduk Bandar Seri Putra bersama Warga Polis Daerah Kajang pada 30 Jun 2012 bermula jam 7.45 pagi hingga 11.30 pagi berhadapan 'Sales Gallery', Bangi Heights Development Sdn Bhd.  Aturcara yang diaturkan adalah bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara PDRM dan masyarakat setempat serta mewujudkan kemesraan tanpa batasan antara Polis dan masyarakat serta bersama-sama berinteraksi untuk memperolehi informasi jenayah masa kini. Disamping itu, ianya juga merapatkan lagi kemesraan penduduk-penduduk dengan pemaju; Bangi Heights Development Sdn Bhd yang telah sedia terjalin selama ini.

 

2.        Program ini akan disertai oleh semua penduduk daripada 21 taman di Bandar Seri Putra.  Jalan-jalan yang akan dilalui untuk kayuhan basikal ini adalah di Bandar Seri Putra.  Sila lihat pelan yang disertakanVIP yang diundang adalah YDH ACP Ab Rashid bin Ab Wahab, Ketua Polis Daerah Kajang dan tetamu kehormat adalah YBhg Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman, Yang DiPertua MPKj.  Sila lihat aturcara yang dikepilkan.

 

3.        Semua penduduk adalah dijemput hadir beramai-ramai bersama keluarga dengan menyertai kayuhan basikal ini.  Sila bawa basikal masing-masing bersama.  T-Shirt percuma akan diberikan kepada semua yang mendaftar untuk kayuhan basikal.  Selain daripada kayuhan basikal, beberapa aktiviti juga diadakan seperti pameran Polis, K9 (Unit Anjing Pengesan), kenderaan peronda Polis, kaunter Rakan Cop dan tidak ketinggalan diadakan "cabutan bertuah" untuk semua penduduk yang mendaftar menyertai kayuhan basikal (akan diberi nombor cabutan bertuah semasa pendaftaran).

 

4.        Mohon pengerusi-pengerusi skim menghebahkan kepada semua komuniti.  Banner pemberitahuan akan dipamerkan dua minggu sebelum tarikh program diadakan.  Sila war-warkan program ini untuk persiapan masing-masing.

 

Sekian, terima kasih.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

BHDSB

 



  2-  SAMBUTAN SAIFULISLAM.COM KE-15 TAHUN


Inline images 1


Jemput hadir semua ke Sambutan Ulangtahun ke-15 Saifulislam.Com

Sabtu (esok) 30 Jun 2012
8.30 am - 11.30 pm
Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS) Selangor

Temui personaliti dakwah kreatif tanah air antaranya dari Brotherhood Arts!

InsyaAllah Bro. Ammar akan kongsikan tips menarik berkenaan "Branding dan Dakwah"

Jumpa esok insyaAllah! =)



  3-  HARI KESIHATAN DI SURAU UMAR AL-KHATAB (SUAK)

Inline images 3

HARI KESIHATAN

ANJURAN BERSAMA SUAK DAN KUIS

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet