Bagi pihak PIBG, pertama-tamanya kami amat terharu dan bangga dengan semua guru-guru, ibubapa, anak-anak dan juga semua yang hadir memeriahkan Hari Kantin SKKBSP 2011 semalam. TERIMA KASIH kepada semua.
Keduanya, bagi pihak penganjur, kami ingin MEMOHON MAAF kepada mana-mana pihak jika ada sebarang kekurangan atau salah silap daripada mana-mana individu yang bersama-sama menjayakan acara itu semalam.
Seterusnya, masih awal untuk diumumkan hasil kutipan kerana semua pihak masih keletihan dan belum habis mengimbangkan akaun program. Tetapi satu yang positif sebenarnya telah berlaku. Tentunya SOKONGAN semua pihak yang tidak berbelah bahagi itulah yang positifnya. Yang hadir tidak mengira bangsa dan umur. Semuanya untuk menunjukkan sekongan kepada pihak PIBG khususnya dan sekolah amnya.
Sesungguhnya banyak perkara telah pihak PIBG pelajari dalam program semalam dan insya-Allah ianya akan diperbaiki lagi pada masa akan datang. Sebenarnya PIBG membuka pintu kepada semua pihak tak kira ibubapa atau orang perseorang untuk sama-sama menganjurkan sebarang program untuk manfaat sekolah dan anak-anak.
Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada semua.
PAKSI
Bagi pihak PIBG SKBSP
0 comments:
Catat Ulasan