Terkini

Menyelesaikan Masalah Longgokan Sampah di Vista Seri Putra 17 Jan 2012


17 Jan 2012 - Ahli Majlis MPKj Zon 24 bersama-sama petugas Pusat Khidmat Masyarakat Putra-Mahkota telah turun padang untuk menyelesaikan masalah lambakan sampah di rumah sampah Vista Seri Putra malam ini bersama-sama kontraktor pengutipan sampah yang baru. Turut hadir adalah YDP PPBSP, JK Kebajikan dan JK Penerangan PPBSP yang memantau kerja-kerja yang dilakukan. Operasi yang bermula jam 11:30 malam telah berakhir pada kira-kira jam 2:00 pagi.

Pengerusi dan AJK JMB Apartmen Seri Mawar yang turut meninjau keadaan juga diberi kesempatan untuk menyuarakan kegusaran tentang masalah sampah yang telah 12 hari tidak dikutip di Seri Mawar. Ahli Majlis dan kontraktor terbabit telah mencapai kata persetujuan untuk mengutip sampah di Seri Mawar pada malam itu juga. Pihak kontraktor bergerak ke Seri Mawar kira-kira pada jam 3:00 pagi untuk mengutip sampah di sana pula.



11:30pm - JCB kontraktor sampah bersedia untuk menyodok sampah. Turut kelihatan adalah sampah pukal (kayu2 dan perabot) yang becampur dengan sampah domestik.


JCB kontraktor mengambil sampah


Sampah dipunggah ke dalam tong yang dibawa oleh kontraktor sampah


Longgokan sampah pukal yang telah bercampur dengan sampah domestik. Pengasingan perlu dilakukan sebelum sampah domestik tersebut boleh dikutip


2:10 pagi - Keadaan rumah sampah Vista setelah operasi selesai. Sampah yang tinggal perlu menjalani proses pengasingan sebelum dapat dikutip oleh kontraktor. Dijangka boleh diselesaikan segera jika tiada sampah baru.

Layari FB PPBSP untuk set gambar sepenuhnya - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.280175118704590.66419.169051276483642&type=3

http://ppbsp.blogspot.com

__._,_.__

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet