Terkini

Majlis Ramah Mesra Bersama Ketua Polis Daerah Kajang









TUTUP PELUANG, KURANGKAN JENAYAH


Bandar Seri Putra, 1 Oktober 2011.

"Terdapat tiga elemen dalam jenayah. Pelaku, niat dan peluang. Dua yang pertama kita tak boleh kawal, tetapi elemen ketiga adalah dalam kawalan kita", kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab dalam Majlis Ramah Mesra Bersama Wakil Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra. "Kalau kita tutup peluang, insya-Allah ruang untuk jenarah berlaku dapat dikurangkan", tambah beliau lagi. Beliau juga menyeru agar penduduk dapat memberi maklumat secepat mungkin jika terdapat orang yang mencurigakan disekitar kawasan mereka.

Majlis yang dianjurkan oleh pemaju Bandar Seri Putra, Bangi Heights Development ini membuka ruang bagi wakil penduduk untuk berdialong bersama pemaju dan juga pihak polis. Hampir semua wakil skim-skim di Bandar Seri Putra turut hadir. Manakala, SI Ramlan, Ketua Balai Polis Bangi pula menambah, program "Community Policing" akan diaktifkan semula setelah dua tahun lalu dilancarkan tetapi kurang aktif. Antara lain, perjumpaan antara Polis dan wakil penduduk akan diadakan semula. Serta penduduk disaran untuk mendapatkan nombor telefon ketua sektor polis masing-masing yang telah diedarkan kepada wakil penduduk tidak lama dulu. Dengan ini memudahkan sebarang bantuan oleh polis yang mengetuai sektor tersebut.

Dato Zakaria, merangkap YDP PIBG SM Bandar Seri Putra dan juga NYDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) pula berharap ibubapa turut memainkan peranan dalam menangani masalah dan jenayah remaja.

En Zulkifli Gharib, Pengarah UM Land & Bangi Height, menyarankan agar penduduk dapat membuka lampu di belakang rumah bagi menerangkan jalan belakang rumah. Ini bagi menjawab persoalan agar pemaju memasang lampu jalan dibelakang rumah. Disamping itu, pemaju tidak dapat terus mengadakan kawalan keselamatan di Laman Indah (projek baru) atas sebab kos. Kos sebenar sepatutnya ditanggung oleh penduduk secara berkelompok.

Majlis diakhiri dengan hidangan tengahari disamping perbualan ringan bagi merapatkan hubungan.











Selebihnya di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.227052040683565.55833.169051276483642&type=1

Khaiatbsp

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet