Terkini

Wakaf Buku PTS 2011

Wakaf Buku PTS 2011

Pengenalan

Program Wakaf Buku PTS adalah program inisiatif PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum.

Bagi memudahkan proses wakaf buku ini, PTS melalui kedai buku onlinenya iaitu www.bookcafe.com.my akan memproses pembelian buku daripada orang ramai bagi diwakafkan seterusnya menghantar buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana institusi/tempat yang dipilih oleh pewakaf.

Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca bahan bacaan berkualiti seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.

Semoga program wakaf buku ini menjadi salah satu lagi cara bagi umat Islam di Malaysia beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala yang tidak putus-putus daripada Allah kepada pewakaf selagi mana harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Objektif

  1. Menggalakkan masyarakat Malaysia beramal soleh dengan cara mewakafkan buku
  2. Memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia membaca tanpa mengira status sosial

Tempoh

Program wakaf ini akan bermula dari 1 Julai sehingga 31 Disember 2011.

Penerima Wakaf Buku

  1. Individu yang mahu mewakafkan buku boleh menentukan sendiri penerima wakaf. PTS mencadangkan institusi dan tempat seperti di bawah sebagai penerima wakaf. Institusi/organisasi penerima wakaf terhad dalam Malaysia sahaja.
    • Masjid/surau
    • Perpustakaan sekolah
    • Perpustakaan awam/negeri/desa
    • Perpustakaan organisasi/jabatan kerajaan
    • Sudut bacaan pejabat
    • Rumah anak yatim
    • Lain-lain tempat yang sesuai
  2. Sekiranya pewakaf belum ada penerima wakaf/institusi bagi mewakafkan buku, mereka boleh serahkan kepada PTS bagi memilih dan menentukan penerima wakaf buku mereka.

Cara Wakaf Buku:

  1. Pilih dan klik set buku yang hendak diwakafkan. Pembeli boleh mewakafkan buku lebih daripada 1 set.
  2. Isi maklumat penerima wakaf. Taip PTS sekiranya mahu PTS tentukan penerima buku wakaf.
  3. Klik 'add to cart' dan ikut arahan selanjutnya.
  4. Sekiranya anda belum menjadi ahli Bookcafe, sila daftarkan diri mengikut langkah yang ditunjukkan.
  5. PTS akan hantar buku yang diwakafkan kepada penerima wakaf pilihan pembeli ataupun penerima wakaf yang PTS tentukan. 
  6. PTS akan beri resit kepada pembeli dan memaklumkan status penghantaran buku.

Resit

PTS akan mengeluarkan resit pembelian buku bagi tujuan wakaf dan dihantar kepada pewakaf. Resit ini boleh digunakan bagi tujuan pelepasan cukai pendapatan individu.

Status Penghantaran Buku Wakaf

PTS akan memaklumkan para pewakaf melalui e-mel/telefon status penghantaran buku-buku wakaf.

Maklumat lanjut di sini: http://www.bookcafe.com.my/en/senarai-wakaf-ramadan-2011-my-en/

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet