Islam menyarankan agar kita menjaga kebersihan. Dalam satu hadis nabi Nabi SAW:
Sedih itulah yang dapat saya katakan dengan sikap dan tindakan segelintir pihak yang nampaknya tidak mengikut saranan Nabi kita. Bahkan secara hakiki memang manusia suka kepada bersih dan cantik.
Belum habis kisah sampah bertaburan di rumah sampah Vista Seri Putra, nampaknya kawasan taman kita juga tidak dijaga dengan baik oleh warga Bandar Seri Putra yang tidak perihatin. Terbaru, warga SP5 melalui pengerusinya En. Jeffri menyatakan kesedihan beliau berkenaan sampah yang bertaburan di padang SP5. Benar padang tersebut bukan milik warga SP5 dan menjadi hak awam, tetapi warga SP5 yang merana setiap pagi Isnin apabila hendak keluar bekerja terpaksa melihat pemandangan yang menyakitkan mata itu. Untuk makluman semua, pada kebiasaan ianya hanya akan dibersihkan oleh pihak bertanggungjawab setelah beberapa hari. Maka, untuk beberapa hari itulah warga SP5 disajikan dengan pemandangan yang buruk ini.
Aduan telah dibuat. Teguran telah dibuat. Nasihat juga nampaknya hanya keluar ke telinga kiri pengunjung. Tidak mungkin dapat dinasihatkan semua yang mengunjung. Tetapi kebersihan itulah kehendak fitrah manusia. Pastikan tempat kita atau tempat kita kunjungi bersih. Bahkan disekolah, dirumah, dan kempen kerajaan. Semuanya agar menjadikan rakyat Malaysia warga negara kelas pertama dengan mengamalkan perkara asas seperti kebersihan, kesefahaman, bertimbang rasa dan pelbagai sihat mulia bagi kita orang Timur.
Oleh itu, sedih sungguh melihat situasi Vista dan padang SP5. Dalam situasi Vista, papan tanda terpampang megah agar harta persendiri tidak dibuang di situ. Tetapi bila ditegur, kita pula dimarahi. Itu belum lagi dipanjangkan masalah longkang di pusat komersial yang mempunyai bau hingga menusuk mata. Juga komen ibubapa sekolah yang sangat tidak berpuasa hati tahap kebersihan tandas sekolah. Hinggakan ada anak-anak yang terpaksa menahan diri sehingga sampai kerumah untuk menyempurnakan qadaq hajat.
Apa jawapannya? Kenalah berbalik kepada fitrah dan tanggungjawab semua untuk menjaga kebersihan. Bukan sahaja di rumah tapi juga ditempat awam. Jika ditempat awam, kalau tong telah penuh, pastikan kita bawa pulang sampah. Semua ini boleh diubah dengan usaha kita yang kecil.
"Bandar Seri Putra, kediaman sejahtera untuk semua"
khaiatbsp
0 comments:
Catat Ulasan