
Alhamdulillah, seperti yang telah dirancang, novelis popular Ain Maisarah tampil dengan cerianya ke sekolah SKBSP tadi.
  Ditemani  oleh teamnya termasuklah suami beliau yang merangkap sebagai pengurus,  Ain Maisarah tampil sebagai perasmi program Nilam (Nadi Ilmu Amalam  Membaca) peringkat SKBSP.
Untuk yang masih tercari-cari apa itu  program Nilam, secara ringkasnya ia adalah projek bagi menggalakkan  murid-murid membaca buku sebagai jambatan ilmu.
  

  
Dalam  ucapan Ain Maisarah, beliau telah berkongsi pengalaman sebagai penulis  dan apa kelebihan sebagai penulis. Sebagai contoh, buku pertamanya  melayakkan beliau mencapai royalti sebanyak RM5 ribu. Dan setelah  menghasilkan 29 buku, royalti yang beliau telah kumpul berjumlah hampir  setengah juta ringgit.
Selain itu beliau juga berkongsi cerita  mengenai 3 penulis cilik berumur 11 hingga 15 tahun yang telah menulis  buku dan telah mula mendapat royalti walaupun masih bersekolah. Bahkan  jadual persekolahan mereka tidak terganggu kerana menulis semasa cuti  sekolah. Disamping itu royalti yang diterima boleh dinikmati oleh anak  dan cucu kita dikemudian hari. Sebagai contoh Enid Blyton (11 Ogos 1897 –  28 November 1968), royatinya menyebabkan cucu-cucunya kaya pada masa  kini.
Selain itu Ain juga berkongsi matlamat dan konsep buku yang  diketengahkan oleh PTS Publication Sdn. Bhd. yang menggunakan bahasa  Melayu tinggi yang sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah. Ini boleh  dijadikan rujukan dan ulangkaji kepada pelajaran bahasa Melayu dirumah.
  

  
Seterusnya  Ain meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anak-anak SKBSP termasuk  menandatangani pada buku atau apa sahaja yang pelajar bawa. Sehinggakan  ada pelajar yang menyerahkan bajunya untuk ditandatangani oelh Ain.  Juga gelagat lucu seorang pelajar yang 3 kali tampil berjumpa dengan  beliau walaupun tidak membawa apa-apa untuk ditandatangani. Sekadar  dapat berbual dengan Ain, itupun sudah mencukupi.
  
Ain berada di SKBSP sehingga jam 11 pagi sebelum beransur pulang setelah penat beramah mesra bersama warga SKBSP.
  
Insya-Allah  hasil daripada kehadiran Ain Maisarah dan jualan buku sepanjang 3 hari  di sekolah ini, pusat sumber akan mendapat manfaat dengan sumbangan buku  dari pihak pengurusan Ain Maisarah.
Diucapkan ribuan terima  kasih kepada Ain Maisarah dan teamnya. Serta kepada guru-guru yang turut  menjayakan program tadi. Tak lupa kepada anak-anak dan ibubapa  masing-masing yang mana tanpa kerjasama dan sokongan semua, tidak  mungkin program tadi berjaya.
Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150535352425789.395337.182228500788&type=1
  
PAKSI
PIBG SKBSP
http://skbandarseriputra.blogspot.com
 
Terkini
Novelis Popular Ain Maisarah Tetap Ceria Melayan Pelajar SKBSP
Dikirim oleh
khaiatbsp
18 Januari 2012
pada
2:31 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan