Terkini

Berita tentang Masjid Al-Mustaqim di Utusan Malaysia hari ini

Pembinaan Masjid Al-Mustaqim di Bandar Seri Putra Bangi masih perlu sumbangan


GAMBARAN artis Masjid Al-Mustaqim yang bakal dibina dengan kos RM7 juta di Bandar Seri Putra, Bangi.


SERDANG 26 Sept. - Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra, Bangi dekat sini masih memerlukan sumbangan orang ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembinaan Masjid, Dr. Abdul Rahman Hasan.

Beliau memberitahu, sehingga awal bulan ini, tabung tersebut berjaya mengumpul hampir RM1 juta bagi membolehkan pembinaan masjid itu bermula awal tahun depan.

''Saya berharap, dana akan meningkat selepas ini melalui pelbagai usaha yang dilakukan oleh penduduk Bandar Seri Putra,'' katanya pada Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011 di Jalan 2/5D Bandar Seri Putra, malam semalam.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Princeton Residence yang juga dipengerusikan oleh Dr. Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Dr. Abdul Rahman turut memuji usaha yang dilakukan oleh penduduk di kawasan itu sehingga berjaya mengumpul dana pembinaan Surau Syaidina Umar al-Khattab dan mula digunakan mulai penghujung Mei lalu.

Beliau berharap, semangat itu dapat diterapkan dalam usaha mengumpul dana untuk membina masjid melalui pelbagai kaedah termasuk car boot sale setiap hujung bulan yang dilakukan oleh kumpulan wanita Siti Hajar Princeton.

Kos bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim dijangka melibatkan RM7 juta dan apabila siap kelak dapat memberi kemudahan kepada penduduk Bandar Seri Putra dan sekitarnya termasuk di Bukit Mahkota.

Ketika ini, penduduk sekitar kawasan berkenaan menunaikan solat Jumaat di Masjid Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) serta di surau As-Syakirin dan Al-Ikhlas di taman perumahan Impian Putra.

Mengenai Majlis Malam Mesra Aidilfitri 2011, beliau berharap ia akan menjadi acara tahunan yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan penduduk kawasan berkenaan.

Ini kali ketiga majlis itu diadakan sejak kawasan Princeton Residence itu didiami penduduk.



2011/9/27 Azizul Jabbar Kamaruddin
 

Masjid Al-Mustaqim masuk berita dalam Utusan Malaysia hari ini, dengan petikan komen daripada Dr. Rahman Pengerusi JK Pembinaan.

__._,_.___


0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet