Buku terjemahan PTS. Secara peribadinya saya pun belum membacanya. Sesuai untuk mereka yang lebih suka membaca baku dalam bahasa ibunda.
Diskaun 10% untuk pembeli sekitar PMC dengan penghantaran percuma (pembelian melebihi RM30)
Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia
oleh John Perkins
Harga: RM 30.00 / RM 33.00
ISBN-13: 978-967-369-128-9
Tarikh Terbit: 17 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 336
Kategori: Bisnes & Pengurusan
The Presentation Secrets of Steve Jobs (Edisi Bahasa Melayu)
oleh Carmine Gallo
Harga: RM 26.00 / RM 29.00
ISBN-13: 978-967-369-113-5
Tarikh Terbit: 13 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 296
Kategori: Bisnes & Pengurusan, Komunikasi Massa
Leaving Microsoft to Change the World
oleh John Wood
Harga: RM 22 / RM 25
ISBN-13: 978-967-5783-95-1
Tarikh Terbit: 6 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 512
Terkini
Buku-buku Terjemahan PTS
Pentingnya Persatuan Guru-Guru Agama Selangor (PEGAS) - Adun Bangi
Monday, October 31, 2011
Pentingnya Persatuan Guru-Guru Agama Selangor (PEGAS) - Adun Bangi
Apabila Pengerusi Badan Kebajikan Guru Kafa Daerah Hulu Langat, Ustaz Haji Zainudin bin Hussain menghubungi Adun bagi merasmikan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Guru-Guru Kafa, Daerah Hulu Langat dan kemudian beliau sendiri datang ke Pejabat Adun menghantar surat jemputan, Adun tidak teragak-agak memberi ruang untuk datang merasmikan Mesyuarat Agung Ke 4. Respond dari Adun, kerana melihat perlunya guru-guru Kafa berpersatuan – sekarang Persatuan Kebajikan Guru-Guru Kafa Daerah Hulu Langat dan mau melihat apakah kegiatan-kegiatan pernah dan akan dilakukan.
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 4 adalah atas inisiatif Badan Kebajikan Guru Kafa Daerah Hulu Langat bertempat di Dewan Sekolah Agama Nur Salbiah berhampiran Surau Cheras Perdana. Hadir sama ke Majlis Perasmian ialah Haji Zainuddin bin Hussain Pengerusi Jawatankuasa Badan Kebajikan, Puan Faturah binti Mohd Naain Timbalan Pengerusi, Ustaz Mohd Rafi Penyelia Kafa , Hulu Langat, Ustaz Zulkifli bin Mohd Zain Mantan YDP Persatuan Kebajikan Kafa, Saudara Mansor Setiausaha dan para guru yang berjumlah lebih kurang 50 orang. Guru perempuan lebih ramai dari lelaki – adalah biasa.
Sebaik Adun tiba (9.00 pagi) ke laman surau Cheras Perdana terus diiring ke Dewan Sekolah berdekatan dan Majlis bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Ustaz Zainuddin Hussain, beliau berterima kasih di atas kehadiran para jemputan. Menurut beliau, ``Persatuan ditubuhkan pada tahun 2,000 dan berjaya mendaftar di ROS pada tahun 2008. Terdapat 2,000 guru-guru Kafa di Hulu Langat, tetapi jumlah mereka yang mendaftar keahlian adalah sedikit.`` Menurut Ustaz Zainuddin lagi, `` Antara tujuan penubuhan Persatuan Kebajikan ialah bagi mendapat pertimbangan wajar dari segi gaji. Misalnya pada tahun-tahun 1970an gaji guru Kafa ialah RM100.00, 1990an RM200 dan pada tahun 1993 sebanyak RM288/= sebulan. Tujuan juga bagi meningkatkan prestasi guru sebagai bidang professional melalui kursus dan pembelajaran.``. Menurut Ustaz Zainuddin selama ini ada dianjurkan kursus dan bantuan kebajikan bagi ahli-ahli.
Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya, mengucap terima kasih di atas jemputan. Adun sendiri mengakui sebelum ini tidak mengetahui adanya Badan Kebajikan Guru Kafa. Adun berpendapat adalah penting guru-guru agama di negeri Selangor mempunyai Persatuan Guru-Guru Agama Selangor (PEGAS) yang melibatkan skop yang lebih luas. Banyak perkara yang dapat diberi perhatian terhadap masalah, nasib dan peluang guru-guru agama. Bagi memperjuangkan nasib guru-guru agama tidak boleh hanya secara bersendirian, tetapi hendaklah secara berjamaah. Selama ini Adun hanya mengetahui yang ada ialah Persatuan atau Jamaah Guru Besar atau PIBG Sekolah agama. Sudah tiba Badan Kebajikan memperluaskan skop dan peranannya bagi kepentingan guru agama. Mereka tidak wajar ditakut atau ditekankan untuk berpersatuan. Banyak masalah yang dapat diberi perhatian. Tetapi menurut Adun, selama menjadi Wakil Rakyat, beliau tidak mendapati adanya desakan atau tuntutan dari guru agama bagi membaiki gaji mereka atau memperbaiki keperluan Sekolah agama mereka. Tetapi hal ini datangnya dari luar yang memandang pentingnya diberi perhatian terhadap nasib guru-guru agama, Misalnya pada awal Tahun 2000 Adun Bangi membawa usul dalam Dewan Negeri Selangor supaya dinaikkan elaun guru agama dari dari RM400/= lebih kepada RM600/= lebih dan pada tahun 2009 saudara Azmin Ali dan Adun Bangi sekali lagi membawa cadangan supaya dinaikkan gaji guru agama kepada RM1,000 dan diterima.
PEGAS penting ditubuhkan bukan setakat untuk kepentingan kebajikan ahli, tetapi antara perkara yang patut diperjuangkan:
a) PEGAS boleh menuntut agar guru agama perlu dinaikkan taraf dari kedudukan sementara, kepada guru tetap dan berpencen dengan jumlah gaji yang bersesuaian berdasarkan kelulusan dan beban kerja.
b) PEGAS boleh mendesak supaya guru-guru agama diberi peluang berkursus dan mendapat sijil atau diploma perguruan yang melayakkan mereka membuat tuntutan yang bersesuaian dengan kelulusan dan kelayakan mereka.
c) PEGAS meminta pihak berkuasa memperbaiki dan menyediakan bangunan Sekolah, kawasan dan infra-struktur yang bersesuaian bagi Sekolah.
d) PEGAS meminta diberi hak sama membincangkan dan memperbaiki kurikulum sekolah agama dan membuat cadangan-cadangan
e) PEGAS berusaha dan mencadang bagi mewujudkan peluang pelajar lulusan sekolah agama menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
f) PEGAS boleh mencadangkan kurikulum bersepadu dan mengurangkan berbagai jenama Sekolah terutama pada peringkat rendah kepada yang lebih asas dan identik.
g) PEGAS boleh mendesak agar dibanyakkan Sekolah agama menengah agar dapat menampung kekurangan tempat yang amat diperlui bagi pelajar aliran agama menyambung pengajian.
h) PEGAS boleh mendesak agar konsep Sekolah Agama Integrasi perlu dibanyakkan dan ditingkatkan kualiti.
i) PEGAS boleh mencadangkan agar pentadbiran dan perjalanan Sekolah agama – PIBG dan Guru-Guru diperbaiki
j) PEGAS perlu mencadangkan agar penilaian terhadap kualiti Sekolah agama
dibuat secara berterusan agar pembaikan terus dapat dilakukan.
Adun merasmikan Mesyuarat Agung dengan harapan ada perubahan positif yang dapat meningkatkan kualiti pendidikan agama. Wallu a`lam.
Sekian.
KiddyTrack kesan lokasi anak
Oleh JOHANNA A. SOBREY
johanna.sobrey@kosmo.com.my
SEORANG model Maxis menunjukkan peranti KiddyTrack yang membolehkan ibu bapa mengesan di mana anak-anak mereka berada di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) kini menyediakan penyelesaian mengesan kanak-kanak yang pertama di Malaysia, KiddyTrack, yang dipacu oleh teknologi Mesin-ke-Mesin (M2M) Terurus Maxis.
Penyelesaian M2M Terurus Maxis itu terdiri daripada perkhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi lancar antara peranti atau pelayan tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau Circuit Switch Dial-Up (CSD) tanpa memerlukan input pengguna.
Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam berkata, KiddyTrack menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis untuk mengesan anak-anak pelanggan melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS).
"Dalam hanya beberapa saat menerima SMS berkenaan, sistem ini akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi setempat sehingga lima meter di mana kanak-kanak itu dikesan.
"Apabila ia tidak mendapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform M2M Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi kanak-kanak itu dalam lingkungan ketepatan radius 50 meter," katanya pada majlis pengumuman kerjasama Maxis dengan pemaju teknologi pengesan tersebut, KiddyTrack Sdn. Bhd. (KiddyTrack) dan pelancaran perkhidmatan KiddyTrack di sini semalam.
Kawal Wabak Denggi,400 Nyamuk Toxo Dilepas
Kawal Wabak Denggi,400 Nyamuk Toxo Dilepas
Saturday, 29 October 2011 | Ruangan: BeritaSumber: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/35244
oleh : Affeqa Affera
PUCHONG,29 OKTOBER : Usaha mencegah dan mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular di kalangan penduduk setempat terus dipergiatkan melalui pelepasan kira-kira 400 ekor nyamuk Toxo yang dibawa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang di Kampung Sri Aman di sini.
Program yang dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim itu merupakan kerjasama antara pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), CIMB dan USM menerusi satu M.0.U yang ditandatangani pada Julai 2009 dengan peruntukan sejumlah RM60,000.
Teresa dalam ucapannya menjelaskan, nyamuk Toxo adalah spesies nyamuk yang dijumpai di kawasan hutan dan memerlukan persekitaran yang mempunyai tumbuh-tumbuhan untuk hidup dengan baik.
Katanya, nyamuk jenis ini tidak menggigit manusia, sebaliknya hanya memakan madu bunga manakala jentik-jentiknya akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes.
"Pihak MPSJ telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk melepaskan nyamuk Toxo dan Kampung Seri Aman adalah salah satu lokasi yang didapati sesuai.
Melalui pra-kajian yang dilakukan, MPSJ telah meletakkan 60 MLTD dan keputusan yang diperolehi mengesahkan kesesuaian tempat ini untuk pelepasan nyamuk Toxo," ujar Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara.
Program pelepasan nyamuk Toxo sebelum ini telah dilaksanakan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar di USJ 1 pada Jun lalu, namun ia menghadapi masalah ekoran tindakan pihak pemaju yang memulakan kerja pemajuan dan mengganggu pengumpulan data keputusan kajian.
Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Hayat USM, Profesor Abu Hasan Ahmad.
Dalam pada itu, Teresa turut memaklumkan, setakat ini sebanyak 368 kes denggi telah dilaporkan di kawasan pentadbiran MPSJ di mana 202 kes adalah positif dan satu kematian dicatatkan tahun ini.
Bagaimanapun ujar beliau, walaupun kes denggi menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, faktor cuaca yang tidak menentu terutamanya musim hujan sekarang ini menyebabkan banyak wujudnya takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Sehubungan itu, tegas Teresa, penglibatan masyarakat adalah perlu untuk memastikan kawasan masing-masing bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Justeru menurutnya, penubuhan Skuad Denggi JKP Zon 12 dilihat sebagai projek perintis bagi menggerakkan masyarakat setempat dalam usaha mencegah dan mengawal demam denggi.
"Sebagai projek perintis, skuad denggi yang ditubuhkan ini akan diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pihak Jabatan Kesihatan MPSJ.
Antara peranan dan aktiviti skuad ini adalah memastikan kawasan mereka bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes selain dari membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada masyarakat setempat tentang cara terbaik untuk mencegah dan mengawal demam denggi," katanya.
Ujar beliau lagi, untuk pelancaran program kali ini, MPSJ telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Gambar: Kursus Pengurusan Jenazah Wanita 16 Okt 2011 Surau As-Syakirin
"KELAS RENANG 1 MALAYSIA" (PENDUDUK SEKITAR BANDAR SERI PUTRA)
Tempat : Kolam renang di BUKIT MAHKOTA ATAU PUTRAJAYA PRE 16(dkt ALAMANDA)
Kelas : 2 jam utk 1 hari (10hari) selama 20 jam.
Bayaran : rm 50.00
Masa :
8.00 - 10.00 malam di Bkt Mahkota dan
3.00 - 5.00 ptg di PUTRAJAYA.
(akan di tetapkan oleh pengajar.)
UMUR : 15 TAHUN DAN KEATAS.
Tarikh akan diberitahu kelak.
TAWARAN DIBUKA SEKARANG DAN SESIAPA YG BERMINAT DGN PROGRAM INI, SILA HUBUNGI SAYA SECEPAT MUNGKIN.
Mohon war2kan kepada kejiranan semua dan terima kasih.
PUAN NURSIAH (BIRO WANITA PERSATUAN PENDUDUK BDR SERI PUTRA).
(019-2641736)
PROGRAM SMART AL QURAN DAN HAFAZAN (musim cuti sekolah)
PROGRAM SMART AL QURAN DAN HAFAZAN (musim cuti sekolah)
Untuk : murid darjah 4- 6/ pelajar tingkatan 1-3 (lelaki/perempuan)
Tempat : SURAU AS SYAKIRIN, BDR SERI PUTRA.
Tarikh : 27/11/2011 - 22/12/2011 (20 hari)
YURAN : RM 230.00 SEORANG.
Hari : AHAD hingga KHAMIS.
MASA: 8.00 PAGI HINGGA 4.00 PETANG.
MATLAMAT : melahirkan generasi yg berketerampilan Al Quran, menghayati dan menamalkan cara hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.......
Tempat terhad, permohon awal akan diutamakan.
Keterangan lanjut boleh didapati di blog surau As Syakirin atau hubungi pihak surau.
Rancang cuti lebih awal, semuga anak-anak berpeluang mengikuti program ini.
Terima kasih.
Puan Hjh Nursiah - AJK Surau As Syakirin.
(019-2641736)
PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN PIALA PRESIDEN KELAB SUKAN PUTRA MAHKOTA
PERTANDINGAN LIGA BOLA SEPAK BAWAH 16 TAHUN
PIALA PRESIDEN KELAB SUKAN PUTRA MAHKOTA, BANDAR SERI PUTRA
Anjuran Persatuan Penduduk Putra Tropika dan Kelab Sukan Putra Mahkota
Tarikh tutup penyertaan
Tarikh: 15 November 2011 (khamis)
Masa: 5:00 petang
Taklimat dan undian perlawanan
Tarikh: 20 November 2011 (Ahad)
Tempat: Bilik Mesyuarat Tadika Kemas Bandar Seri Putra
Masa: 9.00 malam.
Tarikh pertandingan
Tarikh: 26 dan 27 November 2011 (Sabtu dan Ahad).
Tempat: Padang Bolasepak Bandar Seri Putra.
Borang yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pihak urusetia.
016-3166200 (Wira), 019-2218602 (Nizam) dan 019-3154535 (En Din)
Borang Pertandingan
Wakaf Buku PTS 2011
Wakaf Buku PTS 2011
Pengenalan
Program Wakaf Buku PTS adalah program inisiatif PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.
Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, PTS melalui kedai buku onlinenya iaitu www.bookcafe.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi/tempat yang dipilih oleh pewakaf.
Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.
Objektif
- Menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku
- Memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca tanpa mengira status sosial
Tempoh
Program wakaf ini akan bermula dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2011.
Penerima Wakaf Buku
- Individu yang mahu mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. PTS mencadangkan institusi dan tempat seperti di bawah sebagai penerima wakaf. Institusi/organisasi penerima wakaf terhad dalam Malaysia sahaja.
- Masjid/surau
- Perpustakaan sekolah
- Perpustakaan awam/negeri/desa
- Perpustakaan organisasi/jabatan kerajaan
- Sudut bacaan pejabat
- Rumah anak yatim
- Lain-lain tempat yang sesuai
- Sekiranya pewakaf belum ada penerima wakaf/institusi bagi mewakafkan buku, mereka boleh serahkan kepada PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku mereka.
Cara Wakaf Buku:
- Pilih dan klik set buku yang hendak diwakafkan. Pembeli boleh mewakafkan buku lebih daripada 1 set.
- Isi maklumat penerima wakaf. Taip PTS sekiranya mahu PTS tentukan penerima buku wakaf.
- Klik 'add to cart' dan ikut arahan selanjutnya.
- Sekiranya anda belum menjadi ahli Bookcafe, sila daftarkan diri mengikut langkah yang ditunjukkan.
- PTS akan hantar buku yang diwakafkan kepada penerima wakaf pilihan pembeli ataupun penerima wakaf yang PTS tentukan.
- PTS akan beri resit kepada pembeli dan memaklumkan status penghantaran buku.
Resit
PTS akan mengeluarkan resit pembelian buku bagi tujuan wakaf dan dihantar kepada pewakaf. Resit ini boleh digunakan bagi tujuan pelepasan cukai pendapatan individu.
Status Penghantaran Buku Wakaf
PTS akan memaklumkan para pewakaf melalui e-mel/telefon status penghantaran buku-buku wakaf.
Maklumat lanjut di sini: http://www.bookcafe.com.my/en/senarai-wakaf-ramadan-2011-my-en/Riang Ria Bersama Puteri-Puteri PTS dan Pesta Buku Ainmaisarah
Karnival BEST 2011
Overview | ||||||||||||||||||
Karnival BEST 2011 is organized by Malaysian Islamic Development Department (JAKIM) Family, Social & Community Division. It will be held at Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya from 28 – 30 October 2011. This event which is also supported by the Ministry of Youth and Sport Malaysia, Ministry of Health Malaysia, Ministry of Women, Family and Community Development Malaysia, Malaysian Federal Territory of Islamic Affairs Department (JAWI), Royal Malaysian Police Force (PDRM) and Putrajaya Corporation is expected to be officiated by Minister in the Prime Minister Department, Dato' Seri Jamil Khir bin Baharom. | ||||||||||||||||||
Location | ||||||||||||||||||
View Karnival BEST 2011 in a larger map | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
Objective | ||||||||||||||||||
Through the carnival, Jakim will practice guidelines in accordance with the teachings of Islam.
| ||||||||||||||||||
Programme Schedule | ||||||||||||||||||
DAY 1 - Friday (28 Oct 2011) | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
DAY 2 - Saturday (29 Oct 2011) | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
DAY 3 - Sunday (30 Oct 2011) | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
See Popular Artist Live! | ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
Booth Layout | ||||||||||||||||||
Contact Us for Enquiries | ||||||||||||||||||
Wisma UOA II, Suite 10-6, No. 21, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia. Tel No: 603 - 2171 1128 Fax No: 603 - 2166 1148 Contact person: Ms. Alia Email: alia@daganghalal.com |
[PROGRAM] Sambutan Aidil Adha serta Qurban & Aqiqah 1432H/2011
menyertai gotong-royong majlis penyembelihan dan seterusnya pengagihan dan jamuan qurban di surau.
Buku-buku PTS - Kini boleh diperolehi di HalalMart BSP
Welcome to MADANI HALALMART - HPA Stokist, Bandar Seri Putra
No27, Jalan Seri Putra 5/5, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
Alhamdulillah, buku-buku PTS edaran saya sekarang boleh dibeli di kedai HalalMart, Bandar Seri Putra.
Tempahan juga diterima dan boleh mengambilnya di kedai tersebut.
Khai 012.2655.203
FB: https://www.facebook.com/pages/Galeri-Bacaan-Insyirah/265647833475470
Blog: http://jual-buku-pts.blogspot.com/
LHDN Pindah Ke Cyberjaya Mulai 16 November
Sumber gambar: http://aaronkee.com/2011/07/02/cyberjaya/
by tvselangor
KUALA LUMPUR , 28 OKTOBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kini beroperasi di Blok 9, Kompleks Kerajaan Jalan Duta di sini akan berpindah secara berperingkat ke bangunan baru di Cyberjaya mulai 16 November ini.
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Dr Mohd Shukor Mahfar berkata proses pemindahan itu melibatkan penempatan semula 1,400 staf LHDN daripada 19 bahagian dan jabatan ke Menara Hasil Cyberjaya.
"Bangunan setinggi 20 tingkat dengan kos pembinaan RM275 juta itu bukan hanya menjadi satu mercu tanda baru di Cyberjaya, malahan ia menggambarkan kemajuan LHDN sebagai pentadbir cukai terunggul di negara ini," katanya.
Beliau berkata buat sementara waktu LHDN tidak dapat memberikan senarai penuh alamat dan nombor telefon baru bagi jabatan-jabatan yang terlibat dengan pemindahan tersebut.
Maklumat berkenaan hanya akan dipaparkan melalui laman sesawang rasmi LHD Ndi www.hasil.gov.my setelah semua urusan berkaitan diselesaikan
Qurban di Masjid Jame' Pekan Kajang
Assalamualaikum
Blog ADUN Bangi: Fatimah Zahrah binti Amiruddin Digigit Anjing Liar!
3. Fatimah Zahrah binti Amiruddin Digigit Anjing Liar!
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/10/hari-menziarah-simpati-dan-takziah.html
Pagi Isnin dua hari lepas Fatimah Zahrah (8) dihantar ke Sekolah Agama Bandar Seri Putera tidak jauh dari rumahnya. Sesudah ditinggalkan dalam kawasan Sekolah beliau diserang 6 ekor anjing liar yang menyelinap masuk ke kawasan Sekolah. Anjing-anjing ini biasa menyelongkar lebihan makanan di apartment tidak jauh dari Sekolah. Bila dikejar anjing Fatimah Zahrah terjatuh dan digigit dua ekor anjing liar dikedua belah betisnya. Selain dari itu beliau luka di belakang kerana terjatuh. Beliau segera diberi rawatan dan segera dibawa ke HUKM, Cheras, tempat ibunya bekerja sebagai Doktor di HUKM. Semasa kami tiba Fatimah Zahrah agak ceria sambil menunjukkan tempat luka di kedua belah betisnya digigit anjing. Bila ditanya masih sakit, jawabnya, `Tidak.`. Bila ditanya kepada ayahnya yang sama menunggu Fatimah, kemungkinan anjing membawa kuman berbahaya, ``Dr. beri perhatian dengan menyuntik dose yang agak tinggi, bagi mengelak kemungkinan anjing membawa kuman yang berbahaya. Kami berbincang dan berharap pihk Sekolah dapat beri perhatian lebih dari segi keselamatan. Menurut En. Amiruddin, ``Jaga Sekolah hanya bertugas waktu malam, dan tidak waktu siang. Pihak Sekolah perlu memberi pengawasan bagi keselamatn murid-murid waktu siang.
Sementara itu, Ahli MPKj di sini Tuan Haji Mazwan Johar yang telah dibuat aduan mengenai kejadian, telah meminta Unit Anjing Liar MPKj bertindak menangkap anjing liar berkenaan. Respond segera diberi oleh pihak MPKj.
Agak lucu pihak MPKj menghantar tiga Trak dengan pekerja-pekerja untuk menangkap anjing liar tersebut. Setelah berjam beroperasi akhirnya hanya seekor anjing dapat ditangkap. Bersama tiga trak dan pekerja-pekerja membawa anjing ini untuk dilupuskan.
Walau apa pun kita ucap tahniah di atas respond segera diberi oleh MPKj. Usaha hendaklah terus dilakukan bagi membasmi ancaman anjing liar kepada penduduk, terutama bagi anak-anak Sekolah.
Sate Haji Samuri naik 70 sen mulai 1 November 2011
Gambar-gambar di atas diambil di kedai baru Sate Haji Samuri di Bandar Baru Bangi.
Notis telah ditampal akan kenaikkan harga mulai 1 Novermber 2011. Harga sate ayam akan naik kepada 70 sen secucuk daripada 60 sen secucuk. Ini tidak termasuk cukai perkhidmatan yang telah mula diperkenalkan.
Yang mengecewakan, kualiti produk semakin menurun. Satenya tidak lagi lembut mungkin sahaja telah dimasak dahulu sebelum dibakar. Kuah kacangnya pula cair. Servisnya di cawangan utama Kajang pula sangat mengecewakan. Maka saya lebih suka membelinya di cawangan Bandar Baru Bangi.
Hamper Buku, Hadiah Convo
Selain hadiah bunga untuk majlis konvokesyen, tuan-puan juga boleh menghadiah buku kepada rakan, adik-beradik, sahabat taulan sempena kejayaan mereka. Pelbagai jenis buku dihasilkan PTS yang sesuai untuk hadiah semasa majlis tersebut. Ianya juga unik dan menjadi nilai tambah kepada mereka.
Pilihan seperti:
-Buku kerjaya
-Keusahawanan
-Kepimpinan
-Pengurusan
Maklumat lanjut, hubungi Khai 012.2655.203